Wednesday, July 22, 2020

Kisah AKU n Fariq's 1st Birthday

Assalamualaikum,

Sekarang ni aku berada di Alor Setar, ada business trip sikit. Takdelah business sangat, more to field support for our JomRFID kempen di Utara sekarang. Tapi tu cerita lain entri nanti lah. Awal pagi ni aku nak berkongsi sikit sambutan hari lahir yang pertama buat anak lelaki aku, Fariq Ilham. 
Minggu ni masuk office macam biasa. Isnin, khamis dan ada extra satu hari attending urgent meeting dengan bos pada hari Jumaat. Urgent meeting tu pasal yang aku nak ke Kedah ni laa..:-)
Pagi Sabtu, aku meluangkan masa dengan mengajar cik isteri ni drive dekat highway pulak nak ke office dia di Sungai Buloh. So far, dah boleh drive sikit cuma kena selalu practice. Plannya pasni hari aku tak ke office, aku akan minta dia yang drive sendiri ditemani aku kat sebelah. Boleh nampak sikit real situation time rush hour tu.
Before sambutan dengan ibu ayah, Fariq dah terlebih dahulu sambut birthday dengan opah dan atuk dia.
Hari Ahad, sekitar jam 11 pagi aku dan family dah ke Bukit Sentosa untuk sambutan kecil birthday si Fariq ni. Tengok budak ni dok boring tunggu ibu dia bersiap. Haha
Pergi Secret Recipe je, dulu memang ada plan nak bawak Fariq berjalan tapi tu lah. Kes pun naik double digit, tak berani pulak aku nak bawak diorang pergi mall. Haa, apa tah yang tak puas hati tu boy?
Yelah, ibu ayah makan best.
Fariq makan bubur je. Huhu. Memang lah awak tu kecik lagi, karang tercekik baru tau..:-p
Cam biasalah, makan bergilir. Sebab si kecik ni suka hempas meja. Bagi wife makan dulu sambil aku melayan Fariq ni tengok Omar & Hana.
Okay, pas baton pulak..:-p
Adalah beli kek dua slice, sebab aku ni bukan makan benda-benda manis camni.
Nah makanlah kek sikit. Sikit je tau buat syarat..:-)
Dah nak balik baru mau nak jalan. Huu
Selfie sikit untuk kenangan bersama.
Selamat Hari Lahir Fariq Ilham, semoga membesar dengan jayanya, menjadi anak yang soleh dan berguna kepada agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.
Petang tu ada meeting business dengan brothers. Plan boek ni geng, jom kita sapu dulu.

Okaylah guys, aku nak tidur ni. Esok nak kena gerak awal kat site. Karang terlajak tidur mau mengamuk bos aku tu. Haha. Buat kenalan yang ada kat Loq Staq yang nak RFID percuma, mai singgah dekat BHPetrol Alor Setar, Lebuhraya Sultan Abdul Halim or just google BHPetrol Trio Autoservice.  Aku ada bertugas kat sini sampai hari Khamis. Bukan apa, Rabu ni RFID dah start boleh guna kat PLUS Utara ni. Rugi lah kalau tak grab benda free camni. Huu

P/S: Apa benda yang best kat sini?

No comments:

Post a Comment