Friday, December 9, 2016

Kisah AKU n Along's Solemnization Day

Assalamualaikum,

Hari ini merupakan hari yang bersejarah buat family En. Gani dan Pn. Sulina dimana kami menerima seorang ahli keluarga baru melalui pernikahan diantara my only sister, Darina bersama pasangannya, Syazwan. Tapi apa-apapun jom recap apa jadi minggu ni kat office.
Khamis - Hold by one of the bosses until 9pm at TPM, sedangkan dah janji nak pickup adik+auntie dekat Nilai after Isya. Dah tu bila dokumen tu siap, minta aku pergi submit malam tu jugak. Memang taklah, kakak aku kahwin kot esok pagi..:-p
Majlis pernikahan berlangsung di Masjid Ar-Rahmah, Felda Sungai Buaya sekitar jam 9.30 pagi.
Adik dan ayah bersama En. Shamsuddin..:-)
Wali yang menikahkan anak perempuannya pada hari ini.
Syazwan bersiap mengangkat akad.
Sedikit gambar mewarnai majlis pernikahan.
Apa tengok-tengok, kitorang dah halal okay! Haha
Pengantin baru bersama keluarga Syazwan.
Adik spoil betul, tak muat pulak baju raya 3 tahun lepas ni. Tengok Abang, maintain boleh pakai lagi..:-)
Bro Syazwan, dengan ini kami serahkan satu-satunya kakak kami kepada kamu. Kami akan sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga korang.. :-)
Amik berkat sikit. Mana tau turn aku tahun depan ke. Haha
Diorang on the way nak berphotoshoot. Aku pulak ada hal lain nak kena settle dengan adik.
Bilik pengantin dah siap. Kat mana aku nak letak kamera ni? Haha
Habis je majlis sekitar jam 11.30. Aku dan adik terus bergerak ke Rawang. Nak renew lesen motor dia yang dah expired 2 bulan lepas. Plus, nak tukar kad Bank Islam.
Sampai rumah sekitar jam 3.30 petang then terus shoot ke venue majlis persandingan untuk final preparation. Yelah, aku kan kontrol audio system. Karang muzik tak berbunyi esok malu family beb! Haha
Okay lah, aku nak pacak benda ni dengan bro-bro. Nasib ada kawan-kawan dekat sini, boleh tolong sekali.

So that's it. Dah jadi bini orang kakak aku ni. Syukur sangat bagi pihak dia sebab berjaya menghalalkan hubungan yang disemai selama ini bersama Syazwan. Dan sudah tentu sebagai adiknya, aku akan sentiasa mendoakan kebahagiaan rumah tangga yang dibina kalian. Amin In Sha Allah.

P/S: I told you guys before, I'm on my approved leave. Bukan saja-saja cuti, cuti pun sebab kakak aku kahwin.

No comments:

Post a Comment