Thursday, December 26, 2024

Kisah AKU n Ceramah Perdana DUKE @ Masjid Jamek ar-Rahman

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku dan keluarga berkesempatan balik kampung di Melaka. Lama jugak tak balik, rasanya last awal November hari tu, time cuti Deepavali.

Before we start our main entry, Fariq ada Career's Day minggu lepas. Last year dah pakai uniform bomba, tahun ni jadi footballer je lah Fariq. Senang sikit nak cari prop. Haha
Fariq bergambar bersama rakan-rakan di Little Caliph Bandar Sungai Buaya. Macam-macam kerjaya ada tu..:-p
Jumaat tu wife cuti since minggu tu dia exam. Tapi kami gerak jam 6 petang jugak since aku ada meeting petang tu. Amik budak-budak and terus bergerak menuju ke Selatan tanah air.
Singgah makan malam di Lay-by Nilai before restarting our journey. Nak tahu jam berapa sampai Melaka? Pukul 12 malam bhai!!
Sabtu aku ingat nak keluar ke Merlimau, nak refuel minyak siap-siap sekali bebudak ni nak ikut pulak. Memang confirm kena pau lah cerita dia. Haha
Petang tu tengok anak-anak main dengan sepupu diorang. Dah boleh jalan dah anak buah aku yang paling latest ni..:-p
Malam hari Sabtu kami sekeluarga ke Masjid ar-Rahman, ada ceramah Perdana yang disampaikan oleh Dato' Ustaz Kazim Elias (DUKE) 
Kali ni diorang boleh masuk dalam since semua boleh solat.
Tengok apa tu?
Tu diaa DUKE. Wife snap gambar from atas..:-)
Asalnya aku kat dalam dengan Zed, tetiba perut memulas pulak. Tu yang dok luar je sampailah habis majlis sekitar jam 10 malam.
Ketiduran semuanya. Penat sangat main petang tu.
Sempat melawat gerai-gerai F&B yang disediakan..:-)
Pagi Ahad plan nak piknik di Pantai Siring, tapi hujan lebat membasahi bumi Melaka. Sudahnya duduk rumah je.
Sekitar jam 11.30 malam (since ada tol free) , kami memulakan perjalanan pulang ke Rawang dan sampai kira-kira jam 2 pagi. Okay lah tu, dua jam setengah je drive. Last aku balik hari tu 4 jam jugak kena sidai.
Ni ada cerita selingan sikit. Selasa hari tu aku dan ayah sempat menyinggah ke Pusat Pemuliaan Al-Quran yang terletak di Bukit Sentosa, betul-betul di lot kedai dekat area Masjid Saidina Ali tu. Buat apa datang sini?
As a part of TNG Sustainability KPI, staf kena join mandatory training berserta do some volunteering works be it from recycling, donation, charity etc untuk dapatkan at least rating T3. Yang training tu memang aku dah buat earlier, cuma kerja sukarela ni je tak sempat buat since busy sangat. So after appraisal dengan bos last week, dia encourage aku settlekan jugak untuk dapatkan T3.  
Tu yang aku collect buku-buku agama yang dah lama kat rumah, sekali campur dengan adik punya and bawak kesini untuk tujuan pelupusan. Dapat nak dekat 7KG jugak.
Sambil tu dapat belajar prosedur pelupusan Al-Quran yang ditetapkan oleh Muzakarah Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Malaysia dimana teks/bahan Al-Quran yang rosak, koyak dan tidak boleh lagi dibaca hendaklah dilupuskan dengan cara membakar ditempat yang terkawal. Bukan setakat buku/naskah sahaja, apa-apa barang yang ada ayat Al-Quran such as frame gambar, kaset, cenderamata pun kenalah dilupuskan as per above.
Dekat sini diorang akan handle end-end dari sorting, pelupusan (ada relau bagi tujuan pembakaran) dan abu dari prosedur tu akan dikumpulkan untuk dibuang ke tengah laut di berhampiran Pulau Angsa, Kuala Selangor.

Untuk sesiapa yang berminat, boleh contact Tn Hj Mohd Rahib ditalian 019-286 6622 atau walk-in ke alamat berikut: No 52, Jalan Seroja 5d/3, Taman Seroja, 48300 Rawang, Selangor. 

P/S: Jap lagi Newcastle lawan Villa kat SJP for Boxing Day action!

Sunday, December 15, 2024

Kisah AKU n Fatin's Wedding @ Umi Farsha Banquet Hall

Assalamualaikum,

Okay quick entry malam ni.
Before wedding tu aku ke Little Caliph ada Parents-Teacher session untuk tengok progress anak-anak. Wife tak join since dia ada exam dua hari ni.
Dalam jam 12pm, aku dan family dah bergerak ke Sungai Choh untuk menghadiri wedding anak jiran, Tn Zaimi yang berlangsung di Banquet Hall Umi Farsha. Tak jauh pun, ada lah dalam 10 minit driving.
Bernarsis depan cermin dulu before masuk dewan.
Mak ayah pun ada join sekali, dah duduk pun satu taman..:-)
Ohh pasangan pengantin yang diraikan pada hari Sabtu tu ialah Fatin dan Syazrin. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat. Amin
Budak-budak ni dah nampak ice-cream booth memang tak makan benda lain dah
Majlis kahwin yang ada teh tarik memang aku approved!
Makan kuih je sikecik ni. Kenyang dah makan breakfast katanya.
Dah nama pun wedding jiran, memang ramailah jiran yang kami jumpa hari tu.
Iman dan Fariq bergambar bersama atuk dan opah..:-)
Wedding ni pun wife tak dapat join, ada paper petang habis jam 4pm.
Dalam jam 1pm kami beransur pulang. Budak-budak ni aku mintak mak ayah jagakan, ada operasi sikit kat rumah petang tu.
Ni lah operasinya. Pasang kabinet TV baru jenis wall-mounted, yang lama dah tak elok mata memandang. Draw sikit lah duit from performance bonus yang dapat bulan April hari tu. Huhu
Kabinet lama tu aku kasi polish sikit, swap with another old cabinet bagi ruang family hall kat atas ni untuk Fariq's gaming station..:-p

Okay lah, itu je cerita minggu ni. Game City dengan MU ni dah nak start ni. Got to go, aku memang suka busy body tengok game diorang ni. Haha

P/S: Newcastle membelasah Leicester 4-0 didalam game penuh aksi di St James' Park. Gol-gol dijaringkan Murphy (2x), Guimaraes dan Isak. HWTL!

Thursday, December 5, 2024

Kisah AKU n Bintang Idola Bukit Beruntung

Assalamualaikum,

Sementara tengah melayan match Newcastle vs Liverpool ni, okay jugak kalau update entry cerita last weekend. 
Nak dijadikan cerita Ahad lepas, wife ajak keluar katanya nak celebrate birthday aku. Katanya yang kat Selayang hari tu celebrate anniversary je. So petang tu kami ke Bintang Idola Bukit Beruntung.
Jom-jom, abah tak sabar dah ni..:-)
Walaupun karok ni dekat je dengan rumah, tapi aku tak pernah datang sini..:-p
Mesti bagi kat adik manis kita test mic dulu. Huhu. Nanti merajuk pulak.
Nak bagi budak dua orang ni senyap sikit senang je. Beli light snacks. Huhu
Kali ni boleh karok a bit peaceful compared to our last visit kat Selayang. Tapi tu lah, audio barai pulak. Bayangkan korang tengah feeling nyanyi, tiba-tiba suara mic bilik sebelah masuk dalam speaker korang. Pfft
Jom lah dinner. Lapar dah ni.
Selfie dulu before we ended our karok session malam tu.
On the way dinner boleh tidur pulak dalam kereta. Tu yang moody je bila sampai restoran. Haha. Malam tu kami sekeluarga had our dinner di Restoran Melor.
Iman bergambar with Melor's Kids Meal..:-p
Tengah tunjuk list games PS kat Shoppee. Ibu suruh beli game baru Fariq, since game sekarang ni brutal Haha
Wife try makan Daging Salai Masak Lemak malam tu. 
Birthday boy bergambar bersama the kiddos.
Sampai je rumah ajak main game pulak. Tidur lah, esok sekolah.

Itu je lah cerita pagi buta ni. Overall, boleh lah karok kat sini lagi. Audio tu mungkin kebetulan kot dapat bilik yang tak best. In term of comfort memang selesa, bilik pun takde bau hapak and well maintained. Light snacks pun sedap. So aku bagi 3.5 star out of 5.