Saturday, August 10, 2024

Kisah AKU n Games Review: FC Mobile 24

Assalamualaikum,

Okay, hari ni aku nak buat video games review sikit. Lama dah tak buat kan? Rasanya last video games aku review tak silapnya Dream League Soccer tahun 2020. Of course lah ada review berlambak mods, tapi that's not a game. Kira tak count lah. Game yang aku nak review malam ni ialah FC Mobile 24 or known as FC24. Sebuah mobile game developed by EA Sports, khas untuk pengguna Android dan iOS. Asalnya aku download game ni time demam Euro dulu, tapi melekat pulak dalam tepon ni. Bak kata orang kampung aku, it's here to stay. Huhu
This is the main menu untuk game ni. Straightly to team dashboard. Play untuk main matches mode yang ada. Market untuk urusan jual dan beli players. Quests untuk tengok apa daily/weekly task yang ada, League pulak untuk those yang masuk liga (macam aku tak join apa-apa league pun, Exchange untuk ke section pertukaran dan My Club untuk pengurusan club. Jom tengok satu-satu content menu game ni.
Let's starts with Play. Ada tiga mode yang ada kat sini. Division Rivals iaitu multiplayer mode dimana korang boleh berlawan dengan player online yang lain. Dalam ni ada tiga mode jugak iaitu Manager, H2H dan juga VS Attack. Aku personally prefer main H2H (Head-to-Head) since yang ni memang akan based on our skill rather than overall rating. Okay then kita ada Live Events which is a single player mode. This is where we can test our skill against computer through variety of skill challenges and matches. Yang memang setiap masa ada ialah mode Heroes, Mystery Signings and Challenges while Icon Chronicles dan Hall of Legends tu seasonal. Finally kita ada mode Tournament, also singlplayer dimana kita boleh join offline tournament. Yang ni pun seasonal jugak, cam sekarang still under EURO2024 tournament.
Ni pulak Transfers. Kat sini lah tempat you all nak beli dan jual player. Nak beli pakai apa? Mestilah pakai Coin. Harga player based on their card. Kekadang satu player tu ada a number of card depending on their level. Lagi tinggi level, lagi mahal lah harga diorang. For example, basic Joelinton's card berharga 90,000 sahaja but fully upgraded Joelinton's card boleh menjangkau ke 24,000,000. It will surely take time lah untuk beli card yang berkualiti.
This is Quests dashboard. Kat sini korang boleh check daily or weekly progress. Untuk setiap quest yang kita achieved, of course akan ada reward yang kita boleh dapat and it's quite handsome. Daily/weekly quests mostly berkaitan matches and challenges, while ada jugak quest yang fokus on team building such as improve overall rating, train players etc.
Exchange membolehkan korang buat pertukaran such as player for coin, or player for player. If korang jenis yang teliti sometimes kalau exchange player lagi untung dari jual diorang kat market since kat sini takde tax. So player yang berharga 100,000 are exchangeable without 10% tax, thus kita boleh dapat full amount. Kat sini jugak kita boleh exchange player untuk dapatkan Universal Rank Player which can be used to upgrade our existing pool of player. Cuma keras sikit lah requirement nak exchange tu..:-)
Of course macam the other online game in market, ada Store yang membolehkan korang beli something with real money. Ni biasanya untuk orang berduit lah. Ada duit beli jelah, buat apa nak upgrade slow-slow. Macam aku just beli Star Pass je bila new season open and improve from there. Premium Star Pass biasanya berharga RM45, while yang Premium+ boleh go up to RM90
Okay finally, dashboard untuk Club. Kat sini you all can do everything to your team. Boleh bereksperimen dengan formasi yang ada while assessing your strength. Kat sini boleh train and rank up player untuk improve their ability. Locker Room membolehkan kita buat some team customization iaitu pilih kit, logo, in-game emoji, set player's number and change their appearance.
Haa, mesti you all tak sabar nak tengok my formidable team kan. Here it is, I'm presenting you my Newcastle United! Pelik kan, orang main game ni sebab nak kumpul best player tapi aku dah cukup berpuas hati dengan team ni. Ada two set of team, yang rating 89 tu my best eleven comprising current Newcastle's first eleven, biasanya aku guna time multiplayer match. Hat rating 77 tu pulak is my second team, mostly subs and reservist yang aku guna mostly time main offline..:-)
Macam aku mentioned tadi, aku lagi prefer main H2H sebab yang ni based on korang punya skill rather than overall rating. Kalau main Manager mode dengan team ni memang kena toron lah jawabnya since overall rating player lain boleh menjangkau ke 105! Huhu. Same thing goes to VS Attack mode where overall rating main peranan dalam chances korang. Lagi tinggi rating, lagi banyak great chances yang korang dapat. 
So, team aku walaupun rating 89 je tapi masih mampu bersaing dengan team yang overall ratingnya lagi tinggi. Why? Sebab no matter tinggi pun rating or mahalnya player tu, tapi kalau tak pandai main sama je. Haha. So kat sini its more on experience/skill rather than money. Huhu
Jom kita tengok in-game punya graphic. Untuk sebuah mobile game, grafik FC24 memang superb with smooth control. This is Eastpoint Arena, home for my Legion FC.
Player from both team entering the field. Untuk review kali ni aku ambil screenshot from my latest match menentang Real Madrid
If perhati crowd tak ramai sebab aku optimize game ni bagi run in power saver mode. So, reduced sikit kat crowd, post-effect dan juga frame rate. Tapi kalau phone korang marvelous, main pakai ultra memang lagi cantik lah.
Kedua-dua team terikat 1-1 diminit yang ke-80. Satu yang aku perasan, full match biasanya habis dalam 5-7 minit which bagi aku agak singkat. Kira kalau korang nak buat substitution tu elok buat time half time. Sebab kalau lambat, jadi camni. Buat subs change minit 60, nak dekat minit 80 baru dapat masuk. Cb betul.
Joelinton menyumbat gol kemenangan di minit ke 91.
Memang puas hati kalau dapat menang last minute lagi-lagi time lawan online player yang rating much higher. Buat pulak dapat jenis yang tak dapat accept loss. Memang penuh diorang spammed emoji thumbs down kat screen aku. Haha
Apo bondo Salah and Van Dijk main kat Real Madrid? Huhu. Nak buat camna dah itu main purpose game ni, to gather best football player. Tapi tu lah, aku cuba jugak try dulu beli player mantap-mantap ni tapi bila main rasa takde hati. Tu yang jual semua and guna duit tu improve player Newcastle yang ada to the max. At least kalah pun orang kata still berpuas hati. Gituu~

So tuan-tuan semua, that's my review untuk FC24. Game yang sangat berbaloi. Sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur. Untuk rating, aku bagi 4 Star untuk game ni. Well done! 

P/S: Kurang 1-star sebab dalam game ni ada hackers and the problem still persists. Ada few times jugak aku terkena. Connection elok, tapi somehow gameplay very lagging or sometimes tiba-tiba kena tendang keluar time dah leading. Bila check internet diorang kata tu kerja hacker. Huhu

Sunday, August 4, 2024

Kisah AKU n DarSA Fried Chicken @ Bukit Beruntung

Assalamualaikum

Fuhh, busy betul aku minggu ni. Dah lah melambak kerja, pastu banyak hal pulak jadi minggu ni. Takpelah, saja nak share pengalaman aku menjamu selera di DarSA Fried Chicken. Restoran ni tak jauh pun dengan rumah aku, ada lah dalam 15min. Tapi asal datang je penuh, so hari tu mungkin rezeki aku, lalu tengok takde orang tu yang terus singgah. Huhu
Okay jom mula dengan cerita Sabtu lepas. Hari tu aku bawak Iman follow up dengan Dr Nazli kat KPJ Rawang. Pergi berdua je since wife ada online quiz, Fariq pulak aku memang dah dropped kat rumah ayah. Appointment pukul 10 pagi, tapi kena sidai nak dekat sejam jugak. Tu yang dapat coloring set from staf KPJ sementara menunggu tu.
Huhu, boleh lah..:-p
Dalam jam 12pm settled. Jom balik rumah.
Since wife pun masih dalam kuiz, kami terus singgah rumah ayah hari tu. .:-)
Apa kes dengan bro Afiq ni? Ni cerita Selasa lepas ada kemalangan maut near exit Rawang, jalan sesak dan tak bergerak sepanjang 6km. Tu yang tengah jem terserempak dengan bro ni. Jem sampai member keluar kereta and menyembang. 2 jam bhai sangkut. Haha
Rabu singgah Proton, kereta ada timing belt issue pulak. Setengah hari jugak kat sini.
Okay, barulah kita ke main entry malam ni. Nak dijadikan cerita, malam semalam aku dan family ke Bukit Sentosa nak restock barang rumah. Then Fariq kata nak makan ayam goreng, kebetulan kami dekat area Adenium. Tu yang decided nak visit DarSA Fried Chicken ni untuk kali pertama. DarSA Fried Chicken merupakan jenama fastfood yang dikendalikan 100% milik Bumiputera Muslim. Agak viral jugak gara-gara isu Type-C hari tu. Huu
Tapi hari tu aku takeaway je, ada budak kecik dah mengantuk. First time masuk, agak lengang mungkin sebab time tu baru lepas azan Maghrib. Yelah biasa lalu memanjang penuh je, so bila nampak kosong ni macam rare pulak..:-p
Aku tapau dua set Nikma Plate, equivalent to KFC's Dinner Plate. Dalam set yang berharga RM22 ni korang akan dapat tiga ketul ayam bersama mashed potato, coleslaw dan juga satu cup DarSA Cola.
Besar jugak ayam DFC, kira betul lah apa orang cakap pasal kebesaran saiz ayam ni. Next visit aku nak try diorang punya burger and Shawarma pulak. 
Bukan main layan si Fariq tu makan ayam. Huhu
Untuk kepuasan maksimum, aku recommend korang makan ayam tu dengan special garlic sauce DFC. Memang marvelous!

Overall, aku bagi 4 over 5. Markah tinggi kat service speed dimana aku menunggu less than 10minutes sahaja, dan juga kualiti makanan yang memang sedap sehingga menjilat jari. A bit lacking dekat packaging, kotak tu cepat kemek and nak terbarai. Takpe later boleh improve okay. Untuk sesiapa yang nak try and support business orang Muslim kita ni, bolehlah datang ke outlet DarSA Fried Chicken yang beralamat di No 1G Jalan Adenium 1A Bukit Beruntung, 48300 Rawang, Selangor.

P/S: Sebulan lagi nak start EPL beb! Apa-apapun tahniah kepada team Selangor FC atas kejayaan menempah tiket ke final Piala FA 2024!

Monday, July 22, 2024

Kisah AKU n Staycation @ i-City Shah Alam

Assalamualaikum,

Dalam my entry last week, aku ada mentioned yang sepatutnya kami nak ke i-City untuk  birthday Fariq yang kelima. Tapi tertangguh since semuanya tak sihat termasuklah aku yang jarang-jarang demam ni. So, janji mestilah ditepati dan semalam kami sekeluarga berpeluang melawat taman tema digital yang terletak di Shah Alam ni.

Pagi semalam seawal jam 8 pagi lagi kami dah ke KPJ Rawang untuk doctor's appointment. Siapa pulak yang sakit tu?
Ni haa budak kecik sorang ni. Ada ear infection pulak start Khamis lepas..:-p
Dalam jam 11.30 pagi kami balik ke Sungai Buaya, ada sesi parents-teacher meet dekat Little Caliph. 
Muka puas hati tu. Huhu. Of courselah satisfy, aku bagi kredit kat wife yang banyak ajar anak-anak kat rumah. Nak harapkan aku ni, maklumlah budak kelas hujung..:-p
Balik rumah dulu rest before bergerak ke Shah Alam dalam jam 2 petang. For this time around, kami sekeluarga menginap di Best Western Hotel @ i-City. Memang prefer stay kat sini sebab lokasi yang agak strategik iaitu berhampiran dengan tempat tarikan, restoran dan kedai serbaneka.
Wife actually ada kelas hari tu sampai jam 5 petang. Dengar pakai earbud je sepanjang perjalanan kami.
Takde orang amik gambar, selfie je lah. Huhu
Pemandangan hotel yang menghadap Seksyen 7 Shah Alam. Aku macam familiar pulak menara kelabu tu.
Laa, Menara SAAS UiTM Shah Alam rupanya. Wujudmu disini ditanah anak merdeka.... Huu. Fakulti aku pun nampak jugak dari sini.
Dalam jam 6.30 petang, kami melawat SnoWalk just 5 minute walking from our hotel. Tiket berharga RM55 untuk both adult dan children. Kanak-kanak dibawah 90sm FOC. All payment kat i-City ni menggunakan their i-City SuperApp. 
Untuk SnoWalk ni jacket dan boot diorang bagi pakai, while other accessories such as earmuff, gloves boleh dibeli. 
Selfie dulu before masuk kedalam.
Ni zon pertama, kat sini sejuk dia acceptable lagi.
Sempat lagi budak-budak ni tengok orang bumper car. Tapi tu lah, budak-budak kecik tak boleh main evnthough ada adult supervision..:-(
Bergambar atas Santa's deer chariot.
Abah tolong ada rusa kat luar ni! 
Ni Fariq yang snap tau. Huhu. A bit off tapi bolehlah..:-p
Ibu dan Iman bergambar bersama snowman.
Amik gambar kat ice castle pulak..:-)
Untunglah Fariq ada glove, boleh main snowball. Semakin dalam kita masuk, semakin sejuk suhu kat sini. Tak silap aku ada zon tu -8 darjah selsius! Time ni menyesal tak beli glove. Huhu
Oi berak ke?
Bergambar kenangan bersama keluarga tercinta.
Selfie lagi
Time ni semua dah kesejukan. Bayangkan Fariq dan Iman yang pakai complete glove pun menggigil, apatah lagi aku yang bare hands ni. Haha
Takpelah demi anak-anak kita tahan je lah, yang penting diorang enjoy.
Final zon, kat sini tak yah cakap dia punya sejuk camna. Haha
Abah pun nak berjimba jugak..:-p
Last selfie before menamatkan our SnoWalk tour pada malam tu. Sejam setengah jugak kitorang dalam tu rupanya, ingatkan sekejap je. 
Dalam jam 8.15, kami singgah solat dulu before had our dinner dekat area Wow Street.
Lepas makan kami ke City of Digital Light. Bukan Stadium of Light tau, tu SMB punya shithole. Haha~
Macam biasalah tak sah tak amik gambar dengan aneka lampu yang dideko kat sini. Ni dah macam cover album pulak. Huhu
Aku tak beli package tiket (RM35 each) pun sebab banyak ride yang Iman tak dapat masuk. So, kami search and play je. Cari ride mana yang eligible then bayar pakai SuperApp tu. Aku dah topup RM400 kot sebelum ni. Rugi lah tak pakai..:-p 
Peter Pann is one of ride yang kami boleh enjoy malam tu.
Tembak target guna water gun sambil kapal ni berpusing. Rasanya dalam 10min jugak.
Okay nak pergi mana pulak ye?
Ingat nak naik Ferris Wheel, tapi punyalah ramai orang queue. 
Kat area ni dapat main lagi dua ride iaitu Spinning Cups and Rocking Wheel. Nanti wife share gambar aku tambah-tambah lah sikit gambar dalam entri ni. Update pakai gambar yang aku snap je..:-)
Eh macam kenal je, ya betul, LITS ni one TNG business partner dalam parking sector. Company ni buat system integration untuk TNG on-street parking. Alah yang bayar parking tepi jalan tu.
Ingat nak pergi one last attraction iaitu Itsy-Bitsy tapi tutup pulak. Sudahnya lepak kat Wow Street ni sambil tengok anak-anak main mainan lampu tu. Dalam jam 11pm, we made our way to hotel to conclude our first day of staycation di i-City ni,
Ingatkan dah lemau, sekali sambung main dalam bilik..:-p
Pagi Ahad memang takde plan apa pun since wife ada kelas online.
Budak-budak ni memang tidur betul, kepenatan kot malam tu.
Saja order room service. Malas nak keluar. Haha
Tepat pukul 12pm kami sekeluarga check out. Esok kerja beb, tak dan nak lama-lama sangat kat Shah Alam ni. 
Before balik saja bawak anak-anak round Seksyen 7 tu, tunjuk rumah sewa aku time belajar kat UiTM dulu. Tunjuk port lepak, port main badminton etc. Ingat nak masuk dalam UiTM tapi takut kena tahan dengan guard pulak, takkan nak tunjuk ID aku tahun 2011 tu. Huhu
Singgah lunch di Murni Discovery Shah Alam. Haa, ni pun port lepak abah jugak dulu dengan member-member.
Sekitar jam 2.30 petang kami selamat sampai di Sungai Buaya to conclude our short staycation. In Sha Allah, kita akan kekalkan event camni as acara tahunan untuk celebrate anniversary, birthday in our small family. 

Okaylah guys, ngantuk sebenarnya ni. Nasib lah EURO pun dah habis, bolehlah tidur awal sikit. EPL lagi dua bulan jugak nak start, so lapan minggu ni boleh lah rehat dulu from tengok bola. Huhu