Monday, March 30, 2020

Kisah AKU n MCO @ Malaysia - Wk1

Assalamualaikum,

Masih berkurung lagi kita nampaknya, dah masuk minggu yang kedua kita berada didalam Movement Control Order. Sepatutnya Isnin lepas aku report duty di tempat baru, tapi angkara COVID-19 ni, HR cakap kerja dari rumah je which is okay jugaklah. Karang datang office tak pasal-pasal kena hempuk dengan askar pulak. Huhu. Okay, nak cerita pengalaman bekerja dari rumah ni.
Haa, ini lah dia workstation baru aku. Ada my personal laptop yang keyboardnya dah rosak so kena pakai external keyboard, inkjet printer dan juga mini cooler untuk menyejukkan diri time panas ni. Okaylah kot untuk workstation di rumah.
Selfie sikit dekat meja kerja aku yang simple ni.
Aku jadikan second bedroom sebagai office aku sepanjang MCO ni. Ada katil untuk tidur/rest kalau letih, tak bercadar pun sebab bilik ni aku tidur bila balik lewat malam je. Dan juga ada sejadah untuk menunaikan solat..:-)
Tapi yang best, ada toilet sendiri. Kot lah nak memerut, tak payah lah susah-susah nak berjalan sejauh 50meter pergi tandas macam kat TPM tu. Huu
Bila dah masuk company baru ni, memang almost everyday ada conference call. Biasanya dalam sehari tu ada dua session - pagi dengan petang. Maklumlah, gaji masuk. So, kerja pun kena lah buat..:-)
Tapi tu lah bila kerja dari rumah ni memang payah sikit nak fokus. Huhu. Kadang-kadang time kerja tu kena tengok si kecik ni. Time tu lah orang rumah nak berperang kat dapur pulak. Haha
Eh ayah, ada kamera amik gambar kita lah..;-p
Since ni personal laptop, malam kalau takde proposal untuk distudy boleh sambung memerangi negara yang tak nak dengar cakap King William IV. Haha. Okay, jom belajar politik sikit dari gambar ni. Politics 101: The Art of Soft Diplomacy - Ceritanya Russia decided to invade Austria, my long standing ally and I had to choose whether to break alliance with Russia or Austria. Dilema jugak mula-mula sebab cuma ada a few active brigades dekat border. Russia pulak tak payah cerita memang berpuluh brigades ready to unleash their hard power to Austria. Luckily, UK ada good relationship with other countries due to its status as economic powerhouse. So, in one turn and 1million GBP spent for diplomatic mission, William IV convinced all 19 nations to join the war against Russia and impose trade embargoes. Now, it's 20 vs 1. Udahku kabor jangan gaduh-gaduh. Hang degil Aleksander!

Best kan kerja dari rumah? Memang best, tapi bagi aku yang old school ni kerja dari pejabat lagi give more focus dan discipline. Kalau ada meeting pun lagi senang jumpa terus dan discuss. Both ada pros and cons sebenarnya, but if I were to choose. Kerja di pejabat lagi best..:-)

P/S: Tak sabar nak masuk office baru.

Tuesday, March 24, 2020

Kisah AKU n MCO @ Malaysia

Assalamualaikum,

Nampaknya wabak COVID-19 ni semakin menjadi-jadi kat bumi Malaysia ni. Setakay\t jam ni, kita dah mencatat 10 kematian dengan over 1000+ kes. Risau beb, buat pulak dah berkeluarga sekarang ni. Bukannya nyawa sendiri nak kena jaga, nyawa mak ayah, anak bini, adik beradik pun kena jaga jugak. Okaylah, entri hari ni pun berkait dengan wabak ni jugak. As you guys tau, sekarang ni kita tengah dalam Movement Control Order or Perintah Kawalan Pergerakan. So, citenya our mobility ni terhad dimana lagi eloknya duduk dalam rumah je lah.
Aku pun cam orang lain, memang duduk rumah je, starting dari hari Rabu lepas. Pishang jugak stay satu tempat ni.
Memang banyak masa habis tengok TV je. Nasib Astro bagi channel free, memang layan HBO je lah. Tengok Star Wars, tapi yang tak boleh blahnya aku boleh habis sembilan cerita Harry Potter. Siot je, terminat pulak cerita ni. Huhu
Budak kecik ni pulak bukan main aktif lagi time siang. Huhu
Time ibu dia masak, memang kena jaga walaupun dah ada pagar merata tempat. Laju dia ni, ikut siapa lah tu..:-p
Hari Jumaat keluar rumah jap pergi kedai dekat-dekat sini je. Nak topup barang keperluan. Luckily dekat Sungai Buaya ni belum nampak orang panik lagi. Lagipun kedai banyak kat sini, pilih je mana nak beli. Habis-habis yang penuh pun Speedmart je.
Agak lengang jugaklah ni, biasanya penuh motor kat kedai mamak tu.
Siang time Fariq tidur, aku banyak habiskan masa main handphone. Game COD jangan dilupakan, tapi lately memang payah nak dapat strong connection. Mungkin server diorang dah full kot.
Tapi ada satu lagi game yang fun dan time consuming. Virtual Lawn Bowls - game kegemaran offline kegemaran aku. Main game ni kadang-kadang tak sedar masa berlalu dengan pantas. Haha
Malam lepas tengok Harry Potter, and si kecik tu dah naik atas. Aku sambung yang ni pulak, syok oo main Napoleon Total War ni. Biasa bukak dalam pukul 10 malam, habis around 3 pagi. Bukan selalu dapat lepas gian jadi jeneral perang ni.
Outnumbered 1:3, a truly noble death for Brigadier General Edward Paget, commanding officer of the British Army at Marseille. His death allowed Lieutenant General James Inglis Hamilton to execute a swift flank attack against Grouchy's and liberated Caen and Brittany from France.

Itu je lah cerita aku kena kurung minggu lepas. Minggu ni lain sikit sebab dah start kerja company baru. So, memang kena standby WFH je. Minggu lepas boleh lah bermalas-malasan sebab dah takde kerja sangat kat Quatriz tu. Huhu

P/S: EPL tangguh sampai bulan April. FA Cup pun sama. Lagi pishang lah jawabnya.

Wednesday, March 18, 2020

Kisah AKU n Last Day As Quatrizian

Assalamualaikum,

It's time, brother. Masanya telah tiba untuk aku melangkahkan kaki keluar dari pejabat yang menjadi medan aku mengasah bakat dan pengalaman dalam bidang Business Development sejak tahun 2016 lagi. Tanggal 17 Mac merupakan my final day menabur bakti di Quatriz System Sdn Bhd. Entri ni adalah coretan terakhir aku bergelar seorang Quatrizian.
Semalam aku bertugas semula setelah bercuti panjang selama sembilan hari. Kalau ikut surat, hari last aku ialah 20 Mac. Tapi dengan recent outbreak Covid19 pandemik dimana rakyat Malaysia diminta duduk dalam rumah, semalam merupakan hari last aku bekerja dipejabat. Untuk baki lagi dua hari ni aku work from home je.
Awal pagi lagi dah pack barang-barang peribadi. Huu. Betul-betul tak sabar tu..:-p
Berjalan untuk kali terakhir bersama mereka ke kafe Picante yang menjadi port lunch favourite aku
Ridzuan cakap bila aku cuti panjang, budak-budak ofis semua berpecah makan kat tempat lain-lain. Bila aku ada, semua ikut sekali pergi Picante sampai at least dua meja untuk budak Quatriz je. Haha
Tu yang diorang cakap, bila aku takde nanti camna lah. Mesti lepas makan terus balik je, takde dah nak pekena COD dulu. Huu. Lepas lunch aku start buat handover, dimulakan dengan Business Development kepada Ridzuan. Followed by ISO matter, handover to Pn. Ainie.
Jumpa Pn. Zihan sebelum dia balik sekitar jam 5 petang. Takde farewell pun maybe sebab tak dijangka yang semalam hari last. Thank you very much Pn untuk your patience and guidance sepanjang saya bekerja kat sini. Banyak benda dapat belajar dari Iron Lady Quatriz ni. I'm sure knowledge yang ditimba akan terbukti berguna dalam karier aku dimasa hadapan.
After office hour, aku dan beberapa rakan rapat pergi lepak dekat Sultan @ Jalil Perkasa.
Lama bhai lepak, dari pukul 7.30 sampai ke 9.30. Biasalah throwback zaman kerja dulu-dulu, discuss isu syarikat dan sebagainya. Yang join lepak aku, Afiq, Zaaba, Azhar, Aiman, Ridzuan dan Rizal. Ni je yang join, thank you guys!
Bergambar dengan rakan sejawat aku yang paling lama kat sini, Zaaba. Bro ni yang ajar aku selok belok sistem tol time aku masuk Quatriz dulu. Banyak jasa dia kat career development aku disini. Thank you bro, banyak kenangan dengan brader ni. Satu bilik time company trip Langkawi, Krabi. Lepak sahur kat Pelita Puchong time buat RFID tag, short vacay kat Pengkalan Balak dan banyak lagilah..:-)
Lepas lepak, aku masuk office balik. Ada one last job. Handover fail RFID kat boss baru RFID Quatriz, En. Afiq Azham. Haha
Habis semua dalam jam 11.00 malam. Start packing barang-barang.
Bergambar dengan workstation aku yang dah kosong. Sobs
Lepak bilik meeting, amik mood baring beralaskan kotak buat terakhir kalinya disini. Bila lagi nak merasa pengalaman tidur camtu. Haha
Bergambar kenangan dekat lobi. Huhu.
One last clock out sekitar jam 1 pagi to mark my last moment as Quatrizian.

Yup, itu sahaja cerita penutup kerjaya aku selama hampir empat tahun disini. Banyak kenangan suka dan duka yang aku lalui sepanjang tempoh ini yang terbukti menjadi medan mengasah bakat dan menambah pengalaman aku. Terima kasih sekali lagi aku ucapkan kepada pengurusan Quatriz dan rakan-rakan sekerja yang banyak membantu selama aku disini. I wish Quatriz the best and hopefully we can work together in near future.