Sunday, August 5, 2018

Kisah AKU n Double Anniversary!

Assalamualaikum,

Baiklah, malam ni aku nak share quick entry sikit. Menariknya, ada dua ulang tahun yang sangat penting dalam hidup aku happened dalam minggu ni. Nak tahu? Keep scrolling lah ye..:-)
1 Ogos 2018 merupakan ulang tahun kedua aku berkhidmat bersama Quatriz dan MTD Group. Sudah tentunya banyak kenangan suka dan duka yang telah aku lalui selama tempoh ini. Hopefully, more years to come lah ye. Amin.
Dua tahun, dua meja aku dapat kat sini. Yang kat atas tu meja di TPM office. Kalau ikutkan aku mana ada workstation kat sana, tapi sebab kekerapan workload disana membuatkan bos bagi jugak tempat yang proper. Yang bawah pulak my workstation di HQ yang terletak di Menara MTD. Mana yang lagi kemas? Huu
4 Ogos 2018 merupakan hari pertama aku memberanikan diri untuk make a move to someone yang bakal menjadi isteri aku dalam masa tiga bulan ni lagi. Huu
Ini lah our first conversation - simple. Tanya duduk kat mana je. Haha. Dari situ kami terus berkenalan, had our first date di R&R Awan Besar, KESAS pada September 2017. Hii. Oktober 2017 mengikat tali pertunangan and now counting days untuk disatukan..:-)
Okay, ni selit sikit cerita minggu ni. Jumaat after office hour aku pick up ayah kat LRT Bukit Jalil dan terus menuju ke Port Dickson. Nak amik mak yang berkampung kat sana dengan Along. 
Siot je Tigo ni, aku nak balik boleh buat-buat tidur pulak. Sedangkan elok je nampak main dengan rumput sebelum tu. Kucing gila. Haha
Sabtu sekitar jam 2 petang kami bertiga bergerak meninggalkan Port Dickson. Mak sedih nak meninggalkan cucu kesayangan dia ni. Maklumlah almost tujuh bulan teman Along menjaga si Kentang ni (tapi sekarang tak nampak cam kentang dah, huu). Sampai Bukit Jalil around 3 petang before straightly ke Green Avenue untuk pick up Ija pulak nak bawa ke Sungai Buaya since ada hal sikit yang nak disettlekan minggu ni.
Petang tadi buat fitting untuk persalinan majlis di Melaka nanti. Nasib baiklah mak ni ramai kawan. Senang sikit. Esok pagi aku hantar Ija balik ke Bukit Jalil, kebetulan ada kerja sikit kat TPM. Elok sangatlah..:-)
Haa, ni pun nak masuk ke? Penting beb! Akhirnya, after 400 turns. The Roman Empire, circa 135 AD under the leadership of the Emperor Gaius Flavius Maximus of the Julii berjaya menakluk kesemua region yang dipertandingkan dengan kekuatan 15 Legio & 10 Classis. Memang puas hati betul main Rome 2 Total War dan total domination seperti ni membuktikan aku belum hilang bisa lagi main gambe bergenre Real Time Strategy ni. Haha.

Okay lah, rasanya itu je lah kot yang aku nak update malam ni.  

Sunday, July 22, 2018

Kisah AKU n Nashriq's Wedding @ Lembah Pantai Community Center

Assalamualaikum,

Kenapa rasa macam lama tak update blog ni? Busy kot. Tengok last entry minggu lepas je, takdelah terbengkalai sampai 2-3 minggu. Okaylah nak cerita sikit aktiviti aku dan family tadi.
Macam biasa, what happened minggu ni di ofis. Memang busy dengan site visit aje. Rabu dekat DUKE. Dapatlah tengok R&R Segambut. Haa, korang tau tak kat mana tu? Bawah highway beb!
Khamis pulak melawat site di KESAS. Perghh, ni tempat first date dengan Ija dulu. Hee
The whole Friday dengan highway under PROLINTAS. Pendek kata memang penat lah minggu ni. Penat atas jalan..:-)
Tengahari tadi aku meluangkan masa dengan family attending sebuah majlis persandingan sedara mara kami di Bangsar. Kami gerak dari Sg Buaya sekitar jam 11.45 pagi dan tiba around 12.30.
Elok nak dekat sampai si kentang ni berak pulak. Haha
Muka tak puas hati..:-p
Majlis yang menyatukan Nashriq dan pasangannya, Bazilah ni berlangsung di Pusat Komuniti Lembah Pantai, Kerinchi.Baru 12.30 dah ramai tetamu. Mungkin connection family ni banyak kot. Nak menunggu meja kosong pun berkicap jugaklah.
Ada show nyanyi + dancing oleh sepupu pengantin. Punya lah bingit dewan tadi, si Mikail ni boleh sedap tidur pulak.
Bergambar bersama Opah We. Memang ramai kaum kerabat yang datang tadi. Raya pun tak ramai camtu. Huu
Sekitar jam 2.30 petang, kami meminta izin hos majlis, Tn Nasir untuk bergerak pulang. Memang panas betul cuaca minggu ni. Dehydrated aku dibuatnya.

Tu je lah kot story minggu ni. Okay lah, nak menghabiskan Star Wars Rebels season tiga jap. Ada 4 lagi episod ni. Semakin menarik nampaknya. Huu

Saturday, July 14, 2018

Kisah AKU n Majlis Aidilfitri Gamuda Toll Division

Assalamualaikum,

Panas betul hari ni. Rasa cam nak tidur pulak. Okaylah, nak kena update sekarang jugak sebab malam nak marathon Star Wars Rebels. Huu. Petang ni nak story sikit tentang dua open house Raya yang aku visit untuk minggu terakhir Syawal 2018 ni.
Isnin lepas aku menghadiri sebuah rumah terbuka Aidilfitri anjuran Gamuda Toll Division di Plaza Tol Sunway, KESAS. One of our client, Lingkaran Trans Kota Sdn Bhd merupakan a member company dalam Gamuda ni.
Ramai orang hari tu. Sampai makan pun berdiri sebab takde meja yang kosong.
Sedap betul rendang daging ni. Antara the best yang pernah aku makan. Lemang pun elok je. Rasa cam nak lagi!
Dah nak balik baru dapat port selesa. Gamuda kot, memang bersepah-sepah lah client diorang. Haha
Bergambar kenangan dihadapan HQ KESAS sebelum bergerak meninggalkan majlis sekitar jam 2.30 petang. Sambung bekerja di TPM since malam tu ada satu lagi open house..:-)
Malam pulak aku join kawan-kawan lain beraya kat rumah rakan sekerja kami, Sepon yang terletak di Puncak Jalil. Dekat je dengan office, less than 10 minutes journey.
Sedap Mee Kuah bini Sepon buat. Dua kali aku menambah. Hii
Nawawi dan Pn. Ainie pun join jugak malam tu. Buka puasa sekali katanya. Dalam pukul 9, kami semua bersurai.
Minggu ni ada bermalam kat office jugak since ada satu Addendum submission. Tapi bukan kat sini lah. Apa gila nak tidur kat bangunan ni..:-P
Macam siot je Ira suruh try blazer dia ni buat pergi meeting. Muat tapi tak boleh button lah. Hee
Petang Jumaat ada meeting dengan Perbadanan Putrajaya dekat Taman Ekuestrian ni. Rare jugak meeting sambil tengok orang have-have main kuda. Haha
Rasa accomplished bila akhirnya dapat spend almost 8 jam non-stop main Rome 2 Total War sambil ditemani Maggi Hot Cup dan Wonda Coffee. Pukul 6 pagi tadi baru tidur. Huu
Rambut baru. Hehe. Adalah nampak kemas sikit..:-)

Minggu ni takde pergi mana pun. Rehat je kat rumah, mana taknya dah dua minggu berturut pergi beraya je. Itu belum campur mengikut Ayah pergi wedding anak kawan-kawan dia. Dah tu semua jauh sampai ke Kajang, Bangi. Haha. Takpelah, harapnya time majlis aku nanti diorang pulak yang datang Rawang..:-)

P/S: Tadi beli bucket KFC terus buat makan untuk dinner, breakfast & lunch esok. Malas nak keluar rumah. Huu