Sunday, March 18, 2018

Kisah AKU n Games Review - Dream League Soccer 2018

Assalamualaikum,

Ayah kata pasni nak attend anak kawan dia kahwin kat Rawang. Macam biasa, aku ni lah yang nak menemannya. So, ada sejam setengah lagi. Baik aku start update entry ni dulu. Okay, hari ni aku nak buat video games review sikit. Lama dah tak buat kan? Dulu time menganggur rasanya setiap minggu ada review game. Tak kira lah game PC, or mobile. Yelah, dah banyak masa terluang. Laa ni, nak curi masa tidur pun tak sempat.
Game yang aku nak review pagi ni ialah Dream League Soccer 2018 or DLS2018. Sebuah mobile game developed by First Touch Games Ltd, khas untuk pengguna Android dan iOS. Sebenarnya aku ni jarang main game kat henset, cuma hari tu time lunch dengan kawan ofis. Diorang berempat main Mobile Legends, tinggal lah aku terkulat-kulat tak tau nak buat apa. Strolling Google Play Store ternampaklah game ni. Walaupun ramai review and rate FIFA as the best football game kat mobile platform, tapi aku still nak try DLS2018 ni. Sebab apa? Sebab size yang kecil as compared to 1GB FIFA iaitu sekitar 400MB.
This is the main menu untuk game ni. Straightly to team dashboard. Next Fixtures untuk perlawanan seterusnya. Transfers untuk urusan jual dan beli players. Team Management untuk assess player performance dan My Club untuk pengurusan club. Please be noted, time aku buat review ni I'm already at Elite Level, so kebanyakkan item pun dah taraf elit lah. Huu. Jom tengok satu-satu content menu game ni.
As for introduction, game ni free. Tapi in-app kena purchase with coin. Kalau korang banyak duit boleh lah purchase through VISA or FPX. Tapi kalau tak nak membazir, you can spend your time slowly and enjoy the game with no haste. Boleh jugak collect coin through tengok advert video, satu video dapat 30 Coin. Tu lah yang selalu aku buat. Huu
Let's start with Transfers. Kat sini lah tempat you all nak beli dan jual player. Nak beli pakai apa? Mestilah pakai Coin. Normally, after each games you will be rewarded with coin. Depending on the number of goal yang korang sumbat, clean sheet, objective bonus dan juga Home Stadium bonus. Player kat sini paling mahal dalam range 2000-3000 Coin, yang paling murah 100 Coin. It will surely take time lah untuk beli player mahal. Macam aku sendiri, my dream team ni pun berjaya dikumpulkan bila dah masuk Elitis. Nak tengok skuad aku? Keep scrolling..:-p
Ni pulak dashboard untuk My Club. Kat sini you all akan dapat peluang untuk acah-acah jadi Club Director. Terlibat dengan stadium expansion dan kit baru, set the club objectives, checking the team statistics dan juga implement training.
This is Stadium menu. Kat sini korang boleh customize Home Stadium but with a Coin lah. Mana ada benda free. Huu. Aku pesan siap-siap, stadium expansion ni very important. Sebab kalau korang nak naik level, korang kena besarkan stadium. Seingat aku kalau nak qualify untuk bertanding di liga Elit, kapasiti stadium mestilah 80,000 keatas. Kalau tak you will never advance to the next level. My Home Stadium sekarang, St. Denis Park dah mencapai kapasiti maksimum iaitu 87,000..:-)
Now we will go to Customize Team. Kat sini korang boleh design sendiri kit yang akan digunakan. You guys can design up to three kits (Home, Away, Third). Boleh jugak nak tukar nama dan logo team since original name yang diberikan kepada player ialah Dream Team FC. Ingat nak tukar jadi Newcastle United tapi team tu already exist dalam DLS2018 ni. So aku adopt nama Tyneside FC which is alternate name untuk Newcastle. Huu
Ni pulak Training mode. Ada beberapa jenis training yang korang boleh conduct. Free training, penalty, freekick dan juga corner kick. Here, you can identify siapa yang layak menjadi penalty, freekick dan corner kick taker for the team.
This is Objectives section. Kita boleh assess our target benchmark with the current performance. Time aku snapped gambar ni season had already ended, so boleh tengok summary je. Unbeatable beb! This is my best league performance sepanjang beberapa season dalam Elite League with 43 points. Cuma draw dengan MU je di awal liga.
Summary untuk overall (combined Elite League, Elite Cup, Global Challenge Cup, All Star Cup) top scorer dan assist. Harry Kane maintained my favorite ace for five consecutive season, followed by Lewandowski.
Haa, mesti you all tak sabar nak tengok my formidable team kan. Here it is, I'm presenting you my Dream Team! Eventhough takde Messi or Ronaldo, team ni lah yang tak pernah failed menang treble almost every season. Huu
Dekat section Team Management ni korang boleh develop player for certain competencies. Contohnya kalau rasa player tu lembab, boleh invest untuk Fitness. Kalau nak pelbagaikan skill, boleh improve Technique, etc.
Korang ingat senang ke aku nak build team tadi. Amik masa beb! Kalau nak tau, inilah the original eleven Tyneside FC. Pada awal game, korang cuma dibenarkan choose only one star player je to assist the Academy team, macam aku amik Andy Caroll (striker). First korang akan main Academy Division, then naik ke Division 3. After that rose to Division 2 (kat sini aku terpaksa main dua season sebab tak cukup coin nak upgrade Stadium). Lepas Division 2 naik ke Division 3, later to Junior Elite Division (pernah tersingkir back to Division 3 sebab ramai player injured and exhausted) and finally the Elite Division which I'm standing now. Huu. Sadly, daripada 11 original player ni. Sorang pun aku tak simpan. Haha
Haa, tengok tu. Dah 500+ match aku main tau. Bukan senang nak sampai ke level ni. Sobs
Andy Caroll remained player yang membuat paling banyak appearances with Tyneside FC. Mana taknya dah pakai khidmat dia since Academy sampai Junior Elite rasanya, before dipulangkan ke West Ham semula. From 281 appearances, Caroll menjaringkan a total of 186 goal before surpassed by Harry Kane with 222 goal..:-)
Korang jugak boleh save goal or moment cantik and later replay balik di Replay Viewer. Dah macam main kat PC pulak siap boleh replay segala bagai. Huu
Jom kita tengok in-game punya graphic. Untuk sebuah mobile game, grafik DLS2018 memang superb with smooth control. Cuma kadang-kadang bila dah lama sangat main, jari kita sweating. Boleh effect gameplay sikit. 
Super-Sub Dries Mertens menyumbat gol pertama menentang Australia. Ooh lupa pulak nak bagitau, after korang menang Elite Division. Ada 4 lagi additional challenges unlocked dan korang mesti menang each cup to unlock others. Starting with International Cup, then to International All-Star Cup. Lepas menang ni, you guys will face First Touch Utd (special team from company yang develop DLS2018 ni) team yang player semua rating 90+. If korang berjaya mengalahkan team FTU, korang akan face the Ultimate Challenge. Apa benda tu? Haa, kat sini ada manager yang dah cloned team korang tu and you guys akan berlawan dengan basically, team sendiri. Haha
Mertens meraikan gol bersama kapten pasukan, Kane. 
Harry Kane menjulang trofi kejuaraan yang tah kali keberapa dalam karier dia bersama Tyneside FC. My record sejak Academy Division, team ni dah merangkul a total of 51 trophies. Tapi tu lah, game ni tak boring pun walaupun dah menang banyak kali. Still rasa ada room of improvement untuk players.

So tuan-tuan semua, that's my review untuk Dream League Soccer 2018. Game yang sangat berbaloi. Sesuai dimainkan oleh semua peringkat umur. Gerenti tak kan bergaduh sebab aku perhati kawan-kawan yang main Mobile Legends, semuanya end up mencarut dan emo antara satu sama lain. Haha. Untuk rating, aku bagi 5 Star untuk game ni. Awesome!

Sunday, March 4, 2018

Kisah AKU n Fatin's Wedding @ Cheras Perdana

Assalamualaikum,

Petang ni nak story sikit pasal orang kahwin. Siapa kahwin? Jom la baca. Haa, at last ada jugak intro yang ringkas dan tak meleret. Good!
Seawal jam 8 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah ke Bukit Jalil. Nak amik seseorang dulu kat sini before bergerak ke venue majlis di Cheras. Plan asal ingat nak tidur office je, tapi budak-budak tu balik awal semalam plus takde staff kerja shift malam, sudahnya balik je la rumah.
Haa, nak pickup cinta hati ni dulu. Sebenarnya majlis semalam nak meraikan hari penting kawan ofis budak ni. Dalam kad pulak jemput pasangan sekali. Tak salah kan nak join? Haha. Baju nak sedondon je, tak nak kalah tu. Hee
9.30am - kami berdua tiba di lokasi pertama majlis di Surau Al-Amin, Cheras. Yang buat awalnya sebab si Ija ni diminta untuk join sesi nikah pagi tu. Kalau tak, takdenya aku nak datang awal camni. Tapi technically okay jugak, sebab kalau datang dah tengahari aku tak dapat bayangkan betapa jemnya Lebuhraya Cheras-Kajang tu. Haha
Sesi nikah selamat dijalankan sekitar jam 10.30 pagi. Terkulat jugak kami berdua tak tau nak buat apa sementara tunggu pukul 12.30. Nak berjalan area Cheras ni takut sesat larat pulak, last-last duduk je dalam kereta sambil menyembang perancangan majlis kami pulak. Around 12 kami tiba dia venue majlis persandingan yang berlangsung di Balai Raya Taman Cheras Perdana. 
Makan dulu sementara tunggu kawan-kawan lain datang..:-)
Kawan-kawan pengantin dari Greencon Resources Sdn Bhd. Aku tolong snap gambar je lah, nak join chatting diorang ni dok sembang pasal company internal issue pulak. Malas nak campur. So, cari port sendiri main Dream League Soccer 2018. Huu
Tengah syok collect coin, tiba-tiba ada perempuan tegur. Ingatkan siapa nak mengorat tadi, rupanya si Ija ni. Maybe perasan tengok aku lonely kot duduk tepi longkang tu..:-p
Elok lah datang, boleh snapkan gambar cik abang ni sekejap..:-)
Rakan-rakan sepejabat bergambar kenangan bersama raja sehari yang diraikan semalam. Yang belah kanan sekali tu sibuk je join bergambar kan? Huu
Amik berkat pengantin, lepas ni In Sha Allah kami menyusul pulak.:-)
Sekitar jam 2.30 petang, kami meminta izin hos majlis untuk beransur. Maklumlah, hari pun dah nak gelap. Seperti yang dijangka, trafik sesak all the way from Batu 9 masuk ke MRR2, bersambung lagi ke Bandar Tasik Selatan. Lepas BTS, baru clear sikit nak ke Bukit Jalil.
Amboi seronok selfie, yang cik abang ni dah terkebil-kebil mata driving. Dah la terlupa nak beli stok Nescafe. Sampai je Bukit Jalil terus drop Cik K kat Green Avenue then terus shoot balik ke Sungai Buaya. Masuk je Lebuhraya KL-Seremban sesak sampai ke Mahameru. Haha, pisang beb! Plan asal nak lalu jalan dalam, tapi sebab mengantuk yang amat, aku lalu highway je. Lantaklah, asal sampai cepat.

That's the wrap untuk entri petang ni, Selamat Pengantin Baru buat Fatin & Nazri. Semoga pernikahan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan juga dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Newcastle kalah semalam lawan Liverpool, elok pun tak tengok. Cuma lebih 4 mata dari zon penyingkiran. Help us Rafa, you're our only hope. This is our most crucial time.

Sunday, February 25, 2018

Kisah AKU n It's Official!

Assalamualaikum,

Slow betul network Maxis kat PD ni. Bukan yang dekat dengan pantai tu, ni yang kedalam lagi. WhatsApp masuk lambat, nak stream video apatah lagi. FYI, abang ipar aku baru je berpindah estet baru dekat Sua Betong, Port Dickson. Lama jugak rasanya dia dah transfer kat sini since Disember tahun lepas, laa ni baru aku berpeluang datang melawat. Aku datang melawat ni pun ada sebab sebenarnya. Nak tahu apa? Jom lah baca.

Jom start dengan office talk dulu. Minggu ni aku diserang demam selsema. Walaupun kesihatan aku drop to the lowest point, but still hari-hari aku left the office 9 malam. Dekat HQ Batu Caves tau, bukan kat TPM. Time demam lah pulak banyak kerja pun.
Dalam demam pun sempat lagi dating dengan Ija ni. Sebab memang dah janji nak beli cincin baru malam Selasa tu. Karang krik, krik pulak datang Melaka nanti.
Raised the flag! Ada dua tender submission nak kena completekan by Business Development Dept before 8 Mac.
Hari Khamis attend dua meeting kat KL. Baru demam nak kebah tiba-tiba datang balik, nasib baiklah lepas tidur dah okay. Betul lah cakap doktor, bila demam yang penting rehat. Kalau makan ubat pun tapi still kerja macam machine, takkan sihatnya badan tu.
Hari Jumaat meluangkan masa observing ISO Refresher Training conducted by Nawawi untuk Software Development Dept. Ni a part of corrective action yang aku keluarkan last audit. Huu
I left the office sekitar jam 8.30 malam Jumaat tu and made my way directly to Port Dickson. Bayangkan keluar je Tol Sg Besi dah jem macam ni sampai exit Kajang. Pishang..:-p
First time lalu Seremban-Port Dickson Highway (SPDH). Gelap yang amat. Ada berapa bijik kereta je yang lalu malam tu. Gambar ni aku snap dalam pukul 10 malam jugak..:-)
Jom kita ke main entry malam ni. Semalam aku dan family melawat family cik tunang di Serkam, Melaka. Tujuannya nak menyempurnakan apa yang tertinggal since our last visit Oktober tahun lepas. Klik link ini untuk cerita selanjutnya.
Maklumlah, bila ada orang-orang yang berkata kat belakang yang buat tak sedap tu. Kata bypass adat lah, tak bagitau family lain lah. Takde wakil lah. Secara syariatnya memang aku dan Ija dah bertunang tahun lepas, in fact kami dah buat apa yang dituntut agama. Family dua belah pihak pun dah setuju. Tarikh dan belanja pun dah discussed. Cincin yang aku bawa sebagai tanda pun dah memenuhi tujuan bertunang. 
Awal Januari aku bertanya cik tunang, nak buat jugak ke? Bukan apa, yang kurangnya tahun lepas bila takde wakil orang tua dari dua belah pihak je. Time tu cincin ada, hantaran pun ada walaupun tak proper. So, parents dia kata terpulang. Nak buat okay, tak buat pun tak jadi masalah. Jadi kami decide untuk buat jugaklah.
Upacara swap cincin. Kali ni bagi yang mahal punya. Haha. Cincin tunang yang mula-mula tu turun pangkat jadi cincin risik..:-) 
Abang ipar aku, Syazwan yang jadi jurucakap family kami semalam. See, dok bising-bising pun bukannya ada family lain pun yang join. Nasib baik Mikail pun ada join meramaikan majlis. Manakala family Ija diwakilkan oleh Pak Long dia. Lupa pulak nama, tapi abang mak dia kot. Huu. Ada dua family jugak yang join from side diorang. Yang kelakarnya aku sendiri mengusung dulang hantaran dan join sekali masuk kedalam. Biasanya lelaki mana boleh ada pun time sesi berbincang tu. Haha
Mak bersama Along dan bakal menantu..:-)
Bergambar kenangan bersama mak ayah tercinta sebelum berangkat pulang. Sekitar jam 6.30 petang, kami meminta izin tuan rumah untuk beransur. Perjalanan dari Serkam ke Port Dickson mengambil masa kira-kira satu jam setengah, bergantung kepada trafik semasa dan juga pemilihan jalan. Kalau exit highway melalui Jasin maybe okay sikit, sebab lalu jalan kampung. Kalau exit lalu Ayer Keroh kemungkinan besar lalu jalan bandar. Korang pun tau Melaka ni cukup terkenal dengan traffic light. Haha
Sampai PD dalam jam 8 malam. Mandi, solat pastu tengok cerita Kung Fu. Unlike tahun lepas, kali ni tak rasa apa sangat pun. Takde excited macam dulu siap post kat FB. Yelah, benda kami sendiri pun tahu rasmi lama dah. Tak merubah apa pun hasil dari pembincangan lepas. In Sha Allah, less than 9 months from now kami akan disatukan. Semoga dipermudahkan urusan kami ni. Amin.

Okaylah, esok pagi aku akan bertolak dari PD terus ke TPM office. Ye lah, hidup zaman Najib ni kena pandai ekonomi sikit. Okay apa plan aku, dari balik petang tadi. Baik balik esok pagi terus ke Bukit Jalil. Jimat minyak, jimat tol, jimat masa. 

P/S: Apa lah Newcastle semalam, elok leading 2-0. Tiba-tiba Bournemouth comeback bagi 2-2. Cuba jangan main-main bila dah leading tu. Hilang 2 mata berharga. Sobs