Monday, December 31, 2012

Kisah AKU n Memories 2012

Tepat jam 12 tengah malam hari ini, 2012 akan melabuhkan tirainya dan menandakan permulaan tahun 2013. Seperti biasa untuk menutup entri 2012, dan meneruskan tradisi yang dimulakan pada tahun 2010 - diarimcbride akan melaporkan a brief summary tentang perjalanan hidup aku pada tahun 2012, dan juga sedikit comment tentang resolution 2012.

May 2012 - menjadi TUNAS SMF FSPPP

June 2012 - mengendalikan program pertama aku di UiTM didalam Program Forum Pemikiran Pemimpin Negara sebagai Pengarah Program & Panelist

July 2012 - tamat pengajian semester kedua a.k.a first year.
September 2012 - memegang portfolio EXCO Penempatan & Non Resident SMF FSPPP
October 2012 - memegang status CDL untuk lesen kereta..kii
Disember 2012 - mengenali Lawn Bowls yang menjadi kegilaan aku sekarang, menggantikan sukan badminton.

Alright, sekarang ni jom kita review sikit Resolution 2012. Jom kita tengok samada azam yang diletakkan tercapai ke tak :

1. CGPA ok : So far setakat ni CGPA aku untuk 2 semester still above 3 - iaitu purata terkumpul sebanyak 3.35. Ianya boleh dikategorikan sebagai success untuk tahun ni.

2.Tambah kawan : kalau nak diikutkan memang ada penambahan kawan tahun ni - SMF, alumni & senior SMF, JPNR, Team Lawn Bowls. So, I'd love to consider this as success too.

3. Aktif dalam persatuan - Alhamdulillah, maybe ini kejayaan paling jelas. Dengan memasuki SMF, ternyata resolusi ini dah berjaya.

4. Join SAF 2012 - Walaupun bukan dalam badminton, aku masih berpeluang join SAF dengan menyertai Team Lawn Bowls. Completed.

5. Membahagiakan ibu bapa - erm yang ni aku tak tau nak nilai macam mana, biar mereka yang tilai.

6. Blogging - masih bertahan nampaknya blog ni..

7. Pengganti - No comment

Sebagai kesimpulan, ingin aku rakamkan jutaan terima kasih pada 2012 kerana telah memberikan banyak kenangan manis yang boleh ku simpan untuk tatapan di hari tua..huu. Nantikan 2013 Resolution hanya di diarimcbride!!

Sunday, December 30, 2012

Kisah AKU n Final Examination Pt. 3

Assalamualaikum semua, peperiksaan akhir semester 3 bakal berlangsung dan membuka tirainya pada 3 Januari 2013. Dalam banyak-banyak edisi final examination yang pernah aku hadap kat UiTM ni, this edition yang aku paling kurang prepare, malas dan juga bekalan carry mark yang sikit. Tapi, keep calm and steady kata orang putih - still got time maa, cuma lega dengan jadual sebab ada gap yang boleh tahan lamanya untuk paper-paper aku.

Orait, seperti biasa aku akan letak target untuk setiap paper, and as I mentioned before, kurangnya preparation membuatkan expectation untuk aku semester ni mestilah realistik but achievable. Jujur cakap untuk part 3 ni - kod subject, nama lecturer, kelas pun aku tak ingat as compare waktu part 1 & 2.

1) CTU 553 - Hubungan Etnik. Sepatutnya aku takde masalah dengan paper ni but aku target A-, carry mark aku 39 out of 50..

2) ACC 280 - Management Accounting, paper yang aku paling takut..aku cuma tau 3 chapter je, lagi 2 tu aku tak faham langsung. Carry mark - sangat menyedihkan, aku rasa bawah 20 kot, wuu. Target : C (no choice sebab aku nak lulus je paper ni)

3) PRO 458 - Public Relations, paper ni aku suka sebab presentation DRB HICOM aku dipilih menjadi case study untuk satu kelas..expectation tak banyak sebab senior cakap lecturer ni jarang bagi A kat student. Carry mark aku tak tau and target aku at most B+, at least B

4) ADM 551 - Human Resource Management, paper ni memang aku minat sebab ia kena dengan jiwa aku but kepincangan dalam time management dimana aku lebih sibuk dengan urusan persatuan, membuatkan aku failed mid term. Carry mark, not so sure but so far Miss Ria cakap presentation , case study, assignment OK. Above all, I still have faith untuk paper ni. So aku target at most B+, at least B

5) ADS 510 - International Relations, paper fevret aku sebab presentation yang konsisten every week. In addition, kebanyakkan subjek dalam ni aku dah belajar sendiri waktu zaman sekolah. Still remember yang aku ada cakap pernah buat buku sendiri.? That's right, dalam buku tu terkandung hampir setengah content IR ni. Carry mark yang agak tinggi iaitu 35/40 membuatkan aku jadi lebih yakin untuk menggengam A+ dalam paper ni - at least A-

6) LAW 503 - Advanced Business Law, satu lagi paper law. Dah 3 sem membuktikan aku tak pernah dapat A untuk paper law. Carry mark aku tak pasti, untuk target harap-harap dapat B+ pun dah OK, at least B

Peperangan ketiga dalam peringkat Ijazah aku, cuma berharap pointer yang baik dalam range 3.00-3.10. Tak mintak lebih, sebab aku faham kehidupan aku yang penuh liku ni..huu. Wish me luck guys!!

Monday, December 24, 2012

Kisah AKU n Badminton : I'm Done

Salam semua, semalam aku ayah, adik and Abg Akram meluangkan masa bermain badminton kat BBGC. Lama dah tak pegang reket, memang kekok jugaklah nak servis semalam. Footwork lagilah memang bantai je semalam.
Stretching dulu before main, nanti jadi macam hari tu seminggu jugak jalan terkengkang..huu
Main 2 jam je malam semalam. Asalnya ajak-ajak ayam je, betul-betul pulak diorang nak main. Sudahnya aku pun join la jugak.
Badminton ni sejarah dah bagi aku. Kalau main pun just untuk suka-suka je. Tak fanatik cam dulu sangat, apa sebabnya ek? Pandai-pandailah korang teka.
Sebab bateri tinggal satu bar, aku tak dapat nak record. Tapi malam semalam memang agak disaster jugaklah aku main. Footwork, pukulan semua hancur, walaupun stamina ada lagi..tapi yang peliknya takde pulak aku down, just terima kekalahan tu..huu
Ayah lah yang paling frust bila aku tak main elok-elok semalam, mungkin dia rasa yang aku still minat gila kat badminton kot. Abg Akram kalahkan aku straight set kot semalam, huu..dulu selamba je aku tibai dia bawah 10.
Sory ye semua, aku dah jumpa cinta hati yang baru, nama glamournya Lawn Bowls, nama Melayu pulak orang ramai panggil Boling Padang. Badminton ni boleh je nak main tapi tak lah macam dulu siap ada target, objektif semua.. Btw, result tadi - kitorang main double 2 kali, single 2 kali : Semua aku kalah..huk