Saturday, September 28, 2024

Kisah AKU n Ashraff's Wedding @ The MZH2

Assalamualaikum,

Cerita minggu lepas sebenarnya, tapi macam biasalah asal nak update je mesti ada gangguan teknikal. Haha. Okaylah, simple sahaja cerita petang ni, pergi kenduri kahwin..:-p
Ahad lepas aku berkesempatan menghadiri sebuah majlis resepsi di Dewan Perdana Suria @ The MZH2, Ampang. Senang je nak cari venue ni, betul-betul sebelah MRR2 after Zoo Negara.
Aku kerja dekat area ni dalam 5 tahun tapi tak tahu pun kewujudan bangunan ni. Maybe fokus sangat driving Batu Caves - TPM sampai tak sedar kawasan sekeliling..::-)
Of course lah Tn Gani kita ada since anak member Petronas beliau yang kahwin hari tu. Member aku mostly dah off-market cuma nak menunggu si Dolah je yang baru melangsungkan pertunangan awal September hari tu.
Wife tak ikut since dah start semester baru, so cam biasalah kenalah angkut sekali budak dua ketul ni.
Haha, boring member nak menunggu atuk bermini-reunion dengan ex-colleague time berkhidmat di Petronas dulu.
Acah-acah model pulak si Iman Troye ni. Haha
Abah pun pishang jugak menunggu atuk korang ni..:-p
Kebetulan terserempak dengan ex-bos TNG, Mr Fikry yang juga merupakan kenalan rapat hos majlis, Tn Shariff. Sekarang dia kerja kat Setel sebagai HOD New Business. Dah lama tak jumpa, tak silap aku time open house Metro Parking, Raya tahun lepas.
Dalam jam 1.30 petang, kami bergerak meninggalkan majlis. Tak boleh lewat sangat, MRR2 ni bukan boleh percaya pun hujung-hujung minggu camni.
Singgah Ali Maju Rawang since budak-budak ni tuntut aiskrim pulak. Haha. Mana lah abah nak tau kenduri tu ada aiskrim ke tak..:-p
Dalam jam 3.30 petang sampai rumah, tapi lepak rumah ayah je. Budak-budak ni pun elok tidur, bolehlah abah dia pun join. Hihi.
Ada lah cerita selingan sikit, petang Isnin tu berkesempatan represent TNG untuk meeting bersama MOT. Nak menyelesaikan traffic issue di airport-airport yang ada kat Malaysia ni terutamanya yang status international lah. 
Lama tak datang sini, rasanya last aku meeting dengan MOT time dengan Quatriz dulu awal tahun 2020 before Covid.
Meeting start jam 4, habis dalam 5.15 camtu then ada stand-up meeting with other TNG reps. Jam 6 petang jugak gerak dari Putrajaya, sampai rumah 8.20 malam. Pheww.

Okaylah, nak tidur jap. To conclude the entry, sekali lagi tahniah kepada Ashraff dan pasangannya Fatimah. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

Saturday, September 21, 2024

Kisah AKU n Cuti Maulidur Rasul 2024

Assalamualaikum,

Minggu lepas aku dan keluarga berkesempatan balik kampung di Melaka. Lama jugak tak balik, rasanya last bulan Julai hari tu, time Hafsah bertunang.

Jumaat seperti biasa, amik budak-budak ni dulu before ke office wife. Dalam jam 7 petang kami memulakan perjalanan pulang dari Rawang ke Merlimau.
Singgah makan malam di Lay-by Nilai before restarting our journey. Nak tahu jam berapa sampai Melaka? Pukul 12 malam bhai!!
Malam hari Sabtu kami sekeluarga ke Masjid ar-Rahman, ada Majlis Dzikir & Maulid Rasulullah SAW
Dah ada bumbung kat sini, dulu pakai kanopi je. 
Bukan main si Iman ni berposing. Tudung dah hilang kemana. Haha
Sepupu lain pun ada jugak.
Wife duduk luar je, since kena kad merah minggu tu. Haha
Sempat melawat gerai-gerai F&B yang disediakan. Ingatkan free. Huhu
Lepas solat Isyak, majlis diteruskan dengan dzikir selawat oleh pelajar Tahfiz, kemudian bersambung dengan tausiyah yang disampaikan oleh Habib Ahmad Hassan Al-Jufri, Habib Musthofa Abdul Wahab Alhaddar, Syeikh Toha Abd Hamid Hamadi.
Majlis disempurnakan sekitar jam 10.30 malam disusuli dengan jamuan makan talam.
Pagi Ahad plan nak piknik di Pantai Siring, tapi hujan lebat membasahi bumi Melaka. Sudahnya duduk rumah je.
Tapi memang kebetulan, pagi tu bos aku call kata ada analysis urgent nak kena submit hari Rabu untuk management's offsite meeting. Memang aku settlekan pagi tu jugak since Rabu tu aku will be on-leave. So buat siap-siap dulu takut kena kacau nanti..:-p
Petang tu berkesempatan follow Zed bawak budak-budak ni ke Pantai Siring. Lepak amik angin sekejap
Then naik bot pusing-pusing. Ada lah dalam 15minit, okaylah harga pun sorang RM3 je. 
Hari Isnin seperti yang dirancang, aku ke Batu Pahat. Zed pulak dah balik since wife dia dah start kerja hari Selasa. Sampai sana dalam jam 2 petang, kami ke Batu Pahat Mall. Kasi budak-budak ni enjoy dulu kat Kidzoona.
Aku tak masuk pun, tengok dari luar je. Cramp kaki bawak kereta tu yang nak berdiri je..:-)
Apa kena si Iman tu. Huhu
Ada mini-event hari tu. Si Fariq tak nak join, tengok tu melekat dengan ibu dia. Hassan and Maryam joined game hybrid bola beracun + rebut kerusi tu,
Budak-budak lain tengah main, dia boleh solo ride kat sini pulak. Haha
Sambung main arked pulak..:-)
Dalam jam 4 petang we had our late lunch di Mee Tarik Warisan. Eh mana Fariq?
Moody. Haha. Sebab on the way tu ternampak kedai jual keychain Goku.
Apa benda si Hassan tu, dah macam robot Droidekas Star Wars aku tengok..:-p
Tapi budak ni aku perasan kalau tengah lapar memang mood swing. Dapat makanan baru okay sikit, dah rupa perempuan pulak perangai camtu. Haha
Lepas makan barulah pergi beli benda yang dia nak tu. Tapi dah bawak geng lagi dua orang ni memang confirm kena pau lah hari tu. Huhu. Takpelah korang, bukan selalu pun acik Farid belanja kan..:-P
Sebenarnya datang Batu Pahat ni nak menghantar ipar aku, Asma yang melanjutkan pelajaran di Institut Pendidikan Guru Kampus Tun Hussein Onn, Batu Pahat. Kebetulan aku free tu yang offer diri tu, plus nak bawak the kids ni berjalan-jalan sikit time cuti sekolah ni.
Ada lah tolong snapkan satu dua gambar untuk kenangan diorang.
Hari Selasa tu aku berehat je since malam tu nak drive balik. So petang tu wife ditemani Hafsah bring the kids to Pantai Siring. Lepak-lepak je, ingat nak berendam tapi air laut agak bergelora.
Before balik, sempat lagi menjamah the famous Mi Bandung kedai depan rumah ni. Ngam-ngam hari aku nak balik, acik ni bukak kedai..:-)
Sekitar jam 10 malam, kami memulakan perjalanan pulang ke Rawang. Eh budak-budak ni balik sekali ke?
Of course lah tak, aku kerja kot minggu ni. Siapa nak jaga? Dalam jam 11.20 malam sampai Plaza Tol Bandar Ainsdale. Tunggu Zed jap untuk drop budak-budak ni before resume journey to Rawang.
Berbekalkan Iced Latte ZUS, a token of appreciation from Zed. Sampai jugak aku ke destinasi yang dituju sekitar jam 1 pagi.

Okaylah, tu je lah cerita malam ni. Saja update tengahkan free ni.

P/S: Esok Newcastle lawan Fulham. Main away lagi, dah 3 kali away dah. Bila nak main kat SJP ni.

Tuesday, September 3, 2024

Kisah AKU n Hello September!

 Assalamualaikum,

Rasanya tak terlambat lagi nak mengucapkan selamat Hari Kemerdekaan buat negara kita yang ke 67. Semoga nikmat kemerdekaan yang kita kecapi sekarang ni berkekalan hingga keakhir hayat. Maka, kita sebagai rakyat Malaysia khususnya kepada bangsa Melayu hendaklah sentiasa peka dengan keadaan politik semasa dinegara kita ni. Jangan sampai bangsa dan agama kita dipijak oleh anasir-anasir luar. Ingat, walaupun kita bergaul dengan harmonis dengan kaum-kaum lain, seeloknya kita mestilah sentiasa siap siaga untuk sebarang kemungkinan. Okaylah, enough politic mumbling sebenarnya main entry bukan pasal merdeka pun. Huhu
Tapi alang-alang je, aku nak share jugak a bit story berkenaan Hari Merdeka ni. Jumaat lepas ada sambutan hari kemerdekaan kat both taska anak aku. Cuba cari kat mana si Fariq tu? 
Ni pulak taska Iman. Macam biasalah si amoi ni nak pakai cheongsam. Huhu
Hari Sabtu pulak meluangkan masa buat refresher training kat wife aku. Katanya nak start drive kereta balik after hampir tiga tahun tak drive. Buat pulak since sekarang ni Axia dah pun pulang ketangan aku semula. Aku yang recommend dia untuk pakai Persona ni, ada parking camera, dashcam etc. Huhu. Sebenarnya aku nak drive Axia tu, jimat sikit pergi balik KL-Rawang, macam wife ofis kat Rawang je..:-)
Bukan selalu dapat chill kat passenger seat ni. Mula-mula resah jugak, tapi after few rounds dia pun macam dah dapat rhythm tu. Hujung minggu ni kita try test drive ke office pulak tengok camna.
Okay, now kita go to the main entry malam ni. Minggu lepas aku dikejutkan dengan satu posting oleh TNG Group Communication di Yammer (kira macam FB untuk Microsoft Suite lah) yang aku dan tiga lagi colleagues from Business & Growth Division, particularly from Parking Dept dapat award X-Miler untuk bulan Ogos. Ni kira equivalent to Employee of the Month lah. Huhu.
Selang sehari pastu dapat appreciation e-mail from HR which basically to recognized our outstanding achievement untuk tahun ni. Tu yang member cakap, pelik jugak sebab baru dapat sedangkan team kitorang every month perform kot. Haha. Just kidding. Ada lah tu beberapa criteria yang kena achieved, bukan setakat personal or team achievement je, tapi other factors macam hubungan dengan bosses, colleagure from other Division pun main peranan jugak untuk melayakkan diri untuk award ni.
Wehh, ni kena frame beb! Haha. Selain dapat cash award, ada jugak dapat certificate of excellence ni. Akhirnya, setelah hampir lima tahun kerja kat sini dapat jugak recognition from HR. Tahniah untuk myself dan juga rakan-rakan seperjuangan yang lain. 

So itu je lah nak cerita. Next aku target untuk dapatkan bulan Disember pulak. Sebab tak silap one of metric award ni evaluation kena at least 3-months. So dalam masa tiga bulan tu pulun je lah apa KPI yang boleh rembat. Sekejap je dah masuk September which means another four months to go to secure whatever we could. Let's go for T5!

P/S: Minggu ni takde EPL, but ada a few international games. Ohh tahniah juga untuk trio Newcastle iaitu Gordon, Livramento dan Pope dapat called up for England's national team. Ni yang lagi semangat nak tengok our mother country ni. Haha