Wednesday, December 25, 2019

Kisah AKU n Star Wars: The Rise of Skywalker

Assalamualaikum,

Perghh, puas hati betul tak pernah rasa kepuasan yang amat. Akhirnya guys, Star Wars: The Rise of Skywalker dah pun berada di cinema Malaysia and kali ni, sadly aku tak dapat join first screening. Eventhough dari 2015 lagi tak pernah missed, aku kenalah belajar terima hakikat yang tak selama-lamanya aku dapat join maklumlah dah bergelar suami dengan bapa ni kenalah adjust masa sikit.
Well, untuk kali ni aku ditemani my beloved wife. Fariq pulak mintak tolong mak ayah tengokkan petang tadi. Ni gambar nak menghantar si kecik ni kat rumah ayah. Sorry tau Fariq kecik lagi. Nanti dah besar sikit kita pergi tengok sama-sama. Sekarang ni pergi tengok Didi dengan Bro Mikail dulu. Huhu
Kami sampai AEON Rawang sekitar jam 1.45 petang, nak cari parking pun dah 20 minit. Nasib baik masuk hall cite belum start lagi. Huh
Ija ni dah dua kali Star Wars movie aku bawak tengok. First one tahun 2017 kami pergi first screening The Last Jedi, pastu a year later tengok Solo pulak. Basically, ni yang ketiga lah kami layan sama-sama. This time special sikit sebab dah jadi husband and wife. Huhu
Semalam aku menggayakan Jedi Order shirt to honor the light side of the Force..:-)
Selfie seround!
2PM - kami dah berada didepan lobi TGV AEON Rawang. Kat sini takde lah semeriah macam kat KL nun. Tapi takpelah, dah tua-tua ni takdelah hype sangat nak bawak lightsaber, pakai cosplay segala bagai. Haha 
Okaylah, this is SPOILER ALERT. Memang best Star Wars: The Rise of Skywalker ni. It's true. All of it. To summarize the spoil - Emperor Palpatine is back and dead again, together with his jaw dropping Final Order armada. Our beloved Princess Leia died peacefully and reunite with Han Solo. Our charming Lando is the Hero of the Resistance. Finn and Poe Dameron were both appointed as General in Resistance. Rey is surprisingly Palpatine's granddaughter and finally made Jedi Knight at the end of movie. Last but not least, Kylo Ren redeemed himself to the light side of the Force and died as Ben Solo after force heal Rey. Amacam, semua aku dah spoiled kan? Harap-harap takde orang baca. Haha. Verdict? Episod 9 gave a perfect conclusion of Skywalker saga and really deserve standing ovation. Kudos to JJ Abram and his team to make it worth watching..:-)
Movie habis sekitar jam 4.30 petang. Alang-alang kat sini wife nak cari buku baru untuk si Fariq tu. Budak semakin membesar lagi banyak nak study..:-)
Hujan lebat membantai bumi Rawang. Sangkut lama jugak kat sini tadi sebab parking dekat open area. Around jam 7 petang selamat tiba dirumah.

Okaylah, nak tidur dulu tau esok kerja balik, untuk siapa yang nak tengok Star Wars: The Rise of Skywalker. Sila make your way to the nearest cinema, you will not be disappointed. Trust me. Trust the Force. Haha

P/S: Baru boleh tidur dengan tenang. Huhu

Sunday, December 22, 2019

Kisah AKU n Utter Frustration!

Assalamualaikum,

Awat tajuk entry sedih je bro? Sedih lah. Korang tak minat Star Wars, apa korang tau?
Minggu ni aku banyak kerja diluar pejabat. Since BD pun takde kerja, aku banyak spend time uruskan kerja RFID yang bertimbun. Agency management, fitment report, stock take dan yang paling menyedihkan sekali, reinstatement of our flagship RFID Fitment Center R&R Awan Besar. Later entry aku buat dedication post, okay. Surprisingly, minggu ni dari Isnin sampai Khamis aku balik awal. Mana taknya, dah control jadual sendiri. Memang apa-apa meeting, site visit buat sesi petang lah gamaknya. Boleh terus balik. Haha
Dah pandai meniarap si Fariq ni. Pelan-pelan ye anak. Pasni boleh belajar jalan pulak..:-)
Jumaat aku cuti. Memang dah apply lama sebab malam tu plan nak tengok Star Wars Episode 9: The Rise of Skywalker dengan Ija. Tiket pun dah beli, cuma tinggal nak pergi AEON je. Petang pulak aku spend time tengok Episode 8 - The Last Jedi untuk recall story penting sebelum tengok yang latest punya malam tu. Elok time nak keluar pick up wife, ayah kata mak tak dapat nak jaga Fariq malam tu atas kesihatan yang tak mengizinkan. Sudahnya, aku canceled je plan nak berStar Wars malam tu. Frust beb, sebab ni episod terakhir yakni penutup untuk Star Wars saga yang dibina sejak 1977. Dah lah first screening tak dapat tengok, ni pun belum tentu aku dapat tengok sebelum Khamis ni. Tapi nekad dah, kalau by Rabu takde peluang nak pergi dengan wife memang aku pergi tengok sorang je, Haa
Sabtu pulak aku sekeluarga balik kampung. Kami gerak dari rumah sekitar jam 8.30 pagi dengan harapan jalan tak jem. Ingat nak breakfast kat R&R Nilai. Dah lama tak pekena Nasi Lemak Manjo. Huhu
Sangkaan untuk pemanduan rileks meleset dengan trafik yang heavy sepanjang jalan. Nak berhenti kat R&R pun tak berbaloi. Buat habis masa nak keluar highway balik je. Pfft
Haha. Apa benda lah budak ni. Bukannya boleh makan pun, gaya macam nak telan sepinggan terus..:-p
Singgah R&R Ayer Keroh untuk late breakfast. Penuh R&R, lay-by dari Sungai Buloh sampailah ke Senawang. Musim cuti sekolah, tu yang ramai balik kampung, bercuti semua. Akhirnya, jam 12.30 tengahari kami bertiga selamat tiba di Serkam. Cuaca kat sini elok je. Takdelah panas sangat macam kat Lembah Klang.
Balik kampung ni aku tak buat apa sangat. Malam tu stream Newcastle lawan Palace yang berakhir dengan kemenangan ketujuh Magpies dalam EPL season ni. Miggy akhirnya berjaya score after 27 games bersama Toon. HWTL!
Pagi tadi gerak dari Melaka jam 10 pagi. Elok pulak sampai pukul 12.30. Ingatkan jem. Diorang sambung cuti lagi kot. Alang-alang je dah nak cuti Krismas.

Itu je cerita hari ni. Haha. Macam cakap awal-awal tadi. Entri asal boleh je ni..:-p

P/S: Rabu cuti. Huhu

Monday, December 2, 2019

Kisah AKU n Nadia's Wedding @ Ampang

Assalamualaikum,

Cuti hari ni. Tu yang update petang. Aku kerja dari pukul 8 malam semalam sampai ke jam 5 pagi tadi nak menyiapkan satu tender. Alhamdulillah, siap jugak. Okay, nak cerita pasal event kahwin hari ni. Siapa kahwin? Moh le baca..:-)
Pagi Sabtu, aku dan Ija pergi open day Taska Ibu Manal @ Melatisari ni. It's time for us to find taska untuk Fariq. Tak boleh nak bergantung dekat mak untuk jaga anak kami ni. Mak pun bukannya sihat sangat.
Dekat je taska ni dari rumah kami, adalah dalam less than 10 minutes driving. Fasiliti pun okay, tenaga pengajar dan pengasuh pun meyakinkan.
Walaupun berat hati, tapi that's life. Nak mengharapkan aku sorang kerja, gaji bukan banyak pun. Serba salah pulak kat wife sebab kena kerja balik. Tapi aku dulu yang janji kata tak nak halang dia bekerja sebab muda lagi..:-)
Hari Ahad, sekitar jam 11 pagi lagi kami dah bergerak dari rumah ke venue majlis yang terletak di Ampang. As expected, memang jem sikit kat area Flamingo tu. Siap menyempat selfie seround tu. Haha
Excited Fariq nak pergi kenduri kawan ibu ye..:-)
Sampai around 12pm, kami terus masuk ke dewan utama untuk menjamu selera. 
Fariq pakai baju baru. Huu
Ada persembahan Silat, katanya pengantin lelaki mengajar silat. Fuu, dasyhat tu..:-)
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. 
Pengantin perempuan, Nadia tu rakan ofis lama Ija dulu dan juga rakan serumah. Kira okaylah ingat lagi nak pergi wedding ex colleague, yang aku ni tak tau lah apa cerita budak-budak ofis lama. Haha
Before balik, selfie dulu bersama family kecil aku ni. Amboi Fariq, garangnya muka. Tangan nak tumbuk siapa tu?
Balik pun jem. Cam siot je KL ni. Sampai rumah dalam jam 3.30 petang. Semua ketiduran. Aku lagi lah nak kena tidur, sebab malam tu nak bekerja lagi.
Malam tu sekitar jam 8 malam aku sampai dipejabat. Ada tugasan nak disettlekan bersama Ridzuan. 
Nasib baiklah ada mic ni, agak ngantuk terus on karok lah 2-3 lagu. Huu. Kami bekerja sampailah ke jam 4 pagi, wrap tender pastu terus balik rumah. Barai siaa.

Itu sahaja cerita untuk menutupi entri pertama Disember aku. Cuma tinggal berapa hari sahaja lagi untuk kita memasuki 2020. Camna, azam korang dah tercapai ke?

P/S: Newcastle draw lawan City. Memang terbaik game malam tu. Nice one Brucey lad..:-)