Thursday, June 6, 2019

Kisah AKU n Syawal 2019 - Day 1

Assalamualaikum,

Tanggal 5 Jun 2019, Muslimin dan Muslimat telah meraikan kemenangan menahan hawa nafsu dan kini sedang meraikan Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja pergi sudah tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi aku panjatkan kerana masih diberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama merayakan Syawal yang mulia ini.
Okay, cerita hari pertama aku beraya di kampung isteri di Serkam ni memang penuh dengan banyak benda baru. Kat sini seawal jam 5.30 pagi lagi aku dah bangun untuk menunaikan solat Subuh dan kemudiannya bersiap. Kalau kat kampung dulu, lepas Subuh tidur balik then jam 8 pagi baru bangun untuk bersiap. Lepas Solat, ada sesi bermaaf-maafan. Semuanya berlaku dengan pantas, aku tak sempat nak amik gambar pun. Huhu
Haa, ni satu lagi benda rare untuk pagi Syawal pertama aku disini. Plan nak ikut abang ipar ke Masjid Jamek Serkam je untuk menunaikan solat Hari Raya. Tapi, abah pulak ajak ke Pulau Besar sembahyang Raya kat sana. Aku dengan Zed pun on je. Maklumlah, masing-masing first time raya kat sini. Nak jugak pengalaman baru..:-)
Seawal jam 7.30 pagi lagi kami berempat dah menaiki bot laju ke Pulau Besar dari Jeti Umbai. 
Mendarat sekitar jam 7.45 pagi, cantik betul tengok sunrise ni..:-)
Usai pendaratan kami di pantai Pulau Besar. Nasib baik air pasang lagi, memang ngam bot berlabuh kat depan Masjid. Kalau air surut, kena turun kat Jeti pastu menapak jugaklah.
Ni lah tempat aku menunaikan Solat Hari Raya Aidilfitri semalam, Masjid Pulau Besar yang terletak bersebelahan Makam Sultan Ariffin Syeikh Ismail.
Haa, ni satu lagi benda baru. Seumur hidup aku tak pernah dapat solat dalam ruang utama masjid. Kalau dapat pun belah luar or hujung-hujung. Laa ni dapat saf nombor dua terus. Yang paling manis, solat Hari Raya berimamkan bapak mertua sendiri. Huhu
Pukul 10 pagi bergerak pulang ke Jeti Umbai. Tak pakai life jacket chaa! Punya redha habis tu. Haha
Sampai rumah punyalah ramai kerabat dah mari beraya kat rumah. Baru ingat nak amik bergambar dulu, ni kira macam kes beraya kat Perak jugaklah. Tak dan nak amik gambar lagi dah ada orang datang.
Sudahnya kedapur dululah kita, cuci pinggan mangkuk dan mengopak buluh lemang.
Around 12.30, tetamu datang dah mula berkurangan sekejap. Boleh lah ke aktiviti seterusnya iaitu sesi bergambar pulak.
Bergambar kenangan bersama keluarga mertua. Dari kiri (atas): Hafsah, Abg Baim, Mak, Abah, Ilyas, Zakaria. Dari kiri (bawah): Zed, Aminah & Maryam, Asma, Khadijah dan Farid. Sorang lagi, Hawa tak join sebab gila tidur. Haha
Cik isteri bersama adik beradik perempuannya.
Diorang dah habis snap gambar, but for me. It's not over yet. Haha. Jom outdoor pulak. Comel je wife aku tengah pregnant ni..:-)
Gambar bersama Myvinium Falcon jangan dilupakan. Banyak jasa budak ni kat aku. Huhu
My iconic pose terkangkang. Setiap kali raya mesti ada gambar camni, tak caya pergi lah check. Bhahaha.
Tahun ni berdua lagi. Tahun depan In Sha Allah panjang umur raya bertiga pulak ye..:-)
Selfie seround bersama love of my life..:-)
Malam kami sambung beraya lagi kerumah sanak saudara yang berdekatan. Tapi kerabat diorang ni memang semua tinggal dekat-dekat. Destinasi pertama kami rumah Tok Long. Ni abang kepada abah punya abah. Haha
Destinasi kedua pulak kerumah Pak Long, ni abang mak. Pastu ke rumah sepupu ayah dan terakhir sekali ke rumah Pak Ngah. kat sini sembang tak hingat sampai jam 12 baru teringat nak balik rumah. Haha
Kemain anak ayah ni kicking semalam. Dia pun sibuk nak beraya jugak ke. Keluar on time tau. In Sha Allah, awal Ogos ni aku bakal bergelar bapa. Macam tak percaya pulak ni..:-)

Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2019 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Quatriz, AlloyMtd dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

Tuesday, June 4, 2019

Kisah AKU n Ramadhan 2019 - Day 30

Assalamualaikum,

Okay, tahun ni kita start update awal balik since sekarang ni kita beraya kat Melaka. Tahun lepas line cam haram kat Perak, so aku balik Rawang baru dapat update semua entries. Meneruskan tradisi tahun-tahun before ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga mentua untuk hari terakhir Ramadhan 2019 ni. 
Apa-apapun kita cerita sikit hari sebelum kami berdua pulang ke Serkam. Petang Ahad tu kami dah siap packing since aku kena kerja malam tu assisting Zaaba dan yang lain untuk menyiapkan tag production ordered by Touch 'n Go. Barang takde lah banyak pun, yang banyak kerepek, kuih raya tu. Huhu
Air dah check, letrik pun dah check, pintu pun dah berkunci. Jom balik "kampung" aku dulu, mak ajak berbuka sekali before aku ke Bukit Jalil.
11.30pm - Aku dan Ija bergerak dari Rawang ke Bukit Jalil. Sampai je aku hantar wife ke rumah kawan office dia then terus ke TPM. Malam tu aku bertugas bersama dengan Jaba, Hazim dan Afiq.
Macam biasa, sahur di Pelita IOI. Laa ni berempat pulak, cepat sikit progress kerja kami malam tu. Production complete jam 7.30 pagi. Since kami kerja the whole night, untuk hari Isnin bos bagi replace cuti. Diorang semua balik tapi aku memang lepak office, sebab plan dengan Ija untuk balik kampung dari Bukit Jalil. Ekonomi sikit. Huhu
Pukul 4 pagi Selasa aku meninggalkan office, pick up my wife then terus shoot ke Selatan. Bye my dear workstation, jumpa lagi. In Sha Allah, next Rabu aku report duty semula. Hamper yang klien bagi pun tak bukak lagi..:-)
4.15am - entering highway PLUS. Jalan memang clear beb! Tak pernah lagi aku balik kampung clear camni. Haha
Singgah R&R Nilai untuk sahur before meneruskan perjalanan kami untuk beraya kali pertama sebagai suami isteri di kampung isteri di Serkam Pantai, Melaka..:-)
Alhamdulillah, selamat tiba di kampung halaman tepat jam 6.30 pagi. Eh sekejap je drive, biasanya balik kampung 4-5 jam. Ni dua jam je. Trafik lancar all the way from Bukit Jalil to exit Jasin. Tak payah lalu jalan lama pun. Huhu
Pagi tu aku cover tidur lepas Subuh, bangun dalam jam 11 pagi then tolong sikit kerja-kerja rumah. Maklumlah, tahun ni tak membakor lemang. Sedih pulak mengenangkan takde lemang tahun ni. Sobs. Sebab wife kata diorang kat sini makan ketupat, lemang ni cam barang rare..:-p
Kerja-kerja polishing dinding yang berhabuk. Berkilat beb rumah. Haha. Walaupun buat kerja dalam rumah, tapi penat dia lain macam. Sebab berbahang kot, dulu bakar lemang pun at least berangin kat luar. Huh
Ija, awak jangan buat kerja lasak-lasak. Tengok je abang buat kerja, orang lain pun faham..:-)
Jam 7.20 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Merlimau sekaligus menandakan telah berakhirnya Ramadhan bagi tahun 2019 ini. Haa, hat ni aku nak tambah sikit. One of tradisi kat sini ialah hari last berbuka di Surau since ada majlis tahlil before berbuka. Lepas iftar, solat Maghrib berjemaah, then ada takbir Raya sampailah masuk Isyak. First time ni. Dulu, takbir kat rumah je..:-)
Alright guys, concluding the entri malam ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2019 ini. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

In Sha Allah seperti tahun-tahun sebelumnya, you guys can stay tune here for another two more entry wajib Diari Syawal 2019 ni..:-)

Saturday, June 1, 2019

Kisah AKU n Iftar @ Alamanda Putrajaya

Assalamualaikum,

Salam Ramadhan ke 27 kepada semua. Malam ni nak buka cerita another iftar session yang sempat aku join secara tak sengaja sebenarnya. Nak tau, jom lah selak sikit.
Nak dijadikan cerita, semalam aku ada full day meeting di Putrajaya and Cyberjaya, respectively. Meeting pagi bersama Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia (SKMM) di ibu pejabat mereka yang terletak di Cyberjaya.
Okay, dah lama jugak tak buat formal presentation ni. Hopefully masih perform dan confident lagi lah.
Business presentation kali ni berkait dengan our offer to SKMM untuk servis Mobile RFID Fitment kami dihadiri oleh HOD-HOD yang berkenaan.
Since Izuwan tak dapat join, untuk meeting hari ni aku bawa my trusted supervisor sekali, Afiq. Karang pishang pulak aku sorang-sorang buat presentation..:-p
Habis presentation di SKMM dalam pukul 12.30, sempatlah bergambar sikit kat sini berlatarbelakangkan breathtaking view of this MSC city. Huhu
Singgah solat Jumaat di Masjid Besi sebelum bergerak menuju ke destinasi seterusnya di Putrajaya. Potential client kami seterusnya ialah Kementerian Kesihatan Malaysia yang terletak di Kompleks Kerajaan Parcel E.
Sini pun kami buat presentation content yang sama jugak chaired by SBU Khidmat Pengurusan, Tn. Hj Hamzah. Since fitment activities dekat center yang ada pun tak banyak, so kenalah keluar cari mana-mana klien korporat, agensi kerajaan dan juga residential area untuk offer servis Mobile kami ni. Tengah free kot, then kami sendiri yang datang. Tak rugi apa pun..:-)
Meeting concluded sekitar jam 4.15 petang, then tanya Afiq kot lah dia ada plan lain. Since dia kata takde, we decided untuk hang out kat Alamanda Putrajaya. Before berjimba, settlekan pending works dulu.
Since ada lagi tiga jam before masuk waktu Maghrib, kitorang kill the time dengan layan Godzilla. Haha. Sedih cerita ni, part paling buat aku keluar my manly tear time Dr. Serizawa sacrifice himself to reawaken Gojira tu. Ken Watanabe ni bab-bab bunuh diri ni memang pakar. Dulu dah buat aku crying like a baby dalam The Last Samurai. Sobs
Cerita ngam habis pukul 7.15 petang, since nak buka puasa pun punya padat dengan diorang, cam biasa kami lewat sikit. Jalan-jalan window shopping dulu.
Around 8.30 menyinggah McD je untuk iftar kami kali ni. Okay lah tu..:-p
Sampai office, punyalah hujan lebat. Yang korang tengok gambar ni terang sebab ada petir time aku snap tu. Haha
Kebetulan Jaba kerja semalam nak menyiapkan production 30k, kitorang sahur sekali di Pelita IOI Puchong. Just like old time bro..:-)
Hari ni full day aku kerja tadi together with brothers atas instruction dari big boss. Apa boleh buat, kami ni je lah yang boleh diharap pun. Yang lain, memang banyak je lah excusenya..:-(

Pukul 3, pick up Ija then terus balik ke Rawang. Sampai rumah memang ketiduran je. Mana taknya dari pukul 7 pagi buat kerja non stop sampai jam 2 petang. Bangun-bangun tahu dah masuk waktu berbuka. Esok malam pun katanya kena mobilize lagi demi nak menyiapkan delivery tu. Takpelah Ba, kitorang ada untuk tolong kau. Main Hoon Na. Haha

P/S: Fucking pissed off gila.