Monday, March 18, 2019

Kisah AKU n Fitment Run @ Laman Sanur

Assalamualaikum,

Ikut plan nak update semalam. Tapi tak rajin pulak, lemau sebenarnya. Memang balik je rumah, makan then tidur je. Okaylah, apa benda je cerita yang kau nak share ni bro? Malam ni aku nak story sikit pengalaman buat Fitment Run dekat Shah Alam. Nak tau lagi silalah scrol ke dasar blog ni. Huu
Malam Sabtu aku tengok match EPL, Newcastle menentang Bournemoth. Perlawanan berkesudahan 2-2. Okaylah dapat draw kat Vitality, at least balik dapat 1 point..:-)
Pagi Ahad seawal jam 8 pagi lagi aku dah keluar dari rumah. Pick up si Afiq ni then terus memecut ke venue fitment kami yang terletak di Laman Sanur Shah Alam.
Operasi kami disini semalam bermula pada jam 9.30 pagi sampailah jam 5.30 petang. Team kami tiga orang sahaja, aku, Afiq dan Wan Faisal. Ada jugak dapat bantuan dari anak bos, Zarif namanya yang pakai baju merah tu.
Dah lama tak menyarung baju Fitment Crew ni. Rasanya last aku beraksi dekat site bulan Disember 2018 kat Johor. Tapi time tu total fitment dua orang je..:-)
Disini kami menyasarkan 100 fitment sehari. Bukak registration counter bawah pokok je. Sempoi betul. Huhu. 
Memang ramai betul orang yang datang nak pasang RFID kat Laman Sanur ni, sampai nak minum air mineral pun tak sempat. Ni pun snap time dah masuk pukul 1.30 petang.
Lunch provided by En. Zainul. Thanks for the treat boss!
Ada lah try sekali buat pemasangan stiker. Dah nak dekat tiga bulan tak buat benda ni. Haha
Sekitar jam 5.30 petang, kami menutup operasi Fitment Run @ Laman Sanur dengan total fitment sebanyak 97, kurang 3 daripada nombor yang disasarkan. Above all, well done guys!
Habis packing dalam jam 6 petang. Tunggu Afiq scan TID, and update report. Around 6.30, aku ajak diorang makan sambil melepak dekat Nasi Lemak Haji Ali before pulang kerumah. Yang uniknya, kami bertiga ni semua duduk kat Rawang.#teamrawangthebest

Sampai rumah sekitar jam 9 malam, memang terus mandi je since dah berkicap penangan matahari yang menyinar dari pagi sampai kepetang. Burnt habis kulit aku dibuatnya. Next time kalau join kena bawak armsock. Huhu. That's all sahaja cerita malam ni. Tak menyesal pun aku volunteer nak lead team ni semalam, at least dapatlah merasa apa yang staf site kami buat setiap hari..:-)

Saturday, March 16, 2019

Kisah AKU n Family Reunion @ Sukhotai Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Malam ni nak berkongsi sikit cerita dua minggu yang tak sempat aku taip minggu lepas. Maklumlah, memang busy betul bulan Mac ni. Lepas satu-satu task datang, sekejap buat kerja FC sekejap lagi kena take care BD pulak. Esok pulak ni nak kena cover team Mobile RFID Fitment Center di Laman Sanur, Shah Alam. Nasib baik si Afiq tu join sekali. Takdelah pishang sangat. Haha.
Dua minggu lepas, Quatriz launched our fleet of RFID Mobile Fitment Center. Lokasi pertama bertempat di our parent company, MTD Group. Kami berada disini nak dekat seminggu jugak. Sambutan kurang mengalakkan dari staf-staf kat sini. Tak tahulah ramai yang dah pasang or kurang publisiti dari organizer kot. Lima hari kat sini, less than 200 je yang nak participate.
Minggu ni pulak our Mobile unit berkampung di Kementerian Kewangan, Putrajaya. Perghh, kat sini memang lubuk betul. Duduk tiga hari je, tapi pemasangan mencecah 500 orang! Ni pun dapat request dari pihak Kementerian untuk extend lagi. Alhamdulillah.
Dua minggu ni banyak jugak attend BD punya hal. Ada tender briefing di Putrajaya untuk Large Scale Solar Photovoltaic Plant 2019. Rasanya nak dekat seribu jugak participant yang datang. Haha
Tender clarification untuk satu projek di AZRB. Sempat menyinggah Masjid Kampung Baru solat kat sini. Dah lama tak datang sini. Banyak perubahan dah kat masjid ni..:-)
Ahad lepas bawak family makan dekat Sukhotai @ Bukit Sentosa. Kebetulan Syazwan pun ada kat rumah. Memang elok sangatlah semua ada. Saja bawak diorang makan, sebab ada perubahan kecil dalam payslip gaji aku. Huhu
Tak kisahlah kecik mana, apa salahnya belanja family kasi berkat sikit dan semoga bertambah murah rezeki lagi. Amin In Sha Allah.:-)
Lama jugak cik akak ni tak balik. Sampai si Mikail tu pun dah tak cam uncle dia ni. Asal pandang muka aku je nangis. Huu
Tengok tu bukan main khusyuk lagi melayan Omar & Hana. Orang ajak menyembang pun tak nak layan..:-p
Tak menyembang apa pun, semua cam awkward je. Maklumlah, lama tak berjumpa. Haha
Malam tu jugak Syazwan balik ke Port Dickson semula after tiga hari di Sungai Buaya. Along dengan Mikail balik lewat sikit since ada check up dekat Rawang hari Rabu tu.

Itu je lah weyh cerita nak update malam ni. Huhu. Okaylah, nak tengok Newcastle lawan Bournemouth ni. In Sha Allah esok aku update lagi kalau rajinlah..:-p

P/S: First time tengok match Newcastle kat TV ni, biasanya tengok kat laptop je.

Sunday, March 3, 2019

Kisah AKU n Mel's Wedding @ IKN Rawang

Assalamualaikum,

Haha, lama tak update lah gila. Apo bondo ko buek ni jang ooi! Busy beb, nak bukak laptop pun takde masa. Memang balik rumah je terus ketiduran lah citenya. Okay, petang ni nak cerita sikit pasal aktiviti hujung minggu aku dengan wife tersayang. Tapi cam biasa jom kita selak sikit story kat office.
Minggu tender, bermalam jugak aku dengan si Azhar khamis lepas nak menyiapkan tender EKVE ni. First time hantar tender naik motor. Huu
Semalam pulak sementara nak menunggu wife, aku buat kerja kat RFID Fitment Center Awan Besar, KESAS. Saja nak pantau sikit budak-budak ni, karang tak pergi tengok asyik kena perli je dalam group. Haha. Jibai sungguh..:-p
Wife mintak keluar awal sikit, dalam jam 12 tengahari kami bergerak menuju ke Rawang untuk menghadiri undangan persandingan rakan sekerja aku disana.
1pm - kami sampai di venue majlis. Majlis yang menyatukan Melati dan Jamal ini berlangsung di Dewan Cindai, Institut Kraf Negara, Templer Park, Rawang. 
Terus jumpa bebudak ni yang tengah syok menjamu selera kat luar. Meriah team Quatriz semalam, bukan main ramai lagi yang datang nak meraikan hari besar kawan kita ni..:-) 
Masing-masing bawak pasangan, siapa yang next in line ni? Jaba dulu ke, Azhar or Ima? Huhu
Suasana didalam dewan yang begitu meriah dan padat dengan tetamu.
We had our fine lauk kenduri dulu before queue untuk bergambar dengan pengantin.
Rombongan Quatriz bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. Kredit gambar from Ira.
Ni pulak tengah queue nak amik gambar kat photobooth. Kemain betul si Azhar dengan baby dia tu. Haha
Huu. Loving husband katanya..:-p
First time bawak Ija attend wedding kawan ofis. Selalu mengikut wedding kawan dia je..:-)
Sekitar jam 3 petang, rombongan Quatriz bergerak meninggalkan majlis dan membawa haluan masing-masing. Of course lah aku yang paling dekat sampai rumah, ate 15 minit je pun Sungai Buaya dengan Templer ni. Buat pulak lalu Rawang Bypass. Huhu.

Alright, tu je lah cerita untuk petang ni. Nak melenjan Sleeping Dogs jap. Baru purchase outfit Wing Chun Master, dapatlah merasa jadi Ip Man sikit. Hihi. 

P/S: Kalah pulak Newcastle semalam after 4 kali winning streak, nasib baik tak tengok. Takde lah bengang sangat. Haha