Monday, April 9, 2018

Kisah AKU n Shopping @ AEON Anggun Rawang

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, this is entri kedua untuk malam ni. Kalau Sabtu aku spent time dengan family, Ahad pulak dengan cinta hati yang tersayang. Hee. Memang family invite Ija duduk sini hujung minggu. Katanya boleh lah prepare apa yang patut, since aku ni pun susah nak cuti. So, hari cuti camni lah nak all out buat wedding preparation pun.
Gerak dari rumah around 11 pagi, tiba di AEON Rawang dalam pukul 11.20. Tak sampai setengah jam pun, nasib baiklah jalan clear. Ni haa gambar tengah call Along minta advise nak beli hantaran apa untuk si Ija tu. Haha.
Plan kami untuk cari sebanyak mungkin barang hantaran dalam bajet yang ditetapkan. Macam main game pulak. Huu
Sampai tersungkur tu. Letih sebab tak pernah teman Ija bershopping selama ni. Baru tahu dia punya penantian tu camna. Haha
Bajet model kasut pulak..:-p
Muka ada senyum..:-)
Yang ni pulak muka kokak! Takpe asalkan settle dah part hantaran. Boleh fokus nak menyediakan belanja dan majlis pulak. Haha
Hasil damage semalam. Hii
We left AEON sekitar jam 4 petang, selfie seround!
Sempatlah tunjuk Bandar Rawang kat cik tunang. Tengok sikit bandar tempat aku membesar ni. Huu
Kami tak balik rumah pun, terus ke Bukit Beruntung. Nak tengok homestay untuk family bertandang nanti. Okay jugak ni ada empat bilik. Cukuplah untuk rombongan diorang..:-)
Next stop is the famous Bukit Beruntung Golf Club. Saja bawak sini nanti kalau rombongan dari Melaka datang boleh visit sini - ada swimming pool, bowling, badminton court etc.
Selfie berlatarbelakangkan golf course BBGC. Balik rumah dalam pukul 6.30 petang, kena jugaklah lecture dengan mak. Mana taknya pukul 11 pagi keluar, nak dekat 7 petang baru sampai. Yang peliknya, pergi Rawang je. Alah mak, biasa lah tu kitorang berdua ni walaupun ofis dekat memang jarang jumpa. Limit sekali je untuk sebulan..:-)
Pagi tadi keluar rumah jam 7 pagi, nak menghantar si Ija ni balik Bukit Jalil. Kebetulan jugak aku ada meeting kat TPM. Saja nak tunjuk kat Ija, dah kahwin nanti ni lah yang kita hadap nak pergi balik kerja. Huu
Selfie again? Dah jem nak wat camna. Mesti orang sebelah ingat ni mesti couple baru kahwin. Tengah panas lagi, tu yang selfie memanjang. Hahaha

Okay, that's the wrap for 2 entri malam ni. Positive progress untuk my blog for first quarter tahun 2018. Konsisten 5-6 entries per month. That's good, keep it up! Orait, nak tidur. Mengantuk gila sebenarnya sebab pagi tadi bangun awal. Nak kena biasakan Farid, nanti sampai masa tak terkejut sangat.

P/S: Newcastle menang lagi beb! That's fourth in a row and we're now top TEN! Howay The Lads!

Kisah AKU n Majlis Akikah Ilhan Mikail

Assalamualaikum,

Selamat malam semua. Lewat update minggu ni? Tu lah, busy sikit jadual penuh dengan aktiviti. Okay lah, nak story sikit tentang satu majlis yang dihoskan my family Sabtu lepas untuk meraikan akikah cucu pertama didalam keluarga kecil En. Gani dan Pn. Sulina.Pagi Sabtu seawal jam 8.30 pagi lagi kami dah bergerak dari rumah menuju ke venue majlis yang terletak di Dewan Banquet Udaimatunnur, Bukit Sentosa.
Mak ayah dan Opah bergambar bersama si kenit yang diraikan. Akikah merupakan satu ibadah sunat muakad yang didalam Islam. Ianya tak wajib tapi amat digalakkan dalam agama.
Bagi bayi lelaki macam si Kentang ni, disunatkan menyembelih dua ekor kambing, ataupun dua bahagian haiwan sembelihan. Just for future information, bagi bayi perempuan pulak cukup memadai seekor kambing atau satu bahagian sembelihan.
Tudiaa, King Fake dah mula acah-acah model..:-p
Eh, Aunty Ija pun ada jugaklah. Huu. Family ajak datang sekali, so habis office hour Jumaat tu aku pick up. Elok pun datang, boleh berkenalan dengan sedara mara lain.
Sekitar jam 10.30 pagi, rombongan Marhaban sudah pun memenuhi dewan khas. Majlis akikah ni yang disunatkan ialah upacara mencukur rambut bayi (dah buat awal-awal), aktiviti lain seperti berendoi dan juga marhaban merupakan aktiviti tambahan bagi menambah rasa majlis tu. Huu
Rakan sejawat ayah, Haji Hamzah membacakan doa bagi memberkati majlis pada pagi itu.
Alunan marhaban dialunkan tanda majlis bermula.
Mikail bersama mak bapak dia. Cuba tengok banyak ikut muka siapa? :-)
Manis tak? Haha
Family Acu Nani pun ada datang semalam bagi memeriahkan majlis.
Tetamu dihidangkan dengan lauk-pauk yang dimasak dari kambing yang disembelih, Yang bestnya dewan ni, it come with coffee corner yang bertemakan klasik ni. Sesuai untuk outdoor event.
Ayah sibuk melayan tetamu yang hadir.
Family juga mengundang pelajar-pelajar dari Pusat Tahfiz yang berdekatan..:-)
Keluarga Syazwan yang datang dari Johor untuk sama-sama meraikan akikah cucu sulung dalam family mereka.
Sekitar jam 2 petang, majlis bersurai. Gambar ni before insiden taik. Huu. Siot je Mikail tu dok berak kat Aunty Ija. Ni bukan berak biasa-biasa tau, ni yang level habis melimpah keluar dari pampers. Berapa lama lah dia peram tu. Haha
Petang tu lepas solat Asar aku, Ija dan mak ayah ke Eskay Collection Sg. Choh. Fitting baju beb! Cam tak caya pulak time aku menyarung baju ni. Huu (Gambar hitam putih, nanti kantoi lah kaler apa)
Malam tu lepas Maghrib, kami yang kaum lelaki ni semua keluar pekena Mee Hailam Perak kat Bukit Sentosa. Alang-alang Acik Zul ada, tu yang aku rekemen kasi try sikit. Tengok sama ke tak rasanya. Lepas gian beb! Huu
Tak cukup dengan tu, aku sambung keluar lagi dengan bro-bro. Kebetulan Afiq tak kerja malam. Dia pick up aku then terus shoot ke Shah Alam jumpa Dolah kat sana.
Mengopi kat Al-Rafi Bistro dulu before ke Uptown Shah Alam. Si Afiq ni nak cari shades, maklumlah nak jumpa bakal mertua jugak. Haha
Lama beb tak gather bertiga macam ni. Sampai rumah pukul 4 pagi, ingatkan habis dah Si Afiq tu ajak bersembang depan rumah. Nak tips jumpa family bakal katanya, plus cara-cara nak move on. Haha. Sudahnya pukul 5 baru aku masuk rumah hari tu.

Itu sahaja cerita untuk malam ni...eh, rasa ada satu entry tengah tunggu queue ni.

Sunday, April 1, 2018

Kisah AKU n Unplanned Trip @ Port Dickson

Assalamualaikum,

Pagi ni nak share satu unplanned trip yang aku join bersama rakan-rakan di Shah Alam. Haha, baik punya intro. Bapak pendek! Haha
Minggu ni aku kerja 3 hari je. Bos approved jugak cuti yang aku apply untuk Selasa dan Rabu. Penat beb almost every week ada tender submission. Minggu ni free sikit, at least dapatlah rehat. Cuti yang ada tu aku luangkan untuk wedding preparation - tengok dewan, jumpa photographer dan kad jemputan. Bila banyak sangat kerja sampai terlupa nak uruskan persiapan ni..:-)
Hari Jumaat aku ke TPM ada meeting. Tepat pukul 6 habis office hour aku terus ke Shah Alam. Lalu KESAS je, taklah jem sangat. Plan asal nak lepak tidur rumah diorang malam tu, and main badminton esok paginya. Then Pok Jad bagi idea nak overnight kat Port Dickson. Sudahnya, around 9.30 malam kami berempat with Joe as our driver bergeraklah menuju ke PD.
Sampai PD dalam jam 11.30 malam gara-gara Pok Jad punya Waze bawak lalu jalan dalam. Kalau ikutkan lagi senang kalau lalu PLUS, amik exit Seremban then naik Seremban-Port Dickson Highway. Yang ni boleh pulak masuk Ainsdale, Sendayan, tah jalan mana lagi. Haha
Lepas dinner kami cari port karaoke. Yang aku tau kat PD ni ada 2, tu pun sebab ikut Bro Sungai Buaya trip to PD dulu.
Sempat karok sejam je malam tu sebab tempat ni tutup pukul 2, kitorang pulak pukul 12.50 baru nak masuk. Jadilah, aku dah lama tak pegang mic ni. Huu
Kali terakhir karok bersama time New Year hari tu. Tapi last karok dengan Pok Jad (tengah) rasanya Mac 2015, waktu first reunion kami lepas grad. Helmy pun join jugak time tu. Sekarang ni tinggal berempat je..:-)
Muka ceria dapat melampiaskan nafsu yang membuak. Haha
Habis je karok dalam jam 2 pagi kami terus menuju ke Pantai Batu 8. Buat apa kat sini?
Sambung bersembang makan kuaci, sambil ditemani bayu Laut China Selatan. Nama pun overnight, takkan nak tidur dah kot. Baru 2 pagi. Huu
Kat sini yang eloknya banyak lampu limpah. So, agak terang. Dapatlah mengelak couple buat maksiat..:-)
Aktiviti seterusnya ialah tidur. Tidur dekat mana? Dalam kereta je lah der. Baru challenging. Tapi untuk aku yang kerap menjadikan kereta sebagai rumah kedua ni memang takde hal lah. Haha. Picture credit to Yat.
Seawal jam 6.30 pagi lagi kami dah bangun dan menuju ke masjid berdekatan untuk solat Subuh. Breakfast dulu before heading to our next destination di Teluk Kemang. 
8.30 AM - Ni lah port yang Pok Jad recommend. Katanya private and secluded. Quite decent pemandangan kat sini, with no business activity yang ada. Maybe sebab tu jarang orang datang lepak kot.
Banyak snap gambar diorang je lah, sebab aku swimming tak pakai baju. Nak post kat FB pun tak boleh, karang ada yang tergoda pulak tengok keseksian aku ni. Hee
Main lompat jauh. Haha
Bak kat Yat, dah macam Hawaii Five O. Sekali sekala feeling Hawaii sikit..:-P
Lepak bawah pokok, sambil makan keropok. Pergh, baik pantun 2 kerat aku!
Dalam pukul 10.30 pagi kami meninggalkan kawasan pantai before menuju ke Masjid yang sama untuk bersihkan badan yang dah berlengas dengan air laut.
Singgah Pasir Panjang yang terletak di border Negeri Sembilan-Melaka. Tak buat apa pun, dok sini 5 minit pastu blah. Haha
Sekitar jam 12, we had our lunch ditempat yang tak asing lagi bagi pengunjung yang datang kat Port Dickson ni - PD Famous Cendol Coconut Shake Power!
Pekena Nasi + Daging Salai Masak Lemak Cili Api + Milo Ais dan tentunya the famous Coconut Shake PD.
Kami meninggalkan PD dan bergerak pulang ke Shah Alam around 1 petang. Kali ni naik highway terus, takde lalu jalan dalam. Huu. Sampai dalam pukul 2.15 petang. Ikut plan seterusnya nak main badminton petang tu, tapi semua terlajak tidur. Tahu-tahu dah nak masuk Maghrib.
Cancel plan bersukan, terus dinner kat McD Seksyen 2, drop diorang then I made my way back to Sungai Buaya. Ingatkan balik pukul 11 jalan clear. Boleh pulak jem NKVE semalam, menyesal tak lalu Guthrie.

Yup, that's a wrap untuk entri pertama bulan April ni. Betul lah orang cakap, biasa trip yang takde plan ni lagi enjoy. Sebab it's unplanned! Haha. Memang enjoy, buat pulak keluar dengan bff UiTM. Lagi terasa nostalgia zaman belajar dulu.

P/S: Newcastle menang semalam lawan Huddersfield. 3 precious point and we are now at 12th place. Kutip lagi 6 mata and we will survive the league..:-)