Assalamualaikum,
Malam ni aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our B&G Retreat 2025 yang berlangsung di Gopeng, Perak pada 6-7 November 2024
Hari Khamis tu seawal jam 10.30 pagi aku dah bergerak from Rawang ke Gopeng. Kali ni bukan aku drive pun, carpool dengan member from Transit unit, Razif dan juga Irfan.

Singgah lunch at the famous Nasi Bamboo Sungai Klah, Sungkai.

Selalu balik kampung lalu je, sedap always penuh dengan manusia. Tapi laa ni, sebab kami antara yang terawal. Jam 11.30 dah sampai, so memang tak padat lah.

Banyak betul lauk kat sini - ada ikan/ayam bakar, lauk-pauk Melayu dan banyak lagi lah.

Dan korang boleh makan berserta nasi yang ditanak dalam buluh. Macam dalam gambar ni.

Lepas makan, kami meneruskan perjalanan for another 1-hour ke Gopeng, dan seperti yang dirancang. Kami sempat menyinggah Warung P Ramlee di Gopeng untuk sesi mengopi since check-in pun pukul 3 petang.

Layan kopi kat sini. Dari mengantuk jadi segar pulak. Mana taknya, pagi tu aku tengok UCL. Tak sempat tidur balik lepas Subuh since game habis jam 6 pagi.

Memang antik warung ni, kena dengan namanya.

Sampai dalam jam 2.30 petang di venue event iaitu Sementra Hot Spring Nature Resort di Gopeng, Perak. Actually aktiviti kat sini semuanya free and easy. Takde program berkumpulan pun. Ikut hang lah nak tidur dalam bilik ke, nak berendam kat sungai, kolam or hot-spring ke. Mana-mana boleh, cuma time makan tu follow time lah.

Check-in pun dah nak masuk jam 4 petang. For this time, aku dapat satu bilik dengan Razif.
Bilik special sikit, dapat both lake and forest view.

Lepas mandi, tidur sekejap.

Dalam jam 5.15 petang tu aku keluar, Irfan ajak main bola.
Layan je lah, berapa tahun aku tak main game berasaskan bola ni. Last rasanya tahun 2018, main futsal dengan geng Quatriz.

Main sampai jam 6.30 camtu, then terus berkubang dalam kolam yang chill ni. Ada nak dekat 40 minit jugak berendam sambil menyembang hal-hal masyarakat, baik TNG dan luar TNG. Haha

Malam tu aktiviti dimulakan dengan dinner + BBQ session.

Then ada sharing session bersama our division' management. In total ada lebih 30+ staff jugak dalam division B&G ni comprising people from BD, Product, Sales dan Commercial. Ada jugak 2 orang staff from HR dan Risk, attached dengan B&G yang join retreat ni.

Sesi bergambar. Lepas tu, masing-masing buat hal sendiri. Ada yang chooses untuk hangout bersembang, ada yang main karom, dan ada jugak yang..
Karokkk!! Ya betul, 3 jam company booked hall ni. Tengok si Zaim tu elok je berkain pelikat sambil pilih lagu.

Yang conquer session tadi sudah tentu lah team Sales. Bayangkan lagu yang aku pilih kena tolak kebawah. Jilaker betul. Haha

Boleh catwalk pulak brader ni..:-p

Tapi, aku sendiri pun tak melepaskan peluang beraksi jugak malam tu. Dapatlah slot in 3 lagu - kesemuanya lagu Anuar Zain. Haha. Habis dalam jam 11.30 jugak, aku terus kebilik lah. Some ada berkumpul kat bilik siapa tah, main Truth or Dare. Dengarnya jam 3 pagi baru habis. Haha
Aktiviti hari terakhir bermula sekitar jam 9 pagi, breakfast dulu.

Then menyinggah hot-spring untuk rendam kaki ni. Panas jugak, 41 darjah celcius. So lupakan je lah hajat nak ke full-body hot-spring berdekatan

Balik bilik packing, then sambung power nap.

Memang enjoy retreat kali ni, maybe sebab tak terikat dengan mana-mana aktiviti. Tu yang relax.
Had our lunch dulu before check-out dan memulakan perjalanan pulang ke KL.

Jalan clear, but singgah Ulu Bernam dulu - member tak minum Nescafe tin, nak brewed coffee. So, kita tapau kopi Brehut ni. Pun marvelous jugak..:-)
Okaylah, nak tidur. Lemau sehari dua ni. Dah nak dekat akhir tahun ni, cabaran dekat office memang lain sikit. Maklumlah ada KPI yang sangkut lagi. Haha
P/S: International break minggu ni. No EPL. Okaylah, Newcastle sekarang pun tengah semput. Berehat lah tuan-tuan..:-)