Sunday, September 21, 2025

Kisah AKU n Welcome UCL 2025-2026

Assalamualaikum,

Ya betul, telah berlangsungnya match pertama the Magpies bagi the UEFA Champions League musim 2025/2026. First game kot, in fact this is the second campaign UCL yang aku tengok selama bergelar die-hard fans Newcastle sejak tahun 2002. Walaupun Newcastle pernah layak ke UCL pada musim 2002-2003, ya betul, exactly 22 tahun yang lepas, tapi time tu aku masih lagi muda dan tak pernah tengok pun game Newcastle dalam UCL. Of course, paling latest is 2023-2024 but perjuangan kami terhenti di peringkat kumpulan where we were put under the Group of Death.

Season yang ni camnalah nasib, this is the list of our fixture untuk kempen tahun ni. Of course, sebagai penyokong yang boleh dikatakan veteran, aku harapkan the lads buat yang terbaik. Kita bukan plastic fans yang tau nak menang je. Ingat lagi after PIF takeover Newcastle almost four years ago, antara our new signing at that time - Kieran Trippier dan Bruno Guimaraes sanggup tinggalkan kelab masing-masing yang memang dah layak UCL untuk join Newcastle yang belum tentu survive EPL time tu. Bila ditanya dalam interview, diorang kata they believe in this project and vowed to bring the club to UCL which they did, and twice!
Our first UCL pre-match conference by the gaffer, Wor Eddie. 
Perlawanan pertama menentang Barcelona di St James Park. Perlawanan yang mendebarkan. Tak senang duduk aku dibuatnya. St. James’ Park memang lain macam malam ni. Chants “Blaydon Races” bergema, flags waving, crowd energy memang boleh rasa sampai rumah. 
Minute ke-10, Gordon almost dapat break, tapi terlepas. Bertubi-tubi Newcastle bagi kat Barca time first half tu. Tapi finishing a bit off, pelik jugak dengan taktikal Howe. Kenapa tak main Woltemade and continue pakai Gordon as False 9. Masuk second half, tempo makin laju. Barca score dulu—Rashford. And then, he scored again. WTH this guy, perform pulak Raspod ni. Haa baru aku tahu, siapa yang tinggalkan MU, automatik jadi power balik. Hahahaha~
Tapi Newcastle tak give up. Minute ke-89, Gordon sumbat sebijik, GOAL! St. James’ Park literally meletup. Extra time 7 minit tu Newcastle serang dan terus serang tapi takde luck and kami terpaksa berpuas hari dengan result 1-2 tu. Tak kisah result, aku bangga gila tengok team ni fight lawan giant macam Barca. Diorang semifinalist last year kot and muka regular dalam kejohanan ni.

Harap next entry, kita boleh celebrate win pulak. Tapi malam ni, aku simpan memory ni dulu—Newcastle vs Barca, UCL night, St. James’ Park. Toon Army, enjoy the ride. Next stop: Brussels menentang Union St Gilloise. Howay the lads!

P/S: Semua gambar selain gambar aku credit to official Newcastle United FB page.

Kisah AKU Quick Picnic @ Pulau Besar

Assalamualaikum,

Malam Sabtu yang lepas, aku dan family balik jugak kampung. If ingat hari tu wife kata tak nak balik, laa ni tukar fikiran. Aku pulak actually belum fit lagi, mana taknya baru je balik from teambuilding. Tapi demi janji yang dikotakan, gagahkan jugak lah drive. Gerak from Rawang pukul 6pm, sampai jam 11 malam!
Pukul 3 pagi Ahad tu aku terjaga from tidur. Badan panas. Nasib baik lah ada spare Actifast dalam beg. Makan roti + ubat, then berselubung. Pagi Ahad tu pergi Klinik Dr Jamaluddin kat Merlimau amik proper medication. Hari tu aku berehat je, wife dan adik beradik dia je yang keluar together with the kids.
8.30 pagi Isnin seperti yang dirancang, my family ditemani beberapa ahli keluarga lain bergerak ke Jeti Umbai untuk menaiki bot laju ke Pulau Besar
Muka mengantuk lagi. Actually, basuh muka and gosok gigi je, sebab plannya nak terus mandi laut pagi tu.
Selamat mendarat. Tak jauh pun, ada lah 10 minit je naik bot. Together with us ada mak abah, abang ipar Ibrahim bersama his family dan juga adik-adik ipar, Asma dan Hawa. Hafsah tak join, laki dia sakit mata while Zed pulak memang takde kat Melaka, bercuti ke Pulau Kapas minggu tu.
Terus cari port pacak khemah. Memang pilih spot ni, bawah pokok and berada close to Masjid Pulau Besar dan juga pantai. 
Breakfast Nasi Lemak berserta kuih muih didalam pejabat abah ni. 
Seperti sedia maklum, abah merupakan Imam untuk Masjid Pulau Besar ni (kebetulan minggu tu merupakan minggu beliau bertugas) dan ipar aku, Ilyas pun bekerja kat sini jugak. So pejabat ni betul-betul berhadapan compound masjid. Dalam ni ada 2 bilik, plus toilet. So tak perlu bayar toilet if nak mandi. Huhu
Lama tak naik bot ni. Dulu kalau solat Hari Raya mesti akan bersembahyang kat sini.
Dalam jam 10.30 pagi, kami semua turun ke pantai for our morning activity.
Iman ni mula-mula main pasir je, takut air dalam katanya..:-p
Fariq ni pun sama, tapi lepas berjaya yakinkan dia. Dia pulak yang excited main air laut pulak. 
Of course, being located in Selat Melaka. Air laut kat Pulau Besar ni takde lah sejernih macam kat belah Pantai Timur. But it's okay, yang penting masa yang diisi dengan keluarga tu yang penting.
Lama jugak, tak silap aku pukul 12.30 baru kami semua naik untuk bersiap solat Zohor berjemaah.
Walaupun aku boleh solat Jamak, tapi kat sini lagi afdal solat berjemaah sekali. Mesti korang tertanya, ramai jugak orang kat sini kan? Ya betul, Pulau Besar ni memang ramai group camping dan picnic. Plus ada pilgrim from all over the world particularly from India yang datang melawat makam-makam yang ada sekitar pulau ni.
Bukan seronok main lari-lari kat dataran ni. If perasan bangunan kat belakang tu ialah Makam Sultan Al-Arifin Sheikh Ismail.
Juadah makan aku untuk hari Sabtu. The famous Kari Kambing. Lunch makan ni, malam pun makan ni jugak. Haha
Lepas Zohor tu aku decided untuk chilling dalam khemah while the rest of us berehat dalam bilik di pejabat abah. 
Dalam jam 5pm, budak-budak ni bangun from tidur. Terus turun ke pantai. Asalnya nak main pasir je. 
Last-last terjebak jugak mandi laut for the second time of the day.
Selfie before ended our beach activity pada petang itu around 6.45pm.
Solat Maghrib berjemaah dan meluangkan masa mendengar kuliah yang disampaikan oleh abah.
Diorang ni pun solat jugak, from belakang. Haha
What a peaceful sight.
Lepas solat Isyak, we had our dinner before menyambung aktiviti malam.
Bersiar malam sambil menikmati bayu laut Selat Melaka. Tapi most of jalan agak gelap. So, really tak digalakkan dengan pokok besar yang agak haunting. Yang diorang ni pun sebab nak mengikut. Asalnya aku nak berjalan sorang-sorang je. Huhu
Buat api sikit kasi camping vibe..:-)
Okay lah Fariq, abah sorang je tidur sini. Fariq pergi naik atas. Karang satu hal pulak kalau nak terkencing. 
Tidur time. Seperti yang diharapkan, takde buaya. But ada hujan renyai sikit sampailah nak masuk waktu Subuh.
Watching sunrise before bersiap untuk meninggalkan Pulau Besar ni.
Bergegas ke pickup point berhadapan Muzium Pulau Besar untuk menaiki bot pulang ke Jeti Umbai sekitar jam 8.30 pagi.
Apa benda je lah yang diorang tengok tu. 
Ready, Iman. 
Touchdown approximately 10 min after berlepas from Pulau Melaka. We had our breakfast dekat Warung Pagi Jalan Khamis yang terkenal dengan Nasi Lemak Ayam Pandan. Lepas makan, kami pun sampai rumah and ended our short trip.

Okay lah, nak menyambung sembang dengan Copilot ni untuk my publication. See you in the next entry and till then, take care!

P/S: Kalah pulak opening game UCL. It's okay kalah pun 1-2 je dengan Barcelona. Ada 7 game lagi. HWTL!


Saturday, September 13, 2025

Kisah AKU n TNG Leadership Bootcamp 2025

Assalamualaikum,

Sementara layan Newcastle lawan Wolves ni elok aku menaip sikit entri berkaitan sebuah event company, to be precise our TNG Leadership Bootcamp 2025 yang berlangsung di Port Dickson pada 10 - 12 September 2025

Hari Rabu tu seawal jam 6.15 pagi aku dah bergerak from Rawang ke Bandar Sri Damansara. Pick up Irfan kat rumah dia before driving for another 1 jam setengah to our event's venue iaitu Avillion Admiral Cove Port Dickson
Snap gambar dulu before starting the program.
Event bermula sekitar jam 9 pagi dengan pendaftaran. Btw ni program apa Farid? Leadership Bootcamp ni merupakan a part of Top Talent program brainchild by our HR Division. Aku, together with another 24 colleagues merupakan the first cohort untuk program ni. Kiranya macam satu sekolah tu ada 400 pelajar, yang 25 ni kira student A+ lah. Haha 
Lepas tu macam biasalah ada sesi pembahagian group dan juga briefing oleh our external trainer, BridgeICD
Trainer bagi each of us sebiji telur and kami kena jaga telur ni sampailah habis program. Kalau pecah, team's point kena deduct..:-p
Time break baru lah boleh berjalan-jalan sekejap dekat area hotel ni. Tengok apa tu bro? Nak beli yacht ke. Haha
Outdoor area of the restaurant, Trader's Food Shop yang menghadap Selat Melaka.
Ada Art Gallery jugak untuk korang yang penggemar seni.
After lunch, ada classroom session berkenaan Trust kemudiannya bersambung dengan Explorace. Ni bukan setakat treasure hunt dalam area hotel, tapi bandar Port Dickson! Nasib lah aku ni selalu jugak datang sini time Along dok PD dulu.
Pukul 5.30 petang baru lah kami dapat check-in bilik after menamatkan aktiviti outdoor. Satu bilik dapat 2 orang, tapi tu lah sepanjang 3 hari 2 malam ni memang bilik untuk mandi, solat dan tidur. Takde lah dapat nak tengok TV ke, menyembang main poker dengan jiran ke etc. Memang pack jadual training kali ni.
Okaylah dapat bilik menghadap laut..:-)
Akhirnya, dapat jugak rest. Phew~
Untuk hari pertama ni we had our dinner di Sri Pantai Ria Seafood Restaurant @ PD Waterfront.
Member jadi pelayan meja kami hari tu. Tolong potongkan ikan-ikan. Huhu. Malam tu kami ada program lagi dan habis dalam jam 10 malam. Habis je tak balik bilik pun, kami kena meet our Business Team pulak untuk brainstorm proposal untuk business presentation untuk hari terakhir bootcamp ni.
Hari kedua, seawal 6.30 pagi lagi kami dah berkumpul untuk aktiviti pagi. Buat apa kat pantai ni?
To be a good leader, kita kena sentiasa cargas! Lari sejauh 250m dengan tangan diikat bersama team member yang lain. Nampak macam senang, tapi payah beb! Ada yang terjatuh, tak kurang jugak semua berhenti berjemaah amik nafas. 
Second activity is push-up. Haha. Ni tak boleh blah, bayangkan aku tak pernah buat lebih 20 pun in 1-minute. 
Alih-alih kat sini boleh buat 40+. Tapi tu lah, at what cost? Sakit satu badan. Haha
Time datang tadi kering lagi, time nak balik habis air pasang.
Program hari kedua bersambung dengan classroom activity yang menyentuh topik berkenaan communication dan decision making skills. Time game Arctic Survival tu aku kena bahan sebab took the game seriously, siap draw trigonometry lagi nak decide whether leave or stay dekat crash site tu. Haha. Ceritanya in reality kalau kapal terbang korang terhempas. Just stay and wait for the help. Tu pendapat from pakar.
Classroom session petang ada outdoor activity sikit tapi within compound hotel je.
Bersiap untuk dinner sekitar jam 7 petang. Turun bawak laptop terus, since malam tu nak terus wrap business proposal. So, apa-apa berkaitan deck, revenue projection, GTM semua kena settle. Kalau tak berhuhu je lah depan TMC.
Second day kami dinner di The Yacht, sebuah restoran berkonsepkan Chinese-Muslim style. 
Main teka umur. Member tak caya umur aku 33, mostly parked 35 to 37..:p
After dinner ada one last classroom activity before kami diberi peluang untuk get back to our business team for final preparation.
Aktiviti hari terakhir teambuilding kami bermula sekitar jam 6.30 pagi. Seperti biasa ada jogging dan fitness activity. 
Untuk morning session, ada session mentor-mentee. All of us yang 23 ni ada our own mentor, so diorang kesemuanya datang untuk final day ni. Lucky for me, my mentor is Mr Tan Chor Min, TNG Head of Business Data Intelligence. Sebab waktu interview Top Talent hari tu aku memang ada menyuarakan hasrat nak learn more about Data and incorporate it in my daily work. So, sesi pagi tu more to sesi suai kenal dan juga moving forward discussion. 
Dalam jam 1.30pm, aku bergerak ke Masjid Kariah Telok Kemang untuk menunaikan solat Jumaat. Alhamdulillah, khutbah yang short dan juga concise, so dalam jam 2.10 petang tu dah settle solat semua. 
Sesi penutup yang dinanti-nantikan. Business presentation. 5 business group bersaing untuk menambat hati panel-panel yang terdiri daripada our TMC. Ada yang touch about the entire ecosystem, ada jugak yang play safe by tackling customer pain point and think a solution for it. But whatever it is, congratulation to the winner..:-)
Around 6.30 petang, teambuilding kami ditamatkan dengan jayanya. Gambar credit to HR team.
Sekitar jam 6.45, aku dan Irfan memulakan perjalanan pulang ke KL. Jalan strangely tak jem nak ke rumah dia, tapi elok je aku masuk highway PLUS nak balik Rawang terus jem. Cb betul. Last-last exit Rawang Selatan then lalu jalan lama je before selamat tiba tepat jam 10.

Okaylah, that's the wrap for a fairly long entry malam ni. Got to go, our new striker, Woltemade dah opened his goal account yaww!!

P/S: Awat rasa nak demam ni..:-(