Wednesday, December 31, 2025

Kisah AKU n Memories 2025

 Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2025 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2025 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2025 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2025 aku. 

January
Tahun 2025 dimulakan dengan menghadiri Majlis Grand Ihtifal Little Caliph di Mahsa Avenue, PJ. 
Short trip ke Pusat Sains Negara.

February
Representing TNG didalam Program Santai Bersama LLM.

March

Genap lima tahun berkhidmat di TNG. Lama jugak aku kat sini. Huhu
Diberi honor untuk membunyikan gong bersempena 2,000th TNG-enabled parking sites.
Bidding farewell to our Head of Parking, Mr CP (red-shirt), as well as buat iftar Ramadhan sekali.
Newcastle United, champion of EFL Cup 2025! HWTL!
Shopping Raya + staycation di Shah Alam in conjunction of birthday Iman yang ketiga tahun. 

April
Hari Raya Aidilfitri tahun 2025 disambut di Bota Kanan, Perak. 

May
Annual family 3D2N trip di Ipoh.
Menghadiri majlis persandingan my blood brother, Dolah di Cyberjaya. So, group kami semua dah off-market. Tahniah!

June
Alhamdulillah, anak lelaki sulung aku, Fariq berjaya disunatkan. Huhu
Joined Iman untuk program simulasi Haji Cilik oleh SRI & Tadika Wahdah.

July
Staycation di iCity bersempena hari lahir Fariq yang ke-enam.
A week after, ada satu lagi celebration kali ni organized by Along dan opah dia, dengan tema Star Wars..:-)

August
Takde apa.

September
TNG Leadership Bootcamp at Avilion Admiral Cove @ Port Dickson.
Camping 2D1N di Pulau Besar. Actually, tak full camping pun, diorang ni tidur di pejabat abah yang merupakan Imam masjid sini.

October
Staycation di Putrajaya untuk celebrate birthday wife yang ke-28. Sekali  dengan joining Little Caliph Fun Run yang bertempat di Taman Botani Putrajaya.
Balik Perak, untuk menghadiri majlis persandingan my uncle, Acik Fendi.

November
Business trip to Kuching, Sarawak. Sambil menyelam minum air. Huhu
B&G Away Day @ Sementra Hot Spring, Gopeng. 
10 November 2025 was our seventh anniversary. A bit late since aku merged our anniversary staycation with my birthday sekali. For this time around, kami staycation di Seremban. Asalnya plan PD, tapi kebetulan ada wedding kat Sendayan, tu yang adjust sikit.

December
Menghadiri Hari Graduasi & Apresiasi SRI / Tadika Wahdah yang bertempat di Kolej Komuniti Selayang. 
A week later, attending Grand Ihtifal & Mini Concert Little Caliph 2025 di PJ Live Arts
Menutupi cerita tahun ni, aku dan family went to another outing di Ijok. Cuma this time wife tak join since ada exam.

Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2025 merupakan tahun ke-15 aku dalam industri blogging ni. Tahun ni ada peningkatan sikit, 66 entries. Okay lah tu, sebab aku target habis-habispun entri 55 je setahun.
  2. Kerjaya2025 merupakan tahun kelima aku di Touch 'n Go. A fairly good year, with a few T5 achievement, but ada jugak KPI yang kelaut. Tengoklah tahun depan bulan Mac camna, ada manis-manis ke. Haha
  3. FamilyTahun ni we had two outings with my family - first, dekat Ipoh and Ijok.
            Dari tiga azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2025 aku ni mostly tercapai. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk tahun 2025 ni and of course I'm expecting 2026 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            P/S: Ngam-ngam dah nak masuk tahun baru aku publish final post of 2025 ni.

            Kisah AKU n Fariq's School Preparation

            Assalamualaikum,

            Before we go to main entry, let's go to cerita selingan untuk hari terakhir tahun 2025 ni. 

            Iman tak pergi tadika hari ni, cirit birit. Kebetulan aku WFH, so dapatlah tengok-tengokkan girl ni. 

            Then, dessert pisang + honey lagi untuk patient kita hari ni.

            Pagi kasi chance tengok TV since aku ada back-to-back meeting.

            Tengok jam 11 pagi rupa-rupanya dah terbungkang tidur. Patut lah senyap je. Haha. Petang pulak after pickup wife dan Fariq, kami sekeluarga sempat buat last minute preparation untuk our son, Fariq yang akan start bersekolah Tahun 1 bagi sesi 2026. Fariq masuk sekolah mana bro?

            Sudah tentunya SK Bandar Sungai Buaya. Memang tak sangka betul, 23 tahun aku merupakan first batch sekolah ni yang dibuka pada tahun 2002. Time tu aku Darjah 4. Yang paling sebak, aku still ingat lagi lagu sekolah yang liriknya ditulis dan digubah oleh my own music teacher, Sir Yazan dan Mdm Anisah.

            Actually minggu lepas kami dah start beli few items + buku-buku. Beg dan kasut Along ada bagi, katanya Mikail tak nak pakai walaupun its still brand new. So, petang tadi kami beli baju kemeja, baju Melayu, seluar, sampin, songkok untuk si Fariq ni.

            Untuk sekolah agama, Fariq akan belajar di SRI Wahdah dan juga transit disana. Yang lagi ngam, our daughter, Iman pun belajar kat Tadika Wahdah jugak. So, balik nanti senang satu lokasi je nak pickup.

            Sebak bro tengok anak pakai baju ni. Huhu. Dulu kita yang menyarung baju ni. Sobs

            Pandai si Donald Duck buat business kat depan emporium ni. Dah confirm ramai kanan-kanak yang ada nak bergambar. Huhu

            Lepas tu, tak terus balik pun. Wife ajak early dinner di Secret Recipe Bukit Sentosa, nak celebrate New Year. Layankan je lah.

            Orang rumah nak makan benda manis untuk tutup tahun ni katanya. So, belilah two slice of Red Velvet and Black Forest. Huhu

            Selfie untuk our final outside dinner for year 2025. 

            Okay lah, be ready for one final entry untuk tahun 2025. Entry wajib untuk menutup diarimcbride tahun ni. 

            Kisah AKU n Cuti Hari Krismas 2025

            Assalamualaikum,

            Minggu lepas aku spend time with family di Melaka time cuti Krismas. Dah lama tak balik sana, tu yang ikutkan je request from my wife, anak-anak pun nak balik jugak dah lama tak jumpa sepupu diorang.
            Pagi Rabu seperti yang dirancang, aku dan family bergerak pulang ke Melaka sekitar jam 6 petang. Macam biasa singgah dinner di Lay-by Nilai.
            Diorang ni asal datang sini je makan nasi ayam, tak nasi ayam. Mi Wantan. Huhu
            Sampai around jam 11 malam jugak. Memang expected jalan sesak pun sebab Khamis tu kan cuti.
            Khamis tu around jam 3 petang, kami melawat abah yang hospitalized di Hospital Jasin sejak petang Rabu.
            Budak-budak tak boleh masuk wad, so korang main je lah dulu. Banyak betul playground kat sini. Outdoor ada, indoor pun ada..:-)
            Dah-dah jom balik. Atuk nak rehat.
            Kami tak terus balik, singgah Mydin Jasin. Asal menyinggah nak cari brewed coffee. Pastu macam biasalah kena pow dengan budak-budak ni.
            Bagus betul stall mainan ni, if beli barang for certain amount boleh claim discount dekat stall ice-cream + waffle opposite tu. Kira buat collab lah ni. Huu
            Budak ni punya toy yang mahal. Yang lain semua belas ringgit je, yang dia punya ni sahaja RM50!
            Dah settle beli toys, baru lah aku dapat mengopi. 
            Jumaat tu aku tak cuti pun, kerja macam biasa je. Kasi chance member lain cuti, since minggu depan turn aku pulak cuti. Anak masuk sekolah. Huhu
            Sabtu - wife dan adik ipar bawak anak-anak buah ke Dataran Pahlawan petang tu. Katanya nak tengok wayang cerita PapaZola. Aku tak join pun, sebab pening kepala sepanjang hari. Maybe terkesan from kekalahan Newcastle menentang MU awal pagi tu. Huhu
            Khusyuk muka sorang-sorang. Excited eh dapat tengok wayang.
            Memang on the way balik, wife kata diorang buat ulasan cerita tu. Haha
            Malam tu pulak diorang ke Masjid ar-Rahmah, ada program Maulid nabi. Pun aku tak join jugak, kali ni bukan sebab pening tapi ada kerja yang nak disettlekan untuk meeting Isnin pagi.
            Ahad duduk rumah, dah enjoy 2-3 hari. It's time for ulangkaji. Si Fariq dan Hassan ni tahun depan dah nak masuk Darjah 1
            But petang tu, si Zed bawak diorang ke Iman's Rabbit Farm di Ayer Molek. Asalnya diorang nak ke rumah bapak Zed dekat Tampin, tapi katanya jem both highway and jalan dalam. Sudahnya cancel and melencong ke sini.
            Ni macam style petting zoo lah. Haiwan dilepaskan , and pengunjung berpeluang untuk pegang dan bergambar dengan haiwan-haiwan domestik yang ada, such as rabbit, sheep, turtle dan banyak lagi.
            Singgah makan before balik ke Serkam.
            Malam hari Ahad tu aku bergerak kira-kira pukul 10.30 malam dari Serkam. Apa kono gerak lewat sangat tu?

            Alhamdulillah, selamat tiba di Bandar Sungai Buaya sekitar jam 2.30 pagi. 4 jam jugak, rasanya maybe sekarang ni ramai yang suka drive malam kot. Dulu max 2 jam setengah je from Melaka ke Rawang.
            Ya, itu sahaja lah cerita malam ni. Selamat Hari Natal kepada rakan-rakan yang beragama Kristian. Semoga musim perayaan ini memberikan kenangan indah dan kebahagiaan untuk kamu semua. Merry Christmas!

            P/S: Newcastle menang lawan Burnley semalam. Hopefully dapat meneruskan rentak kemenangan menentang Palace minggu ni. We need a back to back win untuk reclaim our right of top 6!