Tuesday, November 5, 2024

Kisah AKU n Cuti Deepavali 2024

Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu game Fulham vs Brentford ni, eloklah aku menaip dulu entri berkenaan cuti Deepavali tahun ni. Saja menyebok tengok game team lain. Team aku semalam dua-dua dah menang. Bukan apa, game ni yang akan menentukan whether Newcastle still berada dalam top 10, or jatuh ke bottom 10. If draw, then selamat. Kalau salah satu menang, kita drop satu anak tangga ke nombor 11.
Jom mulakan dengan entri awal minggu ni, hari Isnin tu Fariq berkesempatan join lawatan anjuran Little Caliph Sungai Buaya dan Rawang ke Sekinchan, specifically di Kampung Sg Haji Dorani.
Dapatlah bro ni merasa jadi budak kampung sikit. Berkubang dalam bendang.
Mandi dalam palong air. Huhu
Letih katanya. Tak silap aku pukul 8.30 malam jugak diorang sampai Sungai Buaya. Banyak jugak tempat lawatan such as kilang bahulu, pusat kraf dan batik. Takpelah penat dengan aktiviti, bukan penat atas jalan jem. Haha

Hari Rabu tu aku supposedly kerja half day, dapat early release. But somehow kena kerja pulak. Sampai 5.30 pulak tu. After pickup the kids and wife, tepat jam 6.45 petang kami memulakan perjalanan ke Melaka. Seperti biasa, menyinggah Lay-by Nilai dulu untuk dinner dan restock supply.

Menyambung perjalanan, jalan okay je. Aku pun bawak chill je. Alhamdulillah, selamat tiba di kampung halaman jam 11.15pm. 
Actually cuti ni memang takde plan kemana pun. Petang Khamis tu ke Serkam Darat, singgah pasar malam. Time ni dapat tahu si Zed tu balik Tampin dulu, hari Sabtu baru balik sini. Pishangg oi dua malam lepak sorang-sorang. Huhu
Pagi Jumaat mak share gambar sekitar pertunangan Acik Fendi bersama pasangannya di Kuala Terengganu. Tahniah! Dapat makcik baru . Huhu
Hari tu aku WFH, memang sampai kemalam jugak kerja. Dalam jam 9.30 keluar jap cari hot food dan refuel minyak kereta siap-siap.
Hari Sabtu pulak ikut plan asal nak bawak budak-budak ni ke Mydin Mall Jasin, nak jumpa Along yang kebetulan ke Melaka hari tu. Tapi tak jadi since sepupu diorang balik lagi awal dari yang aku jangka.
Sudahnya aku sorang je drive ke Jasin jumpa diorang hari tu. Benda dah plan kan, takkan nak cancel..:-)
Lunch kat sini; Restoran Nasi Kukus Salimmna. Dulu waktu diorang stay kat Asahan, selalu jugak lepak sini. Ingat lagi kedai simple je open air, sekarang ni dah beraircond. Huhu
Mak share gambar lagi. Huhu. Diorang lepak kat KT before bergerak pulang ke Rawang. Ingatkan kat London tadi..:-p
Kat sini pulak, ada pool party. Haha. Takdelah saja bukak kolam kasi budak-budak ni mandi-manda. Bukan selalu dapat gather semua sepupu camni.
Wife bersama anak buah yang paling latest, Muslim. Besar dah budaknya, dulu halus je..:-)
Tak nak basah punya pasal, duduk dalam ni. Haha
Haa sudah tu, dah jam 6.30 petang ni. Jom siap-siap mandi.
Malam tu seperti biasa, solat jemaah di Masjid ar-Rahman Pulai before mengeteh with bro Zed. Menyembang pasal kerja masing-masing. Member dah resigned, tahun depan start kerja dengan company baru kat JB.
Fariq dan Iman bergambar bersama sepupu. Puas diorang main malam Sabtu tu. Aku masuk rumah je tengok semua dah lencun berpeluh..:-p
Hari Ahad tu aku tak balik pagi seperti kebiasaanya. Zed pun tak jadi balik pagi so budak-budak ni ada extra time lah nak main.
Petang tu anak-anak sempat ke Pantai Siring. 
Tapi aku tak join pun, nak tengokkan si Iman ni. Petang baru nak tidur. Haha
Dapatlah main eFootball seround dua. Syok game ni sebab ada team Selangor..:-)
Balik Rawang dalam jam 10.30 malam. Kali ni tak bernasib baik, jalan memang sesak from Pedas Linggi ke Seremban. Aku sampai rasanya nak dekat 1.30 pagi jugak. Pheww~

So far, tu je lah cerita malam ni. Cuti pun a form of celebration jugak. Apa ingat, aku pergi beraya ke? Haha. Dikesempatan ini suka aku nak mengucapkan selamat menyambut Deepavali kepada rakan-rakan beragama Hindu, especially kepada colleagues dan jaringan business partner/vendor/supplier. Semoga tahun ni memberi kekayaan dan kemakmuran untuk you guys semua.

P/S: Newcastle nombor 10 dalam liga sekarang. Takpe panjat slow-slow. HWTL!