Saturday, August 16, 2014

Kisah AKU n Job Interview

Assalamualaikum,

Minggu ni aku telah dipanggil untuk menjalani temuduga kerja di Perodua Auto Corporation Sdn Bhd untuk jawatan Executive - Group Corporate Strategy. Huu, seronok sangat walaupun tak sure lagi dapat ke tidak position tu sebab before this memang tertunggu-tunggu panggilan untuk temuduga. Yelah, kakak aku dah 3 kali dapat, aku pulak memang senyap je. So, memang happy sangatlah.

Interviewnya semalam bertempat lat Bangunan Korporat Perodua, Rawang, Selangor D.E. Ada lah dalam 10 minit je perjalanan dari rumah family aku tu. Tak dapat bayangkan betapa bestnya dapat kerja kat sini. Rumah pun dekat, duduk dengan family, boleh naik motor je..huu. Habis-habis pakai duit pun maybe kat minyak motor, and kos sewa bilik and dobi bak kata mak..huu

Interview untuk jawatan eksekutif ni tak lama pun. Ada lah Personaliti Test dalam 20 minit, pastu Individual Interview dalam 40 minit. Nervous jugak mula-mula sebab ni first time aku experience job interview kan. So, tak expect banyak pun and harapkan yang terbaik lah yang Allah boleh reward kat aku.

Petang Jumaat tu aku ke Damansara Perdana hantar kakak aku pulak pergi job interview dia kat MMC-Gamuda. Tengah syok menunggu, tiba-tiba dapat call lagi from Perodua. Ingatkan nak confirm status ke apa, rupa-rupanya dapat satu call for interview untuk position Purcashing Executive for Perodua Sales Sdn Bhd pulak..huu

Rezeki Jumaat bak kata ayah. So, my next interview kat Perodua ni akan mengambil tempat dibangunan yang sama, dan juga pada hari Jumaat minggu depan. Wish me luck ye korang..:-)

4 comments:

  1. how to contact awak ye? nk tanya something. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. You may e-mail me at mcbridefred@gmail.com, or drop me a message to Whatsapp at 017-617 7164.

      Delete