Thursday, July 17, 2014

Kisah AKU n Operasi Pecah Tabung!

Assalamualaikum semua, pagi semalam lepas sahur aku tak boleh tidur pulak. Cuba jugak nak tidur, tapi tak boleh-boleh jugak, memikirkan masalah relationship aku yang seakan-akan tak nampak masa depan cerah..:-). So, daripada buang masa berguling-guling atas katil tu, mata aku pun tertancap kat tabung syiling aku atas meja. Then, came the idea untuk kira berapa jumlah yang aku berjaya kumpul sejak dari Semester 2 (March 2012) until lah habis Semester 6 (July 2014) ni.
Ada dua box - yang besar ni untuk syiling perak. Berat beb yang ni..:-)
Yang second box ni pulak khas untuk syiling emas. Aku suka kotak ni, walaupun jauh lagi ringan tapi rasa cam Roman pulak, ada syiling emas banyak macam ni..hii
Mula-mula kira syiling perak..Buat lah sikit formasi macam tentera..lol
Ni pulak lepas dah habis kira - seronok jugak kira duit ni, rasa cam banker pulak semalam..:-) So, korang nak tau berapa yang aku berjaya kumpul dalam masa 2 tahun setengah belajar kat UiTM ni?
Betul cakap orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jumlah terkumpul ialah sebanyak RM 186.50 which is cool jugak..hii, aku memang dah plan nak tukar syiling-syiling ni kat Bank Negara and then, bagi kat mak aku..:-)
Okay, sila masuk kotak masing-masing. Ni lah hasilnya, so kawan-kawan kalau ada syiling tu jangan main buang je, or buat-buat tak nampak. Belajar lah menabung, kerana ia amalan yang baik untuk kita tak kira muda or tua. Nanti kalau aku dah ada family, aku nak suruh anak-anak aku menabung jugak, kot la time tengah sesak, boleh buat forced loan kat diorang..lol

Monday, July 14, 2014

Kisah AKU n Congrats Deutschland!

Assalamualaikum semua, seronoknya saya pagi ni. Tak sia-sia sokong "Die Manschafft" ni, Lepas je update entri semalam, aku terus turun keruang tamu, berbekalkan soda, dan bantal peluk..aku tengok lah final world cup ni kat Astro..huu, dah lah skrin besar, HD pulak tu..memang tengok dari jauh pun clear lah..Nanti kalau dah ada rumah sendiri pun nak beli jugaklah Bravia ni..:-)
Haa, ni gambar semalam kat rumah sewa Yat, beberapa jam before aku balik Rawang. Kitorang sama-sama sokong Germany, buat yang sangka aku ni lalang tu tak payah lah nak jealous. Aku dah support "Die Manschafft" ni sejak World Cup 2002, aku baru 10 tahun time tu and untuk edisi kali ni, tak pernah aku sokong lebih dari satu team macam orang lain - team spare katanya..huu. 
So, game pagi tadi memang mendebarkan, tak senang duduk aku dibuatnya. Sambil-sambil tengok tu nyanyi lah sikit Die Wacht Am Rhein, Panzerlied, Fredericus Rex dan sebagainya, nak bagi cool punya pasal. Germany pulak tak main macam lawan Brazil tempoh hari, mungkin Argentina ni pun nampak agresif tadi..:-)

Tapi tu la pasal, dalam minit ke 110 tu aku ke dapur lah kejap sebab nak amik nasi goreng yang mak masak, sampai-sampai je nak tengok balik Jerman dah score satu. Demn! Tapi takpelah, benda dah lepas..haha, yang penting leading sebijik..:-p

Huhu, best betul tengok diorang celebrate after referee tiup wisel penamat. Ada lah terfikir, bilalah nak tengok Malaysia masuk World Cup pulak? :-(
Tudiaa, makcik Merkel pun ada jugak tadi..haha, buat siapa yang tak tau - itu lah the leader of German nation, Her Excellency, Chancellor Angela Merkel.
Yeah!! ni sempat tengok. Juara dunia 4 kali, satu lagi nak sama dengan Brazil yang ada 5 title ni. Malaysia? Entah lah wei, harap-harap Dollah Salleh dapat bawak magis dia dalam Team Malaysia yang baru ni, and of course pemain-pemain should play not just for money, publicity but for the motherland. Ini lah faktor yang penting pada pendapat aku.
Dengan berakhirnya perlawanan terakhir tadi, maka berakhir jugaklah World Cup yang membuatkan most of perempuan-perempuan kat seluruh dunia ni kurang mendapat kasih sayang dan perhatian yang secukupnya..haha, aku takpe, no harm..:-) So, tahniah sekali lagi buat "Die Manschafft", terima kasih sebab membuatkan aku tak payah swing team .hehe

Kisah AKU n Summary - My Degree's Life

Assalamualaikum,

Sementara ada beberapa jam lagi before Final World Cup 2014 nak start ni, sempatlah rasanya kalau aku nak update special entry ni..:-) As being mentioned before dalam previous entry, aku telah pun menamatkan pengajian kat UiTM ni, and aku rasa worthwile jugak kalau aku dedikasikan satu entri yang cover the whole summary of my degree life since 2011, tahun aku start belajar sampailah 2014 ni.
September 2011 - January 2012, merupakan semester pertama aku kat sini. Great kickstart dengan kawan-kawan mostly came from Asasi which sangat menyenangkan hati aku. Subjek yang paling aku minat was the Quality Management System for Public Sector. Dalam semester ni sukan yang aku main badminton je. Untuk semester pertama aku kat sini, examination result boleh dikatakan okay jugaklah dengan GPA 3.40
March 2012 - July 2012 , semester ni dianggap sebagai antara semester yang paling aku sayang sepanjang aku bergelar pelajar degree. Hubungan yang baik dengan kawan-kawan, lecturer. Semester ni jugak merupakan permulaan untuk perjalanan hidup aku didalam SMF dengan menyertai TUNAS. The Principle of Management was my favourite subject dalam semester ni dan still, badminton merupakan riadah biasa kami. Exam result ada sikit penurunan dengan catatan GPA 3.30.
September 2012 - January 2013 - mula berkhidmat bersama SMF FSPPP sebagai EXCO NR, semester ni merupakan yang paling pahit aku rasa, mungkin agak exhausted dan juga pincang sikit dalam time management yang menyebabkan ada decline for GPA aku which numbered 3.10. Dalam semester ni jugak aku mengenali sukan Boling Padang bila terpaksa jadi Pengurus time SAF 2012 dimana aku jadi bidan terjun jugak.. Subjek favourite of course lah International Relations..hii
March 2013 - July 2013, semester 4 ni aku dah pun terbiasa dengan kerja-kerja SMF dimana meeting, program etc menjadi common things. Mungkin sebab semester tiga dah bagi lesson learned yang banyak kan, so time management kali ni agak organized. Sukan still stick with boling padang, tapi still ada main jugak badminton but tak sekerap dulu. Subjek kegemaran ialah Policy Analysis, asalnya ASEAN, tapi result subjek ni cam cibai - terus aku letak paling bawah, lol..haha. Exam result untuk semester ni meningkat balik, iaitu dalam nilai sebanyak GPA 3.20. 
September 2013 - Januari 2014, semester terakhir berkhidmat untuk SMF, but still ada beberapa program wajib yang kena organized. Bagi aku, semester ni yang paling menyakitkan dengan subjek-subjek seperti Project Management, dan juga Research Proposal. However, masa dengan kawan-kawan digunakan sebaiknya seperti Konvoi Shah Alam - Morib, Piknik di Sg. Congkak dan Air Terjun Gabai. Untuk aktiviti sukan, aku join SAF 2013 for Team Boling Padang FSPPP. Subjek the best ialah Public Finance walaupun tak A, sebab this semester, result jatuh balik drastically to 3.05.
March 2014 - July 2014 - Tudiaa, final semester ..huu, antara semester yang asalnya paling leisure sebab banyak kerja dah cuba cover time praktikal, but pertengahan agak huru-hara sikit sebab dilantik menjadi EXCO Publisiti/Informasi for Persatuan Pelajar-Pelajar Ehwal Asia Tenggara UiTM, dengan dua program besar, dan pada masa yang sama follow up for research dan praktikal report - things start to crumbled but at the end, dapat jugak keep the pace. Aktiviti sukan untuk semester terakhir ni pun ditutup dengan kejayaan merampas Emas untuk Team Lawn Bowls NR untuk SUKOL 2014. Subjek yang aku minat untuk semester ni ialah Strategic Management tapi tak tau lah macam mana resultnya nanti..harap-harap sangat dapat excel, Amin

Jadi, begitulah pengakhiran bagi sebuah perjalanan yang menyumbangkan memori pahit dan manis aku demi menjadi manusia yang berguna kepada agama, bangsa dan negara. Segala syukur aku panjatkan ke hadrat ilahi, sekalung penghargaan kepada ibubapa, keluarga dan rakan-rakan kerana sentiasa berada disisi sepanjang perjalanan ini. Tak lupa juga kepada pengurusan UiTM dan FSPPP kerana sanggup menerima aku sebagai mahasiswa disini, takkan aku lupakan "hadiah" ini kerana UiTM dan FSPPP Sentiasa Dihatiku!