Thursday, July 17, 2014

Kisah AKU n Operasi Pecah Tabung!

Assalamualaikum semua, pagi semalam lepas sahur aku tak boleh tidur pulak. Cuba jugak nak tidur, tapi tak boleh-boleh jugak, memikirkan masalah relationship aku yang seakan-akan tak nampak masa depan cerah..:-). So, daripada buang masa berguling-guling atas katil tu, mata aku pun tertancap kat tabung syiling aku atas meja. Then, came the idea untuk kira berapa jumlah yang aku berjaya kumpul sejak dari Semester 2 (March 2012) until lah habis Semester 6 (July 2014) ni.
Ada dua box - yang besar ni untuk syiling perak. Berat beb yang ni..:-)
Yang second box ni pulak khas untuk syiling emas. Aku suka kotak ni, walaupun jauh lagi ringan tapi rasa cam Roman pulak, ada syiling emas banyak macam ni..hii
Mula-mula kira syiling perak..Buat lah sikit formasi macam tentera..lol
Ni pulak lepas dah habis kira - seronok jugak kira duit ni, rasa cam banker pulak semalam..:-) So, korang nak tau berapa yang aku berjaya kumpul dalam masa 2 tahun setengah belajar kat UiTM ni?
Betul cakap orang tua-tua, sikit-sikit lama-lama jadi bukit. Jumlah terkumpul ialah sebanyak RM 186.50 which is cool jugak..hii, aku memang dah plan nak tukar syiling-syiling ni kat Bank Negara and then, bagi kat mak aku..:-)
Okay, sila masuk kotak masing-masing. Ni lah hasilnya, so kawan-kawan kalau ada syiling tu jangan main buang je, or buat-buat tak nampak. Belajar lah menabung, kerana ia amalan yang baik untuk kita tak kira muda or tua. Nanti kalau aku dah ada family, aku nak suruh anak-anak aku menabung jugak, kot la time tengah sesak, boleh buat forced loan kat diorang..lol

No comments:

Post a Comment