Thursday, July 3, 2014

Kisah AKU n Ramadhan 2014 - Day 4

Assalamualaikum semua, pagi yang hening ni aku nak cerita lah sikit tentang aktiviti aku semalam. Memang semalam aku tak dak kat rumah jugaklah. Petang pukul 2 aku dah ke rumah Zhafir sebab dia ajak gerak sekali untuk gerak gempur(lol) Strategic Management dengan Dr. Jasmine kat fakulti. Dalam pukul 6, kami bersama Yasin cepat-cepatlah ke Bazaar Ramadhan Seksyen 7, taku makanan habis..haha
On the way nak ke kereta terserempaklah dengan Yat kat situ, so dia jemput kami buka puasa kat rumah sewa dia. Betul-betul menghadap bazaar tu. Haa, ni lah gambar dari depan rumah Yat tu.
Sementara nak tunggu masuk waktu berbuka tu kami bersembang la sikit, yang tak boleh blah dok sembang pasal K-POP pulak..memang tak lah aku nak melayan budak-budak ni..haha
5 minit before azan Maghrib berkumandang, kami semua dah berkumpul kat ruang tamu kat rumah diorang tu. First time beb, buka puasa ramai-ramai macam ni. Selalunya buka sorang-sorang je..huk
Juadah berbuka pada hari keempat semalam - Ayam Penyet. Sedap sambal makcik ni buat, rasa nak makan lagi pulak hari ni..:-)
 Yasin and Khaliq, diorang ni roommate aku time asasi dulu. Just like old time kan korang? :-)
 Ada jugak beberapa kenalan from our foundation day such as Atif, Najmi, Dayat and Zahier.
 Haa, yang ni pulak Azman. Kawan Mujahid dulu ni, selalu datang bilik aku nak sembang-sembang dengan si Moja tu..:-p
Malam tu pulak dalam pukul 10 seperti biasa kami menjalankan kelas tutor kat Student Lounge FSPPP. Tapi macam biasalah, yang datang semester ni muka sama je, tak seramai time Part 5 dulu
Haa, ni lah tutor nya - patutlah tak ramai nak datang..haha. Bukan budak DL pun, tapi budak ni jugaklah yang kena bagi tutor. Takpelah, bak kata ayah aku, Allah tak nak bagi lagi, tapi teruskan beramal macam ni, Insya Allah dapat reward nya nanti. Mungkin bukan dari segi award tu, tapi ilmu didada. Thanks En. Gani, my best motivator..:-)
p/s: Saja pakai cincin balik, rindu pulak tengok jari nampak manis..haha
Dia ni kalau aku bagi break je memang terus ke laptop, sambung DOTA..Yang si Joe and Pok Jad tu kalau ikutkan kalau break memang PES lah dicarinya..slack sebab paper Strategic Management ni crucial je sampai diorang tak bawak laptop. Tapi, kadang-kadang tutor ni pun dok join jugak..haha
Hari tu tak pergi pun interview Master sebab banyak dokumen tak lengkap - yang original kat rumah, research proposal pun tak siap. So, daripada aku malukan diri sendiri depan panel, baik aku datang dengan well prepare untuk Intake 2015 nanti.
Dalam pukul 4.15 kami pack up, nak cari tempat sahur. Datang lambat karang takde tempat pulak nak makan. Macam tu lah rutin kami untuk kombo Puasa-Exam ni..huhu

Okay lah, aku nak tidur ni. Mengantuk lah pulak, jumpa di lain hari bersama entri baru. Till then, take care semua!

No comments:

Post a Comment