Friday, June 6, 2025

Kisah AKU n Fariq's Khatan @ Klinik Annas Merlimau

Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu Grab ni, tangan ni macam nak menaip sikit cerita tentang my firstborn, Fariq yang baru sahaja selamat berkhatan awal minggu ni. Maklumlah dah masuk cuti sekolah, memang kena sangatlah. Tahun depan dah nak masuk sekolah rendah.
Since wife pun sekarang dah tak kerja, katanya nak duduk lama sikit kat kampung. So malam Sabtu tu kami dah gerak balik ke Melaka.
Unlike aku yang berkhatan dihospital some 25 years ago, Fariq berkhatan di Klinik Annas yang terletak di Merlimau ni. Aku kena kat hospital pun sebab ada problem lain kat "benda" tu. Huhu
First time datang klinik ni. Cantik deko. 
Plus ada tempat the kids main. 
Berpeluh jugak aku tengok proses tu. Senang cakap memang tak sampai hati tengok anak menangis. Aku ni nampak je garang, tapi bab ni memang tisu sikit. Hehe
Setel dah. Good job my brave boy!
Untuk belah siang, Fariq banyak spend masa dengan cousin buat aktiviti sikit.
Haha apa benda Iman tu
Malam pulak aku bagi dia layan game Star Wars Battlefront II ni..:-)
Yang sorang ni tak habis tunjuk gambar abang dia kena rendam. Haha
Pagi Rabu aku dah balik KL, terus pergi kerja. Kalau ikutkan memang malas nak balik, tapi ada event makan-makan pulak. Buat pulak dah bayar RM40, rugi lah kalau tak join.
Memang banyak makanan hari tu - main course: Nasi Lemak, Laksa, Mee Kari, Nasi Kukus. Pastu side punya berlambak, aneka kuih tradisional, Pizza, Satay, Sushi. Memang kenyang betul..:-p
Makan kat workstation je.
Fariq pun getting better, cuma ada pergi klinik buat checkup.
Dapat Darth Maul's duel-wield lightsaber from Acik Amin. Memang untung dia dok kampung, duit pun dapat. Haha
Hari Khamis semalam dalam jam 9 malam, aku dan Afiq ke AEON Rawang. Tengok cerita apa tu? Ejen Ali ke?
Sudah tentulah cerita superhero Malaysia - Keluang Man. Memang syok cerita ni dan mengimbau kenangan aku time kecik-kecik dulu. Aku tak tau lah siapa yang bagi low rating. Mungkin budak-budak Gen Z keatas kot. 
Singgah supper di Restoran Hijas before balik Sungai Buaya around 1 pagi. Hehe. Biasalah jadi bujang minggu ni, balik lewat sikit pun takpe.
Lupa pulak nak tayang outfit aku malam tu..:-p

Okaylah, nak gerak balik Melaka ni. Esok Raya beb!

4 comments:

  1. Alhamdulillah.. Dah jadi bujang...
    Salam kenal dari linda

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam kenal juga. Dapatlah membujang 3 malam.:-p

      Delete
  2. Wahh zaman sekarang berkhatan pun dapat sijil ye...mantappp.

    ReplyDelete