Monday, February 25, 2013

Kisah AKU n Kemas Rumah

Assalamualaikum semua, harap berada didalam keadaan yang sihat semua. Semalam aku dengan family (kecuali adik) singgah Shah Alam sekejap. Objektif kami ialah nak mengemas rumah sewa aku tu. Maklumlah dah hampir sebulan jugak kena tinggal, since aku pun waktu nak balik hari tu tak sempat nak kemas sebab ada teambuilding.

Gambar semasa takdelah pulak nak snap sebab masing-masing sibuk. Yang tak boleh blah siap buat plan and pembahagian tugas ...huu, macam bajet teamwork pulak..kii. Aku kemas depan, dengan dapur. Ayah pulak cuci bilik air and toilet. Sebab mak pun baru OK, ayah bagi kemas bilik aku je. Along pulak kemas bilik Mujahid yang dah lama tinggal tu.

So, ada lah gambar sikit lepas sesi mengemas.
Huu, kantoi pelekat alter baju tak cabut lagi kat drawer tu.
Teddy Mr.Bean yang disula sejak time aku balik rumah bulan lepas..huk
Cadar and selimut, bila aku sampai nanti aku pasang sendiri. Takut berhabuk pulak kalau pasang semalam.
Tinggal ni je, dulu waktu sem 2 aku beli terus satu set. 
Bilik Mujahid yang bersih dikemas kakak aku. Baru bersih sikit, boleh lepak sini kalau boring..
Menyental sinki yang kotor gila.. aku masuk je rumah semalam ada 4 tin soda bulan lepas yang kosong. Soda yang aku minum waktu nak celebrate habis exam..haa
Sejuk mata memandang. 
Hari tu mak blend kan cili, bawang putih, bawang merah untuk aku. Katanya senang kalau nak buat lauk nanti tak yah susah-susah nak cari bahan. Tenkyu mak!

Habis je kemas, kitorang makan ramai-ramai kat ruang tamu rumah sewa aku sambil mengenang kembali kenangan duduk kat apartment kecik-kecik dulu. 
Lepas Isya ingatkan nak balik terus, tapi tengok mak ayah tengah sedap tidur kat depan, penat sangat kot. Kami semua bertolak pukul 11 malam.

Aku balik Shah Alam malam Rabu ni, sebab Khamis ada meeting dengan Pegawai KI FSPPP, untuk sesi pendaftaran student baru a.k.a junior..huu, plus aku pun nak arrange NR punya program dengan FSPPP. Yang bestnya balik awal, aku dah set petang Khamis and Jumaat untuk turun training bowls. Yang tak bestnya, aku akan keseorangan kat rumah tu since Afiq sampai Shah Alam 10/3/2012, and lagi satu of course lah terpaksa berpisah dengan keluarga lebih awal dari student-student lain.

Thursday, February 21, 2013

Kisan AKU n Lets Bowls At Home!

Assalamualaikum semua, hari ni aku tercipta sebuah permainan bowls sesuai untuk main-main kat rumah, huu. Yelah, nak pergi green pun jauh kat Shah Alam tu, dekat-dekat sini takde. Plus, aku ni bukanlah atlet yang ada woods sendiri, kalau training kat Shah Alam pun guna yang UiTM punya..
Pagi tadi tiba-tiba aku membelek-belek bola tenis yang waktu zaman asasi, huk..dah berhabuk. Itupun jumpa kat dalam kotak kasut. Then aku berfikir, yang membezakan bowls dengan bola-bola lain adalah ciri uniknya yang ada bias - so, akupun dengan secara logiknya membuat hipotesis. Kalau aku letakkan pemberat kat salah satu side bola tenis ni mesti ada function yang sama macam bowls jugak. Korek punya korek jumpalah paku tekan sekotak.
Before aku cucuk paku tekan ni kat bola tenis tu, aku potong yang bahagian atas dulu, sebab takut bila benda tu attach dengan lantai terus tak jadi pulak kan
Lepas dah sambungkan, ianya akan jadi macam ni. Make sure paku tekan tu center. Boleh jugak nak tambah, tapi takut nanti jadi over bias pulak..kii
Dalam permainan ciptaan aku ni (tangan didada, mata keatas), perlukan dua mat. First mat berfungsi sebagai base kita. Macam dalam standard bowls la kan.
And lagi satu mat digunakan untuk jadi alas untuk jack. Sebab takut kalau terlebih berat bola tenis takkan berhenti kat intended line. Mat tu digunakan untuk slow kan bola tenis itu.
Lagi jauh lagi bagus sebenarnya, dalam kes aku ni - dianggarkan dalam 1/3 - 1/4 standard green. Jarak diantara pintu bilik air bilik aku sampai pintu bilik air parents aku..hehe
Tadaa!! Best tau main, at least boleh hilangkan rindu main bowls yang real..So, kepada siapa yang nak try, selamat mencuba!!

Tuesday, February 19, 2013

Kisah AKU n ADS 510 : International Relations

Assalamualaikum semua, hari ni izinkan aku membuka cerita tentang salah satu subjek elektif didalam Bachelor of Administrative Science (Hons.), seperti yang korang tau bila korang menjejakkan kaki ke semester ketiga - ada 5 subjek elektif yang ditawarkan untuk korang:

1) International Relations
2) Malaysian Premiership Studies
3) Social Marketing
4) E-Government
5) Total Quality Management (for BCA only)
Aku, membuat keputusan untuk memilih International Relations (ADS510) dulu sebab ingat nak amik TQM but rupa-rupanya eksklusif untuk student BCA. Tapi, sebenanya International Relations atau dalam bahasa ibunda kita - Perhubungan Antarabangsa ni memang best dan kena dengan jiwa aku yang amat meminati subjek berkatian hubungan antarabangsa.

Ok, aku tau yang visitor entry ni sebab nak tau apakah detail dan juga topik-topik yang perlu anda belajar. Basically, namapun International Relations mestilah belajar pasal how the countries in the world interact to each other. But, ianya tak restrict kat situ je, anda akan belajar sejarah, teori-teori. Banyak nak kena tau, senang cakap subjek International Relations ni memang khas untuk student-student yang meminati pembacaan tekun. Gambar kat atas ni proposal untuk assignment..haa, amik kau assignment pun kena proposal and alhamdulillah Pn. Sharifah tak reject pun..huu, maybe sebab title tu gempak kot..:-)
Unlike subjek-subjek lain yang kekadang kita boleh fikir logik, dan sometimes jawapan kita tu lecturer pun rasa betul je, subjek International Relations ini memerlukan pemahaman fakta yang kukuh, sebab dalam sebuah teori, anda mesti menyelitkan fakta. Tentunya, fakta bukanlah suatu benda yang korang boleh main bantai logik sebab ianya sejarah. Sebab tu lah subjek ini diklasifikasikan sebagai tough and tak ramai student yang berani amik - buktinya, dalam BAS ada satu kelas je and student-student nya pulak tak sampai 30 orang.
p/s: pic atas ni - sometimes ada info yang ada kena extract sehabis mungkin just untuk faham satu teori, sebab ianya berkaitan.

Bukan tujuan nak menakutkan, tapi itulah hakikatnya. Takut adik-adik yang dah register tiba-tiba menyesal pulak. Ok sekarang ni aku akan senaraikan topik-topik besar didalam subjek ni:
1) Actor of IR
2) International Security & Power
3) International Conflicts
4) International Law
5) International Politial Economy
6) International & Regional Integration
7) Foreign Policy
8) Malaysia Foreign Policy
9) Theories of International Relations
p/s: Ni semua topik besar, ada pecahan-pecahan kecil didalam setiap topik.

So, itulah ADS 510. Buku Teks pulak, sincerely aku takde and tak beli pun buku teks but kawan-kawan aku beli and pakai Goldstein & Pevehouse : International Relations. Nota-nota akan dibekalkan oleh lecturer korang , just klik i-learn and download je. Sepanjang semester - aku cuma bergantung kat nota ringkas dan juga Wikipedia..hehe, plus kebanyakan topik ada yang aku dah master waktu zaman sekolah menengah dulu..

Result? Oh, result aku ke, ingatkan apa tadi. Tengoklah bawah ni..:-)
klik kalau tak nak mata rabun macam aku..:-p
Orait adik-adik, goodluck semua buat pilihan yang baik.

Kisah AKU, Peluang, Nasib n Tuah


Assalamualaikum semua, hari ni apa kata kita renungkan tajuk entri aku tu. Bercerita tentang tuah, peluang dan nasib. Bagi aku, tiga-tiga benda ni ada kaitannya. Kat dunia yang kita duduk sekarang ni, tiga benda nilah yang selalu berputar-putar dalam arus kehidupan kita. Bila kita mengharapkan sesuatu, kita mungkin berpeluang untuk dapatkannya, atau mungkin takde peluang itu. Dan peluang pula mungkin hadir dalam dua keadaan nasib dan tuah. Ada kala kita dapat suatu itu sebab kita bertuah dan berhak untuk dapatkan, sometimes cuma bernasib baik.

Ahad lepas waktu hantar adik aku, ketika asyik memerhati budak-budak SBP kat sekolah adik dia tu, aku berfikir mereka ni sebenanya golongan yang sangat bertuah. Ada yang masuk dari Form 1 macam adik aku tu, tengok-tengok sekarang dah jadi senior. Ada pulak yang masuk waktu Form 4. Sebenarnya bila nak compare, mereka ni lebih berpeluang untuk menerokai banyak ilmu sebagai bandingan dengan student sekolah biasa. Bakat boleh dicungkil dengan baik dari segi akademik dan kokurikulum sedari awal mereka masuk lagi.

Menyingkap kisah zaman persekolahan aku - sebenarnya lepas UPSR aku dapat offer from SAMT KKB. See, dapat peluang tu tapi nasib tak menyebelahi aku sebab mak ayah tak benarkan aku keluar rumah terlalu awal kata mereka. Aku faham, keadaan fizikal aku yang kecil waktu tu memang semua orang pun risau..huu. Form 4 pulak, aku dapat Kejuruteraan Awam kat SMT Sg Buloh - sekali lagi berpeluang tapi tak bernasib baik sebab aku akur kata mak ayah. Lagipun waktu tu tengah hangat tentang gejala raging yang gila-gila dekat SMT tu.
So, aku menamatkan zaman persekolahan sejak zaman sekolah rendah hinggalah menengah ditempat yang sama - iaitu di SKBSB & SMKBSB. Unlike adik aku yang cemerlang dalam kokurikulum dan juga akademik. Aku pulak hanya aktif dalam kokurikulum (itupun dalam Persatuan & PRS je, sukan excluded), dan akademik pulak biasa-biasa je. Bila dah masuk UiTM, aku berikrar untuk balance kan student-life aku. Join SMF. Tapi, aku sangat menyesali kepasifan aku dalam sukan waktu sekolah. Sebab tu lah sekarang ni aku jadi sangat serius dalam Bowls.
Ni waktu sekolah rendah, kitorang dapat nombor 4. Cuba cari aku kat sini? hii
Picture adik aku dengan Team Raptor SBPI Rawang. Diorang menang emas MSSD Gombak. Aku selalu encourage adik aku untuk teruskan sukan kriket ni bila dia masuk universiti nanti, sebab sebagai pelajar SBP yang berpeluang mendapat intensif dari awal - tak dinafikan bakat yang dia ada boleh diteruskan dalam menyumbang kepada universiti kelak.
Picture ayah aku waktu muda-muda dulu, selalu berbadminton, malah still boleh bermain dengan baik walaupun badan dah tak macam dulu. Peluang ada tapi tak bernasib baik sebab ayah tak pernah ajar aku time kecik-kecik dulu. Gambar bawah pulak time aku tengah fanatik berbadminton jugak, tapi sebab nampak agak susah nak compete dengan student-student yang memang dah dapat penekanan dari awal - aku pun menarik diri dari sukan ni..huk
p/s: Perhatikan reket ayah dan aku - sebenarnya itu adalah reket yang sama. Ayah turunkan kat aku tau.

So, itulah dia putaran peluang, nasib dan tuah aku. Sometimes rasa sangat bertuah bila diberi peluang masuk UiTM sebab mak ayah lepaskan jugak aku, ingatkan nak simpan aku dalam rumah tu sampai mati..hehe

Sunday, February 17, 2013

Kisah AKU n Cuci Kereta

Assalamualaikum semua, cuaca hari ni redup je. Since mak pun baru operation hari tu, and ayah pulak kena gout semalam. Aku mengambil tugas mereka hantar adik aku si Faris tu ke SBPI Rawang. Malas sebenarnya nak hantar budak ni petang tadi, tapi memikirkan mak ayah yang tak sihat akupun pergi lah..Sampai sekolah dia dalam pukul 4, dah jadi abang besar pulak adik aku ni, dulu seingat aku waktu dia masuk SBP ni muka takut je..
Balik je hujan lebat gila, aku ni dah la jarang drive time-time heavy rain, pastu sorang pulak tu. Menggigil jugak tadi, nasib tak terlepas exit Bukit Beruntung, kalau tak ke mana la aku tadi. On the way nak balik, teringat yang mak ada suruh aku cuci kereta kat rumah hari tu, tapi tak sempat. So, aku pun pergilah carwash..hehe
Mesti korang ingat entri kali ni aku basuh kereta sendiri kan..huu, sori la..x de kerja aku nak basuh kereta tu. Bukan kereta aku pun..hehe
Cool betul brader dua orang ni, buat kerja pun boleh sembang-sembang. 
 
Menunggu dengan sabar..hehe

Sambil-sambil tunggu tu aku jalan-jalan la kat area foodcourt tu, tiba-tiba terperasan bendera ni..hii
Waah, bersih dan berkilat..:-)
Sampai-sampai je rumah ternampak "kuda perang" aku ni.."Bro, bila mau cuci saya pulak?" Lek lu, nak balik nanti aku kasi cuci, servis semua..ok boy

Friday, February 15, 2013

Kisah AKU n Exam Result Pt 3

Assalamualaikum semua, seperti yang korang tau hari ni semua student UiTM yang berada di peringkat ijazah sarjana muda dah pun dapat check exam result.  Unlike semester yang lepas-lepas, aku akan bukak dan check awal-awal pagi, ada time tu sampai tak tidur but kali ni, pukul 11 pagi baru aku check..kii, nampak sangat malas pun.. Objektif utama aku kali ni, lulus semua dan pointer didalam range 3.00-3.10.
Orait, ni lah result aku. Sekali lagi nak cakap memang ianya menurun dan kali ni nampaknya nampak agak kritikal jurang tu. Mesti ada yang cakap : "Poyoz, result cukup makan pun nak buat entri..lain la DL ke, apa ke.." Jawapan aku senang je - Suka hati lah.

Baiklah, jom kita ke summary. Seperti biasa, aku akan sediakan rujukan berkaitan Exam Pt. 3 ni..
a) Exam Result Pt.2
b) Target

Subjek menepati sasaran (between the range of "at most" and "at least")
1) ADS 510 - A, orang kata paper ni susah but aku memang suka paper ni, harap dapat jumpa lagi subjek yang macam ni
2) LAW 503 - B sahaja, sebenarnya aku pun dah rasa malas nak hadap sebarang paper yang berunsurkan law lagi..hii
3) CTU 553 - A, probably paper yang paling hipokrit aku pernah jawab, siapa yang amik paper ni or siapa-siapa yang classmate dengan aku diorang tau lah kenapa..hehe
4) HPD 232 - A, pasni dah takde koku..huu, seronoknya saya. Tapi koku tak pernah pun gagal bagi A kat aku sejak semester pertama.
5) BJP 401 - B+, first time aku amik Third Language, so takkan lah nak terus target A kot.

Subjek yang keluar dari sasaran
1) ADM 551 - C+, memang mengejutkan betul sebab aku target dalam range B ke B+. Tapi bila difikirkan yang aku kan failed midterm paper hari tu, sometimes logik jugak.
2) PRO 458 -  B-, tak tau nak cakap apa kat paper ni, sebab aku pun tak tau kat mana silapnya..huk
3) BEL 462 - B - yang ni sebenarnya aku takde target pun, saja nak letak terkeluar..:-p

Subjek yang membuat kejutan
1) ACC 280 - B-, huh..memang paper yang membuat kejutan dan aku rasa menyelamatkan pointer aku daripada jatuh teruk. Tak dinafikan, aku target C untuk paper ni, sebab korang pun tau yang aku hate mengira to death..huk. Plus, aku failed 2 test, 2 quizzes sebab time constaint hari tu. Apa-apapun tenkiyu Sir!!

In conclusion - aku berpuas hati sebab result yang dikeluarkan ni mencapai objektif aku iaitu pass semua subjek dan juga ada subjek yang berada didalam range yang favorable. Well, bila dah blend dengan macam-macam benda kat UiTM waktu semester 3 wajarlah untuk aku menjadi lebih realistik kan, nothing to worry la..still got time maa~ Bila nampak takde paper yang nak kena repeat, bolehlah aku main bowls sampai lebam nanti..hii

Thursday, February 14, 2013

Kisah AKU n Kenangan Sekolah - Perhimpunan

Assalamualaikum semua, dalam episod kenangan sekolah ni aku nak bercerita tentang aktiviti-aktiviti yang biasanya dilakukan oleh student-student termasuklah aku time-time perhimpunan pagi kat sekolah. Perhimpunan pagi ni sememangnya benda yang aku yakin student dan juga ada cikgu tak berapa suka sebab bagi student - time nilah cikgu-cikgu dok berucap, bersyarah, berleter etc. Bagi cikgu pulak, sebagai contoh cikgu Add Math aku kata perhimpunan pagi ni kalau drag sampai waktu P&P memang merugikan la..

Ok, aktiviti pertama - main tulis huruf kat belakang badan kawan depan dengan jari - then orang depan tu kena teka..aku ingat lagi time perhimpunan Isnin ada lah kawan aku buat benda ni kat aku - teka punya teka rupa-rupanya dia dok tulis nama bapak aku. Siot punya budak..:-p

Aktiviti kedua - kat sekolah aku dataran perhimpunan dinamakan 7.20 Square sebab student mesti ada kat situ tepat 7.20. Bila kita duduk atas dataran, of course akan ada macam batu-batu kecik, takpun lumut yang dah kering tersangkut kat celah batu-batu kat dataran tu. So, aktiviti kedua ni ialah proses pengumpulan batu-batu kecik, then main baling-baling kat orang depan..hehe

Aktiviti ketiga - curi-curi siapkan kerja rumah. Ni biasalah, lagi-lagi kalau hari Isnin. Aku pulak memang selalu tak siap kerja matematik..kii, so time perhimpunan memang perfect sangatlah nak buat - yang tak boleh blah ada satu time tu tengah buat homework, pastu cover kata tengah salin leteran cikgu kat depan tu..hii (tapi calculator ada kat sebelah..hehe)

Aktiviti keempat - ni aku tak selalu buat pun kecuali kalau emergency - pergi tandas. Selalunya budak-budak yang buat kerja ni sebab kononnya nak buang air la, tapi hakikatnya nak melepak, merokok etc. Aku pulak segan kot nak bangun pastu berjalan, banyak mata tengok nanti..:-)

Aktiviti kelima - ni bukan aktiviti lah tapi macam kebiasaan jugak. Bila matahari dah naik, muka pun dah merah..siapa yang besar memang kena guna lah - bak kata kawan aku "khidmat perlindungan", benda ni aku guna lagi kot. Tak tau? Meh aku terangkan sikit, caranya student yang kecik duduk belakang student yang besar akan gunakan kawan dia tu untuk berlindung dari panas..hehe

So, itulah list aktiviti masa pehimpunan sekolah. Aku dapat rasa benda ni dalam 4 tahun je , bila time senior day aku kat sekolah tu - aku akan direct ke bilik PRS terus, kalau dengar pun dari dalam bilik tu sambil ditemani kipas yang sejuk dan kerusi yang empuk.

Friday, February 8, 2013

Kisah AKU n Repekan Malam

Assalamualaikum semua, hari ni aku ingat nak merepek sikit la..boleh kan? Korang tak nak bagi pun aku nak  jugak. Ok lah, let's straight to the point. Aku ni dah lama tak drive jauh-jauh, tak tau lah..malas kot nak keluar rumah. Tapi baru-baru ni, hari Ahad lepas aku ke Tasik Puteri, hantar barang adik aku kat SBPI Rawang. Selasa pulak ke Shah Alam, main bowls. Semalam pulak ke KL, hantar kakak aku check up kat HKL. Sampai je rumah, habis badan aku sengal-sengal. 

Kita ni orang muda ada satu keadaan dipanggil darah muda. Tak kira lah situasi apa pun, main bola ke, tengok bola ke..or yang paling common - memandu. Bila rasa ada kereta yang laju, darah muda ni akan triggered dan memaksa kita untuk nak laju jugak. 
Nak dijadikan cerita, dalam otw nak balik rumah from KL. Aku drive lah cam biasa, tapi ayah aku ada kat sebelah. So aku pun tak boleh lah nak unleash jiwa kelajuan(bak kata kakak aku..huu). Ayah memaksa aku untuk sentiasa berada di lorong kiri, huk - aku pulak tak boleh nak tengok kereta yang laju kat belah kanan tu, plus bila aku pulak terpaksa mengikut lori berat sepanjang lorong tu.

Aku bukan apa, nak lawan cakap nanti kalau accident or jadi apa-apa..tak sempat nak mintak maaf pulak..huu, then, kalau terus ikut style aku, memang ayah aku meleter je la nanti. Itu salah, ni salah. Pendek kata, bila ayah ada kat sebelah aku dah rasa macam time-time belajar memandu lah pulak..huk. So, aku pun ikutkan je la.."-) . Berjaya jugak control darah muda and mengikut arahan En. Gani.

Itu je la ceritanya..tah apa-apa lah aku ni. Macam dah takde modal




Tuesday, February 5, 2013

Kisah AKU n Training : Day 1

Assalamualaikum semua, diharap semuanya berada didalam keadaan sihat belaka. Sory lama tak update blog, sebab takde idea la time-time cuti ni. Nak tunggu bila ada event barulah nak update, huk. Takpelah, apa-apapun hari ni ada entry baru tau. 
Entry hari ni berkaitan dengan minat baru aku..hehe, macam aku ada cakap hari tu yang aku akan spend cuti semester untuk training - inilah hari first aku berlatih. Asalnya nak buat 3 kali seminggu but mak aku pun baru operation hari tu, so aku pun limit kan kepada sekali je seminggu. But sekali tu direct 4 jam, huu.
Aku sampai Shah Alam pukul 9.30 pagi tadi, sampai-sampai je benda first aku check ialah green's condition. Nampaknya, green heavy jugak. Lepas keliling satu green tu aku jumpalah satu rink yang agak OK jugak conditionnya.
Main sorang-sorang je, mesti ada orang ingat aku student gila. sobs3x
Ni time practise elevation, practise ni bertujuan untuk mengenal pasti weight , apa fungsi bila identify weight - of course dapat bantu kita untuk membuat variety dalam delivery. For example, untuk buat drive, upshot, draw dan juga wresting shot. Ini semua memainkan peranan penting dalam perlawanan.
Dalam bowls, penting untuk kita mengetahui jenis dan berat bowls yang sesuai dengan tangan kita. Macam aku, "2" yang paling sesuai sebab tangan aku tak besar. Bila kita selesa dengan bowls tu, kita boleh memilih jenis grip yang sesuai dengan kita - aku suka guna claw grip.
Huu, ada lah sikit snapshot tadi. So far aku belum officially training dibawah Pn Haslah sebab sekarang ni cuti semester, naik sem nanti baru on. Yang ni pun aku buat atas inisiatif sendiri.
Still tengah mencari rakan-rakan NR & FSPPP yang berminat untuk buat persiapan awal dengan aku..huk