Sunday, April 27, 2025

Kisah AKU n Syawal 2025 - Wk4

Assalamualaikum,

Dua minggu jugak tak update. Tu maksudnya samada malas ataupun kerja berlambak kat ofis.
Minggu ni Fariq ada sambutan Hari Raya kat Little Caliph. Iman punya taska next week. For tahun ni, aku pulak cuma dapat jemputan rumah terbuka JLand Group di St Regis hari Khamis tu. Tu lah, kitorang kat Parking team ni banyak sangat buat enemies, tu yang tak dapat invitation sangat. Haha

Tahun ni sadly kami tak buat family photoshoot seperti tahun-tahun lepas. Maybe minggu last nanti lah aku buat untuk my small family. Walaupun tak buat, still kami sekeluarga gather bersama. Banyak faktor tak buat tahun ni, ramai sedara mara kawin, Along pulak baru berpindah ke ester baru. So menang agak sibuk. 
This time around, we had our dinner di Western Food Uptown 1038 di Adenium Business Park.
Dinner ni jugak untuk menyambut birthday mak dan ayah yang lahir pada bulan April.
The kids makan kiddos set iaitu Carbonara + Nugget + Fries.
Dalam jam 7.30pm, kami bersurai. Along menghala ke Sungkai, while the rest of us balik ke Sungai Buaya
Malam tu lepas Isyak, teman budak-budak ni main bunga api. Actually beli time bulan puasa hari tu. Terbeli banyak, tu yang bersepah lagi stok. Haha
Tak lama pun main ada lah dalam setengah jam, sekali hujan lebat pulak..:-(
Malam tadi sempat meluangkan masa lepak dengan brothers lain mak bapak ni. Saja menyembang plan bulan May ni yang mana akhirnya si Dolah ni akan menamatkan zaman bujang jugak. Tahniah brother.

Okay lah, nak tutup diari Syawal 2025 rasa macam masih awal lagi since kita still ada few days to go. So wrap macam biasalah. Alright, got to go. Nak tengok bola ni. If menang we go 3rd place yaww!

Sunday, April 13, 2025

Kisah AKU n Syawal 2025 - Wk2

Assalamualaikum,

Sementara nak menunggu our important match menentang MU ni, sempat jugak jari ni menaip untuk cerita minggu kedua Syawal aku tahun ni. Takde Raya pun, nama je entri Syawal. Raya kat office buat tender. Huhu

As planned, Isnin lepas seawal jam 8 pagi aku dah balik KL dan terus masuk office. Since banyak sangat kerja, hari tu aku balik rumah pukul 8.30 malam jugak. 
Sampai rumah yang ditinggalkan almost seminggu. Jam 3 pagi tu sempat layan EPL match berkesudahan dengan kemenangan Newcastle keatas Leicester. HWTL!
Hari Selasa memang full day dekat office nak menyiapkan tender. 
Fuhh dah lama tak tengok pemandangan file/kertas bersusun camni. Ada 5 tahun jugak aku tak buat tender.
Tahun ni kena kerja keras sikit. KPI nampak macam agak payah nak achieve. Sobs
Ada member dua orang yang tolong. Correction. Sebenarnya aku yang tolong diorang ni since aku actually dah assigned by boss untuk projek lain since Raya hari tu. Huhu. Takpelah, we work as a team lah katakan. 
Menunggu confirmation from bos untuk our final offering to client. Time ni si Farah tu dah balik, maklumlah bini orang. Karang ada jadi cam kes kat Quatriz dulu ada husband staff mengamuk..:-p
10pm jugak settle. 
Parking pun dah kosong beb. Nasib baiklah parking kat sini ada cap RM25/day. 
Baraiii..:-p
Singgah makan di R&R Rawang. Kedai pun dah banyak tutup, nasib baiklah Hot Kambing ni still bukak.
Esoknya, seperti yang dirancang aku ke rumah Irfan di Sri Damansara. Plannya pergi satu kereta je nak submit tender, if takde parking boleh drop-by. Alhamdulillah, sempat hantar kira-kira jam 11.30 pagi.
Khamis tu aku cuti. So, chilling je kat rumah and around 6pm aku bergerak pulang ke Melaka. Memang jem betul, pukul 10 malam jugak sampai Serkam. Pheww
Memang tak buat apa pun balik kampung kali ni. Ramai yang takde, so Ahad tu seawal jam 11 pagi kami dah bergerak pulang ke Rawang. Ni yang aku malas balik siang, jem nak dekat lima jam bhai. Pfft
Akhirnya sampai rumah jam 4 petang sekaligus menamatkan cuti wife dan anak-anak selama hampir 2 minggu kat kampung. Sampai rumah je excited tengok koleksi action-figure Star Wars yang aku amik from rumah ayah. Member dah minat pulak cerita ni. Haha

Itu je lah ceritanya. Masih takde lagi open house yang aku visit. Next week ada undangan open house JLand Group kat St Regis. Dan seperti tahun lepas, Touch 'n Go tak buat rumah terbuka ye tuan-tuan..:-)

P/S: Nervous pulak tunggu match Newcastle ni, sebab tengok rival terdekat banyak yang kalah. Biasanya kalau game-game penting camni mulalah deme buat perangan hilang point. Takpe, let's go get them.

Sunday, April 6, 2025

Kisah AKU n Syawal 2025 - Wk1

Assalamualaikum,

Entri ni merupakan catatan untuk minggu pertama Syawal aku untuk tahun 2025 ni.
Minggu ni aku dah start bekerja. Ikut plan pagi Khamis tu nak gerak balik, but since ada emergency kat kampung terpaksa aku tunda. So WFH je lah dua hari tu..:-)
Malam hari Jumaat, kami sekali lagi dijemput ke rumah Pak Ngah. Ada makan-makan katanya. On je lah, jimat duit. Huhu
Aku makan tak banyak pun since memang ramai kerabat yang hadir malam tu.
Before we concluded our night, ada pertunjukan mercun dan bunga api sikit. Banyak betul stok diorang ni. Huhu
Iman tengok dari jauh je. Cik adik ni baru nak recover from ulser yang dia dapat since Raya kedua hari tu.
Sekali sekala nak join the fun jugak..:-)
Pagi Sabtu, aku bawak wife and the kids berserta anak buah ke Mydin Jasin. 
Saja lah belanja diorang main playground Busy Kids ni. 100% belanja by Acik Farid. No duit raya used for this purpose tau. Huhu
Ija nak shopping, so dia tak masuk pun dalam playground.
Ada dua section je kat sini. Tempat main cassia seeds ni.
Dan juga sudah tentunya the playground itself
Budak dua orang ni memang nak kena closely monitor. Karang bergaduh pulak. Haha
Iman dan Maryam buat kereta kebal pakai block ni. Diorang ni tak perlu nak monitor sangat, biasalah budak-budak perempuan main takdelah ganas mana. 
Pishang sebenarnya since dah bayar untuk 2 jam. 1pax RM20 jugak.
Tak habis pun 2 jam. Rasanya ada lagi baki 20minit camtu, tapi aku perasan ada group budak-budak agresif yang parents pun macam tak amik kisah. Tengok diorang kacau the kids, tu yang aku decided untuk keluar je. Masuk Mydin nak cari wife, senang je tolak semua dalam troli. Haha
Haa ada pun. Ingatkan dah hilang..:-p
Seperti yang dijanjikan, sesi mencari toys untuk budak-budak ni. Again, no duit raya used for this purpose. Huhu
The kids bergambar dengan mainan baru..:-p
Singgah light snack di Marrybrown before balik rumah.
On the way nak ke parking pun sempat lagi diorang ni pau main arked. Haha
Sampai Serkam dalam jam 6.15 petang. Fariq beli ekstra mainan tapi pakai duit raya dia. Dah cakap suruh beli senapang tak nak, last-last beli jugak. Huhu
Ahad dok rumah je. Overspent. Haha

Okaylah, nak tidur . Esok pagi aku akan balik ke KL dulu since ada tender submission 9hb ni, wife and anak-anak stay kat kampung. In Sha Allah, aku akan balik ke Melaka semula dalam hari Khamis after settle urusan dengan SEGI dan SUK.

P/S: Lemau gila hari ni, hari Ahad pun buat kerja office. Pfft