Dua minggu jugak tak update. Tu maksudnya samada malas ataupun kerja berlambak kat ofis.
Minggu ni Fariq ada sambutan Hari Raya kat Little Caliph. Iman punya taska next week. For tahun ni, aku pulak cuma dapat jemputan rumah terbuka JLand Group di St Regis hari Khamis tu. Tu lah, kitorang kat Parking team ni banyak sangat buat enemies, tu yang tak dapat invitation sangat. Haha
Tahun ni sadly kami tak buat family photoshoot seperti tahun-tahun lepas. Maybe minggu last nanti lah aku buat untuk my small family. Walaupun tak buat, still kami sekeluarga gather bersama. Banyak faktor tak buat tahun ni, ramai sedara mara kawin, Along pulak baru berpindah ke ester baru. So menang agak sibuk.
This time around, we had our dinner di Western Food Uptown 1038 di Adenium Business Park.
Dinner ni jugak untuk menyambut birthday mak dan ayah yang lahir pada bulan April.
The kids makan kiddos set iaitu Carbonara + Nugget + Fries.
Dalam jam 7.30pm, kami bersurai. Along menghala ke Sungkai, while the rest of us balik ke Sungai Buaya
Malam tu lepas Isyak, teman budak-budak ni main bunga api. Actually beli time bulan puasa hari tu. Terbeli banyak, tu yang bersepah lagi stok. Haha
Tak lama pun main ada lah dalam setengah jam, sekali hujan lebat pulak..:-(
Malam tadi sempat meluangkan masa lepak dengan brothers lain mak bapak ni. Saja menyembang plan bulan May ni yang mana akhirnya si Dolah ni akan menamatkan zaman bujang jugak. Tahniah brother.
Okay lah, nak tutup diari Syawal 2025 rasa macam masih awal lagi since kita still ada few days to go. So wrap macam biasalah. Alright, got to go. Nak tengok bola ni. If menang we go 3rd place yaww!
Alhamdulillah ...dapat sambut bersama juga merupakan 1 rezeki yang tidak dapat kita lupakan
ReplyDeletebetul, bersyukur masih diberi peluang sambut raya dengan family lagi.
Delete