Monday, July 31, 2023

Kisah AKU n Azam's Wedding @ Simpol - The Garden of Love

Assalamualaikum,

Malam ni barulah berkesempatan nak menaip entri. Ni pun curi masa sambil kepochi tengok match Aston Villa lawan Brentford. Baiklah, seperti title entri ni yang tertera diatas, Pagi tadi, aku dan keluarga sempat memenuhi undangan jemputan majlis kahwin di Rawang. Before start jom kita selak sikit apa cerita yang berlaku during weekdays.
Pagi Jumaat aku sempat breakfast dengan Afiq, kebetulan dia tengah monitor launching preparation untuk stor IMIKA yang terbaru di Rawang. Ada la nak dekat 2 jam lepak from pukul 8.30 sampai pukul 10. Itupun sebab aku ada Teams meeting jam 10.30, and vendor CCTV dia pun sampai time-time tu jugak.
Ahad - Haa, ni lah venue wedding tadi. Simpol - The Garden of Love merupakan sebuah taman yang dibina khas untuk majlis social outdoor seperti wedding, family day, reunion, teambuilding dan sebagainya. Terletak di Batu 16, Rawang. Tempat ni agak kedalam sikit dimana korang kena melalui Taman Tun Teja terlebih dahulu before taking a narrow junction yang membawa anda directly ke tempat ni. Cuma nak ingatkan, keadaan jalan kat sini memang banyak lubang. Pandulah dengan perlahan.
As it name suggested, konsep wedding kat sini ialah perkahwinan dalam taman. Ada satu dewan terbuka yang boleh memuatkan hampir 200 orang pada satu masa. Ada jugak gazebo dan pondok yang dibina untuk mengiyakan lagi suasana taman tu. Huu 
Saja teman ayah, dah ada anak bujang yang tak nak join. 
Wife pun join jugak hari tu. Sememangnya favourite puan ni attend kenduri kahwin. Huhu
Cam biasalah, amik turn makan. 
Memang layan makanan semalam. Banyak juadah sampingan yang enak such as apam balik, cendol, ais-krim dan kuih muih. Tapi sayangnya teh tarik pulak takde. Huu. Tak lama pun lepak sini, before 1 petang tu kami dah bergerak to our next destination.
The kids. 
Bergambar dengan ayah bersama goodies bag yang dikumpul. Ni je lah anak dia yang rajin ikut wedding pun. Dari zaman bujang sampailah anak dua orang ni.
Ambil gambar berempat before beredar meninggalkan majlis.
Sempat lagi Fariq bergambar dengan his favourite animal, Tiger
Jom-jom, panas dah ni.
Before balik kami menyinggah Lotus Rawang. Ayah kata nak minum teh tarik, maklumlah attend majlis kahwin tak pekena teh memang tak lengkap. So lepak lagi sejam kat Hailam Kopitiam sambil menyembang pasal business proposal aku..:-p

Okaylah, sebenarnya aku bukan nak tengok pun match ni tapi sebab result boleh effect standing Newcastle, layankan je lah. Apa-apapun, sekali lagi tahniah kepada pengantin. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

Tuesday, July 18, 2023

Kisah AKU n Fariq's 4th Birthday 2.0

Assalamualaikum,

Awal pagi ni aku nak berkongsi sikit sambutan hari lahir yang pertama buat anak lelaki aku, Fariq Ilham. 
Jumaat after office hour, aku dan family terus ke Secret Recipe Bukit Sentosa untuk makan-makan. Last week dah celebrate dengan ahli keluarga lain, so kali ni buat small one je. 
Budak dua orang ni memang dah mintak cikgu siapkan from taska. 
Wife bersama anak-anak.
Ada lah beli kek satu slice untuk bagi suasana sikit.
Suapan kek hari jadi dari bonda untuk Fariq..:-)
Adik Iman pun nak makan jugak, dari tadi dok terliur..:-p
Of course without ibu, Fariq dan Iman takkan lahir ke dunia ni. Huhu
Jasa abah pun harapnya jangan dilupakanlah ye.
Makan time.
Selfie sikit untuk kenangan bersama. Sekitar jam 9 kami meninggalkan Secret Recipe dan move to our next stop.
Singgah kedai basikal berdekatan untuk menunaikan janji nak belikan Fariq sebuah basikal. Basikal yang ada sekarang dah kecik, maklumlah budak pun membesar dengan jayanya.
Yang ni buat muka comel nak basikal jugak.
Yang abah pulak tekup mulut since kena beli dua bijik terus. Haha
Muka berpuas hati tu. Hehe
On the way balik aku singgah stall Otai Burger, manalah kenyang makan pasta je. Haha. Time menunggu tu diorang bervideo call dengan makcik-makcik di Serkam.
Ni kenapa pulak dah macam Darth Vader? Terkejut sebab overspent ke? Takdelah, aku ni sebenarnya kerap batuk jugak, kekadang on-off. Cuma malam hari Jumaat tu around 12 tengah malam, aku rasa sesak dan ketat sangat. Batuk tak berhenti-henti, tu yang terus grab kunci kereta dan terus ke klinik. Doktor diagnosed acute Bronchitis, some kind of radang dalam salur pernafasan. Esok aku diminta ke KK Serendah untuk buat further check-up dan X-Ray. Hopefully nothing serious lah.
Hari Sabtu plan asal nak ke taman, tapi since aku pun tak fit sudahnya postponed ke hari Ahad. 
Iman bersama bicycle baru. Yang ni model ada tiang, so bolehlah parents tolak.
Yang sorang ni dok takut-takut lagi nak mengayuh. 
Haa, nak kena abah jugak yang jadi coach. Huhu
Kami singgah Taman Rampaisari bagi anak-anak main kat sana.
The kids bersama ibu.
Takde orang pun, so taman tu kami yang punya...:-p
Amik gambar bersama anak perempuan aku yang comel dan lincah ni pulak.
Time diorang seronok bermain, aku meluangkan masa berjogging keliling taman ni. Tak silap aku bulatan ni 200 meter jugak complete. So, tadi aku buat 5 pusingan, ingat nak buat banyak lagi tapi si Fariq ni pulak nak join. Pfft
Ibu pun nak enjoy naik buaian jugak.
Selfie dulu sebelum left the playground.
Balik rumah ambil kunci motor dan went for breakfast di Restoran Sedap Rasa sebelum menamatkan aktiviti pagi kami di Bandar Sungai Buaya. 

That's the wrap untuk entri malam ni. Nak kena bangun awal esok menghantar wife dan anak-anak before ke Serendah untuk buat ujian saringan. Pergi government je lah since quota out-patient aku tinggal RM1K je untuk lagi 4 bulan ni. Korang tahulah sekali pergi private, jumpa doktor pun dah kena charged few hundred belum caj prosedur lagi. Huhu.

P/S: Seriously Newcastle baru beli satu player je transfer window ni? Takpe-takpe, jangan panik. Ada lah lagi pasni, let Mr Ashworth buat kerja dia senyap-senyap.

Tuesday, July 11, 2023

Kisah AKU n Fariq's 4th Birthday 1.0

Assalamualaikum,

Malam ni suka aku nak share satu annual celebration yang disambut setiap tahun oleh family besar kami, birthday cucu nombor dua keluarga Tn Gani iaitu Fariq Ilham.
Seperti biasa event ni organized by Along dimana malam Sabtu lepas kami buat early celebration birthday Fariq yang sepatutnya berlangsung minggu ni. Along arranged sebab dia tak dapat balik weekend ni, maklumlah baru pindah rumah. Huhu
Event bermula agak lewat sikit, dalam jam 9 malam. Food counter malam tu ada home-made macaroni dan juga currypuff yang dimasak oleh mak, aku ada beli jugak bucket KFC untuk menambah makanan malam tu.
Tema malam tu ialah bomba, since Fariq ni suka sangat dengan bomba maybe sebab pernah ada lawatan ke balai bomba kot. Ni mak tengah pakaikan uniform bomba yang Along beli..:-)
Majlis dimulakan dengan bacaan doa oleh Sdr Faris.
Birthday boy ready nak tiup lilin.
Fariq bersama atuk opah kesayangan..:-)
Mak ayah bersama the cucus.
Ni dah kenapa, haha
Fariq bersama Mikail dan adik Iman.
Amik gambar my small family dulu before potong kek.
Suapan kek oleh ayahanda kepada birthday boy yang diraikan malam tu.
Eh adik Iman pun nak jugak.
Sesi gambar beramai-ramai untuk kenangan malam tu.
Okay tunggu apa lagi ni?
Marilah makan, lapar weyh hari tu breakfast je..:-p
Dalam jam 11.30 malam, event concluded. Balik rumah jugak malam tu, ingat nak tidur rumah ayah. Tapi ada plan esok paginya.
Plan pagi Ahad tak jadi sebab hujan, nak pergi playground kat Taman Rampaisari sebenarnya. Takpelah, minggu ni kita g Tropicana Gardens ye. So petang tu kami sekeluarga except mak dan Mikail having our dinner at Zuhdi Arabic Restaurant @ Bukit Sentosa. Sempat merasa naik kereta baru Faris. Huhu
Ni dah kenapa bertenggek tepi jalan. Saja tunjuk kat Fariq abah zaman-zaman sekolah dulu pakai beg silang tu tunggu bas nak pergi tuisyen kat Rawang. Hehe
Sini pekena nasi Arab lah. Adik nak belanja katanya. Huhu. Rezeki jangan ditolak..:-p
Untunglah Fariq, Acu Faris belikan mainan untuk birthday gift..:-)
Nak makan tak ni, haa pergi makan Spiderman tu. Haa
Ni dah kat mana pulak?
Along kata nak try Bask Bear Coffee ni, tu yang bawak jugak kesini. Ayah tak join, so dia bawak Ija dan anak-anak balik dulu.

Alright guys, itu sahaja cerita malam ni. Nak tidur dulu, karang terlajak pulak dah lambat wife aku masuk office nanti. Semoga berjumpa lagi dilain entri, till then take care semua.

P/S: Tonali dah announced. Bila lagi nak announce Barnes pulak.