Malam ni aku nak update sikit cerita minggu lepas. Seperti yang korang semua mungkin tahu, 15 Februari merupakan hari pertama RFID dijual secara meluas kat orang awam. Yelah, nak dekat setahun setengah benda tu dok free, laa ni tak payah dok tanya kenapa takde free dah. Benda dah lama free, korang tu yang tak nak buat. Merasa lah bayor RM35. Haha
Malam Ahad lepas aku kerja, menguruskan tender PLUS. Sempatlah tengok AJL sambil buat tender. Function betul ada projector ni. Siap wrap dalam jam 6.45 pagi Isnin tu jugak.
Ridzuan yang submit tender PLUS hari tu. Aku rushing balik Isnin lepas, bayangkan pukul 7pagi baru gerak dari TPM. Dah tu jem gila kat Sungai Besi, tapi selamat sampai di rumah jam 8.30 pagi. Sampai rumah pick up anak bini then terus hantar pergi taska dan pejabat. Balik rumah baru boleh tidur. Pishang boi.
Selasa lepas ada jogging bersama bos di ofis. Jogging dalam TPM je. Tapi yang tak menahannya, aku dan Ridzuan jog pakai kemeja+ kasut kulit kot. Haha. Nak makan free punya pasal..:-p
Pagi Khamis ada meeting di LLM untuk event Smart Nation 2020. Good things is event ni ditunda ke bulan September since sekarang ni tengah virus outbreak. Elok pun, aku tengah busy ni beb!
Sempat jumpa rakan sekuliah di UiTM dulu, Paan yang bekerja di Bahagian Khidmat Korporat LLM. Lama jugak menyembang, ada sejam jugak aku lepak dalam bilik dia hari tu. Ingat nak lunch sama, tapi ada tugasan lain pulak. Next time ye brader..:-)
Malam Khamis tu jam 1 pagi jugak aku balik rumah. Buat kerja-kerja perekodan RFID Starter Pack yang baru dapat untuk diagihkan ke center-center RFID kami di Lembah Klang. Untuk site Johor dan Penang, petang Khamis tu jugak aku poskan kesana. Memang busy gila lah hari Khamis lepas.
Pagi Jumaat tu aku tak masuk office pun, buat kerja RFID. Maklumlah, dah kat Quatriz ni aku sorang je FCO yang tinggal. Apa boleh buat. Huu
Aku memulakan perjalanan mengagihkan tag kepada center-center RFID kami yang berada di Lembah Klang bermula dari H20 Klang, turun ke TS Tyre Bandar Botanik terus ke VPro Puchong. Then ke Wan Henz Bangi, naik ke Chia Auto Pandan Indah dan terakhir sekali di E-Max Taman Permata. Start jam 9 pagi, pukul 3 petang selamat menghabiskan tugas. Alang-alang dah kat Gombak, aku terus ambil adik di office dan terus menuju balik ke Rawang.
Petang Sabtu teman ayah pergi wedding anak kawan dia di Persada PLUS. Nasib baiklah aku dah biasa datang sini, so takde sesat pun..:-)Selalu datang meeting, semalam datang ada wedding pulak. Btw, congratulation buat pasangan yang diraikan, Syafiq dan Zalikha. Semoga ikatan yang dibina sentiasa didalam lindungan Allah dan kekal sehingga ke akhir hayat. Amin In Sha Allah.
Okaylah guys, itu sahaja lah cerita malam ni. Ada bola pukul 12.30 ni, tapi macam mengantuk pulak. Good luck lah ye Newcastle. Lawan Arsenal je kot, confirm menang lah. Haha
P/S: Hopefully, boleh dapat surat lah minggu ni. Amin.