Tuesday, May 31, 2011

Kisah AKU n Parlimen Belia??


Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Tun Razak telah mengumumkan pelan untuk memperkenalkan parlimen untuk belia pada Hari Belia Nasional. Ianya telah mendapat sambutan yang baik dari ramai pihak. Parlimen Belia ditubuhkan adalah untuk menghargai belia-belia Malaysia sebagai pemimpin masa depan. Pada pendapat aku, ini ialah satu langkah baik yang telah diusahakan oleh kerajaan Malaysia untuk membentuk belia Malaysia supaya lebih cenderung ke arah arus politik negara.

So, apakah sebenarnya Parlimen Belia ni??
- SIMPLE.Parlimen untuk belia.

Kenapa ia ditubuhkan??
- sudah dijelaskan diatas.

Bagaimanakah ia dapat membantu pucuk pimpinan kerajaan??
- Melalui proses debat dan prosedur-prosedur ala parlimen negara yang sebenar - pemikiran, idea, buah fikiran, aspirasi dan pandangan golongan belia Malaysia boleh dijadikan input untuk polisi negara Malaysia, undang-undang dan juga program-program yang dilancarkan kerajaan.
-Disamping itu, ia dapat memberi pengalaman kepada belia-belia tentang dasar demokrasi berparlimen yang diterapkan negara Malaysia ini.

Adakah Parlimen Belia ini telah terbukti keberkesannya di negara-negara luar??
- Parlimen Belia telah dilancarkan dengan jayanya di kebanyakan negara contohnya seperti di India, New Zealand, Pakistan, Afrika Selatan, United Kingdom dan juga British Columbia. Kesemuanya menunjukkan hasil yang memberangsangkan.
- United Kingdom : Suara-suara anak muda UK telah memberikan mereka the vital role in UK government's youth policy.
- New Zealand : Penubuhan Parlimen Belia memberi kesan kepada prinsip demokrasi NZ dan juga didalam policymaking.
- India : It focuses on developing gerakan inovatif belia, memperkasakan skil kepimpinan. Mereka juga diberi peluang untuk berada didalam sidang parlimen dan terlibat didalam sesi Q & A bersama-sama MP, discussing about pandangan mereka tentang isu-isu negara mereka.
- Pakistan : Parlimen Belia di negara Asia Tengah ini bebas mengundi their own "PM,Speaker and Cabinet Ministers" dan juga terlibat didalam dialog bersama kerajaan dan juga duta-duta dari negara luar - discussing about hal ehwal global dan dalam negara.
- Malaysia : ???

Datuk Seri Najib menekankan bahawa belialah yang menjadi pemangkin angin perubahan negara Malaysia ini. Dengan adanya Parlimen Belia di Malaysia, ia diharap dapat memberi impak kepada proses demokrasi kita agar lebih utuh dan teguh.

Post hari ini diekstrak dan ditranslated from The Sun on Tuesday.


kalau ada parlimen belia nanti, aku nak jadi MYP Hulu Selangor laa..vote aku tau, bersama-samalah kita jayakan gagasan 1 Malaysia..

Monday, May 30, 2011

Kisah AKU n Topik Hari Ini : The Comparison Between Malaysian and the Roman

Hari ini aku terpanggil untuk membuat satu perbandingan diantara rakyat Malaysia dan juga the people of Roman Empire. Why?, ini disebabkan setelah aku terliti, 2 subjek ini mempunyai persamaan dalam bidang-bidang tertentu dan juga perbezaan yang tersendiri. So, mari kita pergi ke perbezaan subjek-subjek ini dulu.

First, didalam terma kekeluargaan - anak lelaki didalam sesebuah keluarga Roman dilarang mempunyai harta personal yang tersendiri - estate, rumah, walaupun selepas berkahwin, mereka hanya dapat memiliki semua itu only after ayah diorang mati. Tetapi di Malaysia, anak lelaki bebas mengambil harta orang tuanya walaupun mereka masih hidup.

Second, didalam pendidikan. Kanak-kanak Roman mula belajar diusia 7 tahun, tiada tadika seperti di Malaysia, hanya tutor.

Di Malaysia, kita ada institusi pendidikan awam dan swasta. Tetapi, jika kita hidup waktu zaman Empyar Rome, cuma ada sistem pendidikan swasta- dimana hanya yang mampu sahaja boleh menghantar anak-anka mereka ke sekolah.

Third, dari segi pakaian. orang Roman percaya yang status mereka terletak pada pakaian. Lagi hebat dan grand cara pemakaian sesorang tu, ia melambangkan taraf hidup dan status mereka dalam society, dan semua orang mematuhi etika pemakaian ini. Tetapi, di Malaysia, susah nak bezakan, penyamun pun pakai smart-smart. Perempuan pula, jika anda hidup waktu zaman Rome, ada sesuatu jenis pakaian yang melambangkan status anda - samada sudah berkahwin atau tidak, iaitu stola. Stola ialah simbol perkahwinan bagi masyarakat Roman. Kat Malaysia, takde pun suruh pakai-pakai macam tu, patutlah isteri orang pun ada yang kena kebas kat Malaysia ni..lol

Finally, ketika zaman empayar Rome, maharaja ialah style setter - contohnya Emperor Nero memperkenalkan rambut curly dan sideburn yang panjang dan itu menjadi ikutan lelaki Roman ketika itu.

Ada sesiapa kat Malaysia ni nak follow style Datuk Seri Najib??

Okayh, mari kita pergi bergerak ke persamaan orang Malaysia dan Roman pulak.

First, Rumah - Orang Roman di Rome banyak mendirikan apartment-apartment untuk mengatasi masalah ruang di bandar raya itu.

Di Kuala Lumpur, banyak juga apartment dan bangunan pencakar langit yang selalu timbul.

Untuk golongan Roman yang kaya, mereka biasanya tinggal di villa mewah, dipenuhi dengan taman, kolam dan juga dinding besar yang memisahkan mereka dengan kehidupan awam yang sesak. Sama lah macam kita, golongan kaya for example, menteri, datuk-datuk dan juga yang sewaktu dengannya, juga suka duduk kat rumah-rumah macam ni.

Second, Makanan - Persamaan ini ketara jugak, orang Roman dan Malaysia memang suka makan.

Malaysia mempunyai banyak jenis hidangan kerana populasinya yang berbilang kaum dan juga amat menikmati makanan , Roman pula memang tak dapat disangkal lagi akan ketaksuban diorang dengan makanan - malah, resipi mereka itu kekal hingga sekarang.

Orang Rome yang kaya-kaya akan makan sambil berbaring, dilayani oleh hamba-hamba mereka, kat Malaysia, makan berbaring atas sofa sambil tengok EPL pun ada jugak..hi3x

Finally, Hiburan - ini memang persamaan yang paling best dalam topik kita hari ini. The Roman memang terkenal dengan sikap mereka yang sukakan hiburan - Gladiator, Theater, Sport, Tavern, Gossip, Circus, Public Lectures..itu semuanya berasal daripada diorang. Tempat mandi awam, colliseum, restaurant dan banyak lagi tempat yang orang Rome boleh melepak bersama-sama berkongsi gossip terbaru.

Di Malaysia, sama juga cuma ada sikit lainnya. Akademi Fantasia, Maharaja Lawak dan macam-macam lagi - hiburan untuk rakyat Malaysia. Restoran mamak - tempat tengok EPL match, sembang politik. Panggung wayang - kita takde Coliseum, tapi kita ada Panggung Coliseum..ha3x... It's all about amusement!!

In a nutshell, kita orang Malaysia, ada la jugak persamaan dengan orang Roman tu..agak-agak dah sampai Itali nanti, buat-buat la mengaku ada sedare kat sana..

Saturday, May 28, 2011

Kisah AKU n My Very First Salary

semalam, 27.5.2011, aku keluar pukul 12.30 from office, ingatkan nak lunch kat KLCC sebelum pergi masjid ,sampai-sampai je – ternganga sekejap –ramai gila. Lepas tu baru teringat duit dalam dompet dah nak habis, pergi kejap turun bank-sekali lagi ternganga- beratur lagi- malas nak tunggu, aku pun pergi la kat ATM depan kinokinuya, at least tak la panjang sangat linenya.duit pun dah keluar – cari tempat nak makan – last2 tak jumpa jugak, then aku decided untuk pergi solat dulu.

Penat. lepas balik sembahyang jumaat kat masjid as-syakirin, ramai jugak orang – lepak dulu, last2 aku end up kenal seorang brader from Kazakhstan – best jugak sembang dengan orang luar ni. Rupa-rupanya dia kerja kat PETRONAS, nama dia aku tak ingat la pulak- actually, complicated nak sebut dan juga di eja.
Lunch – baru teringat yang aku belum makan lagi, pusing-pusing, penuh jugak – sekali baru teringat yang aku dulu terliur nak makan roti hotdog kat 1901, akupun bergegas turun ke bawah, fuhh, nasib baik – dapat second in line-lepas tu je terus ramai, oleh kerana tempatnya yang tak begitu besar yakni kecil, aku pun just take away then makan kat pantry office.

Tengah syiok2 makan dengan muka bangga, tiba-tiba dapat message from encik hafiz – akauntan company – “farid, abang nak mintak no akaun bank kau” – aku pun reply laa..15 minit lepas tu – “farid, gaji ko dah bank in..”
Yeay!!!, aku dapat the first official salary from company – Alhamdulillah, selama sebulan bekerja, akhirnya telah terbayar juga..berapa gaji aku??, nak bagi tau jugak ke??, erm tak la banyak sangat tapi ayah aku ada cakap kat aku hari ini lepas aku cakap gaji dah masuk..

“untung la abang, baru 18 tahun dah ada gaji 4 angka..ayah dulu, umur 18 tahun kerja kontrak je..sob3x”


Aku hanya terdiam je sambil memikirkan apa la yang aku nak buat dengan duit ni – apa-apa pun gaji pertama aku, akanku bagi sikit kat mak aku – lebih afdal agar prestasi kerja aku bertambah baik. Selebihnya – entah, sekarang ni pun aku tengah buat accounting sikit.

aku tak nak membazir macam dulu lagi – elaun uitm, hampir setengah habis bagi diorang(uitm) balik je – terus terang, parents aku tak support dalam hal pembayaran yuran kolej, semester 2 dan lain-lain, that’s mean aku kena managed elaun tu sendiri..at the end of asasi program, aku berjaya la jugak simpan RM 500, tapi, pangkor trip dengan abang nezam crew punya pasal – aku just tinggal RM 100 je..
In conclusion, katakan tidak kepada membeli barang yang tidak perlu, mahal dan juga tak mendatangkan faedah. Membazir amalan syaitan, menabung amalan mulia..:-)

p/s : internet macam haram jadah, ini pun aku update kat cyber cafe, malam ni plan nak bawak family pergi dinner..tapi, adik pulak takde.sob3x

Friday, May 27, 2011

Kisah AKU n Topik Hari Ini : Perempuan Suka Lelaki Pemalu???

VANCOUVER: Jika anda seorang lelaki dan mahu memikat wanita, jangan terlalu banyak tersenyum, sebaliknya lebihkan termenung serta menunjukkan sifat kemalu-maluan.
Menurut kajian, wanita menganggap lelaki yang riang kurang daya tarikan seks berbanding lelaki memaparkan sikap berbangga atau membayangkan pernah berbuat salah.
Kajian Persatuan Psikologi Amerika itu - diterbitkan semalam dalam jurnal Emotion -menunjukkan lelaki gemar tersenyum kurang menarik pada pandangan wanita.
Profesor yang mengetuai kajian itu, Jessica Tracy, berkata bagi lelaki pula, wanita yang gemar tersenyum lebih menawan.
Bagaimanapun, kata Jessica, kumpulan pengkaji mengakui tidak pasti mengapa lelaki dan wanita memberikan reaksi berbeza terhadap senyuman.
“Bagi seorang lelaki, senyuman mungkin menampakkan sifat terlalu kewanitaan atau terdesak mahukan seks,” katanya.Hasil kajian itu juga menghangatkan pandangan bahawa wanita lebih berminat kepada lelaki nakal.
Kata Jessica, kajian itu hanya melihat kepada reaksi awal terhadap daya tarikan seksual dan tidak mencadangkan lelaki supaya kurang senyum.
“Jika seseorang mahukan hubungan jangka panjang, banyak aspek lain diambil kira. - Reuters

ni ialah artikel yang aku ekstrak from harian metro semalam..so topik kita hari ni.SIMPLE.

Betulkah perempuan suka lelaki jenis macam kura-kura ni??

"ataupun"

,ianya sekadar kajian yang skopnya tediri daripada orang-orang disebelah barat?

,bagaimana pula dengan frasa - senyum itu sedekah?

,kalau asyik termenung selalu orang kata tak betul and ada masalah mental.

Subjek kita hari ini ialah Lelaki Pemalu. Siapakah mereka ni??, How can we recognize them??

Apa-apa pun untuk kita tahu siapa dan apa diorang ni, ianya melalui sifat mereka. lelaki pemalu biasanya tiada dan kurang keyakinan diri yang teguh, jauh disudut hati diorang, ada benda yang diorang nak buat tapi ada satu perasaan yang mengatasi kesemuanya. Bila kita bergerak ke topik kita hari ini : lelaki pemalu dan perempuan. bagi lelaki jenis kasanova and playboy, piece of cake, tapi bagi si pemalu ni, this is a total problem. senang je nak detect lelaki macam ni - first, diorang ni akan sedaya upaya avoid untuk bergaul dengan orang terutamanya dengan perempuan - sesetengah orang melabel orang pemalu sebagai anti christ..eh silap, anti sosial.

satu lagi sifat - gugup. kau bagi la macam-macam benda untuk diorang buat- even the simple one pun diorang akan buat dengan perasaan penuh nervous tapi lama-kelamaan mereka dapatlah cope and overcome benda tu, but, in term of relationship pulak, yang ni akan ambil masa yang lama sedikit.sebab..

lelaki pemalu amat menyedihkan dalam hal percintaan..dah nama pun pemalu, macam mana la nak luahkan perasaan kat orang yang tercinta, akhirnya mereka akan pendam dan surrender. kalau sampai tua macam ni tak kahwin la diorang ni ataupun tunggu pilihan ibubapa..lebih afdhal kata mereka(cover la tu..)

finally, lelaki pemalu kekadang susah jugak kalau dalam daily life , contoh nak naik public transport - dia lagi rela terlepas train, kalau dia tengok train tu dah padat dengan orang- lagi-lagi bila dia sedar pintu train tu nak tutup(terlambat)- kalau tak sempat masuk segan dibuatnya- banyak mata yang tengok adegan filem ni.ada seorang tu, nak keluar office nak balik rumah pun ambik masa 5 minit untuk tarik nafas panjang-panjang then baru keluar, betapa nipisnya muka dia ni..

in conclusion, lelaki pemalu kenalah memecahkan tembok yang selama ni menghalang kehidupan normal mereka supaya hidup akan jadi lebih lengkap dan ceria..

p/s : semua example itu based on my experience - macam mana aku tau??, mestilah aku tau pasal aku ni pemalu orangnya - analisis.

*kesemua gambar dari belas ihsan atuk google..

Thursday, May 26, 2011

Kisah AKU, Perempuan n Rokok

Sejak kerja kat KL ni, macam-macam benda dah aku nampak, maklumlah dulu duduk terperap je kat rawang tu, mana la nak nampak benda-benda macam ni. berbalik kepada cerita asal aku - rokok : sinonim dgn budak remaja yang nak test power and tempah maut, rokok juga sinonim dengan orang dewasa yang bagi alasan nak hilangkan stress kerja dan family, BUT rokok and perempuan, macam sesuatu yang asing bagi aku, because selama ni tak pernah pun berpeluang melihat perempuan hisap rokok dengan mata kepala aku sendiri.

Rokok adalah silinder dari kertas berukuran panjang antara 70 hingga 120 mm (variasi bergantung kepada negara) dengan diameter sekitar 10 mm yang berisi daun-daun tembakau yang telah dicacah. Rokok dibakar pada salah satu hujungnya dan dibiarkan membara agar asapnya dapat dihirup melalui mulut pada hujung yang lain.
p/s: cilok wikipedia punya fakta.

dalam isu perempuan dan rokok, aku split them into two category. first, perempuan yang merokok dalam group dan juga yang merokok sorang-sorang. sebab, kedua-duanya aku dah nampak sendiri dan telah dianalisis. kat KL ni, dimana sangat ramai wanita yang berkerjaya (adakah lelaki semakin kurang pandai??), contohnya asal aku naik lif, mesti aku sorang je lelaki, turun lif pun sama - jarang - yang biseksual(gay,lesbo and sewaktu dgnnya) jangan kisah la.honestly, takde masalah la bagi aku walaupun wanita itu berkerjaya tetapi yang buat aku sedih ialah, adat ketimuran yang semakin menipis dikalangan mereka ni.

adat ketimuran- bersopan santun, menghormati satu sama lain, menjaga maruah diri, dan juga keluarga and menjaga nama baik agama. semuanya sudah jarang sangat aku nampak. kat KLCC tu, aku tak kisah la dengan sampah masyarakat yang melepak tak tentu hala - kaler rambut, pakai ketat-ketat, celak-celak mata, berkepit-kepit, kalau kaki lawa macam wonder girls takpe la jugak nak pakai skirt, sejuk jugak mata memandang, tapi kalau level drumstick - nak termuntah aku..mata ni cuba la juga tak nak pandang tapi tak guna, elak kiri, terpandang depan, elak depan ternampak kat kanan..takkan nak pandang bawah and atas je, nanti orang ingat aku mental problem pulak.

okayh, tersasar sikit ni, ok, rokok. kategori yang pertama :perempuan yang hisap rokok dalam group, yang biasa aku nampak diorang ni akan join group lelaki - biasa pagi-pagi ternampak la kat restoran-restoran mamak sebelum masuk office kan.. jarang pulak nampak perempuan buat group 5-6 orang hisap ramai-ramai, mungkin ada..tapi, takde pulak aku nampak. tak malu ke hisap rokok depan lelaki - jatuh maruah kak ooi..(x tau la kalau diorang join group lelaki masing-masing)
p/s: mostly terdiri daripada wanita bangsa cina

kategori kedua : perempuan yang hisap rokok secara solo. yang ni biasanya aku nampak depan office, kat sebelah lif. biasanya waktu petang-petang time aku nak balik. keluar je pukul 5 petang, mesti aku ternampak sorang, yang kelakarnya muka ambik feel gila(sangap), sambil-sambil aku lalu, dia akan hembus asap tu(bajet ko terer!!)..aku pulak memang ready je sapu tangan kat hidung, ye laa, kat KL ni macam-macam boleh jadi- pukau. eeeii,takutnya.. sapu tangan di hidung simboliknya untuk menyedarkan dia, kalau perempuan yang tutup hidung mungkin dia tak kisah, tapi, kalau lelaki pun tutup : itu macam penghinaan kan - aku memang pandang rendah wanita yang merokok - tak kisah la, diorang berjaya dalam hidup ke - pangkat tinggi, kereta besar, ada penthouse ke..tapi, kalau dah perangai macam haram, sorry la, you won't earn my respect.
p/s: yang aku selalu nampak ialah dari kalangan bangsa melayu

sebagai penambah keceriaan post ni, i would like to add satu story waktu aku naik PUTRA semalam. ramai orang kat dalam train ni, then sampai la kat stesen kampung baru, perghh, ada lagi nak masuk ni. tiba-tiba, dalam kesesakan itu aku terlihat seorang wanita india seakan-akan menolak seorang makcik berbangsa melayu yang memegang anaknya, habis jatuh payung and beg dia..akupun tolong la angkat.. bengkek betul aku tengok perempuan india tu, dah la tak nak minta maaf, mengeluh pulak tu.mat saleh yang tengah duduk lepas diorang ternampak insiden tu terus berbisik-bisik sambil memandang perempuan india tu.tak tahu la pulak apa yang diorang mencarut.
p/s : malaysia di ranking ke 33 dalam Most Polite Cities in the World.(tah statistik tahun bila aku jumpa ni..)

saya bukan perokok..say no to smoking!!

Wednesday, May 25, 2011

Kisah AKU, Facebook, Blog n Recent Lifestyle

Sejak baru-baru ni malas pula rasanya nak buka facebook. Sakitnya hati kadang-kadang bila:

a) takde notification (satu pun takpe la janji ada)
b) takde message,
c) takde friend request, (ni tak la aku kisah sangat)
d) online, tapi, takde siapa-siapa yang berhati mulia nak chatting dengan aku.

Lagi best kalau berblogging - tak tau la kenapa, mungkin ada kena mengena dengan penambahan follower agaknya - ye la, dalam seminggu ni, diarimcbride.blogspot berjaya menambah 10 followers baru (muka bangga habis), siapa diorang tu??, aku pun tak kenal, ada la seorang tu je..tapi, one thing for sure, korang follow aku, aku follow korang balik.aku ni dah la jenis pemalas nak menempel2 kat blog orang, apatah lagi nak follow..but, as a token of appreciation untuk korang yang willing untuk follow aku, jadi apa salahnya aku buat benda yang sama jugak..

p/s: bersemangat habis ni nak berblog..


adalah juga baiknya aku tak layan facebook sekarang, balik kerja pukul 8 malam, pergi pukul 6. waktu-waktu malam tu daripada aku melayan facebook yang sunyi sepi gila, lagi bagus aku main game seround-dua, then tidur. at least, bangun pagi ada lah masa yang cukup untuk exercise and siapkan diri dengan sistematik. aku bukannya kerja part time, nak kata full time pun tak jugak(9-5). penat weii, ada juga buat research company act tentang akta larangan bekerja melebihi masa : rupa-rupanya untuk budak bawah 16 tahun daa..sob3x

facebook ohh facebook..berbaloi jugak aku tak online malam-malam, asal aku bukak gmail kat office-takde notification pun. tak kisah la,kesibukan kerja membuatkan aku dah lupa most of problem yang aku hadapi baru-baru ni - kekecewaan. semuanya hampir hilang, dan aku dah jadi macam the old farid - bangun tidur-pergi kerja-jalan klcc sorang-sorang-balik rumah-main game or blogging and finally tidur. kalau dulu, tercongok laa kat depan laptop tu walaupun mata dah kuyu - semuanya sebab kau- penat laa macam ni hari-hari..kawan-kawan lain pulak, kalau ada benda nak tanya baru la terhegeh-hegeh nak call aku,

"farid, bukak facebook jap-nak tanya satu benda ni."

"farid, aku dah download patch game ni, macam mana nak install.."

wth! korang ingat aku agen khidmat pelanggan ke, yang paling useless,bila aku message tak balas - sumpah kejam kan orang macam tu. at least, bagilah respond sikit - buat smiley ke, ckp nk offline ke, ini main blah macam tu je, ingat aku ni tunggul ke..aku ni manusia la.

dah la guys, cukup la aku merapu sampai sini je, lebih-lebih karang ada pulak budak yang terasa.oops..ha3x

p/s: dah tau berapa gaji..huh, jackpot jgk beb..x sabar tunggu hujung bulan.

Tuesday, May 24, 2011

Kisah AKU n Ikhlas Part 2

sambungan tragedi cinta yang diambil daripada blog kawan aku,cik adibah husna.. jenguk-jenguk la blog dia ek, takut korang terpinga-pinga pulak baca cerita ni - tajuk entri : ikhlas..

link blog dia > http://iwishimyours.blogspot.com

cik diba ni ekstrak cerita ini from blog kawan dia, tapi, yang part 2 ni, aku reka-reka sendiri..selamat membaca.:-)

Perang! Sekali lagi kedua-dua buah empayar ini tersepit didalam kancah peperangan. Tidak sampai setahun perjanjian damai dimeterai, ketidakpuasan hati pihak yang kalah didalam pertempuran sebelumnya menjadi punca api peperangan ini. Pihak musuh mempertaruhkan segalanya kali ini, usaha peperangan digandakan, jumlah tentera menjadi semakin ramai begitu juga pengeluaran senjata.

Di stesen kereta api yang sama, si jejaka sedia untuk mengucapkan selamat tinggal kepada kekasihnya, jika dahulunya dia terselamat, tapi, kali ini, tiadalah akan ketahuan nasibnya. Dia berpesan kepada kekasihnya
“andai rohku terpisah dari jasad, janganlah ditangisi pemergianku sayang..”
Maka berderailah air mata si gadis itu. Saat hon kereta api dibunyikan, si jejaka memetik setangkai bunga ros merah, disanggulkannya di rambut sang kekasihnya itu
“jagalah ia, maka ingatlah kamu akanku..”
Saat kereta api bergerak meninggalkan stesen, menangislah si gadis bersama tangisan ribuan lagi wanita yang hadir member penghormatan “terakhir” kepada pasangan masing-masing. Masih ingat lagi dirinya akan surat yang dihantar oleh pegawai pemerintah – misi membunuh diri.

Adapun si jejaka dihantar ke suatu bandar yang maha penting, kepungan musuh sudah pun berlangsung selama beberapa bulan, akan tetapi, tidaklah berjaya diratah penceroboh bangsa. Bunga ros merah pemberian si jejaka dijaga dengan cermat, diairi dengan air agar kekal segar. Tiba-tiba, terlihatlah akan mata si gadis poster propaganda yang memerlukan peranan wanita di medan perang sebagai jururawat tentera. Lalu, disertainya dengan beberapa rakan sekolah yang lain – harapannya agar dapat bertemu dengan si jejaka yang tiadalah ketahui nasibnya. Takdir tuhan, kereta api yang membawa si gadis itu destinasinya ialah di bandar yang dipertahankan sang jejaka.

Jeneral musuh yang sudah mati akal, mengarahkan serangan besar-besaran dilancar keatas pertahanan pejuang bangsa yang sudah lumpuh dek kerana serangan bertubi-tubi. Malam itu, dentuman artileri, disusuli dengan jet pejuang yang menggugurkan bom untuk melunturkan semangat patriot negara. Senyap. Adakah kegilaan ini sudah berakhir getus hati mereka yang terselamat?

Si gadis dan beberapa jururawat tentera diarahkan untuk mencari dan membawa pulang tentera dan orang awam yang tercedera. Akan tetapi, tiba-tiba, kolum serangan utama musuh dikepalai kereta kebal dan infantri merempuh pertahanan bandar. Panik, pada hemat mereka, ianya sudah berakhir, akan tetapi, ianya bakal menjadi lebih teruk. Terkejut. Cuba dibalasnya akan tetapi, sangatlah dasyhat serangan itu, patriot negara tiadalah berundur walaupun seinci, tiadalah gentar mereka akan musuh itu, akan tetapi, si durjana tiada jualah ia berhenti, malah, tanpa belas kasihan membunuh siapa yang menghalang laluannya.

Si gadis. Hendak berpatah balik, manakan sempat kiranya. Maka, dia pun teruslah maju kehadapan mengibar panji empayar. Tiba-tiba, terpandanglah ia susuk tubuh yang amat dikenalinya – bersandar sambil memegang dadanya yang berdarah. Si jejaka, seakan wujud tarikan magnet, pun terpandanglah jua ros merah dikepala si gadis – gadisku. Tersangatlah gembira lelaki itu sehingga terlupa sakit yang ditanggung. Kedua mereka saling merapati dan tiba-tiba terlihatlah mata si lelaki akan tentera musuh durjana yang mara kearah mereka

Teringatlah akan kekejaman yang dilakukan musuh, setiap yang bernyawa akan dibunuh-malah haiwan juga.Bencinya mereka terhadap empayar ini sangatlah dasyhat. Disuruhnya si gadis lari meninggalkan dirinya, tiadalah mau hati si gadis-baru berjumpa barang seminit dua, disuruhnya pergi pula. Si jejaka, dengan saki baki kudrat yang ada, dicapainya pistol yang terselit dipinggangnya – sedia menghantar musuh celaka ke neraka. Saat itu, terlihatlah ia akan wajah buruk dan bengis musuh yang berlari kearah mereka dengan bayonet siap dipasang – mahu ditikam agar seksa.
Ditembaknya satu persatu akan musuh yang mara, “jangan dekati gadisku in!” teriaknya. Katrij yang kosong, diisi sampailah habis kesemuanya, akan tetapi tiadalah putus-putus gerombolan penceroboh itu. Sesampainya mereka, ditikamnya sang jejaka – tapi tiadalah mati lagi. Si gadis melihatkan akan keadaan itu, cuba merapati kekasihnya, habis ditikam juga. Maka terbaringlah mereka berdua menghabiskan sisa hayat yang tinggal.

Selang beberapa belas tahun kemudian, pasukan arkeologi negara yang sudah berubah menjadi moden itu yang sedang menjalankan kajian dikawasan itu. Diperiksa setiap runtuhan-runtuhan bangunan-mahu dijadikan kawasan bersejarah-simbol penentangan negara itu menentang penceroboh. Maka terperanjatlah mereka menemukan dua rangka manusia lengkap beruniform- seorang tentera dan juga seorang jururawat, mengenggam erat jari-jemari sambil dengan sekuntum bunga ros merah yang masih segar.


p/s: cinta itu sangat indah..title post aku ni lain kan dengan jalan ceritanya..

Saturday, May 21, 2011

Kisah AKU n Student v. Employee

Korang rasa, mana satu yang lagi best, jadi student or pekerja. So, hari ini, aku nak compare kan life aku semenjak menjadi seorang worker ni. Honestly, kekadang rindu juga nak belajar, tapi lama lagi nak kena tunggu, aiii, bulan 9 cepat la sikit..
Student

1.Contract act 1950, federal constitution, penal code, law of tort, criminal law and banyak lagi yang patut khatam.


2.Dengan menjadi seorang student banyak juga aktiviti kelas dan luar kelas yang kita dapat buat, contohnya, debat, speech, forum dan lain-lain


3.Ada examination, task, and test.


4.Ada kawan-kawan yang ramai dan jugak semuanya didalam julat umur yang sama.


5.From that, ada banyak masa boleh diluangkan. Contohnya , hang out, makan sama-sama


6.Dapat b’facebook dalam kelas.

7.Rawang, shah alam, fakulti undang-undang, dataran cendekia, p1213 - macam dah takde tempat lain.

8.Waktu jadi student, tak leh bawa kereta.

9.Ada elaun from bank islam


10.And finally, ada masa untuk study. Mungkin korang kata aku ni poyo, tapi, itulah kebenarannya, aku tak suka study mathematic, tapi lebih gemar buka Wikipedia...err..Study laa tu..

Employee


1.Hantar tender, reformat invoice, edit proposal and contract, photocopy, buat proposal order, and finally learning Microsoft office skills, nasib baik aku dapat kerja ni, at least, banyak juga yang aku dah tau pasal advanced Microsoft Office.


2.Menghadap computer sepanjang office hour , ada kerja ke, takde kerja..sama je semua..kat situ je la, nak keluar merayau-rayau segan pulak.. apa la pulak diorang kata nanti, makan gaji buta la budak ni..

3.Rakan sekerja semuanya berumur 25 tahun keatas, semua bajet tak sedar pun “budak hingusan” macam aku ni ada kat office. Susah nak cari kawan nak teman lunch kat sini..


4.Kawan tak ramai and mostly, berumur..kebanyakan aktiviti dilakukan sendirian contohnya - solat, breakfast, lunch

5.Dulu waktu sekolah, jarang nak hang out kat KL, tapi sekarang, macam dah muak dengan KL ni..


6.KLCC..takde sebab kenapa aku tak suka tengok “kau” hari-hari.



7.Sekarang ni la time aku nak melenjan kereta nissan 80s ni..actually, drive sampai bukit sentosa je, xde laa sampai kl pun..dulu aku anti gila dengan kereta ni, siap pernah tanya mak lagi.."kenapa tak ambik abang pakai waja..karang rosak tengah jalan kereta ni, abang tak nak tolak.." tapi sekarang, sejak "beliau" memainkan peranan penting waktu aku nak ambik lesen tahun lepas, aku sayang "beliau" ni..meyh, jom papa mandikan..

8.Nak log in facebook, sangat segan, dah la tak banyak kerja, lepas tu macam nak tunjuk laa kat semua orang..”woii, aku take kerja ni, jangan jeles...”


9.Gaji..err, gambar duit kat atas ni belas ihsan from atuk google yerp..


10.Finally, macam no 10 for student..aku still ada peluang study. Mengelakkan kebosanan yang terlampau dek tak banyak kerja, Wikipedia menjadi tatapan harian plus contract act 1950 yang dulunya tak berconteng pun, sekarang ni dah macam-macam inskripsi aku catit(semuanya untuk tunjuk rajin depan kawan-kawan sekerja)

Conclusion: kedua-duanya best and bagi pengalaman baru kat aku..

Kisah AKU n Miss X (Ep.2)

Shall we wait, Sir...Perhaps you should give her another chance, and she might change her mind...Still No? (Schindler's List, you made me cry tonight)

She will never get that necklace...of course; she will never get anything from me – perhaps, she’s right, the necklace should be on the right person. I have done everything – too much, from telling the truth, telling on my feeling towards her, but, she never listen, she never know, how I struggling to battled my fear against love. How can I give it to her, she did not want me. Stay away from me!!, that is what she said, and I believed it's directed towards me.

So, what now Farid? You lost the battle, but, you did not lose everything. You still have friend that support you throughout your precious experience, you still owes your sister, although, all tips to overcome your fear did not run well this time, you still have Allah.

I remembered on about the previous 2 years. You gained reputation at school – wearing purple vest was highly regarded compared to other enforcement bodies such as the prefects and librarians – they did not have any vest, you earned respects from teachers, you collected several “adik angkat”, you have a nice girlfriend – although you will never accept the reason why she left you for another man. It is your first and last – you said it before, yes, it’s very true – she was history- she is your first date and amazingly Farid, finished with her, you did not have other until now. There are no such thing – rm30 top-up for a week, no calling-calling, sweet messaging, and no date. But, you paid it with much greater value – loneliness.

I really saluted you Farid, you still took that risk – you know she have a close relationship with your roommate, but you never yield. When, you saw them chatting at Facebook, you did not shown any sign of jealousy but you took it very professional - only when he playing video games, , you will pretend to wiki-wiki but actually you're trying to contact her through facebook IM– the other way,sleep - perhaps it’s the greatest way to cure all sort of problem – mental or physical, playing video games-of course, it's your friend.

For the second time, I saluted you Boss. I did not expected that you will publish your expression and “luahan hati” towards her at your blog. At the first glance, I just assumed you want to talk to her personally. I know you very much sir, for almost 19 years we lives together, how can you – a very shy man, can have a guts to try the new technique to flirt- surprisingly sir. But, I forgot something, you have changed. The law programme had changed you from loser to well-balanced man. Sorry, for underestimating your strength.

Your mother, boss - she is right too – maybe she can find a nice wife for you. Although, it’s still very early to talk and discuss about this matter but it’s shown that we do not take this matter for granted. But still, you must waited sir, for a number of years – to feel another great love. Yeah, it may be a long boring and typical days for you but do believe me sir, from your patience, Allah will pay you – when you pass His simple test, then you will get rewarded.

I remembered a thing sir; it’s during the end of first semester. One of your classmates, Shai did ask you... ”farid, kau takde suka seseorang ke?” then, you replied “aku kalau suka someone, aku tak bagitau, biar dia rasa aura cinta aku...ha3x”, then Zain’s turn to asked you “kalau dia reject macam mana pulak??” do you still remember what is your answer during that time sir??, you said” aku bukan jenis lelaki yang terhegeh-hegeh macam sesetengah lelaki yang gila bayang, perempuan tu tak suka pun still nak menyendel-yendel lagi..” . That’s true sir, you did not lie and remained uphold your greatest prinsip. When your ex left you, you did not take any action to retake her heart, why? It’s useless, once they rejected you; possibly they have another soul in their heart.

We have finished of our discussion sir and it come to our conclusion now. It’s 21th may 2011, 3.40 AM and still we did not receive any response from her although she’s online and if i not mistaken, you still online too, waiting for her respond regarding your morning message. Yes, it’s very loud and clear...You have ordered us to clear and exterminate any remaining memories, just like old time sir, when you ordered us to remove your ex-Facebook and get rid of her pictures from your Miss Compaq...
.
.
.
What! You did not want to remove her. Are you serious? Okay sir, I understand...roger and out.

Your Loyal Servant
Mind and Brain
Supreme Commander of Farid’s Organ

_____________________________________________________________________
Letter of Surrender

Although it's very hurt to accepted it.I declared that the battle is officially lost on 21th May 2011. With that I, Muhammad Farid B. Abd Gani tender my surrender with a prospect to avoid being the third party.

Your Truly
Muhammad Farid B. Abd Gani

Tuesday, May 17, 2011

Kisah AKU n Nigerian Parcel Scam

Jenayah siber sekarang ni dah menjadi-jadi kat dunia ni, dunia yang dulunya luas kini menjadi semakin kecil dek kerana penangan sistem teknologi internet yang canggih, macam-macam boleh berlaku, sekarang ni, kita biasa mendengar di akhbar, ramai yang ditipu oleh sindeket penipuan, yaaa, mungkin kita tak sedar, tengah syok-syok chatting dengan pen pal, rupanya diorang tu penjenayah..so, hari ini aku nak dedahkan satu jaringan sindiket penipuan nigeria, one of the email is probably this:

lailafaisal@hotmail.co.uk

beware ye malaysian, aku memang dah dapat agak pun pada mulanya,untuk post kali ini, aku compilekan sekali screenshot yang aku captured daripada perbualan aku dengan "laila mohd faisal" ni..
p/s: sila klik gambar untuk paparan yang lagi besar dan jelas, so that, korang boleh baca kandungan email itu..tq

salam perkenalan katanya, siap bagi gambar lagi untuk meyakinkan si penerima emailnya itu..but, perasan tak, gambar diatas macam familiar je kan, tak macam kat london pun..

let us give "her" some hope..jangan harap laa, makcik aku datang kl pun aku tak layan..apatah lagi, orang yang aku baru kenal ni..

dia kata dia orang england, sangat hebat dalam english tapi nampak macam berterabur sikit, aku tak la hebat sangat english but aku still can compare orang tu punya level..umur dia??, 28, blah la, kalau 17-19, mau jugak aku layan..ha3x

selamat datang ke malaysia, i'm very pleased..jangan-jangan kau dah ada kat malaysia ni..kat sini aku start market sikit..

laila mula menjalankan perang saraf dengan menggunakan ayat-ayat manis, baby??, siapa baby kau..even ex aku pun tak pernah panggil macam tu..nak buat pelaburan ke bang, salah orang laa, kau ingat aku stockbroker ke apa??..apa lagi? nak gambar saya?, tanya mak saya dulu..

jangan hepi sangat "laila",erm..waktu ni, aku rasa dah malas nak "bermain-main", it's time untuk takutkan dia..but, still bagi advise and warning..kalau-kalau dapat pujuk dia supaya hentikan jenayah ni..

aku bagi warning, dia cakap aku caring..wuuek, nak termuntah, er takpe la, lagipun dah lama telinga aku tak dengar orang cakap macam tu kat aku..then sebagai penghargaan untuk persahabatan selama ni, laila kata nak bagi hadiah kat aku, auuuuw!! surprise nya..ko nak bagi dadah ke..??
p/s: perhatikan gambar diatas, ada gambar YDPA kat belakang dia..

hadiah apakah itu??, kau nak send macam mana??

huhh..dah agak, laila, kau ni memang sterotype macam scammer lain, tapi..dah biasa sangat dapat message macam ni, bezanya, diorang direct, kau ni umpan senyap-senyap..

it's time to end this laila!!, aku memang dah muak dengan permainan kau ni, so, this is my last message to "her", aku ada jugak tertunggu-tunggu dia reply, tapi, takde la dapat pulak..goodbye laila,"take care"ha3x..better luck next time yea,selamat memburu mangsa lain, dah dapat do contact i yea..

untuk kesahihan, aku sertakan alamat lokasi dimana "laila" menjalankan kegiatan haram jadah ni, ini ialah lokasi yang dapat aku trace from i.p address dia..teknologi, walaupun berbahaya, tetapi, kadang-kadang, ianya berguna..

so guys, aku nasihatkan supaya korang berhati-hati kalau received message macam ni, take the safety precaution, jangan dedahkan nombor,alamat korang sewenang-wenangnya, that's the use of privacy kat mana-mana laman web, use it well..lagi satu, kalau korang nak tau lebih lanjut lagi kisah nigerian parcel scam ni, korang bolehlah ke link ni..mr.mazidul akmal sidek lagi serius dalam penyiasatannya daripada aku..

http://mazidulmobile.blogspot.com/

...........................the end.............................