Tuesday, May 30, 2023

Kisah AKU n UCL, Here We Come!

Assalamualaikum,

Ya betul, Ahad lepas merupakan match terakhir EPL bagi musim 2022/2023. Last game kot, mesti lah kena tengok. Tapi memang aku tak pernah missed game Newcastle pun season ni.


Mestilah kena berselfie dengan jersi Newcastle ni untuk mendapatkan vibe final game. Huu. Kali ni aku menyarung jersi Newcastle tahun 2003 sebagai simbolik 20 tahun aku menyokong the Magpies ni. 


Alhamdulillah, Newcastle draw dalam perlawanan terakhir EPL season ni dengan keputusan 1-1 di Stamford Bridge menentang team yang sedang bergelut, Chelsea. 
Ni merupakan full season Newcastle dibawah kendalian Eddie Howe bersama assistant coach, Jason Tindall, dan after 38 games, team kesayangan aku ni menamatkan saingan di tempat ke-4! Not bad untuk kelab yang baru 18 bulan bertukar pengurusan dan owner.
Dan of course, di tempat keempat sudah cukup mengesahkan slot UEFA Champion League bagi Newcastle United, the other three teams are Manchester City, Arsenal dan Manchester United. Yang manisnya, ni merupakan penyertaan ketiga the Magpies didalam UCL dimana our last entry was 20 years ago iaitu pada tahun 2002. Ngam-ngam je, time tu tak silap aku team kami was managed by the great Sir Bobby Robson cuma sayangnya hanya mampu beraksi diperingkat kumpulan sahaja. Siapa sangka berjaya jugak kami tamatkan liga di tangga ke-4 dengan cemerlang. Joint least goal conceded (33) bersama Manchester City, joint least defeat (5) with Arsenal and a record breaking 71 points! 

Thank you to Wor Eddie and the players for a memorable season. Banyak player yang perform season ni , bukan new signing je yang mantap. Player sedia ada pun macam brand new signing. Overall memang puas hati, this is the best day of my life being Toon Army since 2002. 

Ooh, special thanks jugak to our owner yang membuatkan mimpi kami jadi realiti, credit to Wor Chairman, Mr Yasir Al-Rumayyan dan juga co-owners; Mehrdad Ghoudossi, Amanda Staveley and Rueben's brother. Without the takeover dan juga investment from them, mana mungkin kami yang penyokong setia ni dapat enjoy musim yang gemilang ni. Bayangkanlah, tak sampai dua tahun - Newcastle berjaya dapat nombor 4 dan layak UCL secara merit, tak lupa jugak masuk final dan jadi runners-up EFL Carabao Cup hari tu cuma hard luck kalah dengan MU. Before start season 2022-23 aku pernah taip entri, target UEFA Conference League pun dah cukup, tapi the lads overachieved sampai masuk UEFA Champion League terus!

Tidur senyum malam ni bhai. Hehe. Tahun depan kena biasakan diri berjaga malam untuk game UCL. Huhu.

P/S: Okay EPL dah habis, lepas ni layan Liga Malaysia lah. Selangor pun sedap main tu, sekarang di tempat kedua.

Monday, May 29, 2023

Kisah AKU n Majlis Raya Aidilfitri Perdana Masjid ar-Rahmah

Assalamualaikum,

Eh ada entri Raya lagi ke? Haa, ni last kot. Kira penutup lah, asalnya tak plan nak pergi pun. Tapi wife ajak, kita pun layankan je lah.
Hari Ahad - kami sekeluarga bergerak ke venue event yang terletak di Masjid ar-Rahmah Felda Sungai Buaya dalam pukul 11.30 pagi. 
Memang ramai tetamu semalam, event ni sebenarnya merupakan acara tahunan disini yang menggabungkan 12 buah surau-surau di kawasan Sungai Buaya ni, termasuklah Surau an-Nur di Taman Mawarsari.
Awat keras je tu Iman?
Haha, dapat duduk dengan Acik Dolah; Ni kawan baik abah tau, kenal sejak zaman sekolah lagi..:-)
Sambil-sambil menjamu selera, ada persembahan qasidah jugak.
Wife lah yang seronok bab-bab makan ni. Huhu. Eh takde gambar Fariq pun? Haa, budak tu dah balik Melaka ikut makcik dia yang datang hari Sabtu. Yelah, minggu depan kan cuti sekolah seminggu. Duduk sini pun bukan ada buat apa pun since aku pun bekerja. At least balik kampung boleh main dengan sepupu-sepupu..:-)
Aku sebenarnya tak berapa fit sangat sebab selsema. So makan pun tak rasa apa sangat.
Bila dah kenal orang bukan main suka lagi budak ni.
Dalam jam 1 petang, kami bergerak pulang. Memang panas cuaca sekarang ni, aircond kereta nak kena bukak 2 baru rasa sejuk.
Malam pulak aku berkesempatan ngeteh dengan bro Afiq dan Dolah dekat Restoran Jamal Bukit Sentosa. Lama beb tak melepak dengan dua orang ni, tak silap aku last time majlis kahwin Afiq di Rawang, kira-kira a few months back. Ada lah 2 jam setengah melepak tadi from 8.30 malam sampai jam 11. Kena balik sebab tak nak terlepas untuk menonton last match EPL bagi musim 2022-2023 ni. Yang ni aku update lain entri ya

Okaylah, nak tengok bola jap. Hopefully boleh menang lah untuk game terakhir liga ni. Amin In Sha Allah.

P/S: Mod Realm of Thrones dah keluar, memang cun. Nanti ada masa aku review..:-)

Tuesday, May 23, 2023

Kisah AKU n QuickBI Training @ VE Hotel & Residence Bangsar South

Assalamualaikum,

Untuk dua hari ni aku bersama kira-kira 25 orang rakan sekerja from various division di Touch 'n Go telah menghadiri sebuah training yang bertempat di VE Hotel & Residence yang terletak di Bangsar South. Since event pukul 9, seawal jam 6.30 pagi lagi aku dah gerak from rumah. Sampai venue dalam jam 7.30, then cam biasalah rendahkan seat pastu tidur. Huhu

Kursus ni bertujuan untuk mengajar kami how to apply QuickBI system data visualization bagi tujuan reporting. Sekarang ni pun memang aku guna benda alah ni almost every week , cuma most of report yang aku buat tu simple je. Yang kursus ni pulak kita macam mana nak guna advanced functions, variety of charts reporting etc. Training dikelola oleh trainer kami yang mempunyai pengalaman hampir 20+ tahun with Data Analytics, Dr Kuang Kee Seng
First day outfit, macam biasalah kena bergambar depan cermin toilet. Kali ni tak pakai blazer pun, normal office outfit je. Tengok member lain pun pakai smart casual je. Huhu
Venue training yang nice..:-)
Unlike training yang aku attend kat Sheraton hari tu, yang kali ni santai sikit. Trainer ajar teori then terus buat praktikal. Aku pulak bernasib baik sebab ada basic, so mudahlah faham.
Makan kat sini pun best. Maklumlah makan free, pastu hotel masak pulak. Mestilah syok. Hehe
Lepas lunch sambung training sampailah jam 5.30 petang. Sudahnya memang bercinta dengan jem je lah, sampai rumah nak dekat jam 8 jugak. Actually around pukul 7 tu dah sampai R&R Rawang, cuma power nap sekejap sementara nak tunggu Maghrib. 
Wife dengan anak-anak aku mintak tolong ayah pickup. Thank you ayah, you're the best!
Hari kedua punya outfit, takde nak tuck in kali ni.
Content pun sama jugak. Tapi kali ni dah masuk advance stage, berkerut jugak dahi aku nak hadam input yang trainer bagi. Haha
Hari kedua ni habis awal, pukul 1 petang settled. Macam biasa ada lunch disediakan, tapi aku tak balik ofis pun hari tu. Ada back-to-back meeting jam 2.30 dan 3.30, so buat dalam kereta je. Habis meeting terus balik Rawang. Haha. Nampak gambar ni? Ofis TNG depan tu je, row number dua..:-)

So itu sahaja quick entry minggu ni. Ingat nak update kejayaan Newcastle menempah slot UCL. Tapi hujung minggu nantilah after final match of the league. Boleh update final position sekali, dan juga summary performance team kesayangan aku ni.

Monday, May 22, 2023

Kisah AKU n Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri @ Taman Mawarsari

Assalamualaikum,

Sambil tengok match EPL Mancity vs Chelsea ni elok jugak ngupdate blog. Game boring, tu yang decide nak menaip ni. Haha. Okaylah, bulan Syawal 2023 telahpun berlalu tapi sempat jugak aku attend the final two open house Raya bagi melengkapkan diari Raya aku tahun ni.
Hari Khamis lepas, aku dan Irfan berpeluang menghadiri majlis rumah terbuka anjuran JLand Group yang merupakan parent company bagi client kami, Metro Parking (M) Sdn Bhd.
Macam biasalah, jumpa muka sama je. Kalau ada 10 open house, 10 kali lah jugak berjumpa usual suspects ni. Haha
Kami sampai dalam jam 4 petang, memang ramai jugak tetamu hari tu..:-)
Dalam jam 7.30 petang, kami berdua bergerak pulang. Seperti yang dirancang, aku hantar brader ni balik ke rumah mertua dia di Setapak.
Sempat lagi singgah dinner di Dapur Sarawak. Bukan apa, tak berapa kenyang sangat malam tu. Kebetulan brader ada nak menyembang pasal kerja, mula-mula minum je pastu order Mee Kolok Goreng sepinggan. Haha
Balik rumah dalam jam 8.30 malam, dan sampai Sungai Buaya sekitar pukul 9.30. Jalan tak jem pun, aku dok menyinggah R&R nak solat dulu. Karang sampai rumah terlelap pulak..:-)
Hari Sabtu, wife dan anak-anak ikut ayah attend majlis kahwin di Taman Mawarsari. Aku tak dapat nak join since ada urgent meeting pulak hari tu.
Haha, budak sorang ni. Betul-betul kenyang sampai menyandar kat tangga tu..:-p
Malam pulak lepas Isyak, aku dan family berkesempatan join sambutan majlis Hari Raya Aidilfitri anjuran KRT Taman Mawarsari, iaitu kawasan perumahan aku di Bandar Sungai Buaya. Majlis berlangsung di Jalan 6, iaitu di lorong kediaman Tuan Pengerusi kami, Tn Megat.
Ramai jugak yang attend hari tu. memang ramai muka-muka baru yang aku tak kenal. Tapi kalau otai-otai, yang tu memang aku familiar lah.
Wife aku memang suka bab makan-makan ni, tapi body tetap maintain. Yang aku ni kalau terlebih makan, so lemak pun terlebih. Haha
Bayangkan aku duduk Mawarsari ni dari umur Darjah 2 time family kami pindah tahun 2000, sekarang ni tahun 2023 anak dah dua orang. Huhu. 23 years! Lama tu.
Ayah pun join jugak, takkan lah tak join. Antara penduduk awal Mawarsari ni..:-)
Main menu malam tu ialah Kambing Golek, ada juga makanan tradisi such as Lemang, Ketupat, Nasi Impit serta beberapa jenis juadah lagi.
Pulun nak tengok kucing bawah meja. Haha
Dalam jam 10 malam, kami bergerak pulang meninggalkan majlis. Jalan kaki je, event kat Jalan 6, rumah aku dan ayah pulak kat Jalan 4. Tak yah susah-susah bawak kereta nak cari parking.

Dengan entri ni, maka tamatlah Diari Syawal aku untuk tahun 2023 ni. Okaylah, nak tidur ni. Esok aku nak kena gerak awal, since ada data training kat Bangsar. Anyway congratulation in advance kepada Manchester City diatas kejayaan menjadi juara EPL tahun 2022-2023 ni. For my team, let's target the third place now. Dua game je lagi.

Friday, May 19, 2023

Kisah AKU n TNG Group Raya Open House @ MITEC

Assalamualaikum,

Awal bangun? Tengah tengok bola sekarang ni, tu yang rasa terpanggil untuk update blog jugak. Minggu ni memang minggu open house, berderet dapat invitation from clientele yang ada. Tapi cuma dapat attend dua je. Baiklah, pagi ni aku nak update cerita open house Raya TNG pulak. Asyik datang open house je, haa la ni aku pulak yang jadi hos.

Seawal jam 9.30 pagi lagi aku dah sampai di venue event. Macam biasa lesson learned from kes kat IOI, kena snap gambar tiang parking. Haha. Tapi kali ni memang park betul-betul depan lif.
Lobi MITEC dipenuhi backdrop digital open house TNG. Dalam pukul 10 pagi, ada briefing from Lead Commitee, seperti yang dijangka tugas kami from BD team hari tu ialah melayan tetamu lah. Huhu
Event start jam 11, so aku meluangkan masa meronda hall dulu. Sebagai hos kenalah tau apa stall yang ada, senang kalau client tanya..:-)
Dekat depan hall ada booth partner for guest untuk mini shopping..:-)
Hall ready untuk menerima jemputan-jemputan kami yang terdiri daripada client from Expressway, Parking, Transit, Retail dan lain-lain business.
Menunggu ketibaan top management dan juga ahli lembaga pengarah TNGSB dan juga CIMB Group.
Sekitar jam 11pagi, our parking client dah start datang dengan ketibaan delegasi from Wei Long dan Sysmantech. Muka sama jumpa kat KLCC hari tu. Haha
Jam 12 tengah hari dewan dah start dipenuhi dengan tetamu dari pelbagai sektor.
Sempatlah meronda booths kat depan ni. Ada pameran dan jualan oleh CSR partner kami.
Berehat sebentar with rakan sekerja from TNG Digital, Hazwan dan Jon.
Time rancak melayan Mr Edwin, Zaaba share gambar ni. Haha
Terima kasih team Quatriz System sudi datang rumah terbuka kami. Banyak staf-staf baru sekarang, biasalah tu adat bekerja yang patah tumbuh, yang hilang berganti. Cewahh, Melayu sangat. Bhahaha
Bersama Zaaba dan Saukani. 
Untuk hari tu kami buat dua session, pagi dan petang since Expressway punya client memang ramai so diorang mostly datang session PM. Time ni lah aku dah start melayan kenalan dekat Expressway pulak yang hadir from konsesi-konsesi yang pernah berhubung dengan aku dulu such as PROLINTAS, LITRAK, KESAS, PLUS dan of course my ex-parent company, MTD Group. Huhu
Bersama bos lama, En Nizam dan juga En Hasbullah, client lama aku from Delloyd Industries. Yang sebelah aku tu rakan sekuliah di UiTM dulu, Farhan yang sekarang berkhidmat di Lembaga Lebuhraya Malaysia. 
Pukul 4 petang barulah aku sempat nak menjamah juadah yang ada. Bayangkan from jam 10 pagi tak sempat makan apa. Minum pun segelas air je. So memang penuh lah pinggan hari tu..:-p
Bergambar bersama Irfan dan Razif. FYI, starting 1st June nanti unit kami akan bergabung under one department CET - Parking & Transit headed by bos baru. So, ni gambar team lah, cuma hari tu Lina takde sebab dia balik awal.
Dalam jam 5.30 petang, aku dan Irfan cabut dulu. Tengok tetamu pun dah start berkurang and of course our client pun if tengok checklist semua dah balik. So, we've done our part, bab packing ni kita serahkan ke committee lah ye. Huhu
Petang tu aku hantar si Irfan ni balik rumah mertua dia kat area Setapak. Jem sikit nak kesana, tapi aku nak balik Rawang clear jugak. Dalam jam 7 petang dah sampai R&R Rawang, ingat nak terus balik tapi stop sana jap check email dulu if ada apa-apa urgent works yang aku overlook. Lepas Maghrib baru lah aku gerak balik rumah.

To wrap entri pagi ni, terima kasih yang tak terhingga kepada pengurusan dan juga rakan sekerja yang bersama-sama terlibat untuk menjayakan open house Raya TNG Group ni. Semoga event ni akan kekal jadi event tahunan supaya dapat terus menjadi medium untuk mengeratkan silaturrahim diantara TNG dan juga klien dan business partner kami.

P/S: Okay Newcastle menang lawan Brighton 4-1. One more game to win, and we will be in UCL yaw!!