Saturday, March 28, 2015

Kisah AKU n Rafiq's Wedding

Assalamualaikum,
Petang tadi aku menghadiri majlis perkahwinan sepupu aku, Rafiq. Bertempat di Dewan Awam Bukit Sentosa, Rawang. Dia merupakan sepupu pertama belah ayah aku yang selamat disatukan bersama pasangan pilihannya. So, since ni yang first, agak excited jugak nak hadir sekali.
Yang pergi tadi mak ayah, along dan juga aku. Faris tak dapat nak join sebab ada program kat Matrik Gopeng tu..memanjang aje ada programnya budak ni. :-p
Tak join pun berarak, jadi jurugambar tak bertauliah sepanjang majlis tadi..:-)
Ketibaan masuk Raja Sehari ke dalam Dewan.
Eh, macam kenal je? Sempat lagi buat pandang kamera tu..haha
Sedikit suasana ketika majlis sedang berlangsung. Ramai jugak lah yang datang tadi, mungkin ramai kawan kot si Rafiq ni. Aku nanti tak tahu lah, kawan pun tak ramai..:-)
Dengar-dengar Insya Allah akhir tahun ni, my sis akan bertunang dengan Mr. S.. Semoga dipermudahkan. Amin
Pengantin bersanding diatas pelamin yang bertemakan biru putih. Macam kaler company aku pulak tadi..huhu
Buat rakan-rakan berbangsa bukan Melayu, ni namanya makan beradab.
Tuan dengan Puan bila lagi nak sambut menantu ni?
Orang kata tang interview lah paling segan bila majlis kahwin ni. Lagi-lagi dapat emcee yang tanya soalan gila-gila..huu
Apa saja lah disembangnya?
Dalam pukul 3 kami berangkat meninggalkan dewan, followed by other families from belah lelaki.
Menutup entri petang ni, tahniah kepada Rafiq dan pasangannya, Nabilah. Semoga rumah tangga korang bertahan sampai ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah, dan juga dimurahkan rezeki. Amin, Insya Allah. 

P/S: Sempat cakap tadi kat Rafiq: "Ready tonight bro?" Lol..haha

Wednesday, March 25, 2015

Kisah AKU n Precast Concrete Conference 2015

Assalamualaikum,
Malam ni nak share sikit tentang pengalaman aku monitor satu event yang dianjurkan oleh Trueventus ni - Precast Concrete Conference 2015 bertempat di Ritz Carlton, Kuala Lumpur.
Sedikit pengenalan tentang PCC 2015 ni membawa lebih 15 speakers from all over the continent untuk membentangkan strategi, isu-isu dan juga white paper berkenaan dengan  precast concrete, ranging from cost cutting measures, time saving approach, logistic coordination dan sebagainya. 
Yang pelik gila, event Precast ni aku tak pernah jual pun. Before the current event CFO Indonesia, aku jual Industrial Estates & Business Parks je. Tapi semalam, Big Boss personally pick aku and Abdul untuk jadi representatives from BD Team untuk monitor kelancaran this event. Thanks John!
Ni Abdul, one of my colleague yang dipilih oleh John jugak untuk mewakili BD Team untuk conference PCC 2015.
Takde buat apa pun tadi. Cuma jalan-jalan kat area Ballroom tu and jadi LO untuk delegates-delegates yang hadir. 
So far untuk event-event yang kami organized memang tak pernah failed, at least 60 delegates mesti confirmed. Macam event tadi pun rasanya mencecah 75 delegates jugak..:-)
Dapat lah tengok macam mana orang-orang besar ni berdiskus mengenai subject matter yang dibawa. Memang totally impressed, dari segi cara mereka bercakap, gelak dan even minum pun..huu. Memang aku agak observant sikit tadi..:-)
Ritz Carlton ni memang port biasa company ni kalau buat event kat Malaysia, kadang-kadang mungkin switch ke Pullman or Marriot.
Haha, dengan sign "Restroom" pun nak bergambar..pelik betul bos aku ni..:-p
Memang terbaik betul rasanya dapat diberi peluang untuk merasai sendiri pengalaman memantau conference ni. Backthen, time berkhidmat dalam SMF and SASEA selalu formulate, plan, execute bersepah-sepah program, cuma time dah jadi pekerja, this is my first experience yang aku ada..-)
Dalam pukul 12 kami bergerak meninggalkan Ritz Carlton dan menuju ke Plaza Sentral. Still ada tugas yang lagi penting untuk dibuat untuk next event, CFO Indonesia ni..
Buat mana-mana HR personnel yang ada terbaca blog ni, kalau nak request our Training Calendar for 2015, please don't hesitate to contact me ya..-)
After lunch je terus hit the phone..haha

P/S: Risau pulak event CFO ni, belum ada rezeki rasanya. Insya Allah, semoga dipermudahkan. Amin

Sunday, March 22, 2015

Kisah AKU n Mini Reunion Brotherhood UiTM 2015

Assalamualaikum,

Petang ni nak update tentang aktiviti yang baru je aku buat tadi bersama-sama rakan seperjuangan rapat aku ketika menuntut di UiTM dulu or known as Brotherhood UiTM.
Hari ni aku, Joe, Pok Jad dan Helmy meluangkan masa kami berempat dengan melepak kat some places kat Shah Alam, tempat kami bertapa selama 4 tahun. Kebetulan family aku nak attend wedding kat Sungai Buloh so, ayah drop aku kat Shah Alam before meet up dengan diorang ni kat sana.
Haa, ni lah 3 orang terdekat yang aku ada time belajar dulu. Dengan diorang ni lah aku study, bersukan, makan, konvoi motor, mandi sungai, tutor, buat research dan banyak lagi. Tak percaya, sila lah kselongkat entri zaman aku jadi student dulu, then please judge brotherhood kami, okay?
Destinasi kami yang pertama ialah Setia City Mall, tak buat apa pun kat sini. Berjalan sambil bersembang, plus memerhati gelagat manusia kat sini.
Our next stop ialah Plaza Alam Sentral. Ni lah tempat legend yang selalu kami "ziarah" time belajar dulu. Habis je kelas malam, lepak sini. Tengah stress, lepak sini. Habis exam paper, lepak sini. 
Karok sejam je tadi atas kekangan masa. Dapat lah sorang 3 lagu, kat Alam Sentral ni walaupun audio tak sedap, tapi lagu-lagu banyak yang update..:;-)
Of course, bila berkarok tadi rasa mengimbau zaman lalu..haha. Alhamdulillah, graduan-graduan UiTM ni semua dah berkerjaya. Pok Jad dalam bidang Administration, Joe pulak OSHA, si Helmy pulak Compliance dan aku sendiri dalam Consultancy.
Lepas makan KFC, kami pergi main PES kat kedai game dalam Alam Sentral tu. Ini pun aktiviti wajib sepanjang bergelar siswa UiTM. Sememangnya siswa dan PES tak boleh dipisahkan, even waktu dah habis belajar pun.

Dalam pukul 4, kami pun berpecah mengikut hala tuju masing-masing. Buat masa terdekat ni belum ada plan lagi nak buat mini reunion macam ni, but some day maybe Insya Allah. Amin.

P/S: Teringin nak satukan Brotherhood SMKBSB dan juga Brotherhood UiTM ni..:-)

Saturday, March 14, 2015

Kisah AKU n "Ferdi Yani"

Assalamualaikum,

Seperti yang korang ada terbaca dalam past entries, currently aku berada didalam team CFO Indonesia 2015 untuk event terbaru company kami. As one of member dalam Delegate Acquisition Team adalah menjadi tanggungjawab aku untuk bring as many delegates untuk event yang bakal berlangsung kat Jakarta ni.
Since event ni pun kat Indonesia, kami diminta oleh Big Boss, John untuk fokus kat negara Republik tu instead off focusing our attention kat cheeky Malaysian, as well as boastful Singaporean and of course cheap-skate Thais..haha, no offence ni based on experience. 
So, Februari ni memang aktiviti LinkedIn aku agak aktif, 1/4 dari total connections yang aku ada datangnya dari Indonesia, dan trend ni nampaknya akan berlanjutan sampailah bulan May nanti.
Tricks untuk make friend dengan diorang - jaga manner, if possible try communicate dalam Bahasa Indonesia dan minimize kan penggunaan English, and jangan lupa puji Indonesia..huhu. Nasib baiklah aku dulu student ASEAN, so ada strong background jugak pasal Republik ni. Dengan fakta yang ada lah aku gunakan as a tools to "omong kosong" dengan diorang ni. -)
Haha, itu lah alias aku bila berhubung dengan mereka-mereka ni - Ferdi Yani. Yang bestnya bila dah berkawan, diorang dengar je suara aku terus sebut, "Ini Mas Ferdi ya..", "Ya Pak Ferdi, udah makan siang?"..haha, keren banget nih.. -p
Makin aku belajar pasal Indonesia ni, bertambah jatuh cinta kat negara diorang. Sejarah nya dengan tangis dan darah, Indonesia Raya emang bisa buat jiwa merinding, filem epik nya pula bagus sekali, sampai langsung ke hati.

P/S: No wonder lah rasa macam ada chemistry between aku dan Indonesia ni. Family belah mak asalnya dari Acheh dan suku Bangkahulu, belah ayah pulak from Kepulauan Bangka. Is in the blood!

Sunday, March 8, 2015

Kisah AKU n Lepak Malam

Assalamualaikum,

Awal Mac ni macam -macam jadi kat office aku..haha, malas gua nak cerita. Tapi yang paling jelas, sorang lagi my bestfriend kat sini, Syafiq dah pun resigned for a better job opportunity. Good luck bro kat sana, ada masa nanti kita jumpa lagi. Untuk event baru ni belum nampak respond yang memberangsangkan dari Indonesia, but the progress is still moving but at slow pace.
Apa-apapun hari ni bukan nak cerita pasal progress projek Indonesia tu, tapi nak cerita macam mana aku overcome stress level yang meningkat saban hari ni. Hari minggu, bagi workforce macam aku ni memang ditunggu-tunggu. Macam-macam benda boleh buat sepanjang dua hari tu. Betul tak?
Tak dinafikan dengan berkarok bersama brotherhood Sungai Buaya merupakan salah satu terapi terbaik yang aku ada. Diorang ni memang setiap minggu available kalau nak ajak lepak, minum-minum, cuci mata, etc.
Gaji tak masuk lagi pun boleh nak keluar lepak, haha. Komitmen takde lagi beb, so memang ada savings dari bulan-bulan yang lepas untuk cover entertainment cost aku ni..haha
Plan hari tu nak karok 3 jam, tapi sampai Rawang pun pukul 10, memang tak sempatlah. 2 jam pun jadi lah, tu pun rasa lama semacam je.
Dapat bilik hujung lagi, dulu ada jugak tong sampah buat jadi meja dalam bilik ni. Semalam tong sampah pun takde..haha.
Dah kenapa ni? Nyanyi ke berjoget?
Around 12 kami chow and singgah Dhurbar dulu untuk sesi berkongsi cerita untuk minggu ni. Dah macam progress report pulak ada laporan mingguan..haha. Bukan apa, nak jugak tau cerita-cerita kat ofis orang lain, asyik mendengar cerita pasal ofis sendiri je..:-)

P/S: Kalau korang perasan, trend aku update blog sekarang satu minggu satu entri, kalau lebih pun mungkin satu dua je..haha, jadi lah dari tak update langsung.