Assalamualaikum,
Okaylah, takde masa nak bermukadimah panjang. Entri ni didedikasikan kepada taxpayer, yakni golongan pembayar cukai di Malaysia ni. Eh, dah kenapa tiba-tiba ni bro??
Khamis lepas, after menunaikan solat Asar sekitar jam 6 petang. Aku memerhati MRR2 dari Level 4 MTD Tower ni. Punya lah sesak beb, confirm melarat sampai Sungai Buloh. Tetiba je tergerak hati nak melawat bro Afiq kat yang bekerja kat sana. Maklumlah, sekarang ni aku pun dah tak pergi balik dengan ayah. So bolehlah merayau lepas kerja. Haha
Aku keluar ofis dalam pukul 7 petang, dan tiba di Domino's Sungai Buloh ni kira-kira jam 7.30. Kalau korang nak tau si Afiq tu bertugas sebagai AM di branch sini.
Since masa aku datang tu pun tak berapa busy, sempatlah kami bersembang sekejap. Niat hati nak datang singgah tunjuk muka je.
Dapat pulak member payung set personal pizza ni. Memang elok sangatlah, aku pun tak lunch hari tu. Huhu
Bersembang dengan Afiq tentang kerja dia. Memang penat katanya, sometimes masuk 9 pagi, pastu straight sampai closing pukul 12 malam. Tapi tu lah, ni jalan hidup yang dia pilih. Cakap pasal jalan hidup tu yang tak sengaja recalled satu heavy discussion diantara kami dan seorang kenalan minggu lepas. Kawan sekolah kami dulu, tapi before this memang tak pernah bertegur pun. Tiba-tiba je hari tu dia terserempak dengan kami dan join melepak. As far as we know, dia ni memang hardliner UMNO and pro-government supporter. So, nak dijadikan cerita kami bersembang mengenai topik suicide. This guy tanya kami apa punca utama bunuh diri - kami pun jawablah tekanan hidup. To be exact ekonomi. Melenting beb dia! Aku pun dengan selambanya jawab "Yelah. Nak bayar tol, minyak lagi. Makan minum. Aku yang bujang ni pun stress jugak..Haha". Tak puas hati, terus dia tanya soalan-soalan ni kat aku:
A: Kau kerja kat mana?
Aku: HQ kat Batu Caves. Kadang-kadang pergi office lain kat Bukit Jalil. Ada masa tu pergi site office. Kenapa?
A: Naik apa?
Aku: Naik kereta lah.
A: Naik lah motor, baru tak kena bayar minyak, tol semua. Cuba tengok orang Asli, elok je tak komplen. Ni semua macam mana kau manage the way of life.
Aku jadi stunned. First, kau tak tau nature kerja aku yang kena heret fail yang berlambak. Nak pergi site sana sini. Always in mobile-mode. Tiba-tiba kau datang nak lecture aku suruh aku tukar gaya hidup. Tapi aku remained silent sebab malas nak bertekak. Tapi yang point nombor dua tu, aku balas "Apasal kau compare orang yang bekerja kat bandar dengan orang Asli?"
Dia jawab - "Ye lah, diorang tahu nak absorb tekanan hidup. Bukan macam orang duduk bandar yang tau condemn kerajaan je. Kau tengok bila harga barang naik, diorang tanam cili, sayur semua.."
Time ni aku memang menyirap dah, memang nak kena ajar cai ni. "Okay fine, tanam cili sayur buat makan tu boleh diterima lagi. Tapi yang paling asas untuk kami yang bekerja kat bandar ni. Kau boleh buat minyak, boleh tanam pokok untuk reload Touch n Go?"
Dia reply balik "Itu aku cakap kau kena tukar the way of life. Bawak motor, tak pun jangan lalu jalan tol. Jimat sikit"
Time tu aku tergelak je sebab malas nak bertekak dengan orang yang ignorance macam ni. Memang dia tak menjawab soalan. Afiq yang lagi direct throw soalan "Bro, kau sekarang tengah belajar boleh lah sembang. Kau pernah kerja?" Sinis.
"Pernah, aku pernah kerja setahun sebelum aku buat Master!" Marah beb bro tu. Ye lah, macam kami perlekehkan dia lah which is true. Memang sekarang aku dan Afiq dah jointly masuk attacking mode. Setahun je. Huh. Memang lah tak rasa. Income tax pun tak habis record lagi. Senyap sekejap meja perbincangan kami.
Betul, aku teringat time menuntut di UiTM. Memang aku seorang staunch government supporter. Hardliner UMNO. Sebabnya? Time tu aku student. Aku tak merasa lagi azab bayar cukai jalan, cukai pendapatan, GST dan segala macam cukai lagi. Belum campur kos perjalanan pergi balik kerja, minyak tol. Harga barang asas yang meningkat. Tapi sekarang dah kerja, semuanya all-in datang sekali dan memang terasa tekanannya. Well, I'm proud to say how neutral I am when it comes to politic sekarang. Of course, aku tak berapa gemar how the ruling government managing the country dan at the same time, politik murahan yang dibawa opposition.
Perbincangan disambung, tapi kali ni aku bersembang dengan Afiq tentang plan aku nak beli rumah. Tiba-tiba si bro tu mencelah "Haa, tengok tu dengan gaji kau sekarang. Dah boleh bayar kereta, rumah. Apa yang kau nak lagi. Bersyukurlah sikit". Eh-eh budak ni, tiba-tiba je. Jawapan aku bagi agak padu jugak rasanya which ultimately end topik panas malam tu.
"Ye betul, aku bersyukur dengan nikmat rezeki lebih yang Allah bagi kat aku. Tapi, what about my fellow Malaysian yang tengah struggle dan juga suffering sekarang kat luar tu. Yang ada family dan bergelut nak adapt dengan keadaan ekonomi sekarang. If you want to rule the country, don't be selfish dan bersyukur sendiri. That's not how you run the government. Cuba recap balik apa Montesquieu cakap - Government is from the people and to the people. Apa yang BN cakap kalau tak suka, pergi tukar negara. That's one ignorant and show how scum the government sekarang ni. You guys buat Malaysia ni macam mak bapak korang yang punya and told people to leave kalau tak bersyukur. It's not us yang kena change our way of life, it's the government yang kena ubah cara how you manage the country. Sembang suruh kitorang tukar gaya hidup konon, suruh pak menteri tu yang berubah sikit. Pergi kerja pagi-pagi hadap trafik jem, bayar tol, no escort. Baru kau boleh sembang nak suruh kami ni ikut.."
Then this guy terus balik and left us. Well, mungkin dia ingat aku ni still government supporter macam dulu kot. Hell wrong bro! Haha. So itu lah guys, kepada fellow Malaysian yakni pembayar cukai semua. Kita ni semua ada sumbangan kepada kerajaan melalui cukai yang kita bayar hampir setiap hari tu. Tapi apa yang kita dapat in return? Harga minyak yang turun naik, subsidi barang asas yang ditarik, jalan bertol yang semakin bertambah dll. And now the government through its chain of cais asking us to change our way of life in order to adapt this worsening economic situation. Gua tak kisah kau nak buat comparative studies bro, tapi orang bandar dan orang Asli?? That's way too uneducated comparison bro. Haha
P/S: Newcastle kalah semalam dengan Sheffield Wednesday. Kena pintas dengan Brighton lah pulak. 5 more games to go!