This is not good. Update entry dua minggu sekali. Ketahian apakah ni? Huu. Ceritanya ada je, tapi tu lah, tetiba pulak rasa malas nak menaip. Sudahnya bertangguh lah sampai kehari ni. Okaylah, update cerita minggu ni jelah, yang lepas tu dah basi. So, kita lupakan je. Hari ni pun entri cincai jugak..:-p
Isnin lepas aku menjejakkan kaki buat pertama kali ke Menara MTD ni sejak Oktober 2018. Lama dah tu, pejam celik dah empat bulan aku meninggalkan bangunan yang menjadi pejabat aku ketika berkhidmat dalam BD Department ni.
Masuk je Level 4 tengok workstation aku dah pun diambil orang. Haha. Rupa-rupanya meja aku ni dah jadi port FC Supervisor, Afiq dan Fatan..:-)
Isnin tu memang aku melepak buat kerja kat sini je. Pagi ada meeting dengan HCD. Petang pulak aku buat preparation ORT untuk dua lagi FC yang akan kami buka.
Dah empat bulan aku tak bernarsis kat cermin toilet ni. Haha
Terkenang lagi pemandangan harian aku ni. Dulu setiap petang sebelum balik mesti tengok trafik dari sini dulu. Kalau atas tu jem, memang lalu DUKE lah gamaknya. Good old time..:-)
Haa, sini pun jadi port selfie jugak dulu. Barang apa tu bro? Ni antara barang-barang penting untuk ORT kami dengan Touch 'n Go.
Tak sangka kerja satu company dengan brader ni. Haha. Macam mimpi je..:-p
Selasa ada ORT. Aku jaga Bangi, while Afiq ke Wangsa Maju. Alhamdulillah, dua-dua center passed the testing dan ready dibuka untuk public yang semestinya tak sabar nak pasang RFID ni kan..:-)
After ORT kami bertiga pekena lunch padu dekat Salai Mastar, Sungai Ramal Dalam.
Memang terbaik lah main course kami petang tu. Itik Salai, pastu ada Daging Salai Masak Lemak Cili Api. Recommended untuk datang lagi. Tengoklah kot nak datang melawat budak-budak kat Bangi tu boleh lah menyinggah..:-)
Hari Jumaat macam biasalah aku tidur office, malam tu sesi badminton canceled sebab tak ramai orang nak main. Sudahnya aku, Afiq dengan Ajim main kat dalam office je. Lama jugak main hari tu, nak dekat sejam setengah jugak. Dapatlah keluar peluh sikit, lepas tu sambung ngeteh sampai jam 1 pagi dekat Madina Esplanade.That's the wrap untuk entri hambar aku minggu ni. Okaylah nak bersiap je, mem ajak keluar beli barang dapur. Karang takde pulak breakfast aku minggu depan. Haha
P/S: Tak sangka boleh main GTA V dalam PC aku ni..:-p