Saturday, November 27, 2021

Kisah AKU n Happy Birthday 2021

 Assalamualaikum,

Alah, lambat sehari hari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2021 ialah hari ulangtahun aku yang ke 29. Haha, setahun lagi nak 3-Series ni. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri dan anak (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by Along (8.00 pagi), mak (9.45 pagi), adik (1.00 petang) dan ayah sekitar jam 2.30 petang. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje, Penyet Deq serta beberapa orang rakan di FB dan LinkedIn.
Tahun ni ada jugak e-wish dari Touch 'n Go via Teams via Staff Bulletin 
Unlike tahun lepas dimana kita masih dalam MCO, tahun ni kami berpeluang celebrate di Setia City Mall. Kami gerak dari Rawang around jam 11 pagi, sebab aku terlewat bangun since malam tu kerja sampai jam 1.30 pagi nak mengupdate dashboard dan masterlist. Bukan apa, tak nak diganggu je hujung minggu. That's all.
Aktiviti pertama kami ialah disini. Ya betul, wife kata nak karok ajak Fariq boleh. Tapi make sure tempat properlah - tak berbau (rokok or hancing), audio tak barai and most importantly bilik cantik. Since kat Rawang semua tak menepati requirement, tu yang sampai ke Setia City . Semata-mata nak karok. Haha
Pergh bila masuk, ada rasa seram-seram sejuk sikit. Maklumlah, last berkarok time New Year hari tu dengan Syazwan kat Port Dickson.
Pilih lagu, bila lama tak masuk bilik karok ni. Jadi janggal pulak. Haha
Okay guys, let's have fun!
Penonton setia petang tadi.
Kasi dimmed sikit lampu, baru boleh amik feel. Terkejut Fariq tengok lampu disco tu. Huhu
Kuat berjoget budak ni, asal dengar muzik je mulalah bergoyang badan dia. Hihi
Selfie bersama isteri tercinta before menamatkan sesi satu jam disini..:-)
Okay, nak pergi mana pulak ni?
Kali ni bagi Fariq pulak enjoy. Dimana lagi kalau bukan di Molly Fantasy.
Tapi banyak main arked je tadi sebab Fariq tak nak masuk playing area tu. Takpelah, nak buat camna. Nak paksa pun tak guna. Huhu
Amboi, sakan hang gelak noo~
Tak pandang kamera langsung tu, fokus ride kuda.:-P
Cam biasalah kena mainkan machine Ultraman ni. Haha. Dapat collect card.
Naik kuda, tak habis lagi dah mata pandang benda lain pulak. Haa
Masuk bot ni. Nasib baiklah aku baru topup card Kidzoona ni. Main je lah Fariq apa yang nak..:-)
Dah nak naik skuter pulak, aku rasa datang arked ni memang ready habis RM30 jugak, tak termasuk main kat playing area tu.
Pandai buat peace dah time ambil gambar. Good boy.
Okay nak pergi mana pulak ni Fariq? Jom makan lah, perut dah berbunyi ni. 
Sekali boleh ternampak pulak area ni, yang kebetulan terletak di corner lot betul-betul depan eskalator. Seperti biasa, budak-budak excited lah dok tengok. Sudahnya another RM20 well spent to my beloved son ni. Tapi yang bagusnya no time limit, siap boleh keluar then masuk balik lagi.
Apa lagi memang menyambung main lagi lah. Huhu

Tapi untuk kami yang parent ni pun ada rahmatnya jugak, dapat lepak santai-santai kat sini. Aircond pun sedap. Haha. Siap boleh lunjur kaki lagi sambil tengok sikecik tu main.
Kat sini lagi berganda-ganda ceria, maybe sebab area luas boleh berlari-lari.
Sampailah around jam 2.30 petang, Fariq macam senyap je dalam rumah ni. Rupa-rupanya dah nak tidur, dah penat lah tu. Haha. Oit tunggu, kita ni belum lunch lagi.
Terus dukung bawak keluar, on the way nak mencari port makan budak ni dah tertidur. Tadi kami late lunch di Santan. FYI, ni merupakan restoran yang berkonsepkan makanan yang ada dalam in-flight meal penerbangan Air Asia. Untuk sesiapa yang kaki travel mesti korang familiar dengan Nasi Lemak Pak Nasser kan? Ya dekat sini you can get a variety of that meal ranging from beef, chicken, squid etc. 
Haha, tidur pun muka nak mengamuk dia ni..:-p
Time Nasi Lemak sampai terus terbangun. Memang funnyboy betul lah anak aku sorang ni. Elok je celik mata time waiter tu serve kami.
Memang terbaik. Aku personally bukanlah seorang avid traveler menggunakan kapal terbang, tapi adalah jugak a few occasion such as time ke Korea, Indonesia dan Thailand dulu. Memang ingat lagi time nak ke Krabi, lagi 20min nak landing baru sampai Nasi Lemak aku dengan Syah. Mengelupur makan since dah nak landing. Siot je. 
Jam 4.30 petang, kami pun ready untuk bergerak pulang. On the way ke parking, sempat pulak nak tengok air kat sini. Nak mandi katanya. Huhu. Okaylah esok kita bukak pool ye.
Dah jom balik, karang jem pulak. Hari pun cam nak hujan ni.
Ramalanku benar belaka. Memang hujan sepanjang jalan, all the way from Setia Alam tu depan pintu rumah kami. Sampai around jam 6 petang since ada a few accidents. Solat Asar then semuanya tertidur sampailah jam 7 petang. Penat sangat tu, besar betul SCM ni. 

So, 29. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun kedua di Touch 'n Go dan aku sekarang berkhidmat di department yang lain. Bukan Expressway dah, tapi di Parking. Kalau tahun ni kena transfer ke Transit, cukup tiga business verticals aku dah masuk kat dalam company ni or mungkin ada lagi ke next year? Sama-samalah kita tengok. Myvinium Falcon pun dah 7 tahun dengan aku. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama Ija dan Fariq. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

Thursday, November 25, 2021

Kisah AKU n Jogging Time

Assalamualaikum,

Lewat sikit update minggu ni, tuan empunya blog ni tak berapa sihat sejak dua hari lepas. Tapi don't worry, dah buat dua kali swab test, alhamdulillah negative. Baiklah, nak update sikit pasal aktiviti riadah yang memang lama sangat aku tak buat sejak hampir dua tahun yang lepas - Jogging.
Ya, betul riadah yang senang je sebenarnya. Tapi memang malas nak buat, ditambah pulak dengan kasut yang dah rabak. Baru-baru ni aku ada beli lah kasut baru, dengan harapan boleh lah setia minggu beriadah.
Warm-up dulu to avoid any cramp incident. Sekitar jam 8 pagi, aku pun memulakan larian pertama. Last aku berjogging time dengan budak-budak Quatriz dulu. Kitorang jog sekitar TPM.
Tapi kali ni aku pilih route simple je, iaitu dikawasan perumahan aku di Presint 14 Mawarsari. Mengikut perkiraan, satu complete cycle taman ni around 1km. So, hari tu aku plan nak buat 5 pusingan iaitu 5km.
Tapi yang mampu hanya lah 4km sahaja. Pancit bhai. Buat pulak memang ada elevation dekat area Jalan 4B tu. Tapi amazingly aku berjaya habiskan 4km dalam masa 35min. Kira around 8min per KM. Not bad lah kan untuk yang nak baru start ni.
Cool down memang penting after exercise to avoid injury. Sempat lah bergambar lepas menamatkan my successful Jogging session. Tunjuk kat ayah timer, dia kata ni bukan berjogging dah macam berlari. Huu

Ooh pasal timer tu, aku download app Adidas Running ni. Memang cool! 
Malam Ahad pulak dikejutkan dengan news from taska Fariq, ada satu kes Covid-19 melibatkan bapa seorang anak jagaan. Kebetulan ada kat Sentosa time tu, memang terus menyinggah Mediviron buat test untuk satu family. Alhamdulillah, semuanya tested negative. Cuma Selasa tu aku pulak yang tumbang, mula-mula risau jugak sebab macam ada simptom - demam, sakit tekak, hidung berair. Bila check pun masih negatif, cuma sekarang ni aku tak berapa fit lagi nak kepejabat. Sebab kekadang tu mata cam nampak dua. Huhu
Bukan main seronok budak kecik ni tak pergi school seminggu. Haha

Tu je lah cerita malam ni, simple je kan. Haha. Sekali sekala up story pasal bersenam. Asyik cerita travel, balik kampung, kerja, makan je. Minggu ni kalau takde halangan plan nak repeat lagi.

Tuesday, November 16, 2021

Kisah AKU n Family Vacation @ Cherating - Day 3

Assalamualaikum,

Okay, ni merupakan entri terakhir bagi my family vacation di Cherating. Seawal jam 8 pagi lagi ayah dah ketuk pintu. Katanya swimming pool kosong lagi, memang perfect nak bawak the kids berendam dalam tu
Ketibaan Tuan Fariq, bersama pelampung kataknya. Haha
Memang tak ramai orang pagi semalam. Cuaca pun baik je.
Sampai pool, dua orang ni dah sampai dulu. Mikhail memang suka mandi kolam.
Okay Fariq, cepat get ready. Ni pun takut jugak ke?
Haha, model majalah Mangga..:-p
Amboi, garangnya muka Mikhail tu. 
Sambung breakfast dulu. Ada-ada je sikecik ni.

Terjun balik. Haha
Naik bilik dalam pukul 9.30 pagi since kami plan nak keluar awal. Check out sekitar jam 11 pagi, pulun nak tekan loceng tu..:-)
Final activity di Cherating - shopping di Agrobazaar Cherating yang menempatkan hasil-hasil laut seperti keropok ikan, losong dan sebagainya.
Dan sekali lagi, kaum wanita lah yang do the shopping while the jantan..
Sabar menunggu diluar, maklumlah duit belanja dah bagi. Ayah lagi sempoi tunggu dalam kereta with cucu-cucu. Haha
Apahal tu? Gaduh ke. Haha. Takdelah, ni dekat Lay-by Kuantan. Mula-mula ingat nak lunch kat sini sebab Syazwan nak balik rumah parent dia di Segamat, so dia plan nak keluar melalui Gambang. Sekali kat sini takde tempat makan pulak. Sudahnya semua sepakat exit kat Gambang for lunch. Ni time tengah berbincang lah tu.
Makan di Restoran Hijau @ Gambang. Ni yang paling dekat dengan plaza tol. Huhu
Dapatlah jugak merasa makan Ikan Patin Tempoyak, walaupun bukan kat Temerloh. Tapi kat Pahang ni kat mana-mana pun ada lauk ni, maybe makanan rasmi negeri Pahang kot. Tapi memang marvelous Patin Sungai yang aku makan ni. Terbaik!
2pm - Another 300km journey back to Bandar Sungai Buaya. Ni time dalam Terowong Genting Sempah, teringat time kerja MTD dulu. LPT ni memang selalu jugak aku buat site visit - upgrade CCTV, VMS, PABX dan of course toll enhancement yang merangkumi our RFID dan POC MLFF. Good old time..:-)
Alhamdulillah, selamat sampai Sungai Buaya around jam 4.30 petang. Balik rumah terus on laptop untuk tengok kerja pending from email yang berlambak. Apa boleh buat, dah lone ranger kan..:-p
Pukul 7.30 petang, aku pun dah settle tengok kerja-kerja pending. Terus get ready untuk dinner dan juga restock barang Fariq untuk minggu ni.
Haha. dia boleh nampak pulak mainan depan ni. Melalak nak naik, nasib baik dah malam orang pun tak ramai. Bagi main dua tiga round before had our dinner at Dek Non Cafe to end my hectic day.

That's the end of my vacation with beloved family members di Cherating. A very simple yet memorable trip we had together. Hopefully more trip to come in near future. Thank you very much juga bagi pihak EryaSuria Cherating untuk layanan tip top sepanjang kami menginap disini, dan juga kepada local yang ramah dan baik hati. Semoga bertemu lagi dikemudian hari.