Assalamualaikum,
Alah, lambat sehari hari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini. Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2021 ialah hari ulangtahun aku yang ke 29. Haha, setahun lagi nak 3-Series ni. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri dan anak (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by Along (8.00 pagi), mak (9.45 pagi), adik (1.00 petang) dan ayah sekitar jam 2.30 petang. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje, Penyet Deq serta beberapa orang rakan di FB dan LinkedIn.
Tahun ni ada jugak e-wish dari Touch 'n Go via Teams via Staff Bulletin
Unlike tahun lepas dimana kita masih dalam MCO, tahun ni kami berpeluang celebrate di Setia City Mall. Kami gerak dari Rawang around jam 11 pagi, sebab aku terlewat bangun since malam tu kerja sampai jam 1.30 pagi nak mengupdate dashboard dan masterlist. Bukan apa, tak nak diganggu je hujung minggu. That's all.
Aktiviti pertama kami ialah disini. Ya betul, wife kata nak karok ajak Fariq boleh. Tapi make sure tempat properlah - tak berbau (rokok or hancing), audio tak barai and most importantly bilik cantik. Since kat Rawang semua tak menepati requirement, tu yang sampai ke Setia City . Semata-mata nak karok. Haha
Pergh bila masuk, ada rasa seram-seram sejuk sikit. Maklumlah, last berkarok time New Year hari tu dengan Syazwan kat Port Dickson.
Pilih lagu, bila lama tak masuk bilik karok ni. Jadi janggal pulak. HahaOkay guys, let's have fun!
Penonton setia petang tadi.
Kasi dimmed sikit lampu, baru boleh amik feel. Terkejut Fariq tengok lampu disco tu. Huhu
Kuat berjoget budak ni, asal dengar muzik je mulalah bergoyang badan dia. Hihi
Selfie bersama isteri tercinta before menamatkan sesi satu jam disini..:-)
Okay, nak pergi mana pulak ni?
Kali ni bagi Fariq pulak enjoy. Dimana lagi kalau bukan di Molly Fantasy.
Tapi banyak main arked je tadi sebab Fariq tak nak masuk playing area tu. Takpelah, nak buat camna. Nak paksa pun tak guna. Huhu
Amboi, sakan hang gelak noo~
Tak pandang kamera langsung tu, fokus ride kuda.:-P
Cam biasalah kena mainkan machine Ultraman ni. Haha. Dapat collect card.
Naik kuda, tak habis lagi dah mata pandang benda lain pulak. Haa
Masuk bot ni. Nasib baiklah aku baru topup card Kidzoona ni. Main je lah Fariq apa yang nak..:-)
Dah nak naik skuter pulak, aku rasa datang arked ni memang ready habis RM30 jugak, tak termasuk main kat playing area tu.
Pandai buat peace dah time ambil gambar. Good boy.
Okay nak pergi mana pulak ni Fariq? Jom makan lah, perut dah berbunyi ni.
Sekali boleh ternampak pulak area ni, yang kebetulan terletak di corner lot betul-betul depan eskalator. Seperti biasa, budak-budak excited lah dok tengok. Sudahnya another RM20 well spent to my beloved son ni. Tapi yang bagusnya no time limit, siap boleh keluar then masuk balik lagi.
Apa lagi memang menyambung main lagi lah. Huhu
Sampailah around jam 2.30 petang, Fariq macam senyap je dalam rumah ni. Rupa-rupanya dah nak tidur, dah penat lah tu. Haha. Oit tunggu, kita ni belum lunch lagi.
Terus dukung bawak keluar, on the way nak mencari port makan budak ni dah tertidur. Tadi kami late lunch di Santan. FYI, ni merupakan restoran yang berkonsepkan makanan yang ada dalam in-flight meal penerbangan Air Asia. Untuk sesiapa yang kaki travel mesti korang familiar dengan Nasi Lemak Pak Nasser kan? Ya dekat sini you can get a variety of that meal ranging from beef, chicken, squid etc.
Haha, tidur pun muka nak mengamuk dia ni..:-p
Time Nasi Lemak sampai terus terbangun. Memang funnyboy betul lah anak aku sorang ni. Elok je celik mata time waiter tu serve kami.
Memang terbaik. Aku personally bukanlah seorang avid traveler menggunakan kapal terbang, tapi adalah jugak a few occasion such as time ke Korea, Indonesia dan Thailand dulu. Memang ingat lagi time nak ke Krabi, lagi 20min nak landing baru sampai Nasi Lemak aku dengan Syah. Mengelupur makan since dah nak landing. Siot je.
Jam 4.30 petang, kami pun ready untuk bergerak pulang. On the way ke parking, sempat pulak nak tengok air kat sini. Nak mandi katanya. Huhu. Okaylah esok kita bukak pool ye.
Dah jom balik, karang jem pulak. Hari pun cam nak hujan ni.
Ramalanku benar belaka. Memang hujan sepanjang jalan, all the way from Setia Alam tu depan pintu rumah kami. Sampai around jam 6 petang since ada a few accidents. Solat Asar then semuanya tertidur sampailah jam 7 petang. Penat sangat tu, besar betul SCM ni.
So, 29. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun kedua di Touch 'n Go dan aku sekarang berkhidmat di department yang lain. Bukan Expressway dah, tapi di Parking. Kalau tahun ni kena transfer ke Transit, cukup tiga business verticals aku dah masuk kat dalam company ni or mungkin ada lagi ke next year? Sama-samalah kita tengok. Myvinium Falcon pun dah 7 tahun dengan aku. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama Ija dan Fariq. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)
Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.