Saturday, January 3, 2026

Kisah AKU n Revisiting SKBSB

Assalamualaikum,

3 Januari dah ada second entry. What a good start! Saja nak bercerita pengalaman aku bawak si Fariq ni ke SKBSB, iaitu bakal sekolah baru dia start 12 Januari nanti. Kira macam teaser lah. Huhu

Semalam Fariq dah start transit kat SRI Wahdah, sekali dengan Iman. Cuma sesi P&P formal akan start minggu depan, 8 Jan. Senang lah sikit hantar dan pickup satu tempat..:-)
Nak dijadikan pagi tadi, aku ke SKBSB sekali lagi. Hari tu aku dah settle beli buku-buku Fariq untuk masuk Tahun 1, cuma baju PJ je takde stok. So, Rabu lepas cikgu maklumkan yang diorang dah restock and parents boleh hadir semula ke koperasi untuk pembelian. "SEBAYA" tu apa? It's a short-name for SK Bandar Sungai Buaya.
Dah sampai sini memang aku ingat nak beli baju PJ je, sekali wife buat checking kot ada buku yang aku tak beli hari tu. Come on lah, cik abang ni dah settlekan semua hari tu. Huhu
Beratur dengan Fariq, since nak fitting baju. Budak-budak sekarang ni suka pakai yang ngam-ngam. Kalau kita dulu baju besar pun sebat je. Haha. 
Pergh, hensem boy berposing pulang. Tangan dalam kocek. Just like his dad..:-p
Lepas settle beli, aku bawak Fariq tour sekolah. Tunjuk kat dia toilet, kantin, assembly hall, library dan juga classroom. Kasi dia dapat feeling tu dulu. 
Ni lah sekolah aku dulu. Nampak tak tahun 2002. Tu merupakan tahun pertama sekolah ni beroperasi, some twenty-four years ago dan aku merupakan first batch sekolah ni masuk Tahun 4. Before tu kami bersekolah di SK Sungai Buaya yang terletak di Felda Sungai Buaya. Tak sangka yang anak aku sendiri pun sekolah kat sini..:-)
Before balik singgah makan kat restoran Mamak yang berdekatan. Ni pun port makan aku dulu time sekolah, cuma dulu owner lain dan kedai tak berapa semenggah. Haha. Laa ni rasanya dalam 4 tahun lepas tukar owner, tu yang proper sikit.

So, itu je lah ceritanya. Minggu depan aku akan bercuti selama 2 hari untuk orientasi SRI Wahdah, dan a week after another dua hari untuk orientasi SKBSB. Member office lain korang tunggu je lah turn nanti, tak yah beria nak cuti sangat. Kasi chance kat aku pulak. Haha

P/S: Esok ada dua match sedap back-to-back - Selangor vs JDT, follow by Newcastle vs Palace. Memang aku lah conquer tv empat jam tu.




Thursday, January 1, 2026

Kisah AKU n 2026 Resolution

Assalamualaikum 2026,

Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2026. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.

Blog: Mei 2026 ni merupakan tahun keenam-belas aku berblogging. Huhu, tak sangka kan dah 16 tahun blog ni aktif. Semoga aku terus ada selera nak sharing cerita-cerita yang memberikan faedah untuk pembaca-pembaca yang sudi hadir melawat. Target 55 entries untuk tahun ni.

Kerjaya: Mac 2026 bakal menjadi tahun keenam aku di Touch 'n Go. Tahun pertama dan kedua aku dapat increment dan bonus. Tahun ketiga I earned my promotion. Tahun keempat no promotion but understandable lah sebab jarang staf promoted two consecutive years. Tahun lepas no komen. Untuk tahun ni of course lah kita eyeing for another good bonus plus increment. Performance tahun 2025 pun nampaknya OK, harapnya adalah something to reward our hard-work tahun lepas. Also aku berharap jugak agar the current flexibility dan hybrid arrangement ni berterusan.

Family: Tahun ni hopefully dimurahkan rezeki supaya dapat membalas jasa mak ayah yang banyak membantu aku selama ini. How to repay? Of course lah dengan sentiasa alert dengan keiinginan mereka dan juga another cuti-cuti Malaysia kami, tahun lepas tak dapat nak organize. Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan loving husband untuk Ija serta abah yang awesome untuk Fariq Ilham dan juga Iman Nur Syahadah.

Sudah tentunya menjadi hamba Allah yang sentiasa bersyukur dan mencari peluang untuk menambah baik apa yang kurang.

Haa, itulah azam aku untuk tahun 2026 ni. Semuanya nampak sama kan dari tahun sebelumnya? Yang membezakannya ialah tanggungjawab mengetuai keluarga kecil aku ni. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Wednesday, December 31, 2025

Kisah AKU n Memories 2025

 Assalamualaikum,

Malam hari terakhir tahun 2025 ni as usual I'm sharing with you guys one of compulsory entry bagi blog ni. Sebuah closing entry describing memories dan juga some of key highlight yang terjadi kat diri aku pada tahun 2025 ni. Dalam entri ni ada jugak aku masukkan komentar bagi azam 2025 yang telah diletak early year. Nak jugak tengok berjaya dicapai atau tak. Okaylah, jom kita selak sikit entri penutup untuk tahun 2025 aku. 

January
Tahun 2025 dimulakan dengan menghadiri Majlis Grand Ihtifal Little Caliph di Mahsa Avenue, PJ. 
Short trip ke Pusat Sains Negara.

February
Representing TNG didalam Program Santai Bersama LLM.

March

Genap lima tahun berkhidmat di TNG. Lama jugak aku kat sini. Huhu
Diberi honor untuk membunyikan gong bersempena 2,000th TNG-enabled parking sites.
Bidding farewell to our Head of Parking, Mr CP (red-shirt), as well as buat iftar Ramadhan sekali.
Newcastle United, champion of EFL Cup 2025! HWTL!
Shopping Raya + staycation di Shah Alam in conjunction of birthday Iman yang ketiga tahun. 

April
Hari Raya Aidilfitri tahun 2025 disambut di Bota Kanan, Perak. 

May
Annual family 3D2N trip di Ipoh.
Menghadiri majlis persandingan my blood brother, Dolah di Cyberjaya. So, group kami semua dah off-market. Tahniah!

June
Alhamdulillah, anak lelaki sulung aku, Fariq berjaya disunatkan. Huhu
Joined Iman untuk program simulasi Haji Cilik oleh SRI & Tadika Wahdah.

July
Staycation di iCity bersempena hari lahir Fariq yang ke-enam.
A week after, ada satu lagi celebration kali ni organized by Along dan opah dia, dengan tema Star Wars..:-)

August
Takde apa.

September
TNG Leadership Bootcamp at Avilion Admiral Cove @ Port Dickson.
Camping 2D1N di Pulau Besar. Actually, tak full camping pun, diorang ni tidur di pejabat abah yang merupakan Imam masjid sini.

October
Staycation di Putrajaya untuk celebrate birthday wife yang ke-28. Sekali  dengan joining Little Caliph Fun Run yang bertempat di Taman Botani Putrajaya.
Balik Perak, untuk menghadiri majlis persandingan my uncle, Acik Fendi.

November
Business trip to Kuching, Sarawak. Sambil menyelam minum air. Huhu
B&G Away Day @ Sementra Hot Spring, Gopeng. 
10 November 2025 was our seventh anniversary. A bit late since aku merged our anniversary staycation with my birthday sekali. For this time around, kami staycation di Seremban. Asalnya plan PD, tapi kebetulan ada wedding kat Sendayan, tu yang adjust sikit.

December
Menghadiri Hari Graduasi & Apresiasi SRI / Tadika Wahdah yang bertempat di Kolej Komuniti Selayang. 
A week later, attending Grand Ihtifal & Mini Concert Little Caliph 2025 di PJ Live Arts
Menutupi cerita tahun ni, aku dan family went to another outing di Ijok. Cuma this time wife tak join since ada exam.

Okay, jom tengok azam tahun lepas. Tercapai ke tak?
  1. BlogAlhamdulillah, tahun 2025 merupakan tahun ke-15 aku dalam industri blogging ni. Tahun ni ada peningkatan sikit, 66 entries. Okay lah tu, sebab aku target habis-habispun entri 55 je setahun.
  2. Kerjaya2025 merupakan tahun kelima aku di Touch 'n Go. A fairly good year, with a few T5 achievement, but ada jugak KPI yang kelaut. Tengoklah tahun depan bulan Mac camna, ada manis-manis ke. Haha
  3. FamilyTahun ni we had two outings with my family - first, dekat Ipoh and Ijok.
            Dari tiga azam yang aku set, aku nak simpulkan yang azam tahun 2025 aku ni mostly tercapai. Apa-apapun thank you very much for all the memories untuk tahun 2025 ni and of course I'm expecting 2026 yang nak datang esok ni bakal menjanjikan lebih banyak peluang yang lagi baik. Amin In sha Allah.

            P/S: Ngam-ngam dah nak masuk tahun baru aku publish final post of 2025 ni.