Tuesday, June 28, 2016

Kisah AKU n Ramadhan 2016 - Day 23

Assalamualaikum,

Pejam celik cuma tinggal seminggu je lagi Ramadhan untuk tahun 2016 ni. Work-rate kat office pun semakin menurun day by day. Bukan sebab takde kerja, tapi client-client pun dah masuk mood nak beraya. Sudahnya, mereput je lah aku kat office ni.
Business card dah siap! Bestnya, boleh lah distribute kat sedara mara balik kampung nanti..hehe
Hari ni seharian kerja luar pejabat. Biasalah, dah nama pun kerja marketing. Mula-mula pergi KL, pastu shoot ke Pelabuhan Klang. Tapi bukan jumpa client pun tadi, hantar dokumen je. Mau 200km jugak aku travel hari ni, nasib baik boleh claim mileage + petrol..:-)
Petang tadi berbuka puasa bersama Team Marketing kat Restoran Mohd Chan di Bukit Sentosa. Introducing my colleague, Farah.
Dari kiri - En. Amin, our Operation Manager dan juga En. Ku Azlan, Marketing Manager.
Memang sedap makanan kat sini. As it name suggest, Restoran Mohd Chan menyediakan masakan Cina Muslim yang telah disahkan halal oleh JAKIM. Branch Bukit Sentosa ni merupakan the latest addition untuk chained operation restoran ini. So, untuk you guys yang nak merasa makanan Cina Muslim yang halal boleh lah singgah restoran ni. Boleh didapati di Shah Alam, Kota Kemuning, Klang, Bangi, Kelana Jaya dan juga Taman Melawati. Promote ni..huu

So, itu je lah cerita malam ni. Ingat nak main Red Alert jap tapi mata mengantuk lah pulak, penat drive tadi pun tak habis lagi ni. Okay lah, semoga berjumpa dilain entri. Till then, take care dan selamat berpuasa!

Sunday, June 26, 2016

Kisah AKU n Ramadhan 2016 - Day 20

Assalamualaikum,

Sekejap je dah masuk fasa ketiga Ramadhan. Saf jemaah di surau-surau pun semakin berkurang. Macam tempat aku cuma tinggal 2 saf penuh je. Untuk Ramadhan tahun ni alhamdulillah ada peningkatan untuk diri aku sendiri, setakat ni cuma missed 2 malam Terawih berjemaah di surau dan In Sha Allah, semoga aku terus diberi kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa malam Ramadhan yang tinggal untuk tahun ini. Amin.
Minggu ni kerja dipejabat 3 hari je. 2 hari training BSAP di FITEC. Hari Rabu cuti Nuzul Quran. Khamis dan Jumaat berkerja seperti biasa, dan juga half day semalam. First time kerja hari Sabtu beb! Awkward pula..:-p
Still ingat screenshot ni dari my previous entry? Malangnya terpaksa postponed atas kesulitan schedule from one of us - Afiq yang supposedly day-shift semalam kena extend shift sampai pukul 12 since Manager yang in-charge untuk night shift tak sihat. Sudahnya kami postponed ke later date. Takpe lah, nasib dapat kawan yang memahami..:-)
6.30 PM - Since family pun already keluar untuk berbuka (diorang ingat aku jadi berbuka dengan kawan-kawan). Aku pun bergegas ke KFC Bukit Beruntung, beli je lah apa yang cepat. Itu pun nak dekat setengah jam jugak queue.
Lepas Terawih, around 11PM aku mengeteh dengan Dolah. Plan ingat tak nak lepak lama pun, tiba-tiba pukul 1 pagi si Afiq tu datang lepas closed store. Pulun betul brader ni, dah kitorang cakap tak payah datang. Last-last sampai pukul 4.30 pagi jugak kitorang kat kedai Siam tu..haha. 

Seminggu lagi kerja, pastu cuti raya. Cuti pulak dah approved, 4 hari pulak tu. Tenkiyu Dato!

P/S: Yang postponed berbuka semalam tu katanya next Sabtu. Tapi tak confirm, kalau semua free kita proceed!

Wednesday, June 22, 2016

Kisah AKU n Quick Retreat @ Hotel INAP

Assalamualaikum,

Entri ni sambungan kepada cerita kursus aku di Batu Caves semalam. Walaupun kursus tu dua hari je, tapi atas sebab tersendiri, aku memilih untuk extend satu malam lagi kat sini. Alang-alang family takde kat rumah sempena Nuzul Quran, rasa tak salah pun kalau aku pamper myself kat Batu Caves ni setelah undergoes 2 days of training..:-)
Aku booked Hotel INAP ni hari Ahad lepas bila my family decided to go somewhere untuk 2 hari ni (ni pun diorang tak balik lagi, mana entah pergi). Since memang takde orang kat rumah, aku pun decided untuk tak nak balik. So, habis je kursus semalam aku terus check in kat hotel ni.
Ni lah Hotel INAP. Strategically located di area Prima Seri Gombak yang menempatkan banyak restoran-restoran butik, fast food chain seperti Nando's, Texas Chicken, Pizza Hut dan McDonald. Nak cari makan memang takde masalah kat sini. Semuanya walking distance.:-)
Aku stay kat bilik jenis Double Room w/o Window. RM 70 satu malam for one Queen-Sized bed, Flat Screen TV, air-conditioned and Wi-Fi access.
Ada running hot water as well which is very penting untuk aku yang suka mandi air panas. Kiut je toilet hotel ni..:-p
Iftar di Ameena Curry House. Steady je bukak puasa sorang-sorang, sedangkan meja sekeliling punya lah penuh dengan family, couple, students etc. Hati kena kering beb, yang penting tema gua semalam Western..huu
Lepas Isya, buat Terawih sekejap. Pastu marathon cerita Ant-Man, Mission Impossible:Rogue Nation dengan Jurassic World. Pukul 3 turun sahur kat Ameena sambil layan EURO - Spain vs Croatia. Then cam biasalah, performed Subuh sebelum tidur..:-)
Pukul 11 AM - Check out dari hotel. Dah kenapa menyemart pakai blazer, tie segala bagai ni? Beg dah tak muat nak sumbat. Nanti renyuk pulak. Plus, cool sikit drive macam ni..hehe
If tau sesak camni baik balik naik DUKE terus masuk PLUS. Benda setengah jam boleh jadi satu jam kalau lalu jalan lama ni. Macam manalah Dolah tu boleh tahan pergi kerja lalu sini hari-hari..:-p

So guys itu sajalah cerita untuk petang ni. Mengantuk lagi mata sebenarnya ni, tidur 4 jam je tadi.

P/S: Sabtu ni confirmed berbuka puasa dengan Brotherhood Sungai Buaya. First invitation after hampir 3 minggu berpuasa. 

Tuesday, June 21, 2016

Kisah AKU n Training @ FITEC

Assalamualaikum,

Apa macam puasa kali ni kawan-kawan? Dah masuk hari keenam belas kita menunaikan rukun Islam yang ketiga ini dan aku sekarang berada di sebuah bilik hotel di Batu Caves. Buat apa kat sana bro? Panjat tangga kuil ke? Haha..tak lah, aku baru je selesai menghadiri satu kursus mewakili Malpro untuk 2 hari ini.
Seawal 6.30 pagi lagi aku dah bergerak dari rumah untuk ke venue latihan Furniture Industry Technology Center di Batu Caves. Sampai exactly 1 jam, macam biasalah power nap dulu dalam kereta sementara nak tunggu kursus bermula.
For you guys punya info, aku mengikuti training BHIC Safety Access Pass. It's a must-have pass untuk our personnel to enter fasiliti Boustead as a part of our "top-secret" mega project..:-)
Modul hari pertama finished around 4 o'clock dan some of us yang memilih untuk menginap telah dibawa oleh staff FITEC ke bilik penginapan kami. Ni lah bilik aku semalam. Share dengan staff dari Ruffntuff Sdn Bhd, Shamsul. Lengkap dengan penghawa dingin, running hot water, flat screen TV dan juga katil single bed yang selesa.
Kami yang menginap berpeluang untuk berbuka puasa bersama-sama disini since already provided by FITEC. Thanks!
Tak pergi Terawih pun semalam. Punya lah leka berbual dengan Shamsul sampai tak perasan jam dah masuk pukul 1 pagi..:-p
Hari kedua training pula berjalan seperti biasa. Ada latihan praktikal sikit mengenai some fire fighting dan juga examination untuk lulus criteria Safety Pass tu.
Seperti hari pertama, our second day juga tamat sekitar jam 4 petang. Ada sedikit penggulungan dari wakil FITEC, Boustead Heavy Industries dan juga from wakil vendor yang diwakili oleh my boss, Dato' Hj Ruslee. Habis je sesi bergambar, kursus 2 hari kami pun ditamatkan dengan jayanya..:-)
Bergambar dengan Shamsul, rakan sebilik sepanjang kursus berlangsung. Sekali pandang macam muka Mujahid pun ada..haha
Selfie seround bersama delegasi from Ruffntuff Sdn Bhd, Shamsul dan Syazwan.
Left FITEC compound sekitar jam 4.10 petang. In Sha Allah next training di TLDM Lumut pulak. Itu pun kalau ada rezeki Dato' nominate aku lagilah..:-)
Check in Hotel Inap di Prima Seri Gombak. Esok ada urusan lagi disini. Yang tu cerita lain entri. Dah penuh gambar dalam entri ni..:-p

Okay lah guys, nak kena tidur ni. Karang esok terlajak tidur pulak. Jumpa lagi next entry, till then take care semua!

Sunday, June 19, 2016

Kisah AKU n Ramadhan 2016 - Day 14

Assalamualaikum,

Sudah memasuki hari yang keempat belas umat Islam menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadhan yang mulia ini.
Minggu ni boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan kat Rawang. Bukan setakat renyai, tapi selebat-lebat alam. Pergi kerja hujan, balik kerja pun hujan. Kesian peniaga-peniaga Bazaar, yang sampai kanopi terbalik pun ada kat Bazaar Bukit Sentosa tu..:-(
Kat pejabat pulak minggu ni biasa je, takde yang menarik pun. Buat courtesy call to client-client kami and try to set appointment lepas Raya. Aku plan dah lepas Raya ni nak ke Pahang untuk my very first official outstation..:-)
Pecah rekod tahun ni. Biasa kalau Ramadhan tahun-tahun sebelumnya, habis Terawih pukul 10 je aku terus balik rumah. Laa ni dok melepak dengan geng-geng veteran sampai pukul 12 tengah malam. Join bersembang pasal EURO, Copa America, politik, isu komuniti dan sebagainya..:-p
Semalam melepak dengan Afiq kat Ali Maju Rawang dari pukul 11 sampailah 4 pagi. Orang lain tengok bola, kami bersembang gelak macam orang kena histeria. Sampai ada budak kecik tu perhati kitorang sampai tak berkedip langsung mata dia, maybe dia fikir tah apa lah brader dua orang ni suka sangat..haha

Puasa tahun ni aku lembab sikit update blog, story takde bos! Kalau tahun lepas straight setiap minggu ada aktiviti - minggu pertama dengan family, minggu kedua dengan kawan-kawan sekolah, minggu ketiga dengan kawan-kawan UiTM. Yang tahun ni, dah nak masuk minggu ketiga puasa, so far takde invitation lagi dari kawan-kawan untuk Iftar. In Sha Allah, minggu depan ada plan dengan Brotherhood Sungai Buaya.

P/S: Sendu Ramadhan tahun ni..haha

Tuesday, June 14, 2016

Kisah AKU n New Hobby?

Assalamualaikum,

Sekarang ni aku mempunyai satu hobi baru. It's time-consuming, addicting and fun walaupun membacanya tak sepatutnya seronok. Haha. So, apa sebenarnya hobi terbaru kau ni?
Aku ni jarang like pages kat FB, tapi kebetulan hari tu time tengah scroll news feed, aku tertarik dengan sebuah kompilasi short horror story from Pensel Studio. Agak seram jugak cerita-ceritanya. Baca punya baca, tak perasan yang aku dah menelaah sampai ke earlier post page tu. Aku pun decided to like the page setelah menyedari quality of stories they have there.
Macam virus yang merebak, kegilaan aku membaca cerita hantu ni membuak-buak. Tak cukup dengan Pensel Studio. Aku like pulak Kalimah Paranormal Team X. Kat situ lagi berlambak cerita hantu. Seronok beb, since sekarang ni pun dah takde komitmen dengan girlfriend, hujung minggu memang duduk rumah je lah. Nak-nak lagi bulan puasa, memang masa habis menghadap henset sambil baca cerita-cerita seram..:-)
And the latest one - Misteri Alam De Paranormal (MADP). Memang tip top. Bukan cerita seram je yang ada, gambar dan video entiti pun ada sekali. Pagi Ahad minggu lepas saja aku dah spend masa dari pukul 10 pagi sampai 2 petang dok menelaah page ni and it's still belum habis lagi!

Aku tak tau apa next page yang aku patut  like sebab so far, yang ada sekarang ni pun belum habis explore lagi. Tapi one thing for sure, hobi baru ni memang cool. Of course lah aku tak berharap and aku pun tak nak jumpa makhluk-makhluk ni, but no harm rasanya setakat baca je kan? Ke ada kes orang kena kacau lepas baca cerita hantu?

Friday, June 10, 2016

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2016

Assalamualaikum,

Tanggal 6 Jun 2016 merupakan hari pertama muslimin dan muslimat diseluruh dunia ini menyambut Ramadhan. Jadi, masih belum terlewat lagi untuk aku ucapkan selamat datang kepada bulan Ramadhan yang mulia dan penuh dengan berkat ini. Untuk tahun ni, aku berpuasa bersama keluarga yang tersayang
Untuk Ramadhan tahun 2016 ni, aku sekali lagi berada didalam workforce seperti tahun lepas. Rezeki Ramadhan, dapat jugak kerja after being retrenched bulan 4 hari tu. Ini kali keempat aku berpuasa semasa bekerja dan seperti biasa, aku berdoa tiada apa-apa masalah akan timbul sepanjang masa ini.:-)
Sekarang ni aku sudah memasuki hari kelima berpuasa di pejabat. Nak kata letih tu tak lah sangat since aku pun sekarang dalam OJT. Habis penat pun kalau pergi production site je lah. Kalau duduk dalam office memang pisang jugak..haha
Cantik tak kerusi ni. Aku yang buat tau - From ukur, potong plywood, tebuk seat cushion sampailah pasang armrest, mechanism, gas-lift, chair base dengan roda tu. Belum aku cerita lagi pengalaman buat iron cutting, bending, drilling dan welding lagi..haa. Walaupun kita ni eksekutif kerja sedap-sedap dalam aircond, kita kena tahu jugak macam mana susahnya pekerja-pekerja kita yang berpanas kat production tu. Itu yang akan buat kita lebih menghargai rakan sekerja kita walaupun berlainan tugas.
Pukul 5 habis kerja. Kalau letih aku balik terus tidur. Kalau segar lagi biasanya aku ke Bazaar Ramadhan. Pergi dekat-dekat sini je. Tapau lah murtabak ke, roti john sebungkus untuk family.

Mengulungi entri malam ini, sekali lagi diucapkan selamat berpuasa pada tahun 2016 ini kepada pengunjung-pengunjung Diari McBride. Semoga Ramadhan kita kali ini digunakan sebaiknya dan memenangi keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

Sunday, June 5, 2016

Kisah AKU n Family Time @ Alam Sentral

Assalamualaikum,

Pagi tadi aku dan family ke ibu negeri Selangor, Shah Alam. Asalnya nak tukar baju raya yang mak beli di Jakel hari Jumaat lepas. Biasalah, dah 2 tahun berturut-turut camni. Bila beli je mesti ada yang tak kena bila bawak balik rumah. Time kat sana bershopping semua benda nampak cantik..haha
Since aku pun tak cukup tidur, jadi penumpang je lah tadi. Kekok pulak rasanya jadi passenger, biasanya driver je memanjang.
Lepas je settle urusan di Jakel. Kami ke Plaza Alam Sentral untuk makan tengah hari. Ingat nak makan kat area Jakel tu, tapi nak cari parking tu berkicap jugak lah. Sudahnya kami kesini je, maybe lepas lunch ada aktiviti lain boleh buat bila ada kat mall ni?
Ayah nak belanja katanya sebelum berpuasa ni..:-)
Kebetulan pulak adik balik from USIM semalam untuk menyambut awal Ramadhan, so lengkaplah keluarga kami tadi. Bukan senang nak kumpul berlima sekarang ni. Masing-masing ada komitmen.
Lpeas lunch, kami menunaikan solat Zuhur dan kemudiannya ke Level 4 for bowling time! Ni lah first time kami main bowling bersama setelah hampir 5 tahun. Last rasanya main di Bukit Beruntung Golf Club, tahun 2010.
Amboi, bukan main kepit lagi..haha
Terbaik betul. So, what's next? Balik? Come on lah, hari masih terang lagi..:-p
Karok time pulak! Ni atas request Along. Katanya nak berkarok bersama keluarga before bergelar isteri kepada si Syazwan tu. Dah lama sebenarnya dia ajak, tapi baru sekarang semua free.
Sampai tertidur En Gani. Siapa yang tak cukup tidur sebenarnya? Abang ke ayah ni? haha
Best! Last karok dengan family tahun 2014 kat Grand Lexis Port Dickson. Aku masih pelajar UiTM time tu, semester terakhir.

We left Shah Alam around 5 PM dan selamat tiba dirumah sekitar pukul 6 petang.

So, itulah aktiviti kami sekeluarga hujung minggu ni. Memang seronok dapat spend masa dengan family. Bukan selalu buat aktiviti macam ni dengan diorang, biasa dengan kawan-kawan je. Malam ni bermulalah terawih pertama untuk Ramadhan 2016, semoga kita dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan juga kekuatan untuk menjalani ibadah puasa kita pada tahun ni. Amin Ya Rabbal Al Amin.

Kisah AKU n Berembun @ Khalifah

Assalamualaikum,

Semalam aku ke Shah Alam for a supposedly reunion with rakan-rakan seperjuangan di UiTM. From 10 invited, sadly hanya three of us yang free. Lepas ni aku malas nak amik port nak arrange lagi benda-benda camni. Asal buat arrangement mesti failed..haha. Biar lah budak-budak lain yang buat. Tapi bila diorang buat, yang sedihnya aku pulak tak dijemput. Selalu dah kena..:-)
Aku gerak from Sungai Buaya lepas Maghrib. Sampai di Shah Alam sekitar 8.10 malam.
Venue reunion kami semalam di Restoran Khalifah, Seksyen 7. Port lepak biasa kami time menuntut dulu. Tapi cam biasalah, aku ni je lah yang terhegeh-hegeh punctual. Yang lain nak dekat jam 9 baru sampai walaupun janji pukul 8.
Faiz dan Abang Sabry yang sanggup meluangkan masa datang dari Kajang dan Puchong respectively. Seronok dengar perkembangan diorang - Faiz sedang berkhidmat didalam sektor awam sebagai Pegawai Tadbir di Lembaga Lebuhraya Malaysia, Abg Sab pula masih di syarikat lama di Saujana Putra, doing administration.
Aku bersama rakan sepejabat Faiz, Nazril namanya. Orang Bagan Serai ni, lulusan UiTM Sungai Petani. Bekerja di LLM di Bangi. Semalam kami start our reunion pukul 9 malam dan dismissed pukul 12.30. Basically apa yang kami sembang pasal perkembangan hidup, throwback time belajar dulu etc.
Time tengah nak bayar kat kaunter, aku terperasan sorang brader ni. Tengok dari jauh macam kenal, tengok lagi dekat memang sah Edy! Haa, ni lah junior aku di fakulti dulu. Azidi namanya, budak Kuala Kubu Bharu. Juga merupakan seorang SMF dan team-mate aku bersama-sama mewakili FSPPP untuk Boling Padang ketika Sukan Antara Fakulti 2013. Terus tak jadi bayar kat kaunter, sambung melepak dengan si Edy ni sampai pukul 6 pagi! haha
6 AM - Aku menunaikan solat Subuh terlebih dahulu di Surau Seksyen 7 sebelum memulakan perjalanan pulang ke Sungai Buaya.
Apa kes ni? Hrmmm...selipar aku jarang kena rembat. Tapi bila kena rembat, it happened kat tempat-tempat suci macam kat surau, masjid dan sebagainya. Apa lah manusia ni, selipar cabuk tu pun korang bernafsu.
6.30 AM - Sedap je drive kat Guthrie. Hari pun dah terang sikit, so takde risau sangat dengan cerita horror kat sini. Thanks to Edy jugak sebab sanggup teman bersembang sampai Subuh. Kalau tak memang aku tidur dalam kereta lah gamaknya nak menunggu masuk waktu..:-p
Sampai rumah sekitar jam 7 pagi. Tengok mata punya lah rabak..haha. Sempat tidur 2 jam je, sebab pagi tadi aku dan family ke Shah Alam semula. Nak tahu apa kami buat untuk hari terakhir Syaaban 2016 ni? Sila lah baca next entry ye..:-)

P/S: Serius ngantuk time aku taip entri ni.