Assalamualaikum,
Macam mana raya tahun ni kawan-kawan? Best tak? Raya aku tahun ni biasa-biasa je, nothing special pun happen. Okay lah, nak cerita sikit lah aktiviti semalam.
Pukul 2.30 aku meninggalkan Kuala Lumpur and bergerak ke Shah Alam. Dah janji dengan Joe and Yat nak beraya rumah Bro Sabri, our classmate time belajar dulu.
Left Shah Alam around 6.15 and tiba di Puchong sekitar pukul 6.45. Since janji dengan Bro Sab nak beraya pukul 8, kitorang pun melepak and bersembang kosong dulu. Tu lengan ke ranting kayu? haha
Singgah Maghrib kat Masjid Taman Putra Perdana.Haa, ni lah Bro Sabri. Bak kata Faiz, jejaka paling hot kat fakulti. Lebih 0.01 dari Joe, hot stuff nombor dua..lol
Si Joe ni kalau bergambar mengalahkan duta produk. La ni jadi duta kuih raya pulak..:-p
Bersembang tentang progress hidup masing-masing. Lepas habis belajar dulu susah betul nak contact. Semua menyepi diri (sibuk dengan kerja mungkin), so bila gather macam ni baru boleh dapat kumpul maklumat diorang dan juga kawan-kawan lain.
Welfie bersama tuan rumah. Thank Bro Sab sebab sudi layan kitorang semalam. Ogos nanti kita gather komrad-komrad lain pergi piknik..:;-)Around 10 kami meninggalkan Puchong, ingat nak ke One City Sky Park tapi telepas simpang. So, terus ke Shah Alam je lah. Sampai Pusat Komersial pukul 10.30, drop Joe and Yat kat rumah sewa diorang then terus memecut pulang ke Rawang.
11.10 PM - Sampai je depan rumah , tak sampai 10 minit Dolah and Afiq datang pick up aku..haha, sambung melepak kat McD Rawang sampai pukul 2 pagi. Memang penat bro, tapi demi kawan-kawan tak sampai hati pulak nak tolak. Untung kan siapa jadi bestie aku ni, pandai pancing..lol
So, itu je lah cerita Syawal ke 9 aku.
So, itu je lah cerita Syawal ke 9 aku.