Monday, August 25, 2014

Kisah AKU n Job Interview Perodua - Executive

Assalamualaikum,
Nampak title macam aku ni dah kerja Perodua je, tapi sebenarnya aku ni tanam anggur lagi kat rumah..haha. Okaylah, minggu lepas saja dah dua orang personally contact aku, tanya tentang interview Perodua ni untuk any position of management executive, bukannya technical tau.

First of all, masuk je kat HQ Perodua tu korang semua akan diminta tunggu kat guest lounge dan dalam setengah jam macam tu akan ada representative from Perodua yang akan fetch korang.
Then, akan ada English Test - 50 soalan objektif merangkumi verb, grammar, professional communication etc. dan juga short essay. Yang ni setengah jam rasanya masa yang diberikan.

After that, korang akan diberi Personaliti Test - 28 question total untuk menilai personaliti dan kualiti yang ada dalam diri korang.

Lepas settle dua-dua benda ni baru korang akan diminta take turn untuk Individual Interview. Mengikut sumber, for Executive position ada 3 stage katanya. Yang first interview mostly tanya tentang korang punya background - personal, family, education, career, achievement dan sebagainya. Pastu, soalan tentang kekuatan dan kelemahan korang, mungkin ada melibatkan situasi. Plus, ada jugak yang bertanya tentang plan masa depan korang dengan Perodua dan juga yang paling penting - kenapa korang pilih Perodua?

Untuk second dan third interview - aku tak sure sebab aku pun belum dapat call untuk next session. So far, itu je info yang aku boleh supply buat masa ini. Insya Allah kalau ada rezeki dapat lepas second and third, aku akan keep this post updated.

By the way, best of luck untuk siapa-siapa yang ada dapat call for interview dengan Perodua.

Update on 4 September 2014

Second interview pulak untuk position Executive ni, korang bersama candidate lain akan dibawa ke sebuah bilik - ada lah briefing sikit from HR Executive kat Perodua tu, tadi ada tunjuk sikit video korporat Perodua, briefing tentang culture dan sebagainya. Kemudian korang akan dibawa ke tempat Individual Interview - ada 4 orang panel, HR Manager, Department Manager (depends on kat mana department korang apply), dan juga untuk case aku tadi - ada 2 lagi interviewer from Jepun..haha. 

Soalan mostly berkaitan dengan job scope dan juga nature position yang korang apply. Ada jugak general knowledge dan isu semasa, pandangan tentang industri automotif dan juga ulangan untuk soalan-soalan time first interview korang. So, make sure jawapan tu sama dengan apa yang korang bagi time yang first dulu, plus sekarang ni Interviewer akan bawak result Personaliti test dan juga bandingkan dengan personaliti korang. Kalau betul, okay lah. Kalau ada contradiction memang kena soal jugak lah..

Okay lah guys, itu je update tentang Second Interview. Oh terlupa pulak, stage interview berakhir disini, nampaknya sumber tu tak boleh pakai..huhu. Ada dua stage je sebenarnya, so goodluck ye kawan-kawan yang dapat..:-)

Saturday, August 23, 2014

Kisah AKU n Mini Reunion 2014

Assalamualaikum, malam semalam family aku ada buat makan-makan sikit, asalnya untuk kawan-kawan kakak aku yang datang - adalah dalam 8 orang, since mak pun bagi greenlight untuk ajak kawan-kawan aku sekali so aku pun terus contact Afiq Azham and Azran and tanya if kalau diorang free - nak ajak ramai lagi pun boleh.
So inilah dia, rakan-rakan seperjuangan ketika menuntut di SMK Bandar Sungai Buaya dulu - dari kiri kekanan - Akmal, Ubai, Afiq Azham, Azran dan juga Daniel. 3 je daripada diorang ni yang bersama aku sampai ke Form 5, lagi dua belajar kat sekolah asrama after PMR. Bersembang lama jugak lah tadi, dari pukul 9 ke 11.30 malam, banyak cerita nak kongsi. Habis dibukaknya cerita dari zaman sekolah sampailah ke universiti. Seronok sangat rasanya!
Dari kiri: Haa, yang Akmal tu sekarang belajar kat Bristol University, UK dalam Mechanical Engineering, Afiq pulak sekarang bertugas sebagai guru sandaran kat SKBSB, Danial belajar kat UIA Gombak, Azran sekarang bekerja kat Subang and finally Ubai, buat Electrical Engineering kat Teesside University, UK. 
Aku? Habis degree awal pun, sekarang bergelut jugak tengah cari kerja..huhu. Rileklah, tak sampai 2 bulan pun menganggur..:-p
Apa guna kalau beli tapi tak utilize monopod ni..haha
Afiq ni memang konsisten datang raya rumah aku setiap tahun. Tak caya cuba check, sejak raya 2010 dia dah datang. One of my best friend kat sini..:-)
Senior-senior SMKBSB yang hadir ke mini open house kami pada malam semalam. Cantik-cantik semuanya, dulu tengok berhingus je..haha
Sambung menyembang lagi, sebab time ni turn geng-geng akak aku pulak makan. :-)
Mendengar dengan tekun tentang progress rakan-rakan seperjuangan yang lain.
Bergambar kenangan before masing-masing balik, time ni Akmal dah balik dulu sebab tak bawak kunci rumah katanya, takut tak boleh masuk pulak nanti.
Pada masa yang sama jugak, senior-senior kami a.k.a Team Along pun nak berangkat pulang.
Since semua tetamu dah balik, perut aku pun dah lapar, selongkar dapur nasib baik ada lagi lebih. Tapi memang rasanya cukup 3 pinggan je lagi - damn lucky me..:-)

So, apa yang aku nak cakap ialah this reunion shall continue selagi hayat dikandung badan, walaupun bukan reunion satu kelas, or satu batch but at least ada lah jugak effort nak mengumpulkan rakan-rakan time sekolah dulu. Tak tahu lah bila nak buat yang mega reunion punya kan since masing-masing pun dah bawak hala tuju tersendiri. Kepada rakan-rakan diluar sana, goodluck semua in everything yang you all semua buat. Godspeed!

Friday, August 22, 2014

Kisah AKU n Hati Lelaki

Assalamualaikum,

Bila bercerita tentang perhubungan, of course bila ada masalah, lelaki yang selalu dipersalahkan. Norms kot? Tapi persoalannya sejauh manakah cerita hati insan yang bergelar lelaki ni.

Kadang-kadang niat kita ni menegur bukan sebab tak suka ataupun memperkecilkan, tapi sebab kita sayangkan insan bergelar wanita itu. Selalu aku terbaca kat newspaper, masalah suami isteri yang si isteri tertekan dengan sikap suami yang selalu menegur penampilan, cara pemakaian  outdated etc.

Aku sebagai lelaki pun memang rasa this is not an issue. Bila lelaki tegur tu maksudnya dia sayang, sebab dia sayang lah dia tak mahu perasaan kasih yang dibelai selama ni pudar disebabkan benda sekecil macam tu. Tak susah pun rasanya, tak pernah ke nak fikir yang lelaki ni pun ada hati dan perasaan.

No wonder lah kalau lelaki 'makan luar', kalau teguran yang diberi ditolak mentah-mentah, dah la ditolak lepas tu merajuk pulak minta dipujuk. Bak kata skrip klasik 'kalau awak sayangkan saya jangan cakap macam tu lagi'. Serba salah hati lelaki ni sebenarnya. Bila dipujuk, tentunya the outcome tak seperti yang kita expect. Bila tak dipujuk pulak , memang tarik muka lah dibuatnya.

Bila fikirkan balik teguran ataupun permintaan tu kadang-kadang kecil sahaja pada zahirnya, ada jugak yang tak menyalahi hukum syarak pun, tapi hati perempuan pulak yang membesar-besarkannya seakan-akan 'saya bagi kata dua je, samada awak pujuk or biarkan..'

Tapi tu lah kawan-kawan, wanita ni memang fitrahnya macam tu kot. Susah nak faham hati diorang sebenarnya, dan of course, lagi susah nak memikirkan cara nak solve the problem untuk dapatkan win-win situation.

Kan?

Saturday, August 16, 2014

Kisah AKU n Job Interview

Assalamualaikum,

Minggu ni aku telah dipanggil untuk menjalani temuduga kerja di Perodua Auto Corporation Sdn Bhd untuk jawatan Executive - Group Corporate Strategy. Huu, seronok sangat walaupun tak sure lagi dapat ke tidak position tu sebab before this memang tertunggu-tunggu panggilan untuk temuduga. Yelah, kakak aku dah 3 kali dapat, aku pulak memang senyap je. So, memang happy sangatlah.

Interviewnya semalam bertempat lat Bangunan Korporat Perodua, Rawang, Selangor D.E. Ada lah dalam 10 minit je perjalanan dari rumah family aku tu. Tak dapat bayangkan betapa bestnya dapat kerja kat sini. Rumah pun dekat, duduk dengan family, boleh naik motor je..huu. Habis-habis pakai duit pun maybe kat minyak motor, and kos sewa bilik and dobi bak kata mak..huu

Interview untuk jawatan eksekutif ni tak lama pun. Ada lah Personaliti Test dalam 20 minit, pastu Individual Interview dalam 40 minit. Nervous jugak mula-mula sebab ni first time aku experience job interview kan. So, tak expect banyak pun and harapkan yang terbaik lah yang Allah boleh reward kat aku.

Petang Jumaat tu aku ke Damansara Perdana hantar kakak aku pulak pergi job interview dia kat MMC-Gamuda. Tengah syok menunggu, tiba-tiba dapat call lagi from Perodua. Ingatkan nak confirm status ke apa, rupa-rupanya dapat satu call for interview untuk position Purcashing Executive for Perodua Sales Sdn Bhd pulak..huu

Rezeki Jumaat bak kata ayah. So, my next interview kat Perodua ni akan mengambil tempat dibangunan yang sama, dan juga pada hari Jumaat minggu depan. Wish me luck ye korang..:-)

Thursday, August 14, 2014

Kisah AKU n Exam Result Pt. 6

Assalamualaikum semua, petang ni suka aku nak berkongsi tentang result final exam untuk semester yang keenam, iaitu semester terakhir aku mencari ilmu kat UiTM ni.
Haa ni lah dia - you know what, happy sangat beb. Akhirnya kat semester terakhir ni berjaya jugak aku dapatkan satu pencapaian yang baik dalam akademik - Dean's List..huu. Seperti yang korang tau, bagi Semester 5 - pointer aku turun mendadak ke 3.03, which upset me a lot, mungkin disebabkan kepayahan yang bakal diterima untuk maintain kan CGPA. But, alhamdulillah - this last exam menggembirakan aku dengan improvement sebanyak 0.64. That's for me sangat membanggakan. Bayangkan, tak pernah pun sekali hampir dengan DL, and tup-tup, last semester dapat. Beb! This should have place in my LinkedIn Academic Achievement..haha, at last..:-p

Orait - jom kita review our target - seperti biasa, ada 2 link yang aku sediakan:

  1. Target
  2. Exam Result Pt. 5
Objektif untuk semester last ni ialah untuk mencapai GPA dalam range 3.05 (minimum) to 3.43 (maximum) dan seperti yang korang nampak, this objektif berjaya dicapai - and unexpectedly, ianya melebihi target range..huu. Big success!

Subjek menetapi sasaran (between the range of "at most" and "at least")
  1. Service Management (ADM570) - Thank you Dr. Hardev Kaur, and of course for PLUS Malaysia Berhad untuk case study aku..kii
  2. Applied Research Project (ADS555) - Okay lah, still dalam range but ni tak menghentikan usaha aku untuk mengangkat Pengurusan Kualiti kat persada dunia..muahahaha..:-p
Subjek tak menepati sasaran
  1. Nil..hihi
Subjek yang membuat surprise..:-)
  1. Strategic Management for Public Sector (ADS553) - Walaupun presentation PNB macam haram jadah, tapi a lot of thanks to Associate Professor Dr. Jasmine Ahmed untuk this result. Far from apa yang ditarget iaitu B+
  2. Seminar in Global Affairs (ADS660) -This is the real shock sebenarnya, dengan Dato Yusof as my lecture yang juga famous dengan strictness dalam marking paper. Tambah pulak dengan 3 presentation yang aku buat - jauh lagi banyak daripada normal student yang amik kos ni. Aku tak harap banyak pun, target paling tinggi pun B+.
  3. Practical Training (ADS666) - Ni pun unexpected jugak dengan buku log macam shit, report pun aku risau tak de siapa faham pasal Six Sigma tu, jumpa supervisor pun sekali je. Terus je target paling banyak B+, tiba-tiba dapat A pulok..kah3x
Overall, memang amat memuaskan, takde yang lagi happy bila nampak kegembiraan mak (walaupun dengar suara je) bila dengar dua-dua anak dia dapat DL semester ni. Objektif pun dah dicapai, maka berakhirlah perjuangan aku dalam menuntut ilmu untuk peringkat ijazah sarjana muda ni. Alhamdulillah, I'm officially a degree holder..huu

Tuesday, August 12, 2014

Kisah AKU n Games Review - Office Story

Assalamualaikum semua, maaf la lama tak update blog ni. Tengah dalam proses yang agresif nak mencari kerja ni, so takde masa pulak nak berblogging time-time ni. Buat pulak, memang takde cerita pun nak tulis kat sini, minggu depan kot baru nak beraya dengan geng-geng sekolah aku dulu tu. Okay lah, tak nak bermukadimah panjang sangat, hari ni aku akan buat satu lagi review tentang sebuah lagi aplikasi Android.
Tadaa!! Ini lah game yang aku maksudkan - Office Story by App Dev Story International. Game ni bersifat simulasi perniagaan dimana player akan diberikan peluang untuk mengurus sebuah syarikat kecil yang mulanya berpangkalan hanya didalam garaj kecil. Dan player merupakan orang yang bertanggungjawab untuk membawa transformation dalam company tu.
Dalam game ni, player akan take role as the manager in all functional department - baik dari segi HR Manager yang fungsinya hire new employee, dan juga provide training kepada pekerja-pekerja.
Sampailah ke role Office Manager yang bertanggungjawab untuk memastikan inventori oficce seperti peralatan, perabot ofis berada didalam keadaan baik, dan juga menepati kehendak employees.
But, the real managing experience dalam game Office Story ni ialah apabila player termasuk didalam strategic management untuk company mereka, dimana player mestilah mencapai objektif didalam business plan yang merangkumi profit, expansion plan, new market penetration dan sebagainya.
Okay lah, mesti korang tertanya-tanya kan apa bisnes yang ada dalam Office Story ni kan? Fundamentally, ada satu je bisnes iaitu mobile software development dimana player akan venture didalam bisnes membangunkan aplikasi dan juga mobile games. Each day, akan ada market survey yang bagi report tentang market, yang membolehkan player membuat reported decision untuk membangunkan the next aplikasi.
Populariti aplikasi bergantung kepada jumlah hype yang dikumpul player sepanjang pembikinan. Player boleh monitor Hype Meter yang kat belah kanan tu, the more hype yang player dapat, possibility untuk aplikasi tu diterima public menjadi lagi tinggi.
At the end of the project, player boleh monitor dan assess performance, melalui jumlah profit, audience (download), top position dan juga rating yang diberikan oleh critics. Untuk prestasi dalaman, player boleh menilai team effort, iaitu sejauh mana effort yang diberikan oleh employees dalam sesebuah projek tu. Yang kurang, mestilah diberi training untuk meningkatkan produktiviti.
On to grafik, semuanya dalam 3D which is good. Player tak boleh design office kecuali placement untuk meja dan juga amenities, and office's design bergantung kepada level player itu. Lupa pulak nak inform, yang pada mulanya player's office hanyalah sebuah garaj kecil yang boleh memuatkan 4 pekerja je. In progress, player akan buat a series of expansion plan ke seluruh dunia, dan akhirnya menjadi office besar yang boleh memuatkan up to 24 pekerja - macam office aku kat New York ni..:-)
And of course, once player dah habis all the mission yang diberi - player boleh sambung main dalam free flight, dan develop banyak lagi aplikasi.
Macam mana nak tau yang korang dah habis mission? Huu, bila patung emas korang ni siap dibina. Cool kan?

Okayh guys, game ni overall memang best - audio, video dan juga concept memang excellent bagi student management macam aku ni. Even adik and kakak aku pun layan jugak game ni and kami compete each other untuk tengok berapa banyak kutipan yang boleh buat untuk satu projek..huu. Apa-apapun game ni memang highly addictive.

Tuesday, August 5, 2014

Kisah AKU n Filem Sejarah Malaysia?

Assalamualaikum,

Filem-filem kat Malaysia sekarang ni penuh dengan lambakan plot cerita berkaitan hantu, rempit, gangster, bohsia dan banyak lagi genre-genre cliché yang biasa kita dipertontonkan di panggung wayang. Walaupun ada cerita-cerita jenis ni yang aku suka tengok terutamanya yang diarahkan oleh Mamat Khalid, but pada pandangan aku – industry perfileman Malaysia still lacking of cerita-cerita yang memaparkan sejarah negara kita yang tercinta ni – sejarah itu tak semestinya datang dari bentuk perjuangan kemerdekaan Malaysia ni, tapi banyak lagi. So, dalam entri ni lah aku nak kupas some of the potential idea yang mungkin boleh diceduk oleh pengarah-pengarah filem kat Malaysia ni.
Filem Leftenan Adnan bagi aku merupakan sebuah filem epik tentang sejarah negara kita dan it would always be kalau takde pengarah-pengarah yang sekarang ni dapat menandingi keepikan filem tu. So, the remake for this film rasanya mesti boleh hit, cuba bayangkan kalau jalan cerita Leftenan Adnan ni ditambah dengan elemen CGI dan juga sound yang lagi mantap – perghh, rasanya, memang aku orang pertama yang pergi panggung nak tengok..huu
Maybe kalau tak nak buat remake pun, boleh try buat research lagi tentang sejarah negara kita – mungkin filem berkisar saat-saat kejatuhan Empayar Melaka, ataupun filem penuh aksi sebagai contoh Misi Pasukan Pengaman Malaysia yang berperang dibawah payung UN ketika Somalian Conflict – dengar-dengarnya KRU Studio tengah buat filem pasal Pertempuran Mogadishu yang melibatkan ATM, ala-ala filem Black Hawk Down gitu..huu.
The next idea juga fokusnya terarah ke sejarah negara kita – tapi cumanya ia tak melibatkan aksi konflik ataupun peperangan. Korang pernah dengar The Dawn Raid? Yes, cuba klik link ni kalau nak tau lagi. Okay lah, briefly The Dawn Raid ni mengisarkan 4 orang tokoh terkemuka Malaysia yang bertungkus lumus berjuang untuk mengembalikan aset-aset syarikat United Kingdom iaitu Sime Darby, Harison & Crossfield dan juga Guthrie kepada Malaysia. The Dawn Raid merupakan salah satu contoh klasik didalam strategic management, notably for corporate world, dimana ketiga-tiga syarikat ni diambil alih tak sampai sehari pun dan its remains the finest hour of Malaysia but sadly, tak ramai golongan belia yang mengetahui cerita disebalik kejayaan gilang gemilang ni. So, adalah lebih baiknya kalau sebuah filem dibuat bagi memperingati jasa-jasa tokoh yang terlibat didalam “Serangan Subuh” ini.
Tragedi MH17 mungkin boleh difilemkan, sama seperti apa yang dihasilkan oleh Shuhaimi Baba didalam Tanda Putera bagi mengenang tragedi 13 Mei, or Jins Shamsuddin untuk Tragedi Bukit Kepong. Filem berkaitan tragedi-tragedi yang menimpa negara sememangnya boleh meningkatkan semangat patriotism dinegara kita ni.


Jadi itulah diantara some of potential idea untuk filem-filem berdasarkan sejarah negara kita yang boleh difilemkan. Tapi rasanya, kebanyakkan pengarah mungkin mengambil jalan selamat dengan tidak mengarahkan filem-filem macam ni disebabkan faktor penerimaan rakyat dinegara kita ni. Ya, semangat patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia terutamanya golongan belia masih berada ditahap yang lemah, simply dapat dilihat apabila kutipan filem-filem berkaitan dengan sejarah agak rendah berbanding filem-filem genre gangster, seram etc. Macam mana nilai patriotisme nak tinggi, kalau tak nak cuba pun layan cerita-cerita sejarah ni, betul tak?

p/s: Semua gambar atas ihsan Google.

Monday, August 4, 2014

Kisah AKU n Photoshoot Raya 2014

Assalamualaikum, hari ni teringin pulak nak update entri pasal sesi photoshoot raya keluarga En. Gani, bertempat di kediaman keluarga kami di Bandar Sungai Buaya, Rawang, Selangor D.E. Kalau korang nak tau, ni lah first time kami buat photoshoot raya, kalau ikutkan tahun-tahun lepas memang takde nak amik gambar ni.
Hai, sayalah owner blog ni..:-)
Diorang ni sejak ada monopod, memang kerja berwelfie je..:-)
Bersama Cik Darina. Dia ni tak single tau, tapi adik dia yang kat sebelah tu single and available lagi..hehe
Bak kata mak, alhamdulillah - so far anak-anak dia semuanya menjadi. :-)
Bergambar bersama research paper masing-masing...hii
Tak sangka pulak yang baju raya aku fit macam ni, pakai nampak besar je. Kamera trick kot..:-p
Eh-eh, romantik-romantik pulak mak bapak aku ni..:-)
Tersenyum simpul semuanya.
Santai
Semua dah kepenatan, maybe sebab hari tu kami semua buat operasi membersihkan rumah, plus esoknya nak hantar adik balik ke Matrik Gopeng.
One more time guys!
Cover album katanya..haha
Ayah suruh pilih satu gambar nak buat frame besar - yang ni macam cantik, but tak formal sangat.
Yang ni pun okay dan formal. Dilemma pulak, takpelah nanti aku mintak consensus. Ni kan negara demokrasi..huu

Jadi itulah cerita malam 2 Ogos kami hari tu. Best jugak berphotoshoot kat rumah sendiri ni, Insya Allah kalau aku ada family sendiri this would be the tradition for every Raya festival. Amin.

Sunday, August 3, 2014

Kisah AKU n Games Review - The Respawnables

Assalamualaikum semua, bertemu lagi didalam segmen Games Review, segmen yang memaparkan games da juga aplikasi Android yang terkini dan juga yang lama..haha. Okay, untuk minggu ni, games Android pilihan aku ialah The Respawnables yang direka oleh Digital Legends Entertainment.
Loading screen - ni merupakan games jenis First Person Shooter which is one of my favourite. Actually, game ni dah lama aku download, but since segmen review ni pun baru je aku launch sebulan lepas, so, bantai je lah..:-)
Game ni takde latar belakang pun unlike Frontline Commando yang aku review minggu lepas - dari pemerhatian aku, background game ni ialah era moden judging from the weapon, dan juga outfit yang ada. Basically, player kena complete missions yang diberikan (menurut DEL, ada 185 mission yang total) contohnya macam gambar atas ni. Missions pulak bukannya based on story, but it's more kepada task. Eg: 20 head shots, Kill 5 enemies within the range of 5 metre, etc.
Seperti game-game free yang berlambak kat Android tu, The Respawnables juga bermurah hati untuk bagi daily supplies bagi mengimbangkan the needs for extra cash atau gold. 
And of course, gold ataupun cash diperlukan untuk upgrade skills dan juga unlock/purchase gear baru seperti weapon yang terdiri daripada pistol, SMG, machine guns, rifles dan juga special. In addition, outfit seperti topi, seluar, baju dan juga armor juga boleh diunlock. Finally, player juga boleh membeli cash or experience booster dan juga tactical tools such as invisibility, trap medal, super grenade, tazer etc. untuk dominate the killing field.
Bundles datang dari bentuk package, dimana player boleh purchase a selection of package to suit korang punya battle style. Sniper Pack ada, Zombie Pack pun ada, Urban Ops, Desert Storm , Elysium dan juga banyak lagi. Each of this package ada speciality masing-masing. Untuk sesiapa yang bertarung menggunakan prinsip "One Shot, One Kill" sudah semestinya memilih Sniper Pack, yang ala-ala SWAT tu boleh purchase Urban Ops or Desert Storm.
Ada berpuluh achievement yang perlu player unlock untuk completekan game ni. Lagi tinggi level, lagi banyak weapon dan juga tempat yang player boleh access.
The Respawnables jugak ada function multiplayer dimana player boleh battle didalam team ataupun bebas macam dalam single player dimana, contestant berbunuhan sesama sendiri tanpa ada team..haha
Dalam game ni ada 10 combat arena, rank from the player level. Macam aku cakap tadi, lagi tinggi level, lagi susah atau complicated lah combat arena tu.

Okayh, jom kita selak grafik The Respawnables ni. Memang fine, walaupun nampak agak kartun..but what the hell, janji best!
Royal Garden merupakan combat arena favourite aku, due to its nature yang open dan ada vantage point, sesuai untuk player berdoktrinkan "One Shot, One Kill" macam aku ni..huu. Tapi, nak ke vantage point tu lah payah, sebab kadang-kadang kena lalu open space dulu, macam dalam gambar ni..huu
Ni combat arena yang terakhir, untuk Lv 35 keatas. Ada banyak jugak choke and vantage point.
Hehe, the best feeling time main game ni..Pro sangat aku ni, sampai tengah aim kepala otak enemy pun boleh amik screen cap lagi..hii
Satu lagi weapon kegemaran aku ialah Revolver, walaupun kecil tapi kekuatannya match dengan Shotgun. Plus, guna Revolver ni memudahkan mobiliti player. Oh lupa pulak, outfit player boleh ditukar-tukar mengikut kesesuaian. Gambar kat atas - Android Outfit.
Dalam combat arena, akan ada satu special enemy yang akan ditagged dengan tengkorak kaler kuning. This enemy memang kuat dimana dia ni equipped dengan weapon dan outfit yang jauh lagi moden daripada player-player yang lain. So, dah nama pun special, bila player personally kill mamat ni, player akan dapat extra cash, gold or points.
To nlock new level, player mestilah tingkatkan experience. Kalau fulfill mission lagi banyak experience yang akan player dapat. Score can be obtained from beberapa banyak enemy player kill, dan juga jumlah medal yang player collect. Cash pulak depends on score point, lagi banyak point, lagi banyak cash player dapat.

Buat Androidian kat luar sana tu, jom lah try game ni. Rating tinggi aku bagi kat grafik dan audio, serta gameplay and sederhana for its insane price for purchasable item. Kurang lah sikit harga benda-benda tu, takpun tambah lagi banyak reward in a form of cash and gold kalau fulfill mission. Baru okay! Overall, game ni sangat sesuai untuk casual shooters because it's fun and highly addictive.