Wednesday, June 26, 2024

Kisah AKU n Restoran Rasa Xin Jiang @ Bukit Sentosa

Assalamualaikum,

Sementara tengah layan final group match England vs Slovenia ni rasanya sempat lagi nak update berkenaan my first visit to the newest Chinese Muslim restaurant di Bukit Sentosa iaitu Restoran Rasa Xin Jiang. Sebelum tu nak cerita sikit some of earlier activity hujung minggu lepas
Sabtu lepas sempat meluangkan masa ke taska Iman, ada hari report card. Dapatlah tengok sikit performance anak dara aku ni. Overall semuanya okay. Cuma cikgu cakap Iman ni macam akak-akak sikit kat taska tu. Huhu
Huhu. Tengok hasil kerja Iman sepanjang belajar kat sana..:-)
Lepas tu sempat menyinggah KRT Taman Kasturisari, katanya ada kaunter bergerak Tabung Haji. Memang elok jugaklah dapat buka akaun TH untuk Iman, as well as update maklumat akaun aku tu.
Okay, baru lah kita masuk ke main entry. Nak dijadikan cerita petang Ahad tu aku ke Bukit Sentosa nak pam minyak and pergi farmasi. Teringat ayah ada cakap pasal restoran anak buah jiran kami, En Malik tu. Alah, En Malik yang ada restoran mi tarik jugak dekat Rawang tu. Laa ni anak buah dia pun ada bukak sebijik jugak kat sini.
Antara Xinjiang-based cuisines dan juga minuman yang ada with a very affordable and reasonable price. Menu kat sini banyak sikit compare dengan restoran uncle dia. Of course, dah datang sini mestilah nak pekena their signature hand-pulled noodle, cuma hari tu aku tapau je since datang sorang.
Tapi sementara nak menunggu order tu layan jugaklah Steam Dumpling diorang yang marvelous ni
As a Muslim friendly restaurant, kat sini juga ada surau kecil yang disediakan untuk menunaikan solat, dekat area ada langsir hijau tu.
Malam tadi pulak aku bawak family makan sini. Macam biasalah baru gaji pergi Bukit Sentosa restock barang-barang rumah, tu yang menyinggah jugak. Maklumlah cik isteri pun dah jadi mi tarik lover sekarang ni..:-p
Fariq dengan Iman makan nasi goreng hari tu. Just nice for the kids. Tak pedas and quite flavorful, lagi syok if makan dengan fried dumpling..:-)
Abaikan muka aku tu, tengah menahan pedas sebenarnya since malam tu aku try mi tarik lada..:-P
Aku last customer malam tu, so budak-budak ni bebas main lah since dah takde customer. Mentang-mentanglah kedai jiran korang.. Haha
Ada lah dapat kupon RM5 off untuk next visit. Banyak jugak tu. Huhu

So itu sahaja ceritanya. Baiklah, untuk warga Hulu Selangor dan kawasan sekitarnya, if berkesempatan bolehlah melawat Restoran Rasa Xinjiang ni yang beralamat di Jalan Bunga Kertas 1D, Bukit Sentosa, 48300 Rawang, Selangor Darul Ehsan. 

P/S: Bapak boring tengok England ni main.

Tuesday, June 18, 2024

Kisah AKU n Aidil Adha 2024

Assalamualaikum,

Bersyukur kita ke hadrat Ilahi kerana masih diberi kesempatan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini dan menyambut Aidil Adha pada tahun 2024 ini. Semoga raya korban tahun ini diisi dengan ibadah dan juga aktiviti bermanfaat yang diberkati Allah. Amin In Sha Allah. Baiklah, dipagi  yang redup ni, aku nak berkongsi sambutan Aidil Adha family aku bagi tahun ni. 
Petang sebelum Raya tu, aku dan ayah keluar mendobi, pastu mencari lemang dan ketupat palas. Mana mau nak membakor lemang, dah dok rumah teres..:-p
Hari Ahad tu kami sekeluarga juga berpuasa sunat Hari Arafah. So petang tu kami datang ke rumah ayah untuk berbuka puasa bersama-sama ahli keluarga yang lain.
Pagi Raya jam 3 pagi aku dah bangun and ready with a cup of Nescafe and Maggi. Amboi awalnya, saja nak tengok EURO group-match between England vs Serbia. For this time around, aku akan menyokong team England sebagai tanda taat setia untuk our mother country. Hahaha. 
Tapi game tu punya boring sampai aku habis main EURO tournament dalam FC Mobile. So my prediction final EURO tahun ni - England vs Spain dengan keputusan berpihak 1-0 kepada England, courtesy from Anthony Gordon's goal. Huhu
Pagi Isnin bersamaan dengan 17 Jun 2024, takbir Raya berkumandang di surau-surau sekitar Bandar Sungai Buaya. Aku dan keluarga menunaikan solat Hari Raya di Masjid ar-Rahmah dalam jam 8 pagi. Family aku je yang pergi sini, family member lain semuanya ke Surau an-Nur Mawarsari. 
Boleh tahan ramai jemaah semalam, sampai solat kat luar sini semalam. Tapi memang dah bawak Fariq ni memang aku prefer solat saf belakang. Senang sikit nak bergerak and pantau anak jantan sorang ni.
Habis solat dan khutbah Raya sekitar jam 8.45 pagi. Kami sekeluarga stay sekejap untuk next program yang dijadualkan bermula jam 9 pagi. 
Program apa tu? Dah nama pun raya korban, mestilah ada sesi sembelihan lembu korban. Anak-anak yang nak tengok sebenarnya, aku ni tiap-tiap tahun tengok darah-darah ni..:-)
Sempatlah menziarah lembu yang akan dikorbankan anjuran masjid. Tahun ni ada 10 ekor dengarnya.
Stay sampai jam 9.40 pagi jugak nak tengok semua lembu.

Dalam jam 10 pagi kami beraya dirumah ayah. Juadah kami tahun ni agak variety jugak - ada mi kari, daging masak kicap, ayam rendang berserta lemang dan juga aneka kek dan kuih.
Tengok apa sampai terliur tu dik. Huhu
Budak dua orang ni lepak kat atas makan nugget. Haish ni lah budak-budak zaman sekarang, tak pandai nak beraya..:-P
Layan dapat pekena lemang + ketupas palas berserta rendang ayam mak. Marvelous. 
Budak ni yang paling penat sekali. Huhu
Tak dan nak amik gambar kenangan, hospital call mak. Katanya dah boleh admit jam 12 and doktor nak jumpa dulu untuk briefing, tu yang semuanya menggelupur bersiap. Family Along pun nak terus balik PD.
Adik dan ayah yang hantar mak ke hospital petang semalam. Ikut plan nak gerak pas Zohor, tapi dah hospital call awal, kenalah jugak gerak awal. 
Ada lah satu gambar kenangan dengan wife. Anak-anak dah tidur, tak sempat nak berphotoshoot semalam..:-p
Petang tu aku ke Hospital Sungai Buloh melawat mak. FYI, mak ada buat prosedur Sacroiliac Joint Injection kat sini follow up from her spinal surgery last year.. If takde apa-apa complication, In Sha Allah petang ni boleh discharge. 
Aku datang dengan ayah je, ada lah dalam sejam lebih lepak dengan mak menyembang. Yang baiknya, kali ni mak dapat bilik first class ada privacy sikit. Huhu. 

Menutup entri raya Haji tahun ni, Selamat Hari Raya Aidil Adha kepada muslimin dan muslimat sekalian, mari kita doakan agar para-para Haji kita selamat pergi dan pulang dan juga dikurniakan haji yang Mabrur. Dan untuk kita yang belum berkesempatan menjadi tetamuNya, teruskan berdoa dan tingkatkan amal ibadah agar diciptakan peluang untuk kesana pada tahun yang mendatang. Amin In Sha Allah.

Thursday, June 6, 2024

Kisah AKU n Aliah's Wedding @ Serkam Pantai

Assalamualaikum,

Sudah berakhirlah minggu cuti sekolah, minggu ni dah start masuk school balik setelah seminggu rehat. Tapi tu lah, budak je rest, mak ayah ada je yang bekerja macam aku dan wife. Tu yang kami decided untuk let Fariq bercuti dikampung walaupun kami baru je bercuti kat Cameron Highlands minggu lepas. Takpelah, dok rumah pun bukan boleh buat apa pun at least dok kampung ada member nak main.

Plan nak balik pagi Sabtu, tapi budak ni asal video call je nangis rindu ibu dengan Iman. Dengan bapak dia ni tak rindu pulak. Haha.

Sudahnya hari jumaat jugaklah kami bertiga gerak. Amik Iman awal sikit after solat Jumaat since aku ada back to back meeting. Around 5 petang gerak dari rumah ayah and sampai office wife dalam jam 5.30pm. Nasib baiklah sikecik ni diam dalam kereta sambil tengok Teletubbies. Huhu

Tepat pukul 6 petang kami memulakan perjalanan ke selatan tanah air. As expected memang jem jalan petang tu.
8pm - Singgah dinner dan solat Jamak di Lay-by Nilai. Ingat nak makan Nasi Lemak Manjo, sekali "tutup" pulak. Elok lepas aku dah beli mi wantan, tiba-tiba nampak staf diorang bukak gerai. Rupa-rupanya tutup sebab solat je. Letaklah notis ke apa. Hampeh betul. Pfft
Menyambung perjalanan, hujan sepanjang jalan dan finally sampai jugak Serkam tepat jam 10 malam.
Pagi Sabtu seperti yang dirancang, kami sekeluarga sempat menghadiri walimatulurus kenalan keluarga wife untuk majlis persandingan anak perempuan mereka, Aliah bersama pasangannya. Dekat je rumah, jalan kaki pun boleh.
Budak-budak ni benda first sekali memang makan aiskrim lah. Habis tak nampak nasi dah. Nanti dah balik lapar jangan mintak makan eh..:-p
Kami yang dewasa ni memang makan lah, maklumlah simpan perut tak breakfast pagi tu. Huhu
Iman jugak chill makan kuih kapit..:-)
Settle dalam jam 12, terus ke Merlimau ada urusan sikit.
Malam tu kami sekeluarga ke Bukit Katil, rumah sepupu diorang Bro Hilmi. Dia ada organize birthday party untuk anak lelaki, Aariz Arshan yang menyambut hari lahir ketiga. Tema: Spiderman..:-p
Memang ramai. Ingatkan dah datang lepas Isyak ni dah takde orang sangat. Rupanya still penuh dengan kerabat dan sedara mara mereka. Makanan pun boleh tahan meriah, ada nasi ayam, laksa, mi sup dan aneka muffin + candy bertemakan Spiderman. Huhu
Oit, boleh korek hidung pulak anak dara sorang ni. Awak tu perempuan, ce cover sikit. Haha
Fariq with his sepupu. Pening aku dengan diorang ni, sekejap kawan, sekejap lagi bergaduh..:-p
Malam tu ada bukak pool jugak. Tapi korang tengok jelah ye, tak bawak baju renang. Nak terjun boleh, tapi baliklah dengan Nek Long korang nanti. Haha
Pagi Ahad around 2am, aku dan Zed lepak tengok final UCL Borussia Dortmund vs Real Madrid di Restoran Nasi Kandar Hamedi di Jasin. Haa mana korang nak dapat ipar yang layan bola camni. Hari tu layan final FA Cup jam 12 kat Tanah Rata, laa ni jam 2 pagi pulak tengok UCL.
Pagi Ahad takde buat apa pun. Mana taknya bangun pun pukul 10. Sorry sikit, lepas tengok bola tu kitorang Subuh dulu kat Masjid Pulai okay. Haha. Petang tu bawak budak-budak ni naik motor ke Pantai Siring. Ni tengah try coffee shop baru "Kopi Rewang" yang terletak betul-betul menghadap pantai.
Chill Iman minum Vanilla Oreo sambil memerhati lautan manusia yang ada. Memang ramai orang yang datang lepak kat sini. Maklumlah ni antara pantai yang berada dalam kawasan bandar Melaka selain Pantai Klebang dan Pantai Puteri.
Menunggu kawan Hafsah, a.k.a our new recruit. In Sha Allah, tahun ni kami bakal dapat ipar lagi..;-)
Sempat lagi melayan budak-budak ni nak bagi arnab makan. Problemnya arnab tu pun dah kenyang, tak larat nak makan lagi. Huhu
Pandang apa serius sangat tu Iman. Kot la nampak buaya darat ke..:-p
Malam tu seperti biasa, solat jemaah di Masjid ar-Rahman Pulai before ngeteh with bro Zed to conclude cuti sekolah tahun ni.
Hari Isnin tu aku balik Rawang dalam jam 10.30 pagi. Jalan tak jem pun, tapi agak banyak kereta so around 2pm jugak sampai. Semua ketiduran dek cuaca yang panas. So, itu je lah cerita petang ni pasal weekend aku dan keluarga dekat kampung. 

P/S: Boring siot takde game EPL. Apa nak buat lagi 2 bulan ni!!