Sunday, February 4, 2024

Kisah AKU n Restoran Mi Tarik Muslim Xinjiang @ Rawang

Assalamualaikum,

Sementara tengok Newcastle ketinggalan lawan Luton sekarang ni aku nak menaip sikit cerita semalam. Another double wedding dan juga our first visit to the newest Chinese Muslim restaurant di bandar Rawang iaitu Restoran Mi Tarik Muslim Xinjiang. Before we get started, suka aku nak share a few cerita awal minggu ni.
Little Caliph Bandar Sungai Buaya ada buat Career Day hari Selasa lepas. So budak-budak semua kena dress-up based on kerjaya pilihan. Ni gambar kelas Fariq bersama cikgu diorang. Mana budak tu?
Fariq bersama rakan-rakan yang menyarung uniform Bomba. Sebenarnya Along yang beli time nak celebrate birthday Fariq yang keempat tahun lepas..:-)
Hari Khamis diorang ada aktiviti luar kelas. Pergi main kat Taman Melatisari.
Bukan main seronok lagi ye main layang-layang.
Hari Sabtu, aku teman ayah ke wedding anak kawan dia di Dewan Orkid Batu 16, Rawang. Together with us, ada Fariq dan Iman jugak. Wife tak dapat join sebab ada kelas online. Iman bukan main seronok makan cendol..:-)
Since ada dua wedding, kat sini kami tak makan banyak pun. Pekena cendol, apam balik dan aneka cucur je. Fariq macam biasalah, tiga kon aiskrim jugak budak ni makan semalam. Complete tiga flavor - coklat, vanila, strawberi. Huhu
Majlis kedua berlangsung di Dewan Cindai Institut Kraf Negara di Templer Park, tak jauh pun ada lah dalam 10 minit drive from venue pertama tu.
Yang ni pulak wedding kenalan keluarga kami di Sungai Buaya. Parent's pengantin kenal parent aku. Aku kenal kakak pengantin, Izzati yang time tu agak mencetus kontroversi jugak sebab muka dia sebijik macam muka Along. Yang pengantin, Hazzwan pulak kawan adik aku, tapi si Faris tu takde nak join pulak. Betul-betul jimbit brader ni. Haha
Kat sini baru makan betul-betul. Maklumlah, aku pun tak breakfast pagi tu, nak kosongkan perut katanya..:-p
Sempat layan teh tarik dan cucur jugak before balik.
Dalam jam 2 petang, kami pun menamatkan jalan-jalan cari wedding untuk minggu ni with of course, a lot of goodies bag. Huhu
Now baru lah kita ke main story untuk entry kali ni. So nak dijadikan cerita lepas pergi wedding tu, kami sempat menyinggah sebuah restoran Cina Muslim yang baru dibuka di Rawang dan owner tu, En Malik merupakan jiran rapat family aku. Rumah dia betul-betul belakang rumah, sampai kekadang tu dengar diorang berbual cina. Huhu. Hari tu dia ada share dalam group WhatsApp pasal his new restaurant ni dan semalam aku dapat jugak meluangkan masa datang sana.
Ni lah dia En Malik tu. Family memang asal from Tanah Besar China, iaitu di Xinjiang. Bukan Jinjang eh, tu kat Kepong. Haha
Since aku pun dah agak kenyang, memang tak dapat nak merasa his signature Mee Tarik Xinjiang tu but yang Steam Dumpling ni aku boleh sumbat lagi. Huhu
Memang sedap dumpling ni, sampai anak-anak aku pun join melantak jugak. Baru diorang tahu betapa sedapnya makanan Cina Muslim ni. Dulu selalu jugak aku pergi a few restaurant such as Mohd Chan, Sharin Low dan juga Mee Tarik Warisan, tapi lepas dah ada family ni diorang tak minat sangat..:-)
Tengok budak ni, mentang-mentang kedai jiran dia boleh buat macam rumah pulak. Pfft
Dalam jam 3.15 petang kami balik rumah. Hujan lebat sepanjang jalan sampai ayah dengan Iman pun boleh tertidur. Si Fariq tu je yang still aktif, makan banyak sangat aiskrim tu yang tak mau tidur tu. Huhu. Jam 4 sampai rumah ngam-ngam je wife habis kelas.

So itu sahaja ceritanya. Baiklah, untuk warga Hulu Selangor, Rawang, Selayang dan kawasan sekitarnya, if berkesempatan bolehlah melawat Restoran Mi Tarik Muslim Xinjiang ni yang beralamat C-10-G, Jalan Reef 1/2, Pusat Perniagaan Reef, 48000, Rawang, Selangor Darul Ehsan. Untuk sesiapa yang familiar, restoran ni betul-betul bersebelahan Lotus Rawang. Tak rugi pun cuba, memang sedap masakan kat sini. Apa-apapun, sekali lagi tahniah kepada pasangan yang diraikan, Hazzwan & Anis serta Fadilah & Syaref. Semoga ikatan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan sentiasa berada didalam rahmatNya. Amin In Sha Allah.

P/S: Siot la, apa jadi kat Newcastle sekarang. Dengan Luton kat home pun tak boleh makan!

No comments:

Post a Comment