Assalamualaikum,
Petang ni aku nak share satu annual event anjuran Touch 'n Go HR untuk meraikan kepelbagaian kaum yang ada dalam company kami ni.
Semalam aku kerja di office, so sempatlah join CNY event. Macam biasalah ada tarian singa dari lobi sampailah tingkat 9. Gambar pecah sikit sebab ni screenshot video yang aku ambil time mula-mula performance didepan bangunan ofis kami.
CEO TNGSB, Mr Praba dan juga CEO TNGD, Mr Alan Ni yang berkenan merasmikan majlis pada pagi itu.
Time ni singa menyinggah Level 6 iaitu House of Business & Growth. Huhu
Bukan main bersemangat diorang perform hari tu. Bingit telinga aku dibuatnya..:-p
Yang penting aku memang enjoy tengok performance tu. Habis fokus tu. Hii
Macam biasa lah, singa ni akan menyinggah mana-mana meja yang ada letak angpau dan limau mandarin untuk blessing of good luck and fortune.
Tak silap aku, if pegang kepala singa ni akan dapat nasib yang baik untuk tahun tu. Tapi aku takde lah pegang, lari akidah nanti..:-)
Sempatlah bergambar kenangan dengan team department. Pakai baju kaler maroon jugak nak kasi matching dengan event.
Singa nak balik, diorang perform ikut level. Bos aku cakap singa tu memang kena kluar punggung dulu, tak tau lah sebab apa. Ada pantang diorang kot. Huu
Dapat eWallet angpow from boss Ming Siang. Xie Xie. Lepas tu ada makan-makan dekat Level 3, turun pukul 12 memang ramai gila orang queue.
Memanglah dah bergabung TNGSB dan TNGD, mana tak padat level tu. Tapi nasib baik organizer dah siap-siap pack kan makanan dalam lunchbox ni, nak makan kat situ memang tak dapat lah. So bawak naik atas makan kat workstation je.
So itu sahaja cerita malam ni. Okaylah, nak tidur dulu esok ada meeting awal pulak kat office.
P/S: Aduhh kena pergi teambuilding pulak hujung bulan ni. Kenapalah selalu buat hari Jumaat, rushing la nak pergi solat pastu sambung program lagi. Pfft.
No comments:
Post a Comment