Sunday, November 27, 2022

Kisah AKU n Happy Birthday 2022

Assalamualaikum,

Alah, lambat sehari hari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2022 ialah hari ulangtahun aku yang ke 30. Dah 3-Series beb! Untuk tahun ni, yang pertama wish ialah family aku yang terlebih dulu celebrate my birthday minggu lepas (19/11) followed by cik isteri dan anak-anak. Other friends termasuklah dari group Lepak SajePenyet Deq serta beberapa orang rakan di FB dan LinkedIn.
Tahun ni ada jugak e-wish dari Touch 'n Go via Teams via platform Yammer. Tengok dalam list ni ada tiga orang share nama Farid. Haha
Seperti tahun lepas, sambutan birthday aku tahun ni jugak berlangsung di Setia City Mall. Kami sekeluarga gerak dari Rawang dalam jam 12, sampai sekitar jam 1 petang. Cuma tahun ni takde sesi karok cam tahun lepas, maklumlah Iman kecik lagi. Nanti pecah pulang gegendang telinga dia. Unlike my disastrous parking experience di IOI Putrajaya, kali ni aku betul-betul dapat parking depan entrance..:-)
Wife kata ada playground baru bukak kat sini yang bertemakan cartoon Baby Shark & Pinkfong. So, aktiviti pertama hari ni dah tentunya bawak anak-anak bermain. Walaupun birthday bapaknya yang patut diraikan, tapi demi kebahagiaan the kids. Apalah salahnya? Huhu
Ni lah tempatnya - Toy World. Agak spacious jugak. Harga masuk untuk kanak-kanak atas 1 tahun ialah RM46, while guardian sorang RM8. So total RM62 jugak, belum masuk RM10 beli token arked dan a few RM untuk refreshment. Huhu
Dah tentunya manusia paling gembira semalam si Fariq ni. Macam-macam benda si kecik ni main semalam. Biasanya main kat Kidzoona je, tetiba pulak dapat main kat playground baru..:-)
Pening sebab putar laju sangat. Haha
Iman main bola je. Nak main dengan Fariq, tapi tak layan. 
Haha, bak kata Fariq - lari-lari macam dalam cerita Mat Kilau..:-p
Tak habis-habis dok tengok tag tu. Untuk pengetahuan, walaupun entrance fee quite mahal tapi sebenarnya takde time limit. So, korang boleh bawak anak main sejam dua, pergi keluar makan, karok, tengok wayang etc., then boleh datang sini balik sambung main. Yang penting tag tu tak rosak dan of course time operation hour je lah, dari pukul 10 pagi hinggalah jam 10 malam.
Fariq the Builder.
Main kat sini pulak. Memang banyak tempat untuk budak-budak main, tu yang nampak tak padat sebab agak luas. Macam Fariq ni stok main kat bawah je, tak berani lagi nak panjat tangga, main monkey bar, slide, trampoline semua tu.
Macam biasa, dah sampai kat sini memang bapak dia lah yang paling fokus. Iman dok tengok apa tu, ada defect ke kat bangunan abah ni?
Amboir, kemain happt betul anak perempuan aku sorang ni..:-p
Sekitar jam 3 petang, kami beredar seketika untuk makan. Lapar beb! Nasib baiklah Fariq pun nak makan jugak, takdelah dia meragam. Selfie duu sebelum menamatkan Round 1. Huhu
Untuk simple celebration kali ni, aku memilih untuk makan di JM Bariani House @ Setia City Mall. Lama tak pekena beriani kat sini. Sebelum makanan sampai, elok bagi si Iman ni makan dulu. Huu
Tengok apa tu sampai tersengih-sengih. Saja tunjuk gambar time Fariq main tadi, tak nak bagi dia tidur. Huhu
Pekena Nasi Beriyani Gam semalam. Wife ambil ayam panggang, aku pulak pilih kambing. Ada jugak order side dish - Spring Roll dan Kek Lapis Sarawak. Memang banyak portion makanan kat JM Bariani. Tapi tulah, sayang pulak branch kat AEON Rawang dah tutup.
Lepas makan, pakat sambung balik main kat sini. Takpelah yang penting anak-anak happy. Maklumlah minggu ni diorang pergi taska hari Isnin je, hari lain cuti sebab tak sihat. So terperuk kat rumah tengok TV je since mak ayah work.
Abah mana abang Fariq, tak nampak pun?
Dia dah kena sedut dengan bola.:-p
Sambung main kali ni pun tak selama Round 1. Tengok muka Fariq tu pun dah bateri dah nak habis. Haha
Pekena arked game satu kali sebelum keluar meninggalkan Toy World sekitar jam 6 petang.
Last selfie sebelum chow..:-)
Tengok budak ni, dok senyap rupa-rupanya dah tidur dalam stroller. Sampai dah keluar mall pun tak perasan. Dah tu elok berposing macam model pulak tu. Haha. 
Malam tu tengok final Piala Malaysia, Selangor menentang JDT. Game yang mendebarkan tapi nasib berpihak kepada JDT dengan kemenangan 2-1. Takpelah, takde rezeki nak menang cup tahun ni. Kita cuba lagi tahun depan Red Giant! Merah Kuning warna kebanggaan.

So, 30. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, tahun ni merupakan tahun ketiga di Touch 'n Go dan of course dengan role yang berbeza dari tahun lepas. Sadly, Myvinium Falcon dah tak bersama aku tahun ni where I was forced to sell her bulan Mac, cumanya tempat dia sekarang diganti dengan my Axia Silverwing. Memori dalam hidup aku tahun ni semestinya banyak dihabiskan bersama isteri, Ija dan dua orang anak kami, Fariq dan Iman. Semoga rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.

Friday, November 25, 2022

Kisah AKU n PRU Malaysia Ke-15

Assalamualaikum,

Telah berakhirnya teka teki untuk keputusan PRU Malaysia yang ke-15 setelah hampir seminggu rakyat menunggu akan keputusan muktamad hasil dari situasi hung-parliament yang jarang berlaku dalam landskap politik Malaysia ni. Apa-apapun, entri pagi ni aku nak story sikit pengalaman mengundi aku untuk kali kedua ini. Let's start dengan cerita sebelum GE dulu. Ayuh!
Minggu lepas masih ke office, bukan main perang sepanduk lagi kat Lembah Pantai ni.
Dah lah pergi ofis murung, tengok muka dia ni lagi bertambah murung. Haha
Hari Rabu tu aku ke pejabat, tapi balik awal. Lepas meeting je terus chow, since adik wife, Zakaria dan Hafsah nak datang rumah. Diorang stay semalam dulu before berangkat pulang ke Melaka malam hari Khamis tu. Dapatlah merasa jadi bujang.
Jumaat - cuti peristiwa memang lepak kat rumah je. Malam tu lepas Maghrib aku ditemani family ke Bukit Sentosa for a dinner. Along dan Mikail pun ada, maklumlah daftar mengundi kat sini. Syazwan pulak vote dekat Parlimen Ayer Hitam.
Brader ni nak beli kereta baru. Katanya kereta Waja ayah dah tak reliable lagi nak travel jauh. Betul dah tu, dah nak dekat 17 tahun kereta tu berkhidmat untuk family kami. Huhu
Rupa-rupanya malam tu nak celebrate birthday aku rupanya. Patutlah aku nampak mak ada bawak bungkusan, ingatkan makanan Mikail. 
Terharu bro. Thank you semuanya atas celebration ni, walaupun simple tapi bermakna..:-)
Sesi makan kek beramai-ramai dimulakan dengan birthday boy yang diraikan. Huhu
Nak jugak kena suap.
Dalam pukul 10.30 malam tu kami pun balik ke rumah.
Cuma aku dan ayah ada satu lagi task of the day. Mendobi, sudahnya jam 1 pagi jugak settle. Bukan apa, senang nanti lepas balik dari kampung semua dah siap. Jumpa port baru kat Bukit Sentosa, kat sini dobi boleh pakai bank card, sesuailah untuk orang yang berkiblatkan cashless cam aku ni. Hihi
Sabtu tanggal 19 November 2022 - The Election Day. Well, this is my second time mengundi bagi Parlimen Hulu Selangor, DUN Batang Kali. Aku menyarungkan baju biru tua warna rasmi Perikatan Nasional. Aik, bukan dulu pangkah PH ke? Apa cite swing ni. 
Aku ditemani adik dan Along bergerak ke pusat mengundi yang terletak di SMK Bandar Sungai Buaya.
Kenangan beb. Rasanya dah hampir 5 tahun aku tak menjejakkan kaki kesini, last datang time PRU 14 tu lah. Haha
Start beratur sekitar jam 11 pagi. Memang ramai orang dah queue time ni. Pukul berapa siot korang datang? Ada 8 saluran kat Pusat Mengundi SMK Bandar Sungai Buaya ni. Kesemua saluran tak putus-putus rakyat yang beratur nak cast their vote to elect new government.
Ada paparazi amik gambar. Siapa? Si Afiq tu lah, dia awal sikit dari aku.
Sempatlah amik gambar dengan brader ni. Si Dolah mengundi awal, sebab nak balik Teluk Intan. Parents dia vote kat sana.
Kami bertiga selamat mengundi calon pilihan sekitar jam 12.30 tengahari. Sejam jugak beratur beb! Tayang ink kat jari sikit..:-p 
Unlike PRU lepas, tahun ni aku takde lepak malam. Lepas Maghrib tu aku bergerak pulang ke Melaka. Hujan from Rawang sampailah ke Port Dickson, then bersambung lagi dari Ayer Keroh sampailah ke Merlimau.
Sampai rumah jam 11 malam, seperti biasa aku mengikuti perkembangan semasa melalui channel Astro Awani. Tengok kat sini boleh tambah ilmu dengan analisis-analisis yang diberikan Penganalisa Politik & Ekonomi. Iman pun join tengok jugak..:-p
Sampailah ke jam 4 pagi. Takde siapa pun yang ditabalkan sebagai pemenang dengan Perikatan Nasional mengikut rapat Pakatan Harapan dari jumlah kerusi yang dimenangi. Tak lupa kepada parti such as Barisan Nasional, Gabungan Parti Sarawak (GPS) dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang mendapat sizable seat juga. After aku analyze situation hung-parliament, sudahnya masuk tidur je lah. Haha
Pagi tu tak buat apa pun, qada tidur je. Eh naik Axia ke? Haah, bateri Persona aku kong pulak time malam nak balik tu. Tu yang redah je pakai Silverwing ni. Huhu
Bawak si kecik ni makan aiskrim lepas solat Zohor. 
Malam tu setelah melalui beberapa jam period of uncertainty, aku decided untuk balik ke Rawang sekitar jam 10 malam. Sebab cuti peristiwa pun tak confirm lagi kan, tu yang malas nak gamble. Seperti yang dijangka jalan memang jem especially jajaran Pedas-Linggi ke Seremban. Pheww
Setelah 4 jam, akhirnya kami sekeluarga selamat tiba di rumah around 2pagi. My Axia akhirnya menamatkan her first long haul travel. Tahniah.

Dan petang semalam seperti yang korang semua tahu, DSAI mengangkat sumpah dihadapan YDPA untuk menyempurnakan pelantikan beliau sebagai Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 dan diberi mandat untuk menubuhkan kerajaan pusat yang baru. Bagi aku, kami berlapang dada dan menerima keputusan ini. Apapun kita kekal berprinsip.

To wrap entri pagi ni, tahniah buat yang menang. Diharap dapat gunakan penggal yang akan datang sebagai platform untuk membantu rakyat, disamping membetulkan apa yang salah dimata rakyat selama ini. Mandat yang diberikan janganlah diambil ringan. Ingat apa yang jadi kat BN dan PH sebelum ini apabila kepercayaan rakyat bertukar menjadi amarah, yang BN tumbang after berpuluh tahun memerintah, PH pulak tak sampai 2 tahun bungkus.

P/S: Selangor berjaya melangkah ke final Piala Malaysia dan bakal bertemu JDT. Huhu