Tuesday, November 15, 2022

Kisah AKU n 4th Wedding Anniversary

Assalamualaikum,

Malam ni aku nak update pasal satu anniversary yang penting dalam hidup aku dan isteri. 
Empat tahun yang lepas, aku selamat melafazkan akad dan sah menjadi suami kepada Ija. Tengok gambar ni macam tak sangka pulak dah jadi laki orang time tu. Daripada nak isi perut makan sorang, pastu dah ada satu lagi perut nak kena bagi makan. 
Thank you very much sebab sentiasa berada disisi abang sepanjang perkahwinan kita. Semoga Allah menambah keberkatan dan keharmonian dalam perkahwinan. Semoga juga dipanjangkan usia, dimurahkan rezeki, dipelihara Allah dalam keimanan, diberkati dengan kesihatan yang baik, dilindungi dari segala yang tidak baik dan dilimpahi rahmat setiap masa. I love you, dear..:-) .
Untuk kali ni, kami celebrate di Secret Recipe @ Bukit Sentosa. Musim hujan sekarang, asal petang je hujan. So tak dan lah nak pergi jauh-jauh, buat pulak bulan November ni pun ada satu lagi benda yang kami nak celebrate. Huhu
Celebrate sekali dengan budak dua orang ni. Ada orang prefer sambut wedding anniversary berdua, sudahnya anak tinggal dekat mak ayah. Kira dating lah tu nak mengimbau zaman-zaman couple dulu. Pfft. Tapi bagi kami, lagi elok celebrate dengan anak-anak. Kita raikan sekali..:-)
Wife bersama permata hati kami, Iman dan Fariq.
Ni lah yang paling penting time kat meja makan - bonding. Ada parents bagi anak main gejet, ada jugak yang bawak buku dan tak kurang juga yang angkut sekali mainan. Tak kisah lah mana-mana cara pun yang penting kita layan diorang..:-)
Sempatlah selfie berdua. Empat tahun kahwin ni pun memberi kesan fizikal jugak kat aku - semakin mengembang. Haha. Normal lah tu, dah bini pandai masak.
Okay encik boleh pilih plan Hibah PruBSN ni. RM60 je sebulan..:-p
Okay makan time. Macam biasalah, dah bawak Fariq ni memang tak sah kalau tak order makanan berasaskan nasi. Tapi malam tu aku pekena Aglio Oglio je, sebenarnya dah lama ngidam nak makan benda ni. Haha
Adik Iman pun makan jugak, tapi homemade food. Huu
Selfie bersama anak-anak before bergerak pulang. Alhamdulillah, perkahwinan kami diserikan dengan kehadiran sepasang cahaya mata yang cute. Our firstborn, Fariq yang sekarang ni berusia 3 tahun setengah, dan juga Iman yang baru nak masuk 8 bulan.
Selain anniversary yang sudah tentunya menggermbirakan weekend aku, ada satu lagi benda yang membuatkan aku tidur senyum. Newcastle berjaya menewaskan Chelsea dan melebarkan rekod tanpa kalah yang sekaligus meletakkan kami ditangga ketiga liga (at least sampai Christmas). Selepas ini, liga akan berehat panjang untuk memberi laluan kejohanan FIFA di Qatar. Tahun ni aku support team England since ada tiga player Newcastle yang menyarung jersi kebangsaan the Three Lions iaitu Nick Pope, Kieran Trippier dan Callum Wilson. Sorry Germany, tahun ni aku tak dapat nak sokong korang. Huhu

Okaylah, itu sahaja cerita malam ni, ingat nak download the final patch untuk Bannerlord, nampak macam ada a few cool features. Akhirnya game ni dah full release setelah hampir setahun Early Access. Tak tau nak download ke tak sebenarnya, considering TOTSK hanya support beta 1.9.0 je. Rugi pulak, nanti kena revert installation. 

No comments:

Post a Comment