Tuesday, September 26, 2017

Kisah AKU n Quatriz Krabi Getaway - Goodbye Krabi!

Assalamualaikum,

Sekitar jam 2 petang, bas tiba di perkarangan Big C Mall Krabi. It's the second biggest mall here. Yang pertama TESCO Lotus. Tapi takpelah, mana-mana pun boleh. Dah tak kisah pasal shopping pun sebab duit tinggal 50 THB je. Huhu
 
Masuk je dah sense normality mall ni. Ye betul, this is a typical family mall yang menempatkan supermarket, DIY, home furnishing franchise, food outlet, electronics shops, boutiques dan juga arcade area. Mirip kebanyakkan mall yang ada di Malaysia. Cuma bezanya, kat sini takde Bahasa Melayu lah..:-p
Tengok muka Izuwan pun dah tau boring kat sini. Haha
Lenguh kaki beb, berjalan dekat Thapom Canal tu punya pasal la ni.
Tiba-tiba mata kami tertancap dekat arked area. Nampak dari luar macam lame, masuk je tiba-tiba best. Semua game kitorang try. Haha, ni baru fun!
Baki pun ada, pakai je lah. Beli token 30 THB main benda alah ni. Dapatlah 3 round. Selalu nampak kat TESCO Rawang tapi tak berkesempatan nak main. Bila dah boring, game ni pun jadi lah.
Ni game paling havoc. Bertoken-token diorang beli buat main basketball ni. Siap buat challenge lagi. Budak-budak Thai kat sana mesti terkena kejutan budaya tengok kitorang hari tu. Hee
Ada jugak some from us yang karok. Sini pun pakai token jugak. Karok lagu English je, tapi yang kelakar lyric takde. Kesian. Nasib baik token murah..:-p
Tiba di Krabi International Airport sekitar jam 4 petang.
Bersama Khun Matt, tourist guide yang setia menemani kami untuk 3 hari ni. Khob Kun Kap!
Flight delay setengah jam. Mereput jugak aku tunggu. Yelah, duit pun tinggal 20 THB. Nak beli air mineral pun tak lepas. Wuu
Penerbangan AK861 berlepas dari KBV ke KUL sekitar jam 6 petang dan mendarat pada pukul 8.30 malam waktu Malaysia. Tak boleh blah budak-budak ni membahan pilot sepanjang flight. Semuanya gara-gara pilot tu cakap "Cabin crew, show-time" waktu nak take-off. Haha
Dari KLIA2 ke TPM kitorang ambil Uber yang sama. Sampai dalam pukul 9.30. Since Myvi pun masih dibengkel, ayah yang pick up aku kat sana dan we arrived kat rumah around 10.30 malam. Thanks bos!
Ni lah antara souvenir yang sempat aku beli kat Krabi. I'm a family guy, so tak kisah lah duit habis asalkan family dapat ole-ole dari negara Gajah ni. Cuma this time tak meriah sangatlah sebab aku tak bawak banyak duit pun. Tukar hari tu pun dalam RM 250, kira-kira 2000 THB je.

Dan as for me, memang takde beli apa pun. Cuma ada baucer lucky draw Parkson RM 100 (itu pun pass kat Along untuk barang baby dia) dan juga Touch n Go Watch 2 Pay yang awesome ni, a gift from boss to all staff. To conclude, kenangan dan memori bersama rakan-rakan seperjuangan di Quatriz sudah cukup precious for me. As expected, I returned with a lot of knowledge mengenai sejarah dan lagenda di Krabi ini and finally, aku tau dah mana location honeymoon nanti. Haha

Baiklah, maka berakhir 8 entries untuk Travelogue: Quatriz Krabi Getaway aku ni. Thanks sudi meluangkan masa membaca experience aku berada kat the jewel of Andaman ni. Okay lah, nak tidur dah. Esok nak ke Bukit Jalil, ada tender exercise baru untuk West Coast Expressway ni. 

Kisah AKU n Quatriz Krabi Getaway - Canal of Two Water

Assalamualaikum,

Hari ketiga kami di Krabi bermula dengan baik. Cuaca baik, breakfast pun okay. Cuma tu lah, mood tak berapa nak okay sebab hari last and then for most of us, hari Isnin dah start kerja balik. Aku terpaksa ambil cuti since kereta tak siap lagi kat Perodua tu. Hii
9.30 AM - Dah start berkumpul di lobi untuk check out. 
Tunggu Prathab tak siap-siap lagi. Sempat jugak tengok muka Pn. Zihan dah pissed off. Well, aku kerja direct bawah dia. Memang tahu sangat dia tak berapa gemar orang tak menepati masa. Sebab tu kalau ada meeting melibatkan dia, aku make sure kena sampai sejam awal. Kalau tak jadi macam dekat SMART hari tu, lambat 10 minit beb. Tak berani buat eye contact terus. Haha
Destinasi pertama untuk hari penutup kami disini ialah Thapom Khlong Song Nam or in English, Thapom Canal of Two Water.
Apa yang uniknya pasal tempat ni ialah as it name suggested - Canal of Two Water literally means tempat pertemuan antara dua jenis air iaitu seawater dan freshwater. Sea water dari Laut Andaman, fresh water pula dari Kao Chong Phra (Sungai). 
Sempat lagi si Tengku bahan aku depan kamera. Izuwan pun elok melayan je. Haha, cibai sungguh makhluk ni..:-p
Dari kiri: Kerol, Arep, Farid. 
Kata Khun Matt lah air kat sini memang jernih lagi-lagi time air pasang. Hat ni belum fully pasang pun dah cantik..:-)
Sekali pandang macam dekat set shooting filem Nang Nak lah pulak. Seram beb, buat time aku bergambar tiba-tiba ada kepala mengintai kat celah pokok tu. Huhu
Singgah lunch di Ruantalay Restaurant, sebuah restoran terapung yang terletak di outskirt Krabi. Since cuaca agak panas, berpeluh jugak kami makan. 
Tapi apa-apapun lunch sini memang puas hati. Dalam banyak-banyak restoran aku visit kat Krabi kali ni, makanan restoran ni paling sedap. Menu kami - Massaman Chicken, Thai Deep Fried Fish, Spicy Seafood Tom Yum, Stir Fried Oyster, Stir Fried Chicken with Thick Sause, Prawn Tepura, Thai Fried Crab with Spring Onion dan juga desserts aneh - Syrup Water Chestnuts

Okay, on next entry kita akan ke Big C Shopping Center untuk melengkapkan percutian 3 hari kami di Krabi. Stay tuned!

Monday, September 25, 2017

Kisah AKU n Quatriz Krabi Getaway - Krabi Walking Street

Assalamualaikum,

Bas membawa kami menuju ke De' Fish Seafood Restaurant yang terletak tak jauh dari hotel penginapan team Quatriz. Dah tu tak jauh kenapa nak naik bas? Haa, sebab malam tu bukan aktiviti free and easy. So, kami akan dibawa ke Krabi Town untuk merasakan sendiri suasana pasar malam minggu tu disana. This is where I spent most of my remaining 1500 THB sampai tinggal sekeping not 100 THB je. Huu
Dinner kali ni duduk dengan geng akak-akak je, sebab aku lambat turun bas. Takpelah, at least rasa disayangi sikit ada orang cedokkan nasi, tom yam. Kalau duduk dengan geng lagi semua hat first come first serve. Siapa lambat dapat tulang ikan je lah gamaknya. Haha
Menu kami malam tu macam biasalah. Ada Tom Yam Mixed Seafood, Chicken Thai Green Curry, Fish Cake, Deep Fried Fish with Soy Sauce, Stir Fried Thai Vermicelli with Prawn, Stir Fried Squid with Thai Curry dan juga signature deserts, Mango Sticky Rice.
I'm happy boy duduk dekat meja ni..:-p
8.30 PM - Tiba di Krabi Walking Street yang terletak berhampiran Maharaj Market. Aku pernah pergi sini dulu tapi tak shopping banyak pun. Kali ni memang dah set nak habiskan baki Baht yang ada. Plannya nak tinggalkan 500 THB untuk hari last kat sini.
Diorang ni dah macam belangkas aku tengok, kat mana ada Jaba, kat situ ada Ira. Huu
Pakai baju Newcastle lah. Baru FUN!
Tengah syok bershopping, tiba-tiba hujan. Haha. Skrip yang sama terpisah lagi dari kumpulan. Beli rain poncho then sambung merayau sorang-sorang sambil membeli belah. Pastu baru lah ternampak budak-budak ni lagi.
Singgah ngeteh dekat Abdullah Halal Food sementara tunggu yang lain. Since bas pun parking dekat sini, senang lah nak monitor.
Dah macam sniper pulak pakai ponco camni. Huhu
Pagi, petang, siang, malam hujan kat Krabi ni. Khun Matt kata tengah monsoon season sekarang. Buat pulak Krabi ni tepi pantai, memang menjadi-jadilah hujan dia.
Bas bergerak meninggalkan bandar sekitar jam 10 malam. Sampai hotel kami drop barang kat bilik then sambung merayau cari massage. Berdenyut siot kaki hari tu. Mana taknya, dari pagi sampai ke malam tak henti-henti berjalan. Ao Nang pun hujan lagi, so pondan pun tak keluar cari mangsa. Kantoi lah ake up cair. Haha
12 PM - Budak-budak perempuan ajak main game minda. Mula-mula ingat nak main kat area open pool, tapi takut buat bising sampai ganggu tetamu lain pulak. Sudahnya kami berlima-belas ni main dalam bilik diorang je. Seronok jugak game malam tu, tahu-tahu dah pukul 2 pagi. 

Balik bilik terus tidur, esoknya hari last kami di Krabi. Next entry - Exploring Thapom River! 

Kisah AKU n Quatriz Krabi Getaway - Building The Team

Assalamualaikum,

Sorry lambat sikit, aku pergi Bukit Sentosa tadi jumpa ejen rumah. Ada discussion pasal status pembelian rumah aku tu. We had decided to called of the purchase. Lama sangat stuck pasal isu tanah Sungai Buaya ni. That's the risk kalau nak beli rumah dekat township yang bermasalah. Even loan lepas pun, still kena hadap Pejabat Tanah. But still aku communicate dengan En. Mus untuk cari rumah di area Bukit Sentosa or Bukit Beruntung. Jauh sikit, tapi still possible untuk dapat rumah landed dalam bajet aku.
Okaylah, aktiviti hari kedua kami dipenuhi dengan melawat pulau-pulau kecil yang berada sekitar Krabi dan juga teambuilding session. Breakfast seawal 8.30 pagi di White Orchard Restaurant. Makan sausage + omelet je pagi tu.
Menunggu bas yang akan membawa kami ke Nopparat Thara Pier. Untuk hari kedua ni, ada aktiviti island hopping dan juga snorkeling menanti kami di pulau-pulau yang terpilih. Err, I mean pulau-pulau yang ada dalam pakej. 
Naik bas 15 minit je dari Ao Nang ke Nopparat Thara. Kalau dulu naik skuter, lagi-lagi bila Afiq yang bawak. Tak sampai 5 minit dah sampai. Hanat betul. Haha
Selfie satu kali! Baju ni aku yang design, banner pun sama. Huu. Poyo, tu pun nak cerita.
Naik speed boat dari jeti. Hujan lebat gila! First time aku naik speedboat time hujan lebat. Tapi sempat lagi amik gambar. Nasib baik bawak waterproof cover tu siap-siap. Ada lah selamat sikit henset aku dalam tu. Belajar dari pengalaman der, dulu kat Perhentian henset mati sebab tak perasan beg masuk air. Kali ni aku pakai beg kulit kalis air punya. Haha 
Our first stop is Railay Bay. Kat sini ada Phra Nang Cave yang menempatkan sebuah ancient temple untuk menghormati a mythical sea princess disini. Tapi jangan terkejutlah kalau nampak ada banyak objek pelik kat sini. Hah, benda pelik? 
Yes, contohnya seperti benda ni. This is a wooden carving of Palad Khik or simply, alat sulit lelaki or famously known as Konek. Haha. Orang kat sini percaya kalau korang offer Palad Khik kat kuil ni, ianya akan membantu meningkatkan kesuburan untuk lelaki dan perempuan. Alah, kita pun ada jugak lagenda Dayang Bunting. So, janganlah nak pelik sangat. Betul?
Bermandi-manda di Phra Nang Beach. Don't worry, Khun Matt kata kat sini mandi takde side effect pun. Yelah, macam kat Pulau Dayang Bunting bila minum or mandi boleh subur. Huu
Alang-alang dah basah kena hujan tadi, apa lagi mandi lah!
Naik bot laju untuk ke pulau seterusnya - Tub Island for snorkeling session.
Kat sini aku snorkeling sekejap je. Orang rabun kuat ni lah masalahnya, time aktiviti air macam ni bukan nampak apa pun. Haha
Banyak bergambar atas bot je.
Singgah lunch sekejap di Poda Island bertemankan bayu Laut Andaman. Menu kami petang tu Kao Phad Thai, Deep Fried Chicken dan mineral water. Kat sini ada beberapa orang terbaring jugak sebab mabuk laut..:-)
Bergambar bersama Monk's Head dulu before meninggalkan pulau ni. Ada nampak cam kepala orang kan yang belakang tu?
Sekitar jam 3 petang, kami semua pulang ke Nopparat Thara Beach untuk aktiviti teambuilding.
Nampak sekerat pun jadi lah. Asalkan ada. Huu
Ada 5 game yang kami main petang tu. Semuanya best, tapi yang paling pelik game pisang tu. Serius lucah gila. Haha. Mungkin tu permainan rakyat Siam ni kot. Nanti dah dapat gambar aku share. Aku dapat satu team dengan Bos Nizam, Kak Ain, Zaaba, Haziem, Prathab dengan Nik. Team kami (Koh Yawasam) dapat nombor tiga hari tu....out of 4 team. Haha

4.30 PM, sesi teambuilding kami ditamatkan dengan jayanya. We really had fun that day. Bas membawa kami pulang ke hotel. Memang sampai je terus jemur baju, pastu mandi since pukul 6.30 dah nak kena berkumpul semula dilobi untuk dinner di De' Fish Restaurant.

P/S: Aku nak habiskan travelogue Krabi Getaway malam ni jugak. Tak kisah lah tidur pukul 1 pagi pun..:-)