Thursday, January 21, 2021

Kisah AKU n MCO 2.0 - Wk1

 Assalamualaikum,

Ya, MCO datang lagi! Nak cerita aktiviti minggu pertama kita berMCO semula, siot betul. Tapi memang ramai orang maki politician kemaruk kuasa tu. Hampeh dan tak boleh pakai langsung. Haha

Petang sebelum MCO bermula, aku dan family sempat had our dinner at GH Corner. Kebetulan ke Bukit Beruntung nak beli pampers dan susu Fariq. Sebelum roadblock nanti eloklah bawak makan-makan dulu.

Haha, budak ni nak main kat luar pulak.

Hari Rabu bermulalah episod MCO yang kedua dalam hidup majoriti rakyat Malaysia. Berkurunglah lagi dua minggu, tapi aku cakap kat wife. Ni silap-silap membawak ke dua bulan. Macam MCO tahun lepas. Huhu

Fariq tak pergi taska untuk minggu pertama MCO 2.0 ni. Tukar shift je lah dengan bini, nasib baiklah workload kat Parking Dept ni tak heavy macam kat Expressway dulu. Monitor baru aku main peranan beb! Fariq tengok Didi kat screen laptop. Ayah dia pulak buat kerja kat screen monitor.

Hari Sabtu aku dan wife pergi ke Celcom BlueCube Rawang. Ada hal nak settle katanya.Sekali masuk kereta dia bagi surprise pulak. Handphone baru untuk suami tercinta. Yelah, tengok henset aku ni jadi bahan mainan si Fariq je. Dah berapa banyak crack lah kat screen tu. Wife cakap ni loyalty reward untuk pengguna Celcom Plan yang melebihi dua tahun. 

Henset OPPO A15 - 32GB storage with 3GB RAM. Cukup dah ni nak reinstall Call of Duty Mobile. Huhu. 

Macam biasalah setting henset baru. Excited lah bro, bukan selalu dapat peluang camni.

Sesi serah milik Samsung J2 Pro ke Fariq. Siap set email sikecik tu lagi, and downloadkan a few children apps such as Didi & Friends dan Omar & Hana

Haa, nampak tu. Walaupun dah 4 bulan tak berperang dekat sini. Tapi masih lagi top performer. Commando bhai, mana boleh kalah. Tiga hari pakai phone ni aku dah main 10 ranked battle, kalah sekali je chor. Hehe

Nampaknya itu sahaja cerita minggu pertama kita semua berPKP semula. Apa boleh buat, minority punya pasal, majority yang nak menanggungnya. Ya, aku cakap kat kaulah politician. Korang tu minority je, tak sampai 300 pun bila campur ahli Dewan Senat & Rakyat. Rakyat Malaysia ni 30 juta, haa ni yang majority. Tahi betul.

P/S: Newcastle ni aku tengok macam dah tak minat main bola dah. Memanjang kalah je. Ni pun tahi jugak. Haha

Tuesday, January 12, 2021

Kisah AKU n Fariq's 1st Graduation Day

 Assalamualaikum,

Hari ni aku nak berkongsi sikit pengalaman unik menghadiri majlis graduasi Taska Ibu Manal @ Bandar Sungai Buaya. FYI, anak teruna aku si Fariq tu study kat sinilah. Pejam celik dah setahun jugak Fariq duduk kat sini time ibu ayah dia pergi kerja mencari rezeki. Huu

So ceritanya, Sabtu lepas sekitar jam 10 pagi lagi kami bertiga dah tunggu disana. Taska ni tak jauh pun dari rumah, adalah dalam 5 minit drive sahaja. Yang uniknya, majlis graduasi ni dijalankan dengan konsep drive thru. Maklumlah sekarang kan tengah Covid-19, so everything kenalah ada SOP. Bagus jugak cikgu-cikgu buat camni. Ni tengah tunggu turn.

Budak ni dah tak sabar nak pakai mortar board. First year student beb!

Haa nak pakai sangat kan..:-p

Amik gambar dah hadiah pun drive thru..:-)

Apa ni gambar tak clear. Itu je lah eventnya, tak sampai setengah jam pun. Haha

Before balik, singgah Sg Choh early lunch kat Marrybrown dulu. Ni je la fast food yang paling dekat dengan Sungai Buaya but still delivery or FP tak masuk. Pfft

Lovely wife.

Perghh, rambut ikal mayang tu. Aku ingat tengahkan tak masuk office lagi ni, nak simpan rambut lah. Nak jugak tengok rupa bila rambut panjang. Hihi

Balik rumah layan Red Dead Redemption dulu, tercapai hasrat nak main game ni. Lama dah tunggu, asyik sold out je. Kebetulan bukak Shopee ada pulak, terus sambar sebijik. Huhu

Semalam hari pertama untuk tahun kedua Fariq di Taska Ibu Manal. Belajar elok-elok ye kiddo, supaya besar nanti jadi manusia yang berguna untuk agama, bangsa dan negara. Amin In Sha Allah.

Tu je lah entri pagi ni, okaylah nak ready untuk masuk meeting ni. Aku dah macam buat dua kerja kat Touch 'n Go sekarang since ex-bos pun still contact untuk kerja-kerja berkaitan Expressway tu. Nasib baiklah zaman Quatriz dulu dah biasa multitask ni. So, takdelah ralat sangat.

P/S: Newcastle tersingkir dari saingan Piala FA setelah tewas 0-2 ditangan Arsenal. Takpelah, fokus liga je lah Bruce. Kalau relegated aku tak taulah apa alasan kau nanti.

Thursday, January 7, 2021

Kisah AKU n Cuti New Year 2021

Assalamualaikum,

Hujung minggu lepas aku dan family meluangkan masa cuti bersempena Tahun Baru di Port Dickson. Rasanya dengan kes yang semakin meningkat ni aku rasa cukuplah berjalan dulu, risau jugak tengok kes semakin naik saban hari. Mengata orang lain keluar rumah berjalan, yang aku ni pun sama jugaklah. Keluar rumah jugak. Dua kali lima je. Haha
Pagi Jumaat gerak dalam jam 9 pagi, singgah Nilai sekejap bagi memenuhi permintaan wife yang nak beli karpet baru untuk rumah kami..:-)
Ayah semua pun gerak around that time jugak, tapi diorang semua straight ke rumah Along.
Lepak sementara nak menunggu masuk waktu Zuhur untuk solat Jumaat, sebab petang tu ada plan nak keluar.
Petang tu aroun 4pm, aku disertai ayah, adik dan Syazwan akhirnya dapat jugak kumpul bersama untuk satu sesi badminton di Michael's Badminton Academy @ Lukut.
Dah lama jugak tak pegang reket, seingat aku kali terakhir beraksi dua hari sebelum Fariq lahir!
Okaylah boleh main lagi walaupun dah berat. Haha
Main sejam je, cukuplah kot dapat beriadah keluarkan peluh sikit..:-)
Malam tu aku, Syazwan dan ayah keluar lagi ke Port Dickson. Tengok gambar pun dah tau aktiviti kami malam tu. Huhu
Yeah! Ni lagi lah lama tak pegang mic. Last karok bulan Jun 2019.
Bro Syazwan layan lagu tinggi je malam tu. Aku setakat lagu Anuar Zain je lah yang mampu. Huhu.
Selfie kenangan sebelum menamatkan sesi dua jam kami. Betul-betul lepas gian malam tu. Dalam jam 10 malam, kami singgah makan di Ombak Cafe before pulang ke rumah.
Fariq syok main dengan Mikail je, jangan bertumbuk sudah sebab dua-dua boleh tahan ganas jugak..:-p
Pagi Sabtu, aku meluangkan masa bersama Ija dan Fariq di Teluk Kemang. Gerak dalam jam 8 pagi ingat pantai kurang sikit orang.
Rupanya boleh tahan jugak ramai. Huh
Sempatlah bawak Fariq berjalan-jalan di tepi pantai.
Dah besar sikit nanti kita mandi laut ye.
Celup-celup kaki dalam air laut Selat Melaka sikit. Aku ni skeptikal sikit tentang kualiti air kat laut Pantai Barat ni. Maklumlah, antara laluan kapal paling sibuk kat dunia kan.
Petang Sabtu, kami sekeluarga had our early dinner di Restoran Yacht @ Port Dickson untuk meraikan ulang tahun pekahwinan mak ayah yang ke 33. 
Nyum-nyum. Nampak sedap, tapi memang sedap. Kali ni biar anak-anak yang belanja..:-)
Haha, apa muka si Fariq tu. Kelakar betul lah si kecik ni. Sebab tu orang panggil funny boy. Hii
Apa saja yang digelaknya tu?
Lepas makan sebelum pulang sempat menyinggah di Tanjung Tuan. 
Air laut dah surut lah Fariq.
Haha, time ni perut tak sedap sebab aku dah dua hari tak memerut. Mana taknya, makan bukan main sumbat je. 
Pagi Ahad kami sekeluarga memulakan perjalanan pulang ke Sungai Buaya, hujan sepanjang hari dari PD hari tu. Rupanya bukan kat Selangor je, fenomena torrential rain ni melanda seluruh negara sehingga mengakibatkan banjir di beberapa negeri terutamanya di Pantai Timur
Sampai rumah tak dan nak tidur, terus test TV baru beli from Syazwan. Okaylah ganti TV lama Fariq yang besar gedabak tu. At least boleh lah sekali kala layan PS3 aku kat sini. Huhu

Okay, itu sahaja untuk aktiviti pembuka tahun 2021 aku. Seiring dengan azam tahun baru yang menyasarkan agar blog ni terus hidup. Aku target 50 entri tahun ni, which is equivalent tu 4 entries every month. Rasanya cukup realistik dah kot target tu. Let's go for it bro!

P/S: Newcastle defeated by Leicester in the opening games of 2021. Takpelah hard luck, tengok hari tu macam ada improvement dari segi pressing dan counter attack cuma mungkin Leicester terlampau perform kot malam tu. 

Saturday, January 2, 2021

Kisah AKU n 2021 Resolution

 Assalamualaikum 2021,

Syukur dipanjatkan kepada Allah, Tuhan Semesta Alam diatas limpah kurniaNya yang masih memberikan kita peluang untuk hidup dimuka bumi ini dan merasai tahun baru 2021. Tahun 2020 merupakan tahun kedukaan bagi kebanyakan rakyat Malaysia dengan wabak Covid-19 yang melanda. Ramai yang hilang pekerjaan, dipotong gaji dan terpaksa membuat lebih dari satu kerja bagi menampung beban hidup yang semakin meninggi. Semoga kita semua terus kuat dan teguh membadai arus yang dahsyat ini. As usual, sebuah list of azam haruslah kita tetapkan untuk mengukur kejayaan kita pada tahun ini. Of course, aku sendiri telah mengeluarkan a set of resolution yang akan digunakan as a benchmark demi mencapai kejayaan berpanjangan.

Blog: Mei 2021 ni merupakan tahun kesebelas aku berblogging. Huhu, tak sangka kan dah 11 tahun blog ni aktif. Semoga aku terus ada selera nak sharing cerita-cerita yang memberikan faedah untuk pembaca-pembaca yang sudi hadir melawat. 

Kerjaya: Mac 2021 bakal menjadi tahun pertama aku di Touch 'n Go. Tahun lepas kerjaya aku kat sini nampak cerah dengan confirmation. Tahun ni aku tak harapkan promotion nor increment, cukuplah kalau masih dapat bekhidmat lagi walaupun dilain department. Kalau ada increment tu bonus lah. Tapi, sesuai dengan azam aku akan cuba sedaya upaya untuk dapatkan jugak. Huhu

Family: Tahun ni hopefully dimurahkan rezeki supaya dapat membalas jasa mak ayah yang banyak membantu aku selama ini. Menjadi abang yang baik untuk adik-beradik dan loving husband untuk Ija serta ayah yang awesome untuk Fariq Ilham..:-)

Rumah: Seiring dengan confirmation as permanent staff, aku plan untuk hidupkan semula azam yang aku remove tahun lepas. Harapnya dapatlah aku secure rumah yang aku duduk sekarang dalam tahun 2021 ni. 

Haa, itulah azam aku untuk tahun 2021 ni. Semuanya nampak sama kan dari tahun sebelumnya? Yang membezakannya ialah tanggungjawab baru yang akanku tanggung dalam mengetuai keluarga kecil aku ni. Doakan aku berjaya mengharungi semua ini dan dipermudahkan oleh Allah. Amin Ya Rabbal Al Amin.