Assalamualaikum,
3 Januari dah ada second entry. What a good start! Saja nak bercerita pengalaman aku bawak si Fariq ni ke SKBSB, iaitu bakal sekolah baru dia start 12 Januari nanti. Kira macam teaser lah. Huhu
Semalam Fariq dah start transit kat SRI Wahdah, sekali dengan Iman. Cuma sesi P&P formal akan start minggu depan, 8 Jan. Senang lah sikit hantar dan pickup satu tempat..:-)
Nak dijadikan pagi tadi, aku ke SKBSB sekali lagi. Hari tu aku dah settle beli buku-buku Fariq untuk masuk Tahun 1, cuma baju PJ je takde stok. So, Rabu lepas cikgu maklumkan yang diorang dah restock and parents boleh hadir semula ke koperasi untuk pembelian. "SEBAYA" tu apa? It's a short-name for SK Bandar Sungai Buaya.
Dah sampai sini memang aku ingat nak beli baju PJ je, sekali wife buat checking kot ada buku yang aku tak beli hari tu. Come on lah, cik abang ni dah settlekan semua hari tu. Huhu
Beratur dengan Fariq, since nak fitting baju. Budak-budak sekarang ni suka pakai yang ngam-ngam. Kalau kita dulu baju besar pun sebat je. Haha.
Pergh, hensem boy berposing pulang. Tangan dalam kocek. Just like his dad..:-p
Lepas settle beli, aku bawak Fariq tour sekolah. Tunjuk kat dia toilet, kantin, assembly hall, library dan juga classroom. Kasi dia dapat feeling tu dulu.
Ni lah sekolah aku dulu. Nampak tak tahun 2002. Tu merupakan tahun pertama sekolah ni beroperasi, some twenty-four years ago dan aku merupakan first batch sekolah ni masuk Tahun 4. Before tu kami bersekolah di SK Sungai Buaya yang terletak di Felda Sungai Buaya. Tak sangka yang anak aku sendiri pun sekolah kat sini..:-)
Before balik singgah makan kat restoran Mamak yang berdekatan. Ni pun port makan aku dulu time sekolah, cuma dulu owner lain dan kedai tak berapa semenggah. Haha. Laa ni rasanya dalam 4 tahun lepas tukar owner, tu yang proper sikit.
So, itu je lah ceritanya. Minggu depan aku akan bercuti selama 2 hari untuk orientasi SRI Wahdah, dan a week after another dua hari untuk orientasi SKBSB. Member office lain korang tunggu je lah turn nanti, tak yah beria nak cuti sangat. Kasi chance kat aku pulak. Haha
P/S: Esok ada dua match sedap back-to-back - Selangor vs JDT, follow by Newcastle vs Palace. Memang aku lah conquer tv empat jam tu.