Assalamualaikum,
Malam ni nak cerita sikit aktiviti yang kami organize untuk member kami, Dolah yang bakal jadi laki orang next week. Ni tradisi sebenarnya, waktu aku kahwin dulu kami sampai ke Krabi untuk bachelor trip. Time Afiq tak dan nak buat since dia kahwin time Covid-19. Yang latest si Dolah ni kami buat jugak, tapi takdelah sampai pergi Siam. Haha
Seawal jam 9 malam, aku dan brothers bergerak from Sungai Buaya. Mula-mula ingat nak pergi Rawang je, tapi Afiq suggest pergi tempat special sikit untuk celebrate Dolah's bachelor party ni. So, ke KL jugak kitorang malam tu. Aku okay je, asalkan bukan aku yang drive. Huhu
Fuhh, tempat apa ni? Haa for this time around, kami decided untuk karok kat tempat high-end sikit iaitu di Ratu Karaoke @ Imbi Plaza. Ramai beb, ni pun kena queue nak tunggu bilik. Tapi tak lama pun tunggu, ada lah dalam 15 minit camtu since tempat ni banyak jugak bilik.
Bro ni yang suggest kat sini. As planned, malam tu aku payung sesi karok, while Afiq cover part transportation. Takpe, ini malam kita celebrate our brother!
Dolah bergambar dengan setup standard room kat Ratu Karaoke. Apahal ada gambar Hanis Zalikha kat belakang tu? Haha, kat sini each bilik guna nama selebriti. So kitorang dapat bilik HZ ni semalam..:-P
Since semua kebulur tak dinner lagi, aku order Ratu Platter (nugget, sosej, chicken wings and fries) berserta a jug of Iced Lemon Tea untuk melapik perut. Tapi memang banyak portion sampai kenyang dibuatnya.
Dua jam jugak kami karok semalam. Tapi macam Afiq katalah, masuk jam pertama pun dah semput. Tak macam 10 tahun lepas, tiga jam pun tak puas. Sedikit info, kitorang start constantly karok since tahun 2014 sampailah lepas aku kahwin tahun 2018. Lepas tu, ada jugak tapi tak sekerap zaman bujang dulu lah.
Isabella98 sebagai penutup. Lagu wajib karok kami bertiga. Bergambar kenangan before ended our karok session malam tu.
Lepas tu, kami strolling around Bukit Bintang macam zaman bujang-bujang dulu. Huhu
Sempatlah snap amik gambar sikit. Since Dolah pun dah nak berkeluarga, Afiq plan nak buat family trip nanti. Tapi masih lagi dalam prelim discussion and subjected to persetujuan bersama.
Sambung jalan-jalan sampai jam 1.30 pagi.
Singgah late night supper at Wan Suraya Kampung Bharu. Sebab dah kenyang makan kat Ratu, kami order lokching + pulut Ayam je. Ada lah sejam lepak kat sini sambil berkongsi tips rumah tangga dengan bro Dolah ni..:-)
Around 2.30am we made our way back to Rawang. Hantar Dolah dulu since rumah dia masuk Felda Sungai Buaya pastu baru lah Afiq hantar aku pulak. Lagipun rumah kitorang berdua dekat je, sebelah taman je.
So, itu sahaja cerita pasal bachelor party yang kami organize untuk si Dolah ni. Kira penutup lah untuk group kami ni. Walaupun we are no longer bujang and married man, In Sha Allah kami akan still kekalkan hubungan yang kitorang bina sejak zaman sekolah ni.
P/S: Nervous pulak game Newcastle vs Arsenal esok..:-l