Wednesday, April 30, 2014

Kisah AKU n Meeting Wisma Putra II

Assalamualaikum semua, penat weyh minggu ni. Bukan penat study, buat assignment. Tapi penat bermeeting je. Hari Isnin ada meeting dengan jawatankuasa perlaksana bagi pertandingan logo dan tema tu. Semalam pulak bermeeting buat kali kedua dengan Kementerian Luar Negeri di Wisma Putra. Petang ni pulak dijadualkan bermesyuarat dengan KOSMO! kat Kuala Lumpur. Dan Jumaat pulak dengan Jawatankuasa Induk kat fakulti. Hari Khamis je free, itu pun rasanya nak ke Bayuemas untuk training bowls.
Serabut gila bapak kan bilik aku? Haha
Lepas kelas tadi, aku and beberapa orang rakan seperjuangan from SASea menuju ke Putrajaya. Dalam gambar ni namanya Amirul Syafiq, student BCA.
 
Yang tengah duduk tu namanya Nik Izzat, and yang termenung tu Aiman. Semuanya student BCA.
I'm a proud student of BAS dalam SASea ni. Dalam ni, aku dengan Joe je student BAS, lagi 15 semuanya BCA. :-)
 
Hari ni merupakan sejarah bagi aku. Ni lah first time aku buat presentation depan high ranking government's official from Sekretariat Induk Logistik ASEAN, Kementerian Luar Negeri. Presentation aku tadi tentang the competition's official site yang dibangunkan oleh aku sendiri, dan juga briefing tentang progress Biro Publisiti & Informasi.

Ni lah meeting paling lama aku pernah attend. Dari pukul 2.30 ke 7 petang. Meeting SMF pun takde lama cam ni..:-p 
Tapi semalam aku tak drive pun macam hari tu. Sebab kali ni naik kereta Mon. So dia sendiri lah yang drive..haha
Driver kami - Mon yang kekal ceria. Sedangkan esok dia kena ikut aku attend meeting lagi dengan KOSMO!
Ni dah macam orang baru lepas balik nite club, kelab dangdut dan sewaktu dengannya..:-p
Solat Maghrib di Masjid Besi, Putrajaya. Sesat jugak aku kat sini tadi sebab terpisah dengan budak-budak ni.
 
Singgah lepak kat salah satu jambatan yang feymes dekat Putrajaya ni before bertolak pulang ke Shah Alam.
Penat beb, serius penat gila minggu ni. Research pulak dah siap questionnaire tapi belum nak distribute lagi. Nasib baiklah praktikal report dah masuk Chapter 4 which is dalam keadaan selesa jugak. Presentation Captain Industry - Tan Sri Annuar Musa pun dah siap. Cuma Permodalan Nasional Berhad still pending sebab urusan dengan Kementerian ni, tapi rasanya boleh diusahakan hujung minggu ni.

Apa-apapun, wih me luck untuk my final semester ye kawan-kawan. Insya Allah aku akan graduate on time. Amin

Monday, April 28, 2014

Kisah AKU n SUKOL 2014 - Training II

Assalamualaikum semua, hujan agak lebat kat bumi Shah Alam ni. Sama-sama kita harapkan yang masalah catuan air dapat diselesaikan oleh Kerajaan Negeri Selangor. Tak nak komen banyak pasal isu ni, hentam lebih-lebih pulak dilabelnya macai, support PR pun kena label macai jugak, haha. Okay lah, malam ni aku nak bercerita tentang SUKOL. SUKOL or Sukan Kolej merupakan satu temasya sukan tahunan didalam UiTM, dimana kolej-kolej residen serta non-residen berentap untuk dinobatkan sebagai pemenang kejohanan. Pada tahun ni, aku berpeluang menjadi atlet NR didalam sukan boling padang..:-)
So, semalam kami ada training. Before tu macam biasalah masak dulu. Sekarang ni memang dah jarang sangat makan luar. Tiba-tiba rajin pulak nak mengeluarkan periuk belanga tu..haha
Pukul 5.30 petang aku sampai, ingatkan orang yang first sampai. Rupa-rupanya Din lagi awal sampai..:-)
Ni lah Din, student FSG. Aku kenal dia time Part 4, waktu menyibuk join budak koku Pn. Haslah..:-p
So far team NR memang cukup lelaki dan perempuan. Tapi yang datang tadi aku dengan Din je, yang lagi dua tu kawan Din, player Petanque and our manager. Mungkin sebab tadi pun hujan, tu yang ramai tak dapat datang, or saja tak nak datang.
Sesi mengajar manager cara bermain boling padang. Mana lah tau tiba-tiba ada emergency waktu game. Tak pasal manager jugak yang jadi bidan terjun, macam aku time SAF 2012.
Memerhati leretan Manager. Ada potensi sebenarnya bro ni main. 
Approach yang baik, serta kawalan line dan berat yang okay jugaklah. 
Lawn Bowls best!! cuba lah try main. Kawan-kawan aku tu ajak je aku main sports diorang, tapi bila ajak main Bowls langsung tak nak. Lagi lah teruk, at least aku ada lah jugak join futsal diorang tu, haha.
Kami tutup training kami tadi dalam pukul 7.15 petang. Enjoy tadi, cuaca sejuk je. Harap minggu depan lagi ramai atlet yang turun sekali. Boleh dapatkan chemistry dan develop teamwork. Mungkin juga dapat assign role dan taktikal untuk game nanti.
Wish me luck tau kawan-kawan. Harap-harap lah boleh dapatkan medal untuk kenangan before habis belajar ni. :-)

Friday, April 25, 2014

Kisah AKU n Pertandingan Mencipta Logo Persidangan ASEAN 2015

Assalamualaikum, seperti dimaklumkan didalam blog ni. Aku merupakan salah seorang Jawatankuasa Perlaksana bagi Pertandingan Mencipta Logo Persidangan ASEAN 2015. Program ni merupakan kerjasama diantara Sekretariat Induk Logistik ASEAN 2015 from Kementerian Luar Negeri Malaysia, Fakulti Sains Pentadbiran & Pengajian Polisi, Universiti Teknologi MARA Malaysia dan juga Student Association of South East Asian Affairs (SASea). Sebagai Ketua Biro Informasi & Publisiti, adalah merupakan tugas aku dalam merangka pelan dan execution method bagi mempromosikan program ini.

Jadi, aku disini mengajak seluruh rakyat Malaysia untuk menyertai program gilang gemilang ini. Bagi sesiapa yang berminat, boleh lah melawat pautan blog rasmi bagi pertandingan ni yang didesain oleh aku sendiri.

  1. Pertandingan Mencipta Logo Persidangan ASEAN 2015
  2. E-Mail Rasmi Pertandingan
Segala maklumat berkaitan pertandingan seperti latar belakang pertandingan, senarai penganjur, borang, spesifikasi/konsep logo, terma dan syarat berserta hadiah yang ditawarkan boleh didapati didalam blog rasmi itu. 
Poster ni aku reka tau..huu. Haa, apa tunggu lagi - jom lah masuk. Mana lah tau dapat menang ke. Pemenang bukan saja dapat grand prize sebanyak RM 5000 tu, malah logo rekaan korang yang marvellous tu akan digunakan didalam Persidangan ASEAN 2015 Malaysia yang highly prestij. Tak rugi pun try. Aku kalau ada chance boleh je nak try, tapi since aku ni committee, so tak boleh la nak masuk..:-)

Ok lah, goodluck untuk semua yang berminat untuk join competition ni. Kalau nak tanya aku sendiri pun boleh, takde masalah. Till then, take care Malaysian!

Kisah AKU n Dapur Bujang

Assalamualaikum semua, tengah ada masa free ni boleh lah nak luangkan masa untuk update blog kesayangan. Dah hampir 4 tahun dia ni bersama aku susah senang, lama daripada any special relationship yang aku ada. Entah la korang, WeChat aku ni asyik lelaki je yang add, risau pulak kata-kata si Faiz and the gang tu dah sampai public. Aku lelaki sejati la, tak main la gay or biseksual ni. Puncak rumours bodoh ni jadi bila aku kena frame time kelas SOCSO semester lepas, buat pulak pastu aku clash dengan si Mas tu. Kononya kata diorang menguatkan dakwaan yang aku ni sebenarnya takde interest kat perempuan..huk. Nak buat macam mana, belum ada lagi yang sudi kat aku ni..haha

Ok lah, dah jauh menyimpang dengan tajuk entri hari ni. Sebenarnya nak cerita pasal dapur bujang. Ramai yang beranggapan bahawa student lelaki or yang bujang tu malas nak masak. Dapur pun takde benda melainkan tong sampah yang penuh dengan kotak rokok, sinki yang padat dengan pinggan mangkuk Maggi..haha. 
Aku pulak tak dinafikan oleh mak aku sendiri antara anak dia yang paling rajin masak, dan menyibuk time mak masak untuk belajar resepi. Well, bagi aku sangat penting untuk seseorang laki tu tahu memasak walaupun sekadar tahu 3-4 jenis lauk. At least, sedikit sebanyak dapat membantu bakal isteri nanti in case of emergency..:-)
Ni antara satu lauk kegemaran aku - Ayam Cili. Yang kering sedap, yang basah pun mantap. Since aku pun tak sure kalau bakal isteri tau masak benda ni. So, aku pun merajinkan diri untuk belajar masterpiece ni from mak aku dan berjaya jugaklah..:-)
Ni set biasa hari Isnin..haha. Kadang-kadang tukar masak kicap tapi tak best sangat. Macam hari tu, terlebih kicap, masin gila bapak dia!! haha
Sejak dok sorang-sorang ni memang rajin masak. Bukan apa, sebab nak makan kat luar pun sorang je. Lagi baik makan sorang kat rumah..:-)
Ok, jom selak dapur aku ni. Ni sinki, Bersih kan? Ni pun sebab hari tu mak nak datang rumah, sempat jugaklah kemas..lol
Counter memasak. Dapur portable ancient semester tiga, huu. Beli tabung gas butana tu pun bukan mahal sangat. Biasalah, student..:-p
Fridge yang sentiasa ada benda yang boleh dimakan.
Haa, yang ni brunch standard hari Selasa. Rabu and Khamis lunch dengan classmate. 

Itu lah kisah dapur En. Farid ni. Simple kan?

Kisah AKU n Futsal!

Assalamualaikum semua, lama dah tak update blog ni. Busy gila tau, dengan midterm yang baru lepas, research questionnaires, practical report dan juga logo competition peringkat kebangsaan yang kami anjurkan..Fuhh, ingatkan semester last ni boleh la fokus belajar sambil rileks. Tapi, lain pulak jadinya ..huu. Semalam aku berpeluang meluangkan masa bersama rakan-rakan seperjuangan bermain futsal. Sebenarnya dah lama si Ace and Paan tu ajak, tapi takde masa nak pergi. So, lepas je meeting dengan competition's committee semalam aku pun terus join diorang.
Aku pun tak ingat nama tempat ni. Tapi, besar jugaklah. 
Semalam ada 4 team je yang main, Joe kata biasanya ada 5-6 team yang join. Tapi, okay lah, aku bukan gemar sangat ramai-ramai ni.
Semalam aku join team Abang Long, Syuk and Pok Jad. Lagi prefer satu team dengan orang yang dah kenal. Tapi memang pancit jugak lah semalam. Mana taknya, last main futsal time awal semester lima hari tu..:-p
Ni Team Ace and the gang - kawan-kawan aku kat fakulti tu jugak semuanya. Yang kiri tu Syawal, manager diorang..haha
Haa, ni lah team aku semalam. Sori ye tuan-tuan, saya ni jarang sangat main futsal. So, kalau ada salah dan silap tu harap dimaafkan..huk
Ni pulak Team mana pun aku tak kenal..haha, lagi satu team terdiri daripada student-student Law. Ada jugak lah beberapa orang yang aku kenal. :-) Yelah, dulu kan aku pernah jadi student fakulti tu..hii
Luas kan? Compare dengan atas Giant yang padat gila. Ada lah ruang baring-baring, huu.
Pok Jad and Joe. Diorang ni biasa main futsal. Aku ni tak masuk sangat game-game macam ni. Lawn bowls okay la..:-p
Memang best main semalam. Walaupun main 4 game tapi enjoy jugaklah walaupun pancit. Nampak sangat kurang stamina..lol

So guys, itu lah kisah malam semalam. Balik je rumah, mandi and berjaga malam sampai pukul lima untuk siapkan blog logo competition as requested by FSPPP. Pukul 10 pulak menghadiri meeting dengan Jawatankuasa Induk yang sedikit sebanyak menerima methodology aku sebagai Ketua Biro Publisiti & Informasi.

Tuesday, April 15, 2014

Kisah AKU n Cuti Mid Sem

Assalamualaikum,

List kerja untuk cuti mid semester ni:

SASea

  1. Key in information for Business Card
  2. Refine Organization Chart
  3. Contact media organizer for ASEAN Summit Logo Competition 2015
  4. Key in information for SASea' official blog

Mid Term' Preparation

  1. Notes for Strategic Management (Wednesday)
  2. Notes for Service Management (Thursday)
  3. Notes for Global Affairs (Friday)
Research Paper & Practical Report
  1. Finalize questionnaires 
  2. Finalize Chapter 2 & 3 for Practical Report

Baik tak payah cuti..haha

Monday, April 14, 2014

Kisah AKU n 2014 Port Dickson Trip Pt. 2

Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita didalam ruangan Travel ni. Ini adalah entri sambungan untuk Trip Port Dickson 2014, untuk hari kedua ni banyak jugak aktiviti yang kami sekeluarga buat untuk melepaskan stress berkerja dan belajar. 
So, semalam lepas je balik dari menghadiri majlis kahwin which aku tak pergi pun..haha, ayah membawa kami berjalan-jalan kat area Teluk Kemang. Apa-apa pun, Port Dickson ni memang panas. Berpeluh-peluh aku dibuatnya.
 Mantap kan punggung aku..lolz
Untunglah tak rabun dapat pakai shades. Aku ni power dah cecah 400..haha
Mencari souvenir untuk kawan-kawan. Sempatlah jugak buat satu "dog tag" untuk kunci rumah and motor aku kat Shah Alam tu..:-)
Dalam pukul 6 petang kami sampai hotel, berendam lagi. Tak boleh tahan doe kalau ada private pool ni. Menyirap je aku tengok air dalam tu..haha
Malam pulak lepas Isya',  kami sekeluarga berkarok..haha, first time sebenarnya berkarok dengan family ni. Biasanya dengan kawan-kawan je.
Duet lagu lama je lah mak ayah aku ni...:-p
Haa, yang diorang ni cuba cari lagu paling latest tapi mostly takde. Kesian, nasib baik aku ni melayan jugak lagu-lagu lama..:-)
Hari ketiga kami berkemas untuk pulang ke Rawang. Esok diorang ni kerja, amemang dok sorang-sorang je la minggu ni..haha, maklumlah tengah cuti semester.
 Adik beradik yang havoc dan gila-gila..:-p
Mak dan ayah yang tercinta. :-)
Anak lelaki sulung yang kadang-kadang boleh diharap..haha
Bye-bye Grand Lexis, semoga ketemu lagi dilain hari. Aku kan dah janji nak bawak family aku sendiri kat sini nanti, jangan bankrup pulak..haha
Berjalan-jalan dulu kat Bandar Port Dickson sebelum bertolak pulang ke Rawang. A very short but a nice trip we got here. Good hospitality and services, tang harga aku tak tau. Bukan aku yang bayar..haha. Ok lah guys, maka berakhirlah trip PD 2014 ni, pasni nak kena study for mid term minggu depan. Till then, take care semua.