Selamat malam semua. Sementara nak menunggu download patch baru untuk game FIFA aku ni settle rasanya elok jugak nak update blog ni kan. Okay, busy schedule aku minggu ni. Tapi yang paling penting I sign off from this week dengan gembira jugak. Huhu
Minggu ni SIRIM datang buat ISO 9001:2015 2nd Surveillance Audit selama 2 hari bertempat di HQ Batu Caves dan juga TPM. Sebagai ISO Coordinator syarikat, ianya merupakan my additional duty untuk memastikan certificate kami ni kekal relevan. Isnin dan Selasa memang aku bekerja sampai ke jam 8 malam jugak nak review documentation..:-)
Rabu - Alhamdulillah, berjaya jugak kami mengharungi badai audit untuk tahun ketiga ni. Relieve gila beb! Mana taknya, sijil kena review mampus aku nak menjawab dengan boskur. Huhu
Jumaat tu memang haru biru. Siot je SV boleh lupa ada mobile fitment kat MEX SKI, sedangkan dah aku ingatkan awal minggu ni. Last-last aku dan Azhar kesana hantar lori dulu. Nasib baik tak jauh. Pada masa yang sama aku call team leader Mobile untuk datang kesini terus. Haish
Sampai MEX SKI dalam jam 10 pagi, setup barang sementara menunggu team datang. Time ni memang tebal muka sikit lah nak menjawab dekat customer yang dah menunggu..:-(
Okay boys, silakan. Nadzir, pinjam motor eh kitorang nak balik office dulu tau..:-)
Petang Jumaat tu seperti yang dirancang kami lepak dipejabat dulu sementara menunggu Dolah sampai. Hazim ajak main badminton, tapi kitorang reject mentah-mentah lah bro. Dah ada plan boek malam tu, memang taklah nak cancel.
Jam 9 malam, aku ditemani Afiq, Dolah dan Azhar sampai ke Sri Petaling untuk memulakan aktiviti jimba kami. Dah lama tak hang out malam-malam camni. Just like old time bros..:-)
Ni lah aktiviti malam tu. Kali ni kami memilih untuk berkarok di Musiczone @ Sri Petaling yang selalu jadi port aku dan kawan-kawan office melepaskan stress kerja..Huhu
Dah lapan bulan beb tak berkarok dengan my bros ni. Last seminggu sebelum aku kahwin dulu..:-p
Bagus betul tempat ni, siap provide instrumen lagi. Haha
Haa, kali pertama karok dengan si Azhar ni. Sebenarnya dia ni lah mastermind aktiviti malam tu. Boring katanya asyik main badminton je..:-p
Peace yoo! Wireless mic tu. Audio pun sedap, lagu pun update tau. Akhirnya kat sini dapat jugak aku test power nyanyi lagu One Avenue Band. Huhu
Okay guys, light off. This is where we begun our 3 hours of fun malam tu. Jyeahh!!
Siot je Afiq backup Dolah nyanyi pakai natang tu. Haha
Pukul 12am settle karok. Takkan balik kot? Lepak dulu. Rasanya nak dekat 2 pagi jugak sampai office balik. Memang puas hati betul malam tu, dah la lama tak berkarok dengan diorang ni. Melenjan tiga jam pulak tu..:-p
Itu je lah cerita malam ni. Ngam-ngam je dah habis download. Okay, nak install jap. Kalau cun, aku review patch ni nanti. Till then, take care semua!