Sunday, March 31, 2019

Kisah AKU n Acu Keon's Wedding @ Kuala Selangor

Assalamualaikum,

Seperti yang dijanjikan, malam ni aku nak berkongsi sikit kegembiraan family besar aku dengan majlis persandingan Acu Keon yang selamat dinikahkan dengan gadis pilihannya. Majlis berlangsung sekitar jam 12.30 tengahari, kami sekeluarga pulak dah bersiap seawal jam 11 pagi. 
Hari ni kena pegang dulang Bunga Telur ni, while adik pulak jadi pengapit our favorite uncle ni..:-)
Berkumpul dulu dekat Masjid Nurul Hasanah, since ada kerabat lain yang hadir jugak memeriahkan majlis.
Mak menyiapkan adik kesayangan dia ni. Haha
Pengantin lelaki bersama ibu dan adik beradik. Sorang je yang takde. Mungkin majlis minggu depan kat Perak, Mak Yong ada datang kot.
Tengok tu bukan main ramai keluarga yang bertandang.
Rombongan pengantin tiba tepat jam 12.30 tengahari, dan disambut dengan meriah oleh pihak pengantin perempuan.
Steady adik jadi pengapit. Siap lapkan peluh tu. Huu
Kami terus dibawa ke meja santapan keluarga yang disediakan. Tengok si Mikail tu, tak habis dengan Upin-Ipin dia tu..:-p
Sesi menepung tawar dari kedua-dua belah pihak.
Haha, salah orang to Boskur. Ke bagi blessing dah? Huhu
Sepupu sepapat yang bukan main seronok main "lightsaber" tadi. Sekali terkena mata baru tau syok tak syok natang lidi tu..:-p
Sekitar jam 2 petang, kami meminta izin hos majlis untuk beransur pulang ke homestay. Adios Acu Keon, good luck dan semoga perform sentiasa. Huhi.
Bergambar satu round dengan my beloved wife yang kecil molek ni..:-)
Semua terbungkang, mungkin cuaca agak panas tadi. Habis basah belakang baju aku, makan pun berpeluh-peluh. Dia punya panas tu sampai si Debot pun pakai pampers je. Haha

Sekitar jam 4 petang, aku dan Ija pulang ke Sungai Buaya. Maklumlah esok dah start kerja, minggu lepas the whole week tak masuk office sebab leading our Fitment Run @ Johor tu. Hopefully takdelah kerja mengarut datang lagi minggu ni. Buat semak kepala otak je buat kerja lebih, bukan bayar lebih pun. Orait, so that's the wrap untuk cerita majlis persandingan Acu Keon di Kuala Selangor. Majlis dekat Perak nanti tak sure dapat join ke tak, schedule macam tight je next week. In Sha Allah, kalau berkesempatan aku join ye..:-)

Kisah AKU n Keon & Azlin Solemnization @ Kuala Selangor

Assalamualaikum,

Tanggal 30 Mac 2019 merupakan hari bersejarah untuk pakcik aku, Khairul Azhar atau lebih senang dikenali dengan nama panggilan Acu Keon. Untuk pengetahuan, semalam merupakan hari pernikahan beliau dengan pilhan hatinya, Nur Azlin yang berlangsung di Kuala Selangor.
Sekitar jam 12.30 tengahari, konvoi kami disertai family, Acik Fendi dan Acu Keon bergerak dari Sungai Buaya menuju ke Kuala Selangor.
Lepas Asar, kami sekeluarga berkumpul di Masjid Nurul Hasanah, Kg Belimbing yang menjadi venue majlis akad nikah Acu Keon.
Family Acik Ngah, Acik Joe dan Acu Nani memang dah ready kat sini sejak pukul 4 katanya sebab diorang direct dari rumah masing-masing.
Jam 5 petang, majlis dimulakan dengan bacaan Khutbah Nikah oleh jurunikah.
Adalah sesi soal jawab sikit..:-p
Anak buah pulak yang nervous menunggu pakcik akad nikah. Huu
Beberapa shot yang aku snap ketika proses akad nikah dijalankan. Okaylah ni, henset ASUS je kot.. Haha
Alhamdulillah. Settle jugak. Dengan lengkapnya pernikahan Acu Keon, secara rasminya adik beradik mak semua dah selamat berkahwin..:-)
Elok diam pulak si Debot ni semalam.
Dah macam PU Faris aku tengok bro ni.
Oo, semalam jugak hari lahir kakak kami ni. Happy birthday Along! Semoga dimurahkan rezeki, dikurniakan umur panjang yang sentiasa diberkatiNya. Amin In Sha Allah.
Kami ni tiga beradik je..:-)
Bersama isteri tersayang.
Destinasi seterusnya ialah kediaman family Kak Azlin. Ada makan-makan sikit, eloklah perut pun dah berkeroncong ni. Memang just in time lah.
Perut kenyang balik homestay lah gamaknya. Sambung menyembang dengan family dekat compound homestay. Bukan selalu dapat berkumpul ramai-ramai camni..:-)

Itu sahajalah cerita hari besar pakcik aku ni. Malam ni kalau berkesempatan aku update majlis sanding diorang pulak. Menutup entri ni, aku ucapkan selamat pengantin baru buat pasangan yang diraikan, Keon dan Azlin. Semoga pernikahan ini diberkati Allah dan dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah. Amin.

Saturday, March 30, 2019

Kisah AKU n Fitment Run @ Johor - Day 4

Assalamualaikum,

Hari terakhir operasi Fitment Run @ Johor, kami masih berada di Skudai untuk another round of service di UTM. Cuma hari last ni nampak redup sikit cuaca. Tapi kalau hujan memang berkicap lah weh. At least panas boleh proceed lagi.
Check out from The Fern Lodge sekitar jam 8 pagi, breakfast dulu kat Ateh Corner before terus ke venue event ditapak yang sama.
Nak tau bila snap gambar ni? Pukul 4 rasanya. Busy betul hari tu. Berbondong-bondong orang datang nak pasang RFID. Tak sempat langsung nak snap gambar, ni pun sebab kebetulan Afiq snap sebab nak report situation kat LLM. Huhu
Registration counter paling busy. Non stop operate dari pukul 9 pagi sampai 6 petang. Lunch hour pun kelaut.:-)
Salute team fitment, Afiq dan Azzam yang terus melayan customer walaupun dalam keadaan hujan renyai.
Last customer pukul 6.45 petang, Dr. Hayati Senior Lecturer from Azman Hashim Biz School UTM. Tiga kereta sekali, menunggu anak-anak dia yang buat lama. Tapi kita layan je. Nak pecah record punya pasal. Huu
Tu dia siap print lagi. Hari terakhir team kami berjaya memecah rekod yang disandang team Fatan di MOF (177) awal bulan lepas. 187 fitment dalam sehari, menjadikan a total of 505 fitment berjaya dicatatkan sepanjang empat hari kami berada di Johor. Lagi manis, kami berjaya achieved primary objektif kami. Bukan setakat achieved, siap overperform lagi. Good job team!
Semua pulun siapkan scan Tag ID, mana taknya aku dah announced OT dan cuti diorang untuk esok. Provided, semua kerja settle hari tu jugak. Jam 8.30 jugak kami siap packing.
Bergerak dari Skudai menuju ke KL sekitar jam 9 malam. Trafik sesak dari Kulai menuju ke Simpang Renggam. Haree betul, time nak baliklah pulak jem. Pishang, dah lah lapar gila..:-p
Singgah dinner kat R&R Ayer Keroh. Berikutan achievement besar team Fitment Run @ Johor, aku belanja diorang makan as a token of appreciation to their steadfast commitment and resolute dedication yang ditunjukkan sepanjang empat hari disini..:-)
Sampai TPM jam 2.30 pagi jugak. Pack balik barang dalam stor then terus pulang ke Rawang. Thanks to Wan yang sudi hantar aku dengan Afiq ke Sungai Buaya.
A very successful fitment run pada pandangan aku. Hopefully more team yang dapat kami assemble untuk long haul operation camni. Berbaloi betul compare dengan apa yang ada kat Lembah Klang.

That's the wrap untuk cerita Fitment Run @ Johor. Seronok beb, bercuti sambil bekerja. Yang tak boleh blahnya, dengan si Afiq tu jugak. Haha

Kisah AKU n Fitment Run @ Johor - Day 3

Assalamualaikum,

Hari ketiga kami di Johor ni bercampur baur sikit. Panasnya lain macam, buat pulak tempat yang disediakan tak berapa lengkap. Tapi yang happynya fitment sekali lagi mencapai daily target yang diletakkan. 
Hari ketiga kami diisi dengan operasi didalam Universiti Teknologi Malaysia Skudai. Kat sini aku letakkan target 100 per day. If achieved, then we can safely assume overall target mencapai sasaran.
Cuma tu lah, kat sini pihak UTM hanya menyediakan sebuah wakaf untuk registration dan juga open space untuk tujuan pemasangan.
Panas dia tak payah cerita. Tak berangin langsung. Tu yang aku mintak Afiq, who controlling fitment untuk directkan kereta customer masuk kedalam sikit. At least ada pokok untuk berteduh.
Ni yang queue. Huu. Padu beb!
Operasi ditutup jam 5.30 petang dengan a total of 110 fitment recorded for that day. Since malam tu plan nak merayau, we decided untuk settlekan scan Tag ID dekat situ jugak.
Malam tu we spend our night strolling Johor Bahru. Apa salahnya bercuti kan, alang-alang dah sampai sini..:-)
Lepak cuci mata di Pasar Karat JB. Pelik jugak tak ramai orang, pastu baru perasan sebab malam Rabu..:-p
Team RFID Quatriz di JB.
Dinner di Hookah District. Makan overpriced gila kat sini. Haha. Apa boleh buat, dah tempat hipstur, harga pun mencanaklah Jon. Huhu

That's the end untuk hari ketiga Fitment Run @ Johor kami. Seronok beb, outstation sambil bercuti ni. Kalau ada lagi, boleh join. Hii